PANDANGAN:
Asalamualaikum
ISKANDAR ZULKARNAIN (ALEXANDER THE GREAT)
Untuk menentukan sesuatu sejarah itu benar atau salah ….seharus nya penyelidikan dan kajian perlu dilakukan dengan terperinci…..ini akan memberi menafaat kepada generasi yang akan datang…..sesuatu fakta hendaklah dinyatakan dengan jujur dan tidak memihak kepada mana2 ideologi atau kefahaman mana2 ajaran atau mazhab….sebelum itu marilah kita membincang kan hal2 yang berkaitan dengan satu persatu supaya kita dapat memahami nya dengan akal yang bersandarkan pada al-quran dan hadith.
Kajian2 intrinsik yang dilakukan setakat ini mendedah kan suatu fenomena yang maha penting iaitu para pengasas ilmu diMESIR dan BABILON tersebut ialah para2 NABI dan RASUL sendiri,….malah bangsa dan kebudayaan yang menguasai temadun MESIR dan BABILON adalah daripada keturunan SEMITE, yakni keturunan SYAM BIN NUH.
Dalam tradisi Islam NABI ADAM dikurniakan anak seramai 39 orng dan setiap kelahiran berpasangan….20 lelaki dan 19 perempuan….serta seorang anaknya tampa pasangan iaitu SYITH….dan beliu banyak menerima ilmu2 teknikal dan mengajar2 anak2nya..
Dalam tradisi islam juga disebut, SYITH…merupakan guru kepada NABI IDRIS dan NABI IDRIS dikatakan lahir di BABILON, dan selepas itu berpindah ke MESIR….kerana usia NABI ADAM 1000 tahun…maka NABI IDERIS sempat juga hidup bersama nabi ADAM selama 308 tahun….dan beliu lah pengasas dan mengembangkan ilmu2 geometri,astronomi dan perubatan di Babilon dan mesir.
SElepas nabi IDERIS meninggal kan BABILON, ilmu nya dikembang oleh AL-HASIB KARIMUDDIN BIN DANIEL, sedang DANIEL adalah seorang NABI yang terkenal dengan kitabnya berkenaaan mimpi2 simbolik, khasnya berkenaan penindasan terhadap Yahudi.
Tradisi islam bukan hanya merupakan keyakinan umat islam sahaja bahkan turut diakui oleh sarjana2 umumnya.iaitu kewujudan satu aliran falsafah sains holistic yang dikenali sebagai Hermestisisme atau hermeticism yang berasal daripada ajaran HERMES TRISMEGISTUS….korpus hermes dalam bahasa arab yang diterjemahkan kedalam bahasa latin ialah saperti (Tabula Smaragdina) , KITAB AL-ISTAMATIS dan KITAB AL-HABIB….tetapi yang lebih penting ialah teks HERMETIK yang disusun oleh AL-Majridi (950-1008) pada abad ke 11 yang berjudul GHAYAT AL-HAKIM atau GOAL OF THE SAGE yang membahaskan berkenaan ALCHEMY atau kimia serta amalan agama penduduk HARRAN di Mesopotamia.
Siapa sebenarnya hermes trismegistus? Dalam tradisi islam , dia tidak lain ialah nabi idris sendiri…yang nama asalnya ialah HURMUS AL-HARAMISAH, iaitu orang yang pertama menulis dengan kalam dan menguasai 72 bahasa kaumnya…orang yang pertama menjahit bajunya dan memakainya….orang yang pertama mengetahui ilmu politik dan pembanggunan Bandar…sebab itulah beliu dianggap bapa ilmu falsafah dan ilmu pengetahuan.
Jika dirujuk sejarah agama mesir purba..atau dewa utama yang disembah oleh raayat ialah Thot iaitu dewa hikmah…dialah DEWA yang dikaitkan dengan ilmu2 sains dan matermatik….penciptaan tulisan HIROGLIF dan ilmu2 lain….pada zaman GREEK-RUMAWI….Thot disembah oleh orang2 GREEK dan MESIR sebagai HERMES TRISMEGISTUS atau THRICE-GREAT-GOD iaitu sebagai RAJA,PENDETA dan AHLI2 FALSAFAH..orang2 GREEK menamakan semula bandar2 THOT, KHEMENU, dengan nama HEROPOLIS atau Bandar HERMES.
Sebenarnya Teori HERMES TRISMEGISTUS yang dikaitkan dengan dewa THOT tersebut tidaklah asing dalam sejarah asal usul penyembahan berhala,…misalnya GAUTAMA BUDDHA sendiri berasal dari seorang putra KSYATRIYA….tetapi kemudianya disembah sebagai dewa…malah berhala2 WADDA,SUWA’A, YAUQ,YAQHUS dan NASR dalam sejarah agama orang2 arab jahiliah itu pun asalnya adalah patung 5 orang mulia yang meninggal dalam bulan yang sama..dan diukir dan akhirnya disembah sebagai tuhan pula……jadi mungkin THOT atau HERMES TRISMEGISTUS itu juga berasal dari pada tokoh NABI IDERIS tetapi akhirnya disembah sebagai dewa.
walau pun tidak dapat dibuktikan kebenaran nya teori ini, namun sumbur Islam ada menyebut agama HINDU BUDDHA dikatakan berasal daripada agama NABI NUH yang dibawa oleh anaknya, SYAM, ke-India..malah ajaran SYAM BIN NUH juga dikatakan turut berkembang sehingga kenegeri CINA …Sekiranya teori ini benar…bolehlah lah dikatakan temadun awal INDIA yang bermula dilembah sungai INDUS itu dipengaruhi oleh ajaran NABI IDERIS. Sehingga tamadun selepasnya yang berkembang dengan kedatangan KAUM ARYAN yang mewarisi KITAB VEDA itu dipengaruhi oleh ajaran SYAM BIN NUH.
Keluasan wilayah yunani itu bukanlah kerana kekuatan politiknya….tetapi lebih merupakan keluasan penyebaran budaya dan bangsa….perluasan wilayah budaya ini pada mulanya berlaku kerana factor luar….serangan kaum DORIA kedataran yunani (1100-1000 S.M)….(559-529 SM) dibawah CYRUS bangsa FARSI menyerang BABILON dan IONIA pada abad 6 SM….tetapi IONIA memberontak …dan pada tahun 490-480 SM,….yang berakhir dengan kemenangan Yunani(Ionia)
Pada tahun 510 SM,….maharaja DARIUS (521-486SM) menjadi INDIA sebagai empayar farsi…yang juga termasuk yunani asia….malah dalam serangan keatas GREEK pada tahun 480 SM ia turut disertai oleh orang2 india…..disamping orang2 GREEK sendiri yang turut bertugas di INDIA…..hubungan saperti ini menjadikan YUNANI IONIA turut memanfaatkan tamadun India dan FARSI….hasilnya munculah IONIA YUNANI menjadi menjadi wilayah yang terawal mencapai kemajuan…baik dari segi ekonomi , politik dan dari degi budaya.
Bermula pada abad ke-6 SM YUNANI telah melahirkan tokoh2 falsafah sains kosmologi yang pertama di militos saperti…..THALES, ANAXIMANDER dan ANAXIMENES…mereka mempelajari ilmu2 ini dari pengembaraan ke MESIR dan BABILON.
Dalam bidang falsafah, tidak syak lagi kerana hampir kesemua flsafah Islam berasal dari falsafah Yunani, khasnya falsafah Aristoteles dan neo-platonisme….yang disesuikan dengan ajaran Islam yang diwakili oleh al-kindi,al-farabi, ibn sina, ibn tufail, ibn rusyd,ibn bajah dan sebagainya….persoalan ini dibahas secara terperinci dalam tahun (1968). Dalam buku Aristoteles and the Arab; Aristotelian traditional in Islam.
Imam al-ghazali, ibn taimiyyah,terdapat tokoh2 lain yang menentang logic yunani….iaitu jalaluddin al sayuti, ibn solah, al-syafii dan al nawawi…mereka ini banyak terlibat dalam ilmu akal dan ilmu agama….lebih menonjol lagi pada zaman ini adalah zaman refomasi ilmu agama…..kerana kelangtangan mereka mempertahan kan keaslian ajaran daripada syirik…..malah didalam hal ini mereka banyak juga menerima falsfah2 Yunani khususnya imam al-ghazali dan beliu di kretik oleh ibn taimiyyah kerana bertolerensi terhadap logic yunani…kemelut yang berlaku pada zaman ini ialah kerana masing2 hendak mempertahankan ilmu dan falsafah masing2…maka pada zaman ini lah yang dikatakan zaman kegemilangan ilmu akal dan ugama
Paebahasan demi perbahasan berlaku untuk memurtabatkan kedudukan ajaran masing2…..dan al-ghazali dan al-syafii,….juga menerima ajaran logic mantik yunani iaitu ilmu matermatik….yang dikatakan sebagai ilmu fardhu kifayah.
Tidak hairan lah mengimpot warisan falsafah yunani ini ditentang oleh para2 ulama islam yang terkemuka….imam syafiii berkata “tidaklah jahil manusia dan tidak lah pula mereka bertelagah kecuali kerana mereka meninggalkan lisan ( bahasa) Arab dan beralih kepada lisan Aristoteles”…..al- gahazali menentang berkenaan metafizik dapat dijelaskan melalui akal yang bermaksud hal2 yang berkaitan dengan wahyu hanya allah yang mengetahui nya….ini kerana ahli2 falsfah islam dan sebahagian ulama kalam daripada kalangan muktazilah menyambut baik dan dipengaruhi oleh falsafah Aristoteles….yang mengunakan logic mantic diatas pentafsiran berkenaan alam mentafizik.
Tokoh2 ulama besar yang menentang termasuklah ibn solah….beliu mendakwa mempelajari ilmu mantic atau logic adalah haram….kerana ia bercampur aduk dengan unsur2 bidaah dan kurafat….kerana mareka yang mempelajari ilmu logic bukan untuk kebenaran tetapi hanya untuk memutar belitkan fakta serta mentafsirkan al-quran dan hadith mengikut hawa nafsu dan logic akal…..
Menurutnya orang2 Arab tidak akan berselisih pendapat selagi mereka berpegang teguh kepada bahasa Arab…tetapi akan bertelagah apabila mereka beralih kepada falsafah Aristoteles.
Topik seterus nya nanti kita akan bincang kan bagaimana falsafah Yunani berkembang….dan kahasnya berkaitan dengan ajaran Aristoleles yang berkaitan dengan jiwa, alam kosmologi, tentang Allah dan lain2 lagi…..hanya sekadar pengetahuan untuk mencari kepasatian dan kebenaran
Apa2 penolakan yang berkaita dengan akidah kita sebagai umat islam menerima nya dengan hati yang terbuka….tetapi berkaitan dengan fakta dan sejarah seharus nya kita boleh membahaskan dan mencari sumber2 yang pasti….tidak semua fakta2 yang diterang kan dan diterjemah kan oleh ahli falsafah islam adalah benar terutama yang berkaitan dengan sejarah kerana tidak semua manuskip itu dapat diterbitkan…..walau apa pun masih ada ruang untuk diselidiki dan ketetapan yang telah dibuat bukan lah satu penamat.
PENJELASAN ABU ZULFIQAR:
Terima kasih kerana para pembaca masih bersama-sama dalam pengembaraan ini. Imbas kembali… TEMA muzakarah ini tidak lain adalah untuk mencari SIAPAKAH ZULQARNAIN sebagaimana yang digambarkan dalam al Quran.
Zaman Zulqarnain bukanlah pada zaman Alexander the Great (300 SM) ataupun zaman Cyrus (500 SM) tetapi jauh lebih awal daripada itu. Sebab itu dalam tulisan panjang yang bakal saya bentangkan suatu hari nanti, saya akan memperkenalkan seorang lagi calon ‘Zulqarnain’ yang saya temui insyaallah.
Mengikut tradisi Islam, Zulqarnain dipercayai HIDUP SEKITAR 2000 SM iaitu pada zaman Nabi Ibrahim.
Al-Azrazi dan selainnya menyebutkan bahawa Zulqarnain telah memeluk Islam (agama tauhid) melalui Nabi Ibrahim as dan dia telah melakukan tawaf di Kaabah bersama-sama Ibrahim dan anaknya Ismail as.
Dikatakan juga oleh juga oleh asy-Syeikh al-Liji dalam tafsirnya bahawa Zulqarnain hidup pada zaman Nabi Ibrahim dan melakukan tawaf di Baitullah bersama-sama.
Telah diriwayatkan dari Abid bin Emir dan anaknya serta orang lain bahawa Zulqarnain datang untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki. Apabila Ibrahim mendengar berita kedatangannya lalu dia pergi bertemu dengannya. Di sana kedua-duanya berkumpul. Nabi Ibrahim mendoakan untuknya serta memberikan beberapa wasiat kepadanya.
Dalam kitab Muhadharah al-Awa’il dinytakan bahawa Nabi Ibrahim berkumpul di Kota Mekah bersama-sama Zulqarnain.
Hasan al-Basri berkata, “Dia (Zulqarnain) berada bersama-sama Ibrahim di Wadi Tujuh apabila baginda meninggalkan kaumnya.
Ibnu al-Jauzi berkata, “Apa yang benar, Zulqarnain berada pada zaman Nabi Ibrahim as.”
Ibnu Hajar percaya Zulqarnain pergi menunaikan haji dengan berjalan kaki dan bertemu dengan Nabi Ibrahim.
Sumber- buku ‘Lelaki Misteri dalam al-Quran’. Selebihnya akan saya masukkan dalam tulisan panjang saya nanti. Mungkin lewat sikit dan akan saya hidangkan dalam bentuk sebuah blog.
Pegangan para ilmuan Islam di atas menguatkan lagi pandangan para ilmuan di bawah, yang saya sertakan sebelum ini dalam tulisan lalu:
Kata an-Nadwi, “…pendapat (yang mengatakan Alex sebagai Zulqarnain) adalah tidak logik kerana Alexander Macedonia tidak mempunyai sifat yang ada pada Zulqarnain sebagaimana yang dinyatakan oleh Al Quranul Karim.”
Kata Ibnu Qayyim, “Dia (Alex) ialah anak Phillips, bukannya Iskandar Zulqarnain yang dikisahkan oleh al-Quran. Bahkan perbezaan masa antara kedua-duanya adalah sangat lama. Agama mereka berdua juga memberikan satu jurang yang amat luas……. Manakala al-Macedonia ini ialah musyrik dan penyembah berhala.”
Kata Ibnu Taimiyyah, “Sesungguhnya Zulqarnain berada dalam satu zaman yang terlalu jauh darinya (Aristotle) dan beliau membina benteng Yakjud dan Makjud. Orang Macedonia (Alex) ini pergi ke negara Parsi dan tidak sampai ke China.”
Seterusnya saya KELUAR SEBENTAR daripada tema utama untuk berkongsi maklumat tentang tamadun-tamadun awal dunia yang disentuh oleh teman saya El Plato.
73 Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
74 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
75 Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
76 Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
77 Dan Kami jadikan ZURIAT KETURUNANNYA sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
78 Dan Kami KEKALKAN baginya (NAMA yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
79 Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam !
80 Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
81 Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
82 Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
83 Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah NABI IBRAHIM.
(Surah as-Saafaat)
Apabila banjir besar kering, Rasul yang diketahui ada di bumi HANYALAH NUH as. Orang-orang soleh yang tinggal hanyalah kaum keluarga Nuh dan sebilangan kecil para pengikutnya. Ajaran Nabi Adam, Syith, Idris dan lain-lain (jika ada) sudah mengalami kerosakan hinggakan Tuhan melenyapkan semua manusia yang rosak dan tinggallah isi bahtera Nuh.
76 Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
77 Dan Kami jadikan ZURIAT KETURUNANNYA sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
82 Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
Jadi Nabi Nuhlah yang mewarisi ilmu tulen Adam, Syith, Idris dan lain-lain. Mulai saat itu, ajaran Nuhlah yang tersebar ke serata bumi. Dalam agama Hindu, undang-undang tertinggi adalah UNDANG-UNDANG MANU, dan Manu ini ialah Nabi Nuh. Semua ajaran-ajaran yang benar selepas daripada Nuh tentunya mesti melibatkan nama Nuh sebagaimana janji Tuhan:
78 Dan Kami KEKALKAN baginya (NAMA yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
Anak-anak Nuh yang utama ialah Sam, Ham dan Yafits. Umumnya Sam melahirkan bangsa Timur Tengah, Ham melahirkan bangsa Afrika dan Yafits melahirkan bangsa Eropah. Banyak lagi pecahan kecil daripada setiap anak cucu mereka bertiga.
77 Dan Kami jadikan ZURIAT KETURUNANNYA sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
Ketika itu tamadun-tamadun baru hendak berkembang. Maksudnya kesemua tamadun itu menerima ajaran anak-anak Nuh, iaitu ajaran Nuh sendiri sebagai guru utama. Tidak ada patung-patung tidak ada penyembahan berhala. Patung-patung dan semua berhala dimusnahkan Tuhan dalam banjir besar, bumi kembali suci.
74 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
Patung-patung dan berhala datang kemudian apabila ada sebahagian anak cucu Nuh mula berpatah balik mengingat-ingat apa sembahan datuk nenek mereka sebelum banjir, termasuklah apa yang mereka percaya sebagai ajaran Adam, Syith dan Idris. Dan pastinya pengingat yang utama ialah Iblis dan syaitan-syaitan yang mahu menghidupkan semula penyembahan berhala dan dewa. Nuh tidak pernah mengajar ini semua, bahkan kerana semua itulah yang telah melenyapkan kaumnya dalam banjir. Ketiga-tiga orang anak Nuh juga orang-orang yang soleh, bahkan mereka melihat sendiri kaum mereka yang menyembah patung dan dewa ditelan banjir, mustahil mereka berpatah balik. Yang berpatah balik ialah anak cucu mereka, yang menyeleweng daripada ajaran Nuh dan anak-anaknya.
Tentang PENGUASA MESIR yang dikatakan sebagai keturunan Sam, saya lebih meyakini penduduk awal Mesir berketurunan Ham. Rajah-rajah berikut dapat membantu.
http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Noahsworld_map.jpg
http://en.wikipedia.org/wiki/Image:T_and_O_map_Guntherus_Ziner_1472.jpg
Wikipedia memberikan maklumat berikut:
The table of nations in Genesis 10 begins by listing Noah's immediate children:
Ham, forefather of the southern peoples (Hamitic Africa)
Shem, forefather of the middle peoples (Semitic)
Japheth, forefather of the northern peoples (Japhetic Eurasia)
Sebenarnya saya agak keliru juga apabila dikatakan ilmu NABI IDRIS selepas pemergiannya dikembangkan oleh ANAK KEPADA NABI DANIEL. Hal ini kerana jarak masa antara mereka terlalu jauh. Idris hidup dan diangkat ke langit sebelum banjir. Maksudnya sebelum 3000-4000 SM. Daniel pula hidup pada zaman Nebuchadnazzer iaitu sekitar 600 SM. Bagaimana pula anak kepada Daniel mengajar ilmu Nabi Idris?
Jika Daniel dan anaknya mengajar, tentu saja lebih mendekati ajaran Nuh ataupun yang lebih dekat lagi dengannya iaitu Ibrahim. Selain itu ada Nabi-nabi Yahudi sebelum Daniel (yang juga Yahudi) seperti Ismail, Ishak, Asya’ya (880 SM), Irmia (600 SM) dan Hazkiyal (600 SM). Dari Ibrahim sampai Daniel, semuanya bangsa Yahudi dan pastinya Daniel membawa ajaran Ibrahim.
Ketika Nabi Idris meninggalkan Babylon, banjir besar belum berlaku.
Imam Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi. Besar sekali kemungkinannya Alexander Macedonia juga dikafirkannya kerana Alex murid Aristotle, Aristotle murid Plato dan Plato murid Socrates.
Tulis al-Ghazali;
“…….maka sewajarnya mereka (Socrates, Plato dan Aristotle) itu DIANGGAP KAFIR dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dari kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi.”
Ringkasnya, apa yang datang dari Yunani itu TIDAK SELARAS DENGAN ISLAM iaitu agama tauhid, apatah lagi jika mahu dikaitkan dengan ajaran Nabi Idris yang tulen.
Hal ini juga membawa kita balik kepada TEMA perbincangan ini, iaitu siapakah Zulqarnain? Pastinya bukan Alexander Macedonia kerana GURUNYA SENDIRI sudah dikufurkan oleh al-Ghazali, apatah lagi muridnya yang sibuk dengan peperangan, yang tidak punya masa ‘study’ sebanyak gurunya.
Sekarang kita KELUAR lagi daripada tema untuk membicarakan pertentangan al-Ghazali- Ibnu Taimiyyah.
Ibnu Taimiyyah seorang yang sering keliru. Dalam banyak perkara dia terkeliru tentang apa yang ditentang dan apa yang disokongnya. Bahkan fikirannya yang sering berubah-ubah membawa banyak masalah kepada orang di kemudian hari.
Pertama, kita kena faham pendirian al-Ghazali. Sebagaimana salah satu prinsip Dakwah Tajdid Segar, al-Ghazali hanya menolak apa yang salah sahaja, bukan menolak satu pakej terus. Apa yang benar tetap diambil.
Ibnu Taimiyyah pula cuba menunjukkan dirinya menolak satu pakej terus tetapi ada waktunya dia terpengaruh juga dengan ilmu Yunani itu. Hal ini boleh kita lihat dalam tulisan-tulisannya yang sesekali memetik nukilan ilmu falsafah untuk mengukuhkan hujah-hujahnya. Sekejap menentang, sekejap menerima. Begitulah cara Ibnu Taimiyyah.
Al-Ghazali membahagikan falsafah Aristotle kepada 3 bahagian:
- Bidang yang wajib dikafirkan
- Bidang yang wajib dianggap bidaah
- Bidang yang asalnya tidak wajib diingkari
(al-Munqiz min ad-Dhalal)
Jelas al-Ghazali tidak menolak semua dan tidak menerima semua. Apa yang benar saja diterimanya.
Cerita ini panjang untuk dihuraikan. Kita tinggalkan dulu kerana tiada berkaitan dengan tema.
Apa yang kita capai di sini adalah:
- al-Ghazali tidak menerima Alex sebagai Zulqarnain
- al-Ghazali memandang ahli falsafah Yunani bertiga itu sebagai sesat. Ilmu mereka sudah bercampur-baur antara yang hak dengan yang batil
- al-Ghazali hanya mengambil apa yang benar saja daripada ilmu Yunani
Berbalik kepada tema. Dari capaian al-Ghazali tadi, tentunya kita boleh fikirkan:
- Ajaran apa yang dibawa oleh Alex Macedonia ke seluruh empayarnya?
- Secocokkah Alex Macedonia dengan peribadi Zulqarnain al-Qurani?
Terima kasih kepada El Plato kerana memperkenalkan saya dengan nama Hermes. Nama ini membuatkan saya merayau-rayau ke sana ke mari mencari Hermes. Banyak juga ilmu yang bertambah setelah berkenalan dengan nama ini. Seronok bermusafir tetapi letih. Tak apa, letih bertambah ilmu. : )
Memang benarlah dewa-dewa ini berasal dari salah satu yang berikut:
- Tuhan
- Rasul
- Nabi
- Wali
- Orang soleh
- Tokoh
- Iblis
- Syaitan
- Jin
Contohnya Dewa Thor (macam dalam kartun Mighty Thor). Saya berpendapat dia sebenarnya malaikat Jibril. Dewa Krishna sebenarnya seorang Rasul. Dewata Raya sebenarnya Tuhan. Begitulah seterusnya. Apa saja yang dianggap hebat memang sering dijadikan dewa-dewi. Tidak mustahillah Hermes ialah Nabi Idris/ Enokh/ Henokh. C uma setakat ini bukti-buktinya belum memadai. Jika ada lebihan masa, mungkin suatu hari nanti saya berminat juga meneliti tentang dewa dewi Rom dan Greek.
Kembali kepada tema.
83 Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah NABI IBRAHIM.
Selepas tersebarnya anak cucu cicit Nuh, banyak pihak yang kembali kepada kejahatan. Ketika inilah Zulqarnain membawa agama Nabi Ibrahim yang ditemuinya di Hijaz sebagai penyuci kepada kerosakan itu ke seluruh penjuru dunia yang dihuni manusia berkerajaan besar. Umumnya dunia kembali suci seperti zaman selepas banjir besar kecuali di tempat-tempat yang tiada kerajaan besar, contohnya tempat kaum Yakjud dan Makjud.
Beberapa lama selepas zaman Zulqarnain, banyak manusia kembali membuat kerosakan akidah. Begitulah sikap manusia.
Dalam tahiyyat akhir, kita berselawat kepada Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim. Saya memandang dua tokoh ini dikaitkan kerana ajaran mereka tidak khusus untuk bangsa tertentu sebagaimana kebanyakan rasul yang lain. Ajaran Ibrahim untuk seluruh dunia, begitu juga ajaran Muhammad saw. Maksudnya ajaran Ibrahim pernah dibawa oleh seseorang untuk disebarkan ke seluruh dunia satu waktu dahulu.
Ajaran nabi-nabi Bani israil umumnya untuk Bani Israil saja. Ajaran Zoroaster untuk Parsi sahaja. Ajaran nabi-nabi China untuk China sahaja, tidak disebarkan ke seluruh dunia. Boleh jadi ini sebabnya hanya Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim yang disebut dalam tahiyyat.
Jadi, siapa yang membawa ajaran Ibrahim ke seluruh dunia sebagaimana ajaran Muhammad?
Cyrus? Ada kemungkinan tetapi dia lebih dekat dengan Zoroaster. Ini antara sebab saya mentalak satu Cyrus (maksudnya boleh rujuk semula).
Alex Macedonia? Tidak mungkin dia membawa ajaran Ibrahim. Hal ini salah satu sebab saya mentalak tiga Alex.
69 Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
70 Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu sembah?
71 Mereka menjawab: Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.
72 Nabi Ibrahim bertanya: Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?
73 Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?
74 Mereka menjawab: (Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian.
75 Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? –
76 (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
77 (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
Kisah Nabi Ibrahim ini berlaku sekitar 2000 SM, 1400 tahun sebelum Cyrus dan 1700 tahun sebelum Alex Macedonia. Pada zaman itu sudah banyak penyembahan berhala berlaku dan Tuhan menolak berhala-berhala ini. Jika pada zaman Ibrahim saja berhala-berhala ditolak, sudah tentu penyembahan berhala selepas zaman Ibrahim termasuklah di Yunani, Hijaz, China dan lain-lain tidak diterima.
Apabila penduduk Rom menyembah berhala dewa dewi, maksudnya agama mereka tidak benar.
Setakat itu dulu perkongsian saya buat kali ini. Insyaallah bersambung.
Wallahualam.
9 comments:
salam... selama ini saya tertanya2 (di dalam hati), mengapa kita menyebut Ibrahim dalam tahhiyat... Alhamdulillah, saya mendapat sedikit jawapan dari penulisan saudara... Tetapi mungkin lebih byk jawapan yg akan diperolehi suatu masa nanti... Saya juga bersyukur kerana mendapat pengisian yg saya cari selama ini tentang Zulkarnain... Lelaki misteri di dalam Al-Quran... Saya berdoa agar akan lebih byk lagi yg dapat saya perolehi melalui penulisan dan kajian saudara.. jazakallah...
Wlksm Tuan/ Puan/ Cik Anonymous,
Ribuan terima kasih atas doa tuan kepada saya. Saya sangat berminat untuk terus menulis tentang Zulqarnain, malangnya selalu kesibukan. Insyaallah akan saya usahakan.
Terima kasih sekali lagi.: )
Terima kasih kembali...
Saudara,
Saya Pn. Anonymous...
Maafkan saya jika saya tersilap... Saya cube mencari tarikh pada artikel yg saudara tulis namun saya tidak menemuinya...hanya waktu sahaja yg tertera... (mgkn juga saya tidak perasan/tahu). jika ada, harap saudara dapat maklumkan kpd saya...namun jika mmg tidak ada, saya berharap agar dapatlah saudara meletakkan tarikh pada artikel saudara kerana lebih mudah untuk saya mengenalpasti artikel saudara yg terkini, terutamanya tentang Zulqarnain (maafkan saya jika saya terlalu pentingkan diri sendiri).. betulkan kesilapan saya... Wallahualam... jazakallah...
Sekarang (2010) saya dalam proses untuk menyiapkan keseluruhan cerita tentang Zulqarnain. : )
salam ustaz, saya sering membaca tentang zulkarnain dari perspektif cyrus dan alexander. pendapat dan hujah ustaz tentang zulkarnain amat menarik. saya sentiasa menunggu sambungan siri ini dari ustaz;)
Salam,
Saya lihat penulisan ustaz lebih merujuk kepada pendpat sendiri tanpa dalil yang kukuh dan penulisan ustaz juga cenderung kepada mempercayai rujukan wikipedia semata-mata. Jika ustaz mengulas kenyataan al-ghazali mengkafirkan socrates, aristotle dan plato dan juga ibnu sina, saya rasa ustaz juga tidk patut merujuk kepada wikipedia kerana asas fakta wikipedia lebih cenderung kepada fakta pagan dan pengaruh barat. Dalil yang dikemukakan ustaz seakan cerita israiliyat yang mana ditokok tambah oleh golongan nasrani dan yahudi. Apa komen ustaz?
Wlksm Anonymous,
Saya tidak merujuk Wikipedia dalam hal kenyataan Imam al-Ghazali itu. Saya rujuk hal itu dalam kitab Imam al-Ghazali sendiri iaitu al-Munqiz min adh-Dhalal. Ada dua buah di rumah saya, yang berbahasa Melayu (sejak sekitar tahun 2000) dan yang berbahasa Arab (sejak 3-4 tahun lepas).
Bahkan dalam artikel di atas sudah jelas saya menulis:
MULA
Imam Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi. Besar sekali kemungkinannya Alexander Macedonia juga dikafirkannya kerana Alex murid Aristotle, Aristotle murid Plato dan Plato murid Socrates.
Tulis al-Ghazali;
“…….maka sewajarnya mereka (Socrates, Plato dan Aristotle) itu DIANGGAP KAFIR dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dari kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi.”
TAMAT
Semoga penjelasan ini membantu anda.
WA.
9 Oktober 2010
Saya berpendapat bahawa Alex ialah Zulqarnain sebab dlm Al Kahfi Allah sebut yang Allah mudahkan perjalanan Zulqarnain.Cyrus the Great mati dalam peperangan menentang pasukan Ratu Tomrys di Uzbekistan.tp Alexander meninggal dalam demam di Babylon .
#sekadar memberi pendapat
Memang ada kemungkinan Alexander Macedonia ialah Zulqarnain, tapi hujah mudahnya perjalanan Alexander Macedonia tidaklah sesuai, kerana banyak kesukaran yang dialaminya sepanjang perjalanan itu.
Antara yang paling menonjol ialah ketika di utara bumi India, apabila sebahgaian tenteranya sudah tidak mahu berperang dan hampir-hampir berlaku pemberontakan.
Kemudian ketika berhadapan dengan tentera bergajah dari India di seberang sungai, Alexander dan tenteranya terpaksa berundur tanpa melawan kerana ketakutan. Jika benar Alex dimudahkan perjalanannya, sudha tentu tentera bergajah itu dapat dikalahkannya dengan mudah dan dia tidak perlu berundur.
Hal ini menunjukkan perjalanan Alex tidaklah mudah bahkan tersekat.
Terima aksih atas pendapatnya.
Post a Comment