Hubungan Tabut dengan Nyawa Umat Islam
Banyak antara kita yang memandang sepi akan tabut Nabi Musa ini. Pada mereka tabut tidak ada kena-mengena dengan hidup ataupun mati kita. Namun mengikut pemerhatian saya, nyawa jutaan penganut agama Islam dan penganut agama lain memang ada kaitan dengan tabut (walaupun pada hakikatnya kita sedia maklum yang tabut tidak berkuasa, yang berkuasa ialah Allah sahaja).
Saya pernah berbual dengan Ustaz Fadhlan Shahidi (Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) & Aman Palestin). Menurut beliau, sebenarnya Israel boleh membunuh semua rakyat Palestin termasuklah menghapuskan HAMAS, Hizbullah, FATAH dan lain-lain dengan mudah. Cuma masalahnya Israel takut kalau-kalau hadis tentang pembantaian mereka oleh umat Islam menjadi kenyataan. Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Tidak akan berlaku saat itu (kiamat) sehinggalah kaum muslimin memerangi kaum Yahudi sehinggakan kaum Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata, “Wahai orang-orang Islam, di sini ada Yahudi di belakangku! Mari, bunuhlah dia!”, kecuali pokok gharqad kerana sesungguhnya ia adalah pokok Yahudi.”
(Bukhari, Muslim)
Jika mereka membuat pembunuhan dan pengusiran besar-besaran menggunakan senjata-senjata utama mereka, dibimbangi seluruh umat Islam akan bangkit lalu berpadu menyerang mereka. Ketika itu Amerika, NATO, Rusia ataupun seluruh dunia tidak mampu menghalang kejaran umat Islam ke atas Israel. Maksudnya, hadis Rasululullah itu menjadi realiti. Hal inilah yang menggerunkan Israel kerana mereka sedia maklum begitu banyak perkataan-perkataan Nabi Muhammad yang menjadi kenyataan.
Sebab itulah hingga kini kita melihat Israel hanya menggunakan senjata-senjata ringan dan sederhana saja (jika dibandingkan dengan keseluruhan persenjataan mereka) dalam menangani kebangkitan rakyat Palestin. Seboleh-bolehnya mereka hendak melambat-lambatkan peristiwa pembantaian yang dinyatakan dalam hadis tersebut ataupun lebih utama lagi untuk membuktikan salahnya kata-kata Nabi Muhammad itu.
Berdasarkan dialog dengan Ustaz Fadhlan ini, pada pandangan saya Israel tidak akan teragak-agak untuk menghancurkan bumi Palestin beserta para penghuninya apabila mereka mendapat tabut. Mereka yakin habis akan kekeramatan tabut yang pernah meruntuhkan ‘Walls of Jericho’. Dengan adanya tabut di tangan, mereka tidak akan mempedulikan lagi walau sebesar mana tentera kaum muslimin. Sebab itulah mereka begitu berusaha keras untuk mendapatkan tabut. Lorong-lorong tikus (terowong) dibina dengan pesat di bawah Masjidil Aqsa untuk menjayakan niat mereka menemui tabut di samping meruntuhkan kompleks al-Aqsa.
Yang kita khuatiri, kaum Yahudi menemui sesuatu yang disangkakan tabut ataupun diyakinkan oleh pihak tertentu yang benda itu tabut. Hari ini mereka mendapatkan tabut, tidak mustahil esok pagi Palestin jadi padang jarak padang tekukur. Namun dalam kekhuatiran itu tetap ada berita baik kerana hal itu akan menyatukan umat Islam sedunia di bawah pimpinan Al-Mahdi lalu menghentam Israel dengan sehebat-hebat hentaman.
Kita usah berasa terlalu gusar dengan usaha Zionis mengumpulkan umat Yahudi seluruh dunia di bumi Palestin kerana berkumpulnya mereka di sana akan memudahkan proses pembantaian sebagaimana yang tertera dalam hadis Rasulullah. Memang itu pun antara hikmahnya Allah memberi peluang kepada Zionis hari ini untuk mengganas dan mengusir penduduk Palestin dari bumi bertuah itu.
9 comments:
Allah Huakbar sangat bermakna kupasan dan penulisan dalam blog ini.....Sayangnya saya tidak boleh tambah ke dalam blog saya masih ada masalah. Harap sahabat dapat jadi pengikut saya di kotak pengikut dalam blog saya untuk saya membaca penulisan saudara sentiasa untuk membuka minda dan roh Islam di jiwa...Allah Huakbar...........
Mudahan sahabat terus kekalkan bahasa Melayu dalam blog ini supaya kami anak bangsa dapat menghayati sepenuh hati penulisan bermanfaat ini....
Terima kasih banyak D'Rimba atas segala bentuk sokongan. : )
Terima kasih atas cerita tentang tabut ini. Selama ini saya tertanya2 apa itu tabut dan sekarang sudah jelas dan nyata. No wonder la ada logo logde freemason di Englang mempunyai gmbr tabut ni. Misi mereka adalah untuk membina kembali haikal sulaiman dan juga mencari kembali tabut as-sakinah ini.
Sama-sama atas sokongan. Tangan-tangan ghaib Yahudi memang melakukan pelbagai usaha untuk mencapai dunia ini keseluruhannya. Freemason tu memanglah kita tahu- berjuang untuk Yahudi. Sama-samalah kita bergerak sebagai satu umat untuk menggemilangkan dunia Islam baut kali kedua.
atas nama ALLAH yang maha berkasih sayang segala puji-pujian bagi allah seru sekalian alam demi kasih sayang sesama muslim jawapan keberadaan tabut assakinah tertulis di dalam al-quraan secara kombinasi keseluruhan al-quraan.halusi pemahaman bacalah al-quraan yang di fahami dan rujuklah hadis-hadis sahih.percayalah petunjuk dan hidayah dapat pada yang mengambil pelajaran dan yang mempunyai minda.penelitian harus ditumpukan pada kisah nabi pemegang tabut terakhir dan kisah-kisah semasa pemerintahannya.kosongkan minda bacalah dari awal quraan sampai akhir.bahasa yang difahami.sekiranya terasa hidayah allah dan pertunjuk banyakan menyebut auzubillah dari bisikan syaitan.izin allah kita bersama memantau pergerakan zionis tipu daya mereka takan dapat menandingi kehebatan tipu daya allah.kesejahteraan buat sekalian orang soleh dan lurus dan sentiasa berterima-kasih .segala puji-pujian bagi allah seru sekalian alam. greenforce15
Jazakallah Tuan Greenforce atas komen dan kunjungannya.
Semua tentu memegang keyakinannya sendiri-sendiri. Menafsirkan sesuai keyakinannya. Tidak ada yang benar, yang dibuat oleh manusia, apapun itu walaupun ucapan dari seorang pemimpin agama. Segalanya memiliki kebenaran dari sudut pandangnya masing-masing. Jadi janganlah pernah memaksakan pandangan-pandangan atas dasar tertentu.
ALLAHUAKBAR.brsama2 kita brdoa utk
seluruh umat Islam.semoga ALLAH sentiasa melindungi kita serta mmberi bantuan tanpa putus kpd kita semua trmsk saudara Islam di
palestin.AMIN.
Post a Comment