Thursday, April 21, 2011

Bilakah Lagu ‘Negaraku’ Mula Dicipta?

Lagu Negaraku mempunyai riwayat yang panjang. Menurut Y.A.M Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah, lagu itu mula-mula didengar di Mahe dalam Pulau Seucjelles, di mana ayahanda baginda, Sultan Abdullah, Perak tinggal sebagai orang buangan.

Lagu itu sering dimainkan oleh pasukan pancaragam Perancis untuk memberi hiburan kepada orang ramai pada tia-tiap hari Selasa. Perkara ini berlaku lebih kurang dalam tahun 1892.

Raja Chulan, saudara lelaki kepada Y.A.M Raja Aminah pernah mendengar lagu itu sewaktu melawat Pulau Seychelles. Baginda sangat menggemarinya serta mempelajari sendiri lagu itu dan memainkannya dengan biola.

Dalam tahun 1895, Sultan Abdullah telah dibenarkan meninggalkan Pulau Seychelles dan pergi ke Singapura. Beberapa tahun sebelum itu, lagu itu telah dipilih menjadi lagu Lagu Kebangsaan bagi Sultan Perak, iaitu dalam tahun 1888.

Pada waktu itu, Sultan Idris, Perak telah dijemput oleh Queen Victoria melawat London. Baginda telah diiringi oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak dan juga anakanda baginda, Raja Mansur.

Apabila sampai di Southampton, seorang wakil Kerajaan British telah menemui Raja Mansur untuk emndapatkan Lagu Kebnagsaan bagi Negeri Perak. Baginda lalu memebrikan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan bagi Perak walaupun sebenarnya pada waktu itu Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan. Mulai hari itu, negeri Perak telah menetapkan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Perak.

Lebih kurang dalam masa lawatan Sultan Idris da Raja Mansur ke England, lagu itu telah dikenalkan kepada Wayang-Wayang Bangsawan Indonesia yang mengadakan pertunjukan di Singapura. Lagu itu telah dinamakan Stambul Satu dan bangsawannya pada masa itu ialah Bangsawan Indera Zanibar atau Wayang Kasim.

Lagu itu sangat digemari ramai sehingga dinyanyikan oleh bangsawan-bangsawan lain. Beberapa tahun kemudian, lagu itu dinamakan ‘Terang Bulan’. Raja Mansur telah beberapa kali mengakui bahawa lagu Negaraku sekarang adalah merupakan lagu yang pernah digemari ramai itu. Ia telah dinyatakan oleh anakanda baginda, Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur, cucu kepada Sultan Abdullah.

Kini Lagu Negaraku telah menjadi milik rakyat Malaysia dan ia berkumandang di mana-mana sahaja di dunia ini apabila nama negara kita muncul dan penghormatan di dalam pelbagai acara antarabangsa.

Sumber :

“Ketahuilah Anda” cetakan kedua 1996 (cetakan pertama 1989) terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Muka surat 53-54


*Saya tidak menambah apa-apa, sekadar menyalin semula maklumat yang tertera dalam buku tersebut.

Maklumat Menarik Buku 'Tahulah Anda'

Saya terjumpa sebuah buku lama bertajuk “Menjawab Pelbagai Kemusykilan Para Pelajar : Ketahuilah Anda” terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Cetakan pertama 1989 dan cetakan kedua 1996. Ada beberapa maklumat menarik yang ingin saya kongsikan.

ATLANTIS

Penduduk Atlantis dikatakan pernah menakluki barat daya Eropah dan barat laut Afrika, tetapi kemudiannya dikalahkan oleh orang-orang Athens dan Greek. Bandar Atlantis dipercayai pernah berada di barat Gibraltar.

EMBUN

Sejak zaman Aristotle manusia percaya embun turun ke bumi seperti hujan. Sebenarnya embun tidak turun dari awan sebagaimana hujan. Embun terjadi daripada lembapan udara

LEMBAGA LETRIK NEGARA

LLN ditubuhkan pada 1 September 1949. Pada mulanya dikenali sebagai Lembaga Letrik Pusat. Dikenali sebagai LLN mulai tahun 1965. Bekalan elektrik pertama di negara ini adalah di Pulau Pinang, iaitu pada tahun 1904. Setahun kemudian elektrik dibekalkan di Kuala Lumpur.

MATEMATIK

Matematik pernah dikenali sebagai ‘Permaisuri dan Hamba kepada Sains’ (Queen and Servant of the Scinece). Perkataan ‘matematik’ berasal daripada perkataan Greek ‘mathemata’ yang bermaksud ‘sesuatu yang dipelajari’.

IBN AL-HAITHAM

Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Hakim di Mesir (996 Masihi), Ibn Al-Haitham pernah mencuba ilmu matematiknya untuk menahan banjir Sungai Nil. Malangnya percubaan itu gagal sehingga dia dianggap gila. Dia juga pernah menyangkal pendapat penulis silam Eropah yang percaya mata manusia mengeluarkan cahaya untuk melihat sesuatu.

TOKOH YANG BELAJAR TANPA HENTI

Ibnu Rusyhd seorang ilmuwan Islam dari Andalusia (Sepanyol). Dia hanya berhenti rehat daripada belajar dua hari. Pertama pada hari kematian bapanya dan kedua pada hari perkahwinannya.

KONDOMINIUM

Kondominium merupakan satu konsep perumahan yang wujud sejak zaman Rom lagi. Konsep kondominium moden mula berkembang di California pada tahun 50-an. Perkataan Latin ‘con’ bermaksud ‘berkongsi’ dan ‘dominium’ bermaksud “berkawalan’. Kompleks kondominium pertama di Malaysia ialah di Kuala Lumpur. Kompleks ini dinamakan Desa Kudalari. Ia terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Pekeliling. Pembinaannya selesai pada tahun 1971.

Monday, April 11, 2011

Kat Sini Pun Ada Jugak : )


Besarnye!


Kirik kanan engkau ye, penuh muka surat pulak tu.

Thursday, April 07, 2011

Blog Khusus untuk Ihya' 'Ulumiddin

Alhamdulillah syukur, sebuah blog khusus tentang kuliah Syarah Ihya' berjaya disiapkan. Tuan-tuan boleh berziarah ke http://syarahihya.blogspot.com/ . Ambillah apa-apa yang bermanfaat, ketepikan apa-apa yang mudarat.


Berikut adalah sedikit panduan kepada para penziarah tentang isi kandungan laman tersebut:

AUDIO SYARAH IHYA' = Kuliah syarahan kepada kitab Ihya' 'Ulumiddin. Dirakam dalam bentuk audio dan dimuatnaik ke Youtube.

TEKS KULIAH = Audio Syarah Ihya' tadi dipindahkan ke dalam bentuk teks untuk dibaca. Sesiapa yang mengalami masalah talian internet 'lembab', boleh mengikuti kuliah dengan membaca teksnya.

SYARAH TEKS KULIAH = Teks Kuliah tadi disyarahkan lagi dalam bentuk teks untuk memantapkannya.

HIKMAH AL-GHAZALI - Koleksi pilihan kata-kata hikmah Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya'. Kata-kata beliau yang ringkas tetapi padat menajdi keutamaan.

SYARAH HIKMAH - Syarah kepada Hikmah Al-Ghazali (dalam bentuk teks).

Related Posts with Thumbnails