Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Saturday, December 13, 2008

Zulqarnain: Alexander ataupun Cyrus? (bah 1)

PANDANGAN:

Assalamualaikum

Perbahasan tentang siapa Zulkarnian telah lama berlaku dan aliran syiah menolak bahawa Alexander the Great adalah bukan Iskandar Agung. Walau apa pun hujah2-hujah yang diberi oleh Syiah ada kebenaran dan ada juga kelemahan kerana menolak nama yang diberi adalah berunsur kebaratan.

Tapi kita harus lah menerima hujah-hujah yang logik dan ada kaitan dengan sejarah dan kefahaman baik dari segi ilmu mahu pun falsafah dan tidak dinafikan juga bahawa pada zaman itu manusia menyembah berhala dan ini tidak dinafikan.

Walau pun pada ketika itu ilmu dan falsafah Yunani hanya lah mitos dan sastera tapi ilmu-ilmu yang diperolehi juga adalah ilmu yang diwarisi dari nabi-nabi dan kaum-kaum Yahudi pada zaman Nabi Idris telah berpindah ke utara Algeria yang termasuk dalam kerajaan Yunani.

Menurut Prof.S.H. Nash, Hermes bukannya Nabi Idris seorang, sebaliknya mewakili 3 tokoh (al-muthallath bil Hikmah) yang berlainan. Di samping Nabi Idris sebagai Hermes I, terdapat Hermes II dari Babilon yang mewarisi ilmu dari Hermes I tersebut serta Hermes III dari Mesir. Antara murid Hermes III yang terkenal ialah Asclepius (Asqalbius) yang kemudiannya menyebarkan ilmu pengetahuan dan sains kepada orang-orang Yunani di Ionia.

Pada hakikatnya bukan Nabi Idris seorang sahaja yang mengajar, bahkan nabi lain juga turut membawa ilmu sains kepada umatnya seperti Nabi kKhidir,j uga dikaitkan ilmu-ilmu astronomi, fizik,kimia dan sebagainya. Malah Nabi Musa dikatakan mahir dalam ilmu matematik dan turut mengajar orang-orang Yunani yang datang ke Mesir pada ketika itu.

Aristoteles lahir pada tahun 384 SM. Bapanya adalah seorang doktor peribadi Amyntas II, raja Makedonia. Beliau adalah anak murid Plato dan beliau diundang oleh Raja Philippos dari Makedonia, anak Amyntas II untuk mengajar anaknya Alexander the Great dan pada masa itu usia Alexander 13 tahun dan beliau telah pun diangkat menjadi raja Makedonia pada usia yang muda dan Aristoteles adalah guru dan penasihat beliau.

Alexander dan Zulkarnian adalah orang yang sama. Pengembaraannya hingga sampai ke India bersama tenteranya. Pada masa itu di negeri India orang-orangnya tidak berpakaian dan Allah memberi wahyu pada beliau supaya mengajar mereka, dan Zulkarnian memerintahkan tenteranya berkahwin dengan penduduk India di utara Sind dan pakaian tradisional orang-orang India sehingga hari ini adalah pakaian orang-orang Greek Yunani pada masa Aristotelers dan Plato dan sebagainya. Walau pun hujah ini tidak kuat tapi dari segi sejarah nya ada persamaan.

Firman Allah (surah Al- Khafi)

Sehingga apabila ia sampai ditempat mata hari terbit, didapati matahari itu terbit diatas satu kaum ( Hindustan) yang belum kami adakan untuk mereka (pakaian) penutup (tubuh) ( hanya masih bertelanjang).

.Sehingga apabila ia sampai diantara dua buah gunung ( Armeia dengan Azirbaijan) didapati dekat keduanya satu kaum, hampir mereka tiada mengerti perkataan.

Mereka berkata: hai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj , membuat bencana dimuka bumi, sebab itu mahukah engkau kami beri upah, supaya engkau buat dinding antara kami dengan mereka?

Berkata Zulkarnain: Apa2 kekuasaan yang diberikan Tuhan kepada ku lebih baik ( dari upah itu), sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan (orang2 dan perkakas), supaya ku perbuat dinding yang kukuh, antara kamu dengan mereka.

Beri aku beberapa potong besi, sehingga apabila sama tinggi besi itu dengan kedua belah gunung itu maka Zulkarnain berkata: Tiuplah api!Sehingga apabila besi itu telah nenjadi api, ia berkata: Berilah aku tembaga, supaya ku tuangkan kedalam api itu ( sehingga besi berpadu dengan tembaga menjadi satu).


Sebelum kita handak membincangkan selanjutntya tentang Alexander the Great ( Iskandar Agung) kita faham dulu tentang sejarah Yunani yang ada kaitan dengan beliau dan falsafah-falsafah Yunani juga menerima pendidikan dari NABI IDRIS dan NABI MUSA.

Wilayah Yunani Raya didataran Eropah,pesisir Asia kecil( wilayah Turki)
Pulau Sicily ( Itali), didataran utara Arika.

Luasnya wilayah Yunani dihasilkan kerana orang Yunani dari tanah airnya di dataran Eropah berpindah ke tanah asing. Orang-orang Yunani adalah pelaut yang pandai, terpaksa merantau ke daerah asing bilamana penduduknya bertambah.
Dataran asal Yunani hanya meliputi gunung-ganang dan gundul, dengan alasan ekonomi mereka berhijrah, dan tertubuhnya Yunani Raya (Graesia magna).

Bangsa yunani menyedari bahawa mereka berlainan dari bangsa-bangsa yang lain sehingga mereka mempertentangkan Yunani dengan “barbaros” (bar-bar)
Bagi mereka tidak mempunyai satu erti yang menghina atau menunjukkan suatu yang biadab terutamanya kepada Babilonia atau Mesir .

Orang-orang barbar adalah orang-orang bawahan sahaja, bukan warga negara yang sejati bagi bangsa Yunani, itu bererti bahawa orang-orang barbar adalah tidak lain hanyalah budak suruhan sahaja..

Pada tahun 340 Alexander Agung diangkat menjadi pejabat Raja Makedonia pada usia 19 tahun. Semasa umur beliau 13 tahun menerima pendidikan daripada Aristoteles. Tidak lama Alexander Agung menjadi raja Aristoteles telah telah kembali ke Athena.

Di dalam pemerintahan kerajaan Alexander Agung polis (politik) sudah kehilangan keunggulannya. Universal religius diterima pakai dalam praktek keagamaan

Zulkarnain itu adalah Iskandar Makedonia yang amat masyhur riwayatnya dalam kitab Tarich (sejarah dunia). Beliau dianugerahkan oleh Allah ilmu pengetahuan yang banyak, kecekapan dan kepintaran yang luar biasa sehingga dapat menakluki timur dan barat (Yunani, Rom, Mesir dan pParsi bahkan hingga ke India)

Firman Allah;

“Sehingga, apabila ia sampai ditempat terbenam matahari (Maroko), didapati matahari itu terbenam dalam mata air yang berlumpur hitam (lautan atlantik), disana didapatinya satu kaum, kami berkata; Hai, Zulkarnain, adakala nya engkau siksa kaum yang (kafir) itu atau engkau perlihatkan kepada mereka itu kebaikan”. (surah al kahfi)

Cita-cita beliau untuk mempersatukan timur dan barat, supaya tidak ada lagi peperangan antara timur dan barat kerana pada masa itu dan sebelum beliau lahir lagi peperangan selalu berlaku antara Yunani dan Parsi ( kaum barbar) sering terjadi dan beliau dapat menakluki Parsi dan hilanglah pemusuhan di antara kedua pihak setelah membuat perjanjian itu lah hasrat beliau.

Iskandar Agung meneruskan penaklukan hingga ke India dan apabila beliu sampai di sana terlihat matahari, seperti;

Firman Allah;

“Kemudian di tempuhnya sebuah jalan ( yang lain), yakni ketimur”.(surah al kahfi)

“ Sehingga apabila ia sampai ditempat mata hari terbit, didapati matahari itu terbit diatas satu kaum ( Hindustan) yang belum kami adakan untuk mereka (pakaian) penutup (tubuh) ( hanya masih bertelanjang)”. (surah Al Kahfi)

Di dalam masyarakat India yang sehingga hari ini masih mempunyai kebudayaan Yunani iaitu pakaian tradisional (sari) adalah pakaian orang-orang Yunani dan Rom dan keturunan Yunani, terdapat banyak di Parsi ( Iran) dan orang-orang Hindustan (Bollywood), malah ugama Hindu dan Buddha adalah ugama yang tertua di dunia yang dibawa oleh tentera2-tentera Yunani semasa penaklukan mereka di India.

Di dalam perjalanan ke timur beliau melalui kawasan sehingga sampai ke sebuah negeri yang terletak di antara dua buah bukit Armenia dan Arzabaijan. Penduduk negeri tersebut meminta pertolongan daripada beliu, kerana mereka selalu diganggu dan diniayai oleh dua kaum yang bernama Yakjuj dan Makjuj..

Yakjuj dan makjuj ini ialah bangsa keturunan YFITS BIN NUH yang sering mengganggu mereka seperti firman Allah;( surah al kahfi)

“.Sehingga apabila ia sampai diantara dua buah gunung ( Armeia dengan Azirbaijan) didapati dekat keduanya satu kaum, hampir mereka tiada mengerti perkataan.”

“ Mereka berkata: hai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj , membuat bencana dimuka bumi, sebab itu mahukah engkau kami beri upah, supaya engkau buat dinding antara kami dengan mereka?”

“Berkata Zulkarnain: Apa2 kekuasaan yang diberikan Tuhan kepada ku lebih baik ( dari upah itu), sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan (orang2 dan perkakas), supaya ku perbuat dinding yang kukuh, antara kamu dengan mereka.”

“ Beri aku beberapa potong besi, sehingga apabila sama tinggi besi itu dengan kedua belah gunung itu maka Zulkarnain berkata: Tiuplah api!Sehingga apabila besi itu telah nenjadi api, ia berkata: Berilah aku tembaga, supaya ku tuangkan kedalam api itu ( sehingga besi berpadu dengan tembaga menjadi satu)”

Antara yang menolak Iskandar Zulkarnain adalah Alexander the great ( Iskandar Agung) ialah kaum-kaum SYIAH yang tidak bersetuju dengan tingkah lakunya yang dikata kan seorang yang minum arak dan ramai gundik-gundik, tapi haruslah dimengerti dengan seadil-adilnya bahawa pada zaman beliau iaitu zaman selepas NABI MUSA syariatnya tidak sama dengan syariat Islam semasa NABI MUHAMMAD S.A.W.
Antara Parsi dan Yunani sering sahaja berlaku peperangan dan orang-orang Yunani mengangap orang-orang Parsi atau Babilon adalah kaum barbar yang mempunyai kedudukan yang rendah pada zaman itu.

Sekian.

PENJELASAN ABU ZULFIQAR:

Memang ada kaum Syiah yang menolak Alexander Macedonia sebagai Zulqarnain. Dan kita tidak menafikan juga yang kaum ASWJ dan bukan Syiah yang lain juga ada yang berpendapat demikian. Mungkin lebih tepat jika kita katakan ada kaum Syiah dan ASWJ serta lain-lain yang menolak Alex Macedonia sebagai Zulqarnain. Ringkasnya, ada umat Islam yang menerima dan ada umat Islam yang menolak.

Antara tokoh selain Syiah yang menolak Alex Macedonia sebagai Zulqarnain ialah al-Hafiz Ibnu Kathir ad-Dimasyqi, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, an-Nadwi, Imam Bukhari dan Syed Qutb.

Kata an-Nadwi, “…pendapat (yang mengatakan Alex sebagai Zulqarnain) adalah tidak logik kerana Alexander Macedonia tidak mempunyai sifat yang ada pada Zulqarnain sebagaimana yang dinyatakan oleh Al Quranul Karim.”

Kata Ibnu Qayyim, Dia (Alex) ialah anak Phillips, bukannya Iskandar Zulqarnain yang dikisahkan oleh al-Quran. Bahkan perbezaan masa antara kedua-duanya adalah sangat lama. Agama mereka berdua juga memberikan satu jurang yang amat luas……. Manakala al-Macedonia ini ialah musyrik dan penyembah berhala.”

Kata Ibnu Taimiyyah, Sesungguhnya Zulqarnain berada dalam satu zaman yang terlalu jauh darinya (Aristotle) dan beliau membina benteng Yakjud dan Makjud. Orang Macedonia (Alex) ini pergi ke negara Parsi dan tidak sampai ke China.”

(Kenyatan tokoh-tokoh di atas bersumberkan buku ‘Iskandar Zuklkarnain’ oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf)

Al-Quran mengatakan Zulqarnain seorang yang benar tauhidnya dan menyebarkan agama tauhid itu. Zulqarnain berjaya dalam perancangan-perancangannya kerana dia dimudahkan segala perkara- menurut al-Quran. Namun pada zaman Alexander Macedonia, orang-orang Yunani yang berada di sana menyembah berhala. Mustahil pula Alex gagal mentauhidkan mereka jika dia benar-benar Zulqarnain. Jika dia gagal, maksudnya dustalah ayat al-Quran:

“Dan Kami telah memberikannya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.”
(Al-Kahfi: 84)

Dari catatan-catatan sejarah (bukan catatan mitos ataupun hikayat) yang pernah saya tahu, Alexander Macedonia tidak pernah membina apa-apa binaan tembok. Dia juga tidak pernah sampai ke Morocco (Maghribi), India dan China.
http://en.wikipedia.org/wiki/Image:MacedonEmpire.jpg

Tentang pakaian orang-orang India yang ada persamaan dengan orang-orang Yunani, secara peribadi saya berpendapat hal itu sudah berlaku lebih dahulu daripada pengembaraan Alex Macedonia. Orang-orang Aryan yang sebahagiannya dari Yunani berhijrah ke India bersama-sama kitab-kitab Weda ribuan tahun sebelum kelahiran Alex Macedonia. Mereka membawa ajaran-ajaran dari Nabi Nuh dan Ibrahim yang jauh lebih awal daripada Musa.

Empayar Alex Macedonia dianggarkan hanya seluas 5.4 juta km berbanding empayar Korsh/ Cyrus yang seluas 7.5 juta km.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_empayar_terbesar

Sebenarnya Alexander Macedonia yang kita bincangkan ini adalah Alexander 3. sebleumnya sudah ada dua orang Iskandar di Yunani.

Tentang Nabi Idris pula, sefaham saya baginda hidup lebih awal daripada Nabi Nuh.

Berdasarkan Old Testament:
NUH bin Lamekh bin Metusalah bin IDRIS bin Yared bin Mahalaleel bin Kenan bin Enos bin Set bin ADAM.

Maksudnya selepas zaman Nabi Idris manusia semakin menjadi jahat dan kemuncaknya pada zaman Nuh. Semua yang jahat dihapuskan Tuhan kecuali yang diselamatkan melalui bahtera Nuh. Selepas zaman Nuh, kemungkinan besar belum ada sebarang kerajaan. Sedangkan ajaran Idris yang dikatakan sebagai Hermes 1 itu disampaikan kepada Hermes 2 di Babylon.

Antara persoalan yang timbul adalah bilakah kerajaan Babylon yang diperintah oleh Hermes 2 itu wujud?

Zaman kemuncak Babylon melalui Dinasti Kaldian adalah pada zaman Raja Nebuchadrezzar sekitar 600 SM. Zaman ini sudah terlalu jauh daripada zaman banjir Nuh. Raja Hammurabi yang terkenal hidup sekitar 1700 SM dan dia merupakan Raja Babylon yang ke-6. Paling awal pun kewujudan kerajaan di Babylon adalah sekitar 2300 SM.

*Setakat ini saya masih gagal menemukan nama ‘Hermes’. Harap sesiapa saja dapat kongsikan apa-apa maklumat jika ada.

Perjanjian Lama dalam kitab Kejadian mengatakan Raja Namrud ialah orang yang mula-mula berkuasa di bumi, yang saya faham bermaksud Pembina Empayar pertama.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Namrud
Sebelum Namrud, yang wujud hanyalah kerajaan-kerajaan kecil.

Namrud merupakan cicit Nabi Nuh dan raja pertama Babylon, juga raja pertama di dunia menurut Perjanjian Lama. Beliau hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim, malah musuh ketatnya sekitar 2200 SM.

Jadi, di mana kita hendak meletakkan Hermes 1 (Nabi Idris) yang dikatakan menjadi guru kepada Hermes 2 dari Babylon?

Agama Hindu datang lebih awal ke India daripada penaklukan Alex Macedonia. Dan saya juga percaya ia dibawa oleh orang-orang Aryan yang juga datang dari Yunani. Mereka membawa ajaran Nuh, Ibrahim dan Zoroaster.

Agama Buddha tidak datang dari Yunani tetapi India. Ia diasaskan oleh Putera Sudharta yang lahir sekitar 600 SM. Bapanya Raja Suddhodana ialah pemerintah kaum Sakyas di India. Maksudnya sebelum kedatangan Alex Macedonia sekitar 300 SM, agama Buddha sudah hidup 300 tahun di India.

Agama Hindu boleh jadi agama tertua (kemunculan awal sekitar 3000 SM)kerana ia bawaan Nuh dan bercampur dengan ajaran Ibrahim serta Zoroaster kemudiannya. Namun agama Zoroaster adalah lebih tua daripada agama Buddha kerana ia bermula lebih kurang 1700 SM.

Tentang Yakjud dan Makjud yang diakitkan dengan Yafits bin Nuh, saya belum punya pemahaman yang memadai. Buat sementara ini saya tangguhkan dulu.

Sebenarnya saya punya pandangan tersendiri yang belum pernah diutarakan oleh mana-mana pengkaji tentang identiti sebenar Zulqarnain. Bukan Korsh/ Cyrus, bukan Alex Macedonia, bukan Raja Yaman dan bukan juga Darius. Tapi buat masa ini saya pendamkan dulu agar dapat dihidangkan dengan sandaran-sandaran yang agak baik nanti, insyaallah.

p/s: Tulisan ini bukan atas maksud perdebatan, tetapi menjurus kepada perkongsian bahan, sumbangsaran, isi-mengisi dan saling-menguatkan antara sesama penulis/ pembaca kerana kita sama-sama mencari keputusan. Kerja beramai-ramai tentunya lebih baik daripada seorang. Begitu maksudnya.

1 comment:

Anonymous said...

dengan nama allah yang maha berkasih sayang segala puji-pujian bagi allah seru sekalian alam.saya setuju dengan pandangan saudara tentang nabi zulkarnain yang dapat mencapai segala sesuatu mengikut jalannya sendiri dengan izin allah.baginda adalah antara seorang pemuda yang hebat dan ajaib.kesejahteraan buat sekalian orang -orang-soleh.dan segala pujipujian bagi allah seru sekalian alam.Greenforce15.

Related Posts with Thumbnails