Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, December 11, 2008

Di Mana Tabut Sekarang?

Sebagaimana peningnya kepala manusia memikirkan lokasi pendaratan bahtera Nabi Nuh, sebegitulah juga peningnya dalam menentukan kedudukan tabut hari ini. Tentang bahtera Nabi Nuh, beberapa gunung baik di Eropah, Asia Tengah dan Asia didakwa sebagai tempat pendaratannya selepas banjir besar. Kedudukan Bukti Judi tidak dapat dipastikan dengan tepat. Lokasi paling popular ialah di Gunung Ararat, tetapi ada pihak mengatakan hal itu hanyalah pembohongan Yahudi untuk mengelakkan lokasi yang lebih tepat tidak menjadi keutamaan para pencari.

Muhammad Isa Dawud dalam bukunya ‘Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia’ memberikan beberapa hujah yang menarik dalam menolak kewujudan bahtera Nuh di Gunung Ararat.

Begitu juga dengan lokasi Gua Ashabul Kahfi. Sekurang-kurangnya tiga buah gua di tempat yang berlainan didakwa sebagai tempat persembunyian mereka yang mereka tertidur selama 309 tahun di dalamnya. Jika anda mendakwa pernah berziarah ke Gua Ashabul Kahfi, boleh jadi ia bukan tempat yang sebenar.

Begitulah antara permainan ‘tangan-tangan Yahudi’. Mereka sengaja menghebahkan ataupun sekurang-kurangnya membiarkan khabar-khabar angin mengatakan sesuatu benda itu berada di sana sini sedangkan mereka sendiri meneroka di tempat yang paling berkemungkinan benda itu ditemui. Mereka sengaja ‘memecahkan’ gerombolan pengkaji dan pencari supaya mereka dapat menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih aman.

Tempat-tempatyang popular dengan keberadaan tabut


Menurut English Wikipedia, ada beberapa lokasi yang digembar-gemburkan sebagai tempat tabut hari ini.

DOME OF THE ROCK- Dikenali sebagai Masjid Qubbah as-Sakhrah berhampiran Masjidil Aqsa. Dipercayai Haikal Sulaiman yang asal dibina di situ. Di situlah baginda meletakkan tabut. Umum mengetahui wujudnya terowong-terowong lama di bawah Dome of the Rock. Ada kemungkinan tabut pernah diletakkan di situ.

Sekitar 586 SM Bukhtanassar/ Nebuchadnezzar's memusnahkan Haikal Sulaiman dan merampas segala harta benda di situ. Sama ada Raja Bukhtanassar menemui tabut ataupun tabut disorokkan terlebih dahulu oleh Bani Israil, tidaklah dapat dipastikan. Namun begitu kita masih boleh membuat kira-kira.

Jika Bukhtanassar mendapat tabut, apakah dia membawanya pulang ataupun memusnahkannya? Saya berpendapat tabut tidak dimusnahkan ataupun disentuh oleh tentera musuh Bani Israil. Jika tidak, sudah tentulah bala Tuhan akan turun ke atas mereka sebagaimana yang terjadi kepada penduduk Palestin sewaktu mereka merampas tabut daripada Bani Israil.

Beberapa peneliti juga percaya Bukhtanassar tidak mendapatkan tabut. Kerajaan Bukhtanassar membuat senarai yang lengkap tentang barang rampasan mereka tetapi tidak menyenaraikan tabut. (1)

Ringkasnya, tabut berjaya disorok ataupun dilarikan terlebih dahulu oleh Bani Israil.


Dome of the Rock dan Masjidil Aqsa

GEREJA OUR LADY MARY OF ZION di AXUM, ETHIOPHIA- Tempat ini menjadi salah satu lokasi paling popular. Anak Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis dari Kerajaan Sabak (Sheba) dipercayai pergi menemui bapanya di Jerusalem. Raja Menelik 1 pulang dari Jerusalem dengan membawa tabut.

Raja Menelik memang ada membawa sesuatu hadiah penting daripada bapanya Nabi Sulaiman memandangkan kerajaan Saba’ terletak jauh daripada Jerusalem. Saba’ merupakan sempadan paling jauh bagi kerajaan Nabi Sulaiman, kebetulan anaknya bertakhta di situ. Atas dasar kasih sayang dan pengiktirafan, Raja Menelik dihadiahkan sesuatu yang tidak dihadiahkan kepada anak-anak Nabi Sulaiman yang lain. Tapi apakah hadiah itu tabut?

Saya rasa tidak. Boleh jadi ia hanya replika tabut ataupun benda lain yang bentuknya ada persamaan dengan tabut.

(*Ada orang menyangkakan Nabi Sulaiman memerintah seluruh dunia kerana dia dikatakan menguasai Timur dan Barat, kerajaannya meluas dari Jepun ke benua Amerika. Kajian menunjukkan kerajaan Nabi Sulaiman tidaklah seluas yang diperkatakan. Kerajaannya tidakpun mencecah India, China dan Eropah. Di Afrika pun setakat sebahagian Mesir dan Ethiophia. Kesnya sama dengan kes banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Ada orang menganggap banjir itu melanda seluruh dunia. Wallahualam)

Dari Yaman, tabut dibawa merentasi selat sempit di Laut Merah ke Ethiophia (Habsyah). Selepas singgah di beberapa lokasi, akhirnya tabut diletakkan di Gereja Our Lady Mary. Sesekali tabut digunakan dalam perayaan-perayaan tertentu sebagimana yang biasa kita lihat dalam dokumentari di televisyen. Malangnya tabut yang digunakan itu hanyalah yang replikanya.

Banyak gereja di Ethiophia menyimpan sebuah replika tabut. Di Axum, tabut diletakkan dalam bangunan Gereja Our Lady Mary yang berpagar besi. Hanya paderi penjaga tabut saja yang dibenarkan masuk ke bangunan itu. Orang-orang penting di situ pun sekadar di muka pintu bangunan sementara orang-orang biasa serta orang asing setakat di pintu pagar saja. Tidak ada sebarang bukti kukuh untuk mengakui kewujudan tabut di dalam bangunan itu.

Pada perayaan tertentu, masyarakat tempatan mengeluarkan tabut replika dari bangunan itu lalu mengaraknya pada waktu malam. Kemudian tabut replika dimasukkan kembali ke bangunan tersebut. Nampak seolah-olah masyarakat tempatan diperbodohkan. Mereka sendiri tidak pernah melihat yang aslinya.

Memang benar keturunan Raja Menelik 1 ada berhijrah ke Ethiophia. Kini keturunan itu dikenali sebagai ‘Yahudi Hitam’ kerana mereka berdarah Nabi Sulaiman (beragama ‘Yahudi’- agama Nabi Musa) dan berkulit gelap (negro).

Tabut di Ethiophia. Turut memaparkan upacara penganut agama Kristian yang seakan-akan solat orang Islam serta perbuatan mengucup tempat suci sebagaimana umat Islam mengucup Hajarul Aswad di Kaabah.


Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Cerita itu tidak lain adalah dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab.

Pertama- Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Menelik membawanya pulang?

Kedua- Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik 1, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?

Ketiga- Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka melepaskan tabut ke tangan bangsa asing.

Keempat- Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu?

Kelima- Yahudi hari ini buat-buat tidak tahu saja dengan tabut di Ethiophia. Tidakkah kita berasa pelik? Padahal tabut menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka mengalahkan dunia terutamanya orang-orang Islam. Maksudnya kaum Yahudi hari ini memang tahu tabut sebenar tidak berada di sana. Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu.

Keenam- agama mereka yang mendakwa berketurunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya ‘berbau Kristian’. Padahal tabut bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.


ZIMBABWE- Orang-orang Lemba percaya mereka keturunan Nabi Sulaiman daripada anaknya Raja Menelik. Maksudnya mereka saudara-mara orang-orang di Ethiophia. Mereka mendakwa nenek moyang mereka membawa sesuatu bernama ‘Ngoma Lungundu’ ataupun “Voice of God’ yang rupanya semirip dengan rupa tabut dan kekeramatannya juga lebih kurang sama. Benda itu diletakkan dalam gua di Pergunungan Dumghe. Nampaknya orang-orang Zimbabwe terpaksalah berebut dengan orang-orang Ethiophia.

MESIR- Firaus Sesac (Sisak) yang menyerang Jerusalem membawa pulang tabut sebagaimana yang dipaparkan dalam filem ‘Indiana Jones- Raiders of the Lost Ark’ lakonan Harrison Ford arahan Steven Spielberg. Steven Spielberg sudah kita maklumi seorang Yahudi yang membawa agenda Yahudi dalam filem-filemnya.

GUNUNG NEBO/ NABU di tebing Sungai Jordan. Ada pihak mempercayai Nabi Irmia (Jeremiah)pernah mengambil tabut dan dibawa ke Gunung Nebo. Hingga kini lokasi tabut itu tidak diketahui. Cerita tentangnya terdapat dalam kitab Makabi/ Macabe 2 2:4-8 (2). Kitab Makabi tidak diterima sebagai sebahagian daripada Bible Perjanjian Lama (Old Tetstament) oleh orang-orang Yahudi dan Protestan, tetapi diakui oleh kaum Katholik dan Ortodoks. (3)

Gunung Nebo. Dipercayai Nabi Musa dikebumikan di sini


LANGUEDOC di Peranchis. Ada lagenda mengatakan tabut dibawa ke sana selepas Perang Salib

CAVE OF THE COLUMN, QUMRAN.

ENGLAND

IRELAND

Dan banyak lagi.

Berdasarkan maklumat-maklumat yang dihidangkan setakat ini, secara peribadi jika saya dibiayai untuk mengembara mencari tabut, saya akan mencarinya di Jerusalem ataupun di Gunung Nabu.

(1) http://www.youtube.com/watch?v=RV0SczirQE4&feature=related
(2) http://st-takla.org/pub_Deuterocanon/Deuterocanon-Apocrypha_El-Asfar_El-Kanoneya_El-Tanya__9-Second-of-Maccabees.html#Chapter%202
(3) http://en.wikipedia.org/wiki/2_Maccabees


Video-video di bawah memaparkan pengembaraan ala 'Indiana Jones' seorang pengkaji tabut. Bermula dari Jerusalem, dia pergi ke Ethiophia ke sebuah kuil di atas bukit yang hanya boleh dinaiki dengan cara memanjat menggunakan tali. Tebingnya menegak. Yang hairannya, ada orang-orang tua di atas bukit itu. Mungkin mereka naik pada usia muda dan tidak turun-turun lagi. Mungkin juga mereka ada jalan rahsia yang tidak didedahkan kepada orang asing.

Di atas bukit itu dia menemui sebuah kitab lama yang menceritakan tentang tabut. Diberitakan tabut pernah dibawa ke sebuah pulau. Si pengkaji pergi pula ke pulau itu. Yang ada hanyalah kesan-kesan sesuatu menyerupai tabut. Diberitakan pula dari situ tabut dipindahkan ke Axum. Dia pergi pula ke Axum.

Di Axum, dia sempat menyaksikan perarakan replika tabut pada waktu malam. Seperti nasib para pengkaji lain, dia hanya dibenarkan berada di pagar Gereja Our Lady Mary. Pengembaraan pengkaji ini memang mencabar.










6 comments:

Alexanderwathern said...

Saudara, karanglah buku tentang topik ni. Dunia Islam masih ketinggalan penulisan ilmiah berbanding puak Yahudi, Kristian dan Atheis.

Ketika di Mekah saya berpeluang membeli dua judul buku Atlas of the Quran dan Atlas on the Prophet's Biography susunan Dr. Shawqi Abu Khalil, Maktaba Dar-us-Salam. Edisi cetakan pertama tahun 2003.

Ternyata sebelum 2003, tiada inisiatif dalam dunia Islam untuk menjelaskan lagi personaliti, bangsa, lokasi dsb yang ditunjuk dalam Quran dalam bentuk persembahan ilmiah dan unik termasuklah peta, foto, imej satelit dan carta-carta. Sedangkan dalam dunia Kristian dan Yahudi, pelbagai penerbitan telah dibuat dalam bentuk yang canggih, penulisan yang menarik, foto2 dan gambar yang mempersonakan sejak sekian lama.

Ini amat menarik minat dan jadi dakyah yang merbahaya kepada dunia ilmiah yang perlu digarapi muslim dengan tekun dan tuntas. Semoga Allah SWT merahmati saudara atas daya usaha yang baik ini.

by Tokku on Saturday, December 13 @ 10:21:04 MYT

Alexanderwathern said...

Terima kasih atas sokongan Tuan Tokku.

Sebenarnya saya mengajar kitab '40 Hadis Tentang Peristiwa-peristiwa Akhir Zaman' susunan Syeikh Fahmi Zamzam. Saya melihat kebanyakan ustaz-ustaz yang mengajar tentang akhir zaman (termasuklah kitab ini) begitu kekurangan maklumat. Mereka menyentuh secara seimbas lalu saja apabila memperkatakan tentang Al Mahdi, Yakjuj Makjuj, Zulqarnain, agama Yahudi, agama Kristian, Nabi Isa dan lain-lain.

Mereka memang ada ilmu dalam bidang hadis tetapi kurang maklumat tentang isi kandungan hadis. Hal ini menjadikan kuliah mereka agak hambar dari segi keilmiahan. Malahan kadang-kadang ada pula yang memberikan informasi yang salah tentang hal-hal yang disebutkan tadi. Maksudnya mereka bergantung betul-betul kepada teks/ matan hadis tanpa berusaha membuat kajian tentang isi kandungan hadis itu.

Jadi seboleh-bolehnya saya mahu 'lebih SEDIKIT' daripada mereka dalam menyampaikan ilmu yang memperkatakan tentang dunia akhir zaman ini.

Saya boleh menulis buku tetapi tiada keupayaan untuk menerbit dan memasarkanya. Kebetulan saya memang tidak berminat untuk berurusan dengan penerbit-penerbit yang mengutamakan 'pulangan' berbanding dakwah.

Wallahualam.

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

Alexanderwathern said...

MEESUP menulis:

Saya berharap ada org Islam menaja saudara untuk mengetahui kesah sebenarnya. Terlalu banyak sejarah yang saya masih keliru. Kita org islam sehingga sekarang tiada kajian mendalam.

Kebanyakan kita suka mengatakan ini semua punca dari Israel dan Amerika. Kita hanya pandai menuduh tapi kita sendiri tiada yang buat kajian. Kita hanya ambil cerita dari mereka dan menuduh mereka tidak betul.

Banyak persoalan yanhg saya tak tahu. Antaranya:

1. Macam mana terjadinya Cina, India , manusia putih dan hitam ni.

2. Cerita bahtera Nabi Nuh tidak menyeluruh cuma satu bahagian.... ada bahagian dunia yg lain.... hiss banyak lagi....

by meesup on Saturday, December 13 @ 11:32:11 MYT

Alexanderwathern said...

Rata-rata individu ataupun kumpulan orang-orang Islam yang mampu menaja hari ini lebih suka menaja hiburan. Itulah salah satu masalah utamanya. Lagi satu, mereka suka menaja sesuatu yang membawa pulangan 'KEMASYHURAN' seperti 'yang pertama' di dunia melakukan sesuatu, yang terpanjang, yang terbesar, yang tertinggi, tercantik dan sebagainya. Dalam hal-hal seperti inilah wang mereka dilaburkan.

Kemudian, jika ditaja sekalipun saya mungkin tiada keupayaan dan peluang untuk melakukannya. Lebih baik kita bentuk satu pasukan baru.

Memang benar, kita terlalu bergantung kepada sumber-sumber bukan Islam selama hari ini. Sebab itulah pernah berlaku kita terpaksa mengatakan/ menulis yang Dato' Maharajalela dan Dato' Bahaman sebagai penjenayah/ pemberontak untuk mendapatkan segulung ijazah. Apabila ada maklumat yang tidak sedap kita dengar, kita pun menuding Barat sebagai penjenayah ilmiah. Padahal salah kita juga kerana tidak membuat kajian sendiri.

Pada pandangan saya, kita di Malaysia baru hendak bermula. Rancangan-rancangan seperti 'Jejak Rasul' dan yang sewaktu dengannya boleh dilihat sebagai permulaan. Cuma setakat ini kita baru berada di tahap 'pergi melihat-lihat', belum ke tahap 'pergi mengkaji'. Di samping itu kita tidak nafikan memang ada beberapa pengkaji yang mengkaji selama ini tetapi tidaklah sehebat kajian orang bukan Islam. Apa hendak di kata lagi, rata-rata penduduk Islam Timur Tengah dan Afrika (yang berada hampir di lokasi bersejarah itu) sendiri kurang berminat dalam bidang ini hinggakan begitu banyak khazanah silam mereka diangkut pergi oleh Barat.

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

Alexanderwathern said...

Tentang kewujudan bangsa-bangsa manusia yang berbeza rupa paras, saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan sedia ada (bukan berdasarkan kajian).

Nabi Adam dan Hawa pada mulanya mempunyai 4 orang anak. Mereka dilahirkan kembar. Qabil dilahirkan kembar dengan Iqlima manakala adiknya Habil kembar dengan Lubuda.

Dikatakan Qabil dan Iqlima berkulit putih lagi cantik paras mereka. Habil dan Lubuda pula berkulit hitam dan tidak cantik.

Apabila mereka sudah cukup umur, datang perintah Tuhan kepada Nabi Adam supaya mengahwinkan anak-anaknya secara 'bersilang'. Tentulah tidak elok jika berkahwin dengan saudara kandung lagi kembar.

Oleh itu Qabil dijodohkan dengan Lubuda. Hal ini membuatkan Qabil tidak berpuas hati kerana dia merasakan dirinya yang tampan sesuai dengan Iqlima yang cantik.Qabil pun membuat protes.

Kesimpulannya, perbezaan rupa paras bangsa-bangsa ini bermula sejak zaman anak-anak Nabi Adam lagi.

Selepas banjir besar pada zaman Nabi Nuh as, dia mempunyai tiga orang anak lelaki yang berbeza paras rupa mereka iaitu Sam, Ham dan Yafits. Sam kekal di Timur Tengah lalu membentuk bangsa Timur Tengah yang umumnya berkulit cerah ataupun sawo matang. Ham pula ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika yang umumnya berkulit gelap. Yafits pula berhijrah ke Utara dan Eropah lalu membentuk bangsa Eropah yang berputih.

Kemudian bangsa-bangsa ini ada yang berkahwin campur lalu membentuk pelbagai bangsa lain termasuklah Cina dan India.

Wallahualam.

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

Anonymous said...

Saya cadangkan tuan mengupas isu riba dan syirik di dalam demokrasi,

Related Posts with Thumbnails