1. Langit terbelah (alam semesta terkoyak)!
2. Bintang-bintang dan planet-planet mengalami gangguan graviti, tergelincir daripada landasan (orbit) masing-masing lalu menerpa ke arah lain. Akibatnya bintang-bintang itu berlanggar sesama sendiri. Dari sudut pandangan penghuni bumi, kelihatan seolah-olah bintang-bintang itu jatuh ke bumi.
3. Daratan dan lautan yang menjadi sasaran terbongkar hinggakan benda-benda kecil seperti manusia terpelanting ke udara, kemudian diikuti oleh benda-benda besar seperti gunung. Semuanya hancur-lebur menjadi debu.
4. Apabila pasak-pasak (paku-paku) bumi iaitu gunung-ganang sudah tercabut, bumi menjadi longgar lalu terburai keseluruhannya.
5. Akhirnya seluruh alam semesta musnah.
Tamat hari kehancuran, bermulalah pula hari kebangkitan...
Sekarang kita berpatah-balik kepada ayat 3 surah al-Waaqi’ah yang bermaksud, “Kejadian (hari kehancuran) yang merendahkan dan meninggikan.”
Dari sudut pandangan penghuni bumi, perhiasan-perhiasan di langit jatuh menimpa kita terlebih dahulu. Maksudnya Tuhan ‘merendahkan’ bintang-bintang yang kebiasaannya tinggi pada sudut pandangan penghuni bumi (walaupun kita berada di kutub selatan dan bintang itu berada di bawah daripada bumi).
Apabila bintang-bintang ini menghentam bumi, terhamburlah ke udara segala yang ada di permukaan bumi dan kemudiannya segala si perut bumi. Maksudnya Tuhan ‘meninggikan’ semua itu melepasi keseluruhan lapisan atmosfera bumi dari trofosfera hingalah melepasi lapisan eksosfera.
Mulanya ‘direndahkan’, kemudian barulah ‘ditinggikan’.
Boleh jadi ehwal ini berkaitan dengan ayat tersebut. Wallahualam.
Video ini sebagai contoh kejadian bumi dilanggar sesuatu objek (direndahkan), kemudian permukaan bumi terhambur ke angkasa lepas (ditinggikan).
Mungkin juga yang direndah dan ditinggikan itu ialah bintang-bintang (dan planet-planet serta semua objek di angkasa lepas). Asalnya semua itu berjalan atas orbitnya dengan ketinggian atupun kerendahan yang sekata. Namun apabila graviti semua bintang rosak, bintang-bintang ini tidak lagi berada pada orbit itu dengan ketinggian ataupun kerendahan asal, sebaliknya turun ke bawah ataupun naik ke atas, ataupun naik turun. Akhirnya semua bertembung sesama sendiri. Saya lebih cenderung kepada yang ini.
"Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang."
(Al-Buruuj: 1)
"Oleh itu Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul.Yang beredar tetap pada tempatnya."
(At-Takwiir: 15-16)
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment