Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, December 16, 2008

Tabut dalam Hadis (Tempat-tempat Lain)

Hadis kedua:

“Tanda pengenalannya sebagai al-Mahdi ialah dia akan menunjukkan jalan kepada benda yang tersembunyi. Dia akan mengeluarkan tabut dari tempat bernama Antiochia.”

(al-Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)


Antioch/ Antiochia/ Antiokia/ Antakiah/ Antakya berada dalam negara Turki di bahagian selatan, berhampiran sempadan Jordan. Saya tiada sebarang petunjuk untuk mencari tabut di Antiochia.

Antakya yang Bersejarah



Hadis ketiga:

“Tanda pengenalannya sebagai al-Mahdi ialah dia akan pergi ke gunung-ganang di Syam. Dari situ dia akan mengeluarkan kitab Taurat dan membawa bukti kepada orang-orang Yahudi.”

(al-Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)


Syam kini dikenali sebagai Syria. Banyak lokasi bersejarah di Syria. Hadis di atas tidak meletakkan lokasi yang khusus sedangkan banyak gunung di Syria. Saya tidak punya sebarang petunjuk untuk mencari tabut di sini. Tambahan pula hadis ini menceritakan tentang kitab Taurat, bukannya tabut. Namun tidak mustahil juga Taurat berada bersama-sama tabut sepertimana yang dijangka oleh sebahagian orang.


Keindahan bangunan-bangunan silam



Hadis keempat:

“Al-Mahdi akan menundukkan Rom dengan mengumandangkan empat takbir dan membunuh 600,000 jiwa. Ia akan mengeluarkan apa saja yang ada di Baitul Maqdis, tabut, ma’idah (hidangan) Bani Israil, radhadhatul alwah (?), hilah Adam (?), tongkat Nabi Musa, mimbar Nabi Sulaiman, alat penyukat daripada al-manna yang diperbuat daripada tanah dan berwarna amat putih yang diturunkan Allah kepada Bani Israil.” (2)


Hadis ini pula memberitakan tabut berada di Baitul Maqdis, begitu juga dengan barang-barang peninggalan yang lain.


Tentang tongkat Nabi Musa, saya mendapat maklumat berikut:


“Ada lagi benda yang terkait dengan tiga agama, yakni Yahudi, Kristen, dan Islam. Koleksi itu berupa: tongkat Nabi Musa! Seperti dikisahkan dalam khazanah agama, Nabi Musa menunjukkan mukjizat lewat tongkat. Tongkat itu bisa berubah jadi ular dan juga membelah Laut Merah demi menyelamatkan umat Yahudi dari kejaran balatentara Firaun.”

“Meskipun punya reputasi dahsyat, tongkat ini sangat bersahaja. Berupa ranting kayu cokelat, sepanjang sekitar 1,5 meter, bermata ranting 14 titik, serta ada sisa ranting sekitar 3 cm di mata ketiga. Disebutkan, tongkat bergaris tengah sekitar 2 cm itu dari abad ke-13 sebelum Masehi (SM).” (3)


Kononnya tongkat Nabi Musa dipamerkan di Istana Topkapi, Turki. Betulkah yang dipamerkan itu tongkat Nabi Musa?


Wallahualam.


Ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Beberapa tempat tempat yang dikaitkan dengan keberadaan tabut seperti Gunung Nebo, Baitul Maqdis, Antiochia dan Syria berada seakan-akan sebaris pada garis latitud 35-37 darjah Timur. Mungkinkah ada apa-apa rahsia tentangnya?



(1) Ketiga-tiga hadis ini dipetik daripada tulisan Harun Yahya bertajuk ‘Where is the Ark of the Covenant’ di http://us1.fmanager.net/api_v1/productDetail.php?dev-t=EDCRFV&objectId=3441

(2) Kedua-dua hadis ini dipetik daripada kitab bertajuk ‘Ulasan Ringkas tentang Tanda-tanda al-Mahdi yang Dinantikan’ (terjemahan) oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy

(3) http://www.jambi-independent.co.id/home/modules.php?name=News&file=article&sid=10018


Keindahan Istana Topkapi melalui sudut pandangan kamera yang terancang rapi

1 comment:

Anonymous said...

Tuan blog percaya ke dengan Harun Yahya? Saya skeptikal sikit dgn penulisan beliau selepas didedahkan dgn berita mengatakan Harun Yahya adalah sesat kerana dalam diam, dia mengaku bahawa dia adalah Imam Mahdi. :ohmy:

Related Posts with Thumbnails