PEMIKIRAN
Banyak terpengaruh dengan dua orang tokoh iaitu Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dan Imam asy-Syahid Hasan al-Banna. (Yang paling utama tentunya Rasulullah SAW)
PERANAN
Orang kampung biasa, tiada jawatan, tiada kedudukan, tiada gelaran. Berdakwah kecil-kecilan, beribadah samping-sampingan. Pengamal rawatan dan perubatan Islam.
LAMAN-LAMAN PERSENDIRIAN
Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak (Kajian)
Debunga Teratai Syurgawi (Dakwah & Peribadi)
Ikhtiar Muslim (Rawatan Islam)
KITAB-KITAB YANG PERNAH DIAJARKAN
1. Maazha Ya'ni Intamaa'i lil Islam (Syeikh Fathi Yakan)
2. Fadhail 'Amal (Maulana Muhammad Zakariyya)
3. Keperibadian Muslim/ Syakhsiyyatul Muslim (Dr. Muhammad Ali Al-Hasyimi)
4. 40 hadith Peristiwa Akhir Zaman (Syeikh Fahmi Zamzam)
5. Munyatul Musolli (Syeikh Daud al-Fatani)
6. Kimia' as-Sa'adah (Imam al-Ghazali)
7. Kifaayatul Muhtaaj fil Isra' wal Mi'raaj (Syeikh Daud al-Fatani)
8. Ihya' 'Ulumiddin (Imam al-Ghazali)
9. Al-Munqiz min adh-Dhalal (Imam Al-Ghazali)
10. Risalah al-Laduniyyah (Imam Al-Ghazali)
SEJARAH NAMA 'ALEXANDERWATHERN'
Saya sudah lupa nama forum itu. Kalau tidak silap namanya “Inilah Kebenaran” tapi tidak sama dengan satu lagi laman menentang dakyah Kristian dari Malaysia yang namanya juga “Inilah Kebenaran’. Forumnya begitu ringkas, tidak seperti forum-forum hari ini yang jauh lebih canggih. Kita tidak perlu mendaftar pun. Kadang-kadang orang lain menggunakan nama samaran kita untuk memfitnah kita, lucu juga rasanya apabila terkenang kembali zaman itu.
“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain”.
Forum itu ada tiga bahagian. Satu bahagian untuk membincangkan agama Islam, satu bahagian untuk agama Kristian dan satu lagi untuk lain-lain agama. Saya begitu aktif mengadakan diskusi dan perdebatan terutamanya dengan para penganut agama Kristian dan Hindu. Selain itu ada juga yang beragama Buddha dan yang tidak beragama.
Sebelum menghantar “posting” pertama, kita kena ada satu “nickname’ atau nama pena/ samaran. Saya pun berfikir panjang untuk mencari satu nama yang sesuai dengan kerja-kerja saya mendakwahkan agama Islam dan menangkis dakyah agama-gama lain terutamanya agama Kristian.
Saya teringatkan kisah Iskandar Zulqarnain yang dipercayai sebagai Alexander the Great oleh sebahagian orang (ketika itu saya juga cenderung meyakini hal ini). Dia seorang pemerintah zaman dahulu yang berjaya menyebarkan agama tauhid hampir ke seluruh benua Eropah, Asia dan Afrika. Empayarnya sangat luas. Saya hendak menjadikan kisahnya sebagai motivasi untuk saya memperjuangkan agama Islam. Maka saya ambil namanya Iskandar. Untuk disesuaikan dengan suasana forum tersebut, saya gantikan Iskandar dengan Alexander.
Bagaimana dengan “Wathern”? Ada seorang lelaki Barat bernama Wathern memeluk agama Islam lalu mengahwini wanita Muslim. Ketika itu saya sangkakan dia benar-benar memeluk agama Islam dengan ikhlas hati. Jadi saya mengkagumi pengorbanannya sebagai seorang muallaf. Tapi kemudian ternyata dia masuk Islam hanya untuk berkahwin. Selepas itu pelbagai peristiwa berlaku (tidaklah saya panjangkan di sini). Status agamanya kini entahlah, tapi saya terus menggunakan "Alexanderwathern" kerana sudah lama menggunakannya.
Terjawablah sudah perihal nama “alexanderwathern”. Selain nama ini, saya juga pernah menggunakan beberapa nama lain seperti abuzulfiqar, alexwathern dan JinNanonano. Sekian.
“BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw”
39 comments:
owhhh.. mcm tu upenye sjrh nme ustz alex... hmm jinnanonano tu lk??? cmne?? huhu nano...
Asal Nama 'JinNanonano'
Dulu saya pernah membuat satu risalah dakwah bulanan untuk remaja bertajuk 'Pusaka Serigala' dalam bentuk bahan fotostat. Maskot untuk risalah dakwah itu ialah seekor jin Islam yang namanya Jin Nanonano. Ada satu kolum khas untuk Jin Nanonano dalam risalah itu. Ketika mendaftar di forum Raudhah.com, saya pun menggunakan nama pena 'JinNanonano'.
Kini risalah dakwah bulanan setebal 10-14 mukasurat itu sudah tidak saya buat dan digantikan dnegan risalah yang baru setebal 20 mukasurat dengan nama 'Risalah Dakwah IKMALIA' yang diusahakan bersama isteri saya. Isi kandungannya lebih luas dan tidak terhad kepada remaja saja. Cuma IKMALIA tidak dibuat setiap bulan, ia mengikut kelapangan yang kami ada.
Nama 'Nanonano' itu datangnya daripada nama gula-gula 'Nanonano' yang rasanya masam-masam manis. Suatu ketika dulu lagu iklannya di televisyen menjadi ikutan anak-anak dan remaja.
Dalam satu ceramah Ustaz Kazim Ilyas al-Hafiz, beliau menyentuh tentang bala yang sedang melanda Nusantara ketika itu iaitu fenomena El-Nino. Katanya lebih kurang, "Lepas ni entah bala apa pulak yang nak datang, agaknya El-Nanonano kot."
Jenakanya itu selalu saya ingat sehinggalah jin yang menjadi maskot risalah dakwah 'Pusaka Serigala' itu saya namakan Jin Nanonano.
Begitulah asal-usul nama JinNanonano
salam..
islam itu jelas terang dan nyata ( kate ust kat masa sekolah dulu la )tapi cari nama sebenar elexanderwathen (pemilik blog) tak jumpa,nak jugak tau sape elexanderwathen (pemilik blog)ni...umurnye berapa, blajar kat mana , orang mana ?emmhh..apa lagi ha..
Wlksm Zul,
Kadang-kadang ada juga perkara yang tidak perlu dimaklumkan, keraan ada sebab-sebab yang munasabah. : ) Ringkasnya Tuan Zul boleh panggil saya Abu Zulfiqar.
Umur sudah mendekati had matang (40) dalam beberapa tahun lagi, sudah bekerja, sentiasa belajar dan minat belajar walaupun tidak secara formal, orang Perak Darul Ridzuan.
Lagi... sudah berkeluarga, lahir di Ipoh, pendidikan tidak tinggi, pangkat pun pekerja bawahan saja.
assalamu'alaikum.
soalan:
1. kenapa ust jadikan Ustaz Ashaari Muhammad (Pengasas Global Ikhwan) sebagai sumber motivasi saya jadi macam konpius jer? hehe...
2. kenapa ust tak letak latar belakang pendidikan. sbb saya tak yakin nak baca penulisan ust sbb saya tak tau latar belakang pendidikan. Syeikh Ahmad Deedat pun letak latar belakang pendidikan.
itu sahaja. sekian terima kasih...
Wlksm Ummuhaq,
Terima kasihlah kerana sudi berkunjung. Selamat datang. : )
1. Pernah dengar dakwah Tajdid Segar? Dalam dakwah itu, kita mengambil apa saja YANG BAIK daripada sesiapa saja, tolak apa yang lemah, tinggalkan apa yang kita tiada kepastian, termasuklah Ustaz Ashaari Muhammad. : )
Kenapa 'konpius' apabila saya mengambil Ustaz Ashaari sebagai salah satu sumber motivasi? Thomas Edison dan Bruce Lee tak 'konpius' ke? : )
2. Pendidikan formal saya sekolah rendah dan sekolah menengah saja.Kemudian masuk kolej kejap.
Pendidikan tak formal- sejak usia awal 20-an hingga kini mencecah 40-an, rata-rata saya habiskan 6 jam sehari (pada hari bekerja) dan 9 jam sehari (pada hari cuti) dengan membaca, pergi dengar kuliah/ ceramah, menulis, dengar kaset, tonton vcd, mengkaji, ditarbiah dalam jemaah, mentarbiah dan lain-lain yang semuanya khusus berkaitan agama.
Kiranya selama berbelas tahun saya tidak punya waktu rehat di rumah kecuali terlena ataupun sakit teruk, tidak punya waktu bersembang kecuali terserempak orang yang mengajak saya bersembang, tidak punya waktu untuk beriadah kecuali terpaksa ataupun dipaksa, tidak punya sebarang hobi lain kerana semua hobi saya sudah dipadamkan, dan seumpamanya. Dari situlah saya mendapat serba sedikit pengetahuan agama.
Siapa-siapa pun boleh mempunyai pengetahuan jika sanggup mengorbankan 6 jam setiap hari selepas waktu kerja dan 9 jam sehari pada hari cuti selama belasan tahun khusus untuk ilmu dan amal agama, insyaallah.
Sekiranya tidak yakin, tak perlulah membaca tulisan saya ataupun mendengar kuliah-kuliah saya di youtube. Kan ramai lagi ustaz-ustaz berkelulusan tinggi di seantero internet ni. Saya cadangkan anda cari dan bacalah penulisan Dr. Haron Din ke, tonton kuliah Syeikh Nuruddin al-Banjari ke... sudah tentu anda akan lepas daripada 'tidak yakin'.
Pada saya, 1 saat pun sangat berharga. Jadi, daripada anda merayau-rayau di tempat yang anda tidak yakin, lebih baiklah terus saja tuju ke tempat yang anda yakin. Jimat masa dan tenaga.
Lagi satu pesan salah seorang guru saya- jika kita khuatir akan mendapat ilmu yang memudarat atau tiada manfaat, doa saja kepada Tuahn setiap hari, "Ya Allah, jauhkanlah aku daripada ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan ilmu-ilmu yang mudarat." Insyaalah tangan kita tak akan mengklik ke laman-laman yang punya ilmu sebegitu, sebaliknya selalu tergerak hati untuk ke laman-laman ilmu yang berhikmat lagi bermanfaat saja.
Sekian saja. Sekali lagi terima kasih kerana sudi singgah. Semoga Tuhan memberkati kita. : )
Assalamulaikum
Ustaz, saya mengkagumi usaha ustaz.
boleh jelaskan kaedah ustaz belajar?
Boleh ustaz beritahu salsilah ilmu ustaz? Ini perlu
ridhwan
hannanfarhana.blogspot.com
Wlksm Ustaz Ridhwan,
Saya tidak pula pernah bertanya salasilah ilmu yang diberi oleh guru-guru saya. Saya cuma boleh nyatakan jenis ilmu dan gurunya saja.
1. Ustazah Zainab- fiqh, tauhid, tilawah (selama 7 tahun lebih kurang)
2. Lebai Salleh- tajwid (1 bulan- tok guru meninggal)
3. Ustaz Rozali Awang- fiqh, usul fiqh (1 1/2 tahun)
4. Ustaz Mansoruddin- mantik, hadis, mustalah hadis (1 1/2 tahun)
5. Ustaz Tuan Azman- haraki, tajwid, dakwah (7 tahun)
6. Ustazah Mah- tilawah (2-3 tahun)
7. Ustaz Zakaria- rawatan Islam (3 bulan)
8. Encik Zainal- haraki, dakwah (3-4 tahun)
9. Encik Abu Haniffah- haraki, tilawah, dakwah (3-4 tahun)
10. Saudara Zam- tauhid (2 bulan)
11. Ustaz ??? (lupa nama)- rawatan Islam (3 bulan)
12. Encik Nurul Zaman- tauhid, sufi (beberapa pertemuan)
13. Puan Latifah- sejarah dunia Islam.
dan lain-lain.
KAEDAH BELAJAR
Minta ilmu terus daripada Yang Empunya Ilmu.
Kemudian...ikhtiar...iaitu dengar, lihat, tonton, rasa, alami... sama ada dengan wujud guru di depan ataupun dengan bahan-bahan media.
Sambil-sambil itu sentiasa mohon pemahaman terus daripada Tuhan dan berterusan berfikir/ membuat penilaian.
Ilmu-ilmu yang saya teroka sendiri ialah perbandingan agama, sejarah dunia, alam semesta kerana sukar untuk mencari guru keagamaan yang mahir dalam ilmu-ilmu ini.
Begitulah LEBIH KURANG.
Wallahualam.
Biasanya, usaha dahwah tajdid ni, berdasar satu sistem pemikiran yang bertarbiah.
boleh kami tahu, tuan ditarbiah dalam kelompok jemaah mana?
ini kerana seakan-akan tidak berapa jelas idea pemikiran tuan kerana agak bercampur-campur.
berbeza, tak semestinya becanggah....
salam perkenalan...
Salam perkenalan bang bang boom,
Dakwah Tajdid Segar ini secara khususnya belum diperjuangkan oleh mana-mana kumpulan ataupun ulama, secara umumnya memang ada sikit-sikit. Ideanya kita keluarkan sekarang, mungkin lagi 20 tahun 50 tahun baru ia akan jadi dakwah arus perdana.
Saya dapat tarbiah formal dengan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Secara tidak formal dari Darussyifa', Jemaah Tabligh dan Parti Islam SeMalaysia.(Terima kasih kepada kesemua jemaah ini)
Idea saya nampak bercampur-campur kerana saya tidak sekadar berfikir untuk bergerak sebagai satu jemaah, tetapi bagaimana semua jemaah dapat bergerak sebagai satu umat bergerak. Saya tidak sekadar berfikir apa yang aku dan jemaah aku mahu, tapi turut berfikir apa yang jemaah-jemaah lain mahu.
Contoh:
Hampir semua jemaah ada koperasi sendiri, tapi hidup segan mati tak mahu. Ahli jemaah lain tak akan berminat dengan koperasi jemaah kita. Kita pun tentunya akan memilih koperasi jemaah kita berbanding koperasi jemaah lain. Akhirnya kekuatan ekonomi umat ini terpecah-pecah, masing-masing tidak kuat pun.
Mengapa tidak jemaah-jemaah ini berusaha untuk mewujudkan koperasi bersama? Mengapa tidak pernah dibincangkan? Bayangkan kita ada sebuah koperasi, dan semua ahli semua jemaah bersama-sama koperasi ini. Kuat ataupun tidak? Kita boleh nilai sendiri.
Ada jemaah-jemaah Islam yang berjaya menubuhkan kerajaan hasil usahasama dengan jemaah-jemaah bukan Islam, bahkan yang memusuhi Islam. Tapi mengapa jemaah ini tidak berusaha pun untuk melakukan usahasama dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dalam hal yang lebih kecil?
Menubuhkan kerajaan dengan bergabung dengan jemaah-jemaah bukan Islam boleh, di mana mustahilnya untuk jemaah-jemaah Islam usaha bergabung dan menubuhkan rangakaian pasaraya Muslim? Menubuhkan rangkaian hospital bersalin?
Hari ini seluar dalam dan tuala wanita Muslimah kita pun orang bukan Islam yang buat. Tidakkah kita berasa malu? Di mana susahnya untuk membuka kilang pakaian dalam untuk para muslimah kita jika jemaah-jemaah ini sanggup bergabung tenaga?
Hal ini berlaku kerana kita mengabaikan dakwah tajdid segar. Kita masih menganggap Islam akan mencapai kegemilangannya melalui 'jemaah aku'. Padahal menurut dakwah Tajdid Segar, Islam akan mencapai kegemilangannya melalui jemaah aku DAN jemaah-jemaah lain apabila kita bersedia untuk bergerak sebagai satu umat.
Selagi kita hanya memperjuangkan untuk bergerak secara berbilang jemaah, nasib umat Islam sejagat masih akan terus begini. Sepatutnya sudah lama kita bergerak secara berbilang jemaah DAN pada masa yang sama bergerak sebagai satu umat.
Penjelasan ini terlalu ringkas sebenarnya daripada apa yang ada dalam pemikiran saya. Semoga ia mampu menejelaskan walaupun sedikit, dan tidak membuatkan mana-mana pihak tersalah sangka.
Wallahualam.
PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
Maaf saya ada yahoo jer.
Allexxender the great adalah celaka besar yang menghapuskan islam dan pihak propaganda barat cuba memanupulasikan identiti ini untuk kepentingan mereka, dan dia bukan iskandar zulkarnain. iskandar zulkarnain ialah cirrus the great. kena check time line kehidupan dan koordinat sejarah.
Tok kenalli bukan asal dari kelantan atau patani, dia asal dari samarinda. kena check silsilah dia . tok saya sendiri bekas anak murid dia.
kena berhati hati dengan kitab rijjal allah/rijal ghaib. saya ade mengkaji beberapa manuskrip lama. saya pasti yang kamu baca itu adalah yang palsu dan ia sebenarnya adalah baru bukan yang tulin. memang tak dinafikan ade jin yang menyamar jadi wali tuhan atau tiru watak sesuatu yang baik untuk menyesatkan manusia.kitab asal banyak suruh amalkan bismillah 6 sahaja dan bukan seperti yang tuan nyatakan.
Kata anda: "Allexxender the great adalah celaka besar yang menghapuskan islam"
Sebenarnya Alexander the Great hidup sebelum kedatangan Islam.
Kata anda: "pihak propaganda barat cuba memanupulasikan identiti ini untuk kepentingan mereka, dan dia bukan iskandar zulkarnain."
Saya setuju.
Kata anda: "iskandar zulkarnain ialah cirrus the great. kena check time line kehidupan dan koordinat sejarah."
Saya sudah kaji. Cyrus pun bukan Zulqarnain. Perkataan 'Iskandar' mungkin tidak berkaitan dengan Zulqarnain yang disebut di dalam Quran.
Terima kasih atas maklumat tentang Tok Kenali.
Mungkin anda bercakap tentang tulisan saya "Rijalul Ghaib Menurut (Buku) Warisan Perubatan Melayu". Bukau itu bukan kitab Rijalulghaib, tetapi sebuah buku perbomohan yang di dalamnya ada menyentuh sedikit tentang Rijalulghaib. Mungkin yang anda maksudkan itu kitab lain.
salam..
sy cukup berpuas hati dgn info tuan wlaupn kmungkinan info tersebut bleh dipertikai kesahihannya..apa pn tahniah sbb memberi sy 1 smngat baru dlm berdakwah..lbh baik dr xbuat apa2 kn..tuan adlh pendorong sy berdakwah slpas dr asri(drmaza)..haha..diharap tuan dpt membuat sdikit ulasan mengenai khilafah pulak..biar saudara seagama kita di malaysia/indonesia lbh fhm ttg sistem pemerintahan kedua ni.
"amal makruf nahi mungkar"
terima kasih sebab menjawab persoalan saya...
berkenaan kesatuan jemaah yang tuan katakan tu, dah banyak dibahaskan oleh pemikir-pemikir. Dan kebanyakkan konklusinya menjerumus kepada berlapang dada kepada keperbezaan. dan sebenarnya kepimpinan pelbagai jemaah telah bersepakat akan gerak kerja masing2.
Wlksm 'From me for u',
Syabas kerana anda mendapat semangat baru dalam berdakwah.
Tulisan lama saya tentang dakwah boleh anda teliti di sini:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=435
Mungkin anda akan lebih bermotivasi.
Juga di sini:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=99
Yang ini ada 8 bahagian.
Hmmm... besar jugak tajuk 'khilafah' ni, dan berat juga nak memikirkannya. Nantilah... pelan-pelan insyaallah.
Terima kasih kerana sudi menulis di blog ini.
Wassalam.
Bang bang boom,
Itulah masalahnya. Konklusi mereka itu paling relevan untuk kurun yang lalu sahaja, bukan untuk kurun ini. Mereka selesa dengan kaedah dakwah yang lama dan tidak mahu berusaha untuk bergerak sebagai satu umat.
Syukur dgn semua info dari ustaz..benar2 membuka minda..
teruskan berkarya..sy sangat meminati hasil kajian ustaz..:)
w3bcr4wl3r09,
Terima kasih bebanyak atas sokongan. : )
Assalamualaikum.
Rasanya pernah nama Ustaz kat forum darulnukman. Teruskan dakwah suci ustaz. Moga Allah memberkati
Assalamualaikum.
Teruskan usaha murni ustaz. Moga berada dalam redha dan rahmat Allah sentiasa
Selamat maju jaya ustaz
Wlksm Shameel. Memang saya pernah aktif di sana. Selamat berjaya juga untuk anda dalam bidang penulisan cerpen.
Abu Zulfiqar
7.1.2010
salam
Saya cadangkan ustaz dapatkan pendidikan agama secara formal. Saya akui tulisan2 ustz tak kurang hebatnya tp kebanyakan org2 di luar sana lebih mementingkan kelulusan dan kata2/tulisan ustaz akan lebih berkredibiliti. Apapun teruskan menulis dn saya akan terus mmbaca jika ada kelapangan.
Wlksm Krupkraps.
Terima kasih atas cadangan yang baik dan membina.
Sebenarnya tuan, secara peribadi saya kurang mempedulikan mereka yang 'LEBIH mementingkan kelulusan', tetapi saya sangat peduli mereka yang 'mementingkan kebenaran dan keberkesanan' berbanding kelulusan. Sebab itu sehingga kini, saya tidak terkesan/terhimpit untuk melayani kehendak orang-orang awam yang jahil itu (yang LEBIH mementingkan kelulusan itu). Jika tidak, tak berjalanlah dakwah...
Memang sifat mereka yang jahil lebih mementingkan pangkat, pengiktirafan, kedudukan, phd, jumlah pengikut/ peminat yang ramai, selalu masuk televisyen dan sebagainya. Sebab itu mereka terkena satu penyakit iaitu penyakit 'kedudukan'. Jika yang bercakap itu mufti, walau salah pun akan dikata benar. Jika yang menentang mufti itu orang kampung lulusan darjah 6, walau benar sekalipun, pada mereka dah 'confirm' salah. Ini sebagai satu contoh.
Yang penting, kita jangan terikut-ikut jadi seperti mereka. Sebab itu juga Dakwah Tajdid Segar selalu menekankan perkara ini- Kebenaran tidak mesti terletak pada kedudukan, kelulusan, kepopularan dan lain-lain. Kitalah yang mesti berganding bahu mentajdid umat dengan membuang penyakit 'kedudukan' ini daripada hati umat Islam.
Sekali lagi terima kasih atas pandangan, juga atas kunjungan tuan.
Wassalam
4/2/10
salam ustaz,smoga Allah m'brkati ustaz.
hrap ustaz blh tlg checkkn lman blog ni: http://alya-diyanah.blogspot.com/
lman ini d'asakn oleh sog247. tak tau nma sbnr dy..dlm forum terjah.com pn dy slalu sebarkn ajaran psal smbhyng 19 rakaat, 19 nabi dn jga al quran tnpa bris. hrap ustaz blh hntikn kgiatan ini yg d'khuatiri akn mnyesatkn rmai umat islam.
jgn lpa lman ni jga: http://www.terjah.com/v2/news.php
salam ustaz, saya mempunyai kemusykilan tentang cara mengerjakan solat witir. puas saya mencari panduan solat witir d laman web tetapi semuanya hanya menerangkan niat dan kelebihan. apa yang menjadi kemusykilan saya ialah, bagaimanakah cara mengerjakan, saya keliru dengan solat witir 1 rakaat. dalam solat witir 1 rakat, apakah kita perlu membca tahiyat akhir atau tidak perlu membcanya? harap ustaz dapat membantu saya. maafkan saya kerana bertanya kan ustaz d sini. harap ustaz dapat memberi jawapan nya d email saya wn.star1@gmail.com.
sekian, shukran.
Wlksm Win,
Tulisan saya tentang solat witir ada di sini:
http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/12/solat-witir.html
Bacalah tahiyat akhir.
9 Jun 2010
askum.
Ustaz Ashaari Muhammad,
bukankah die telah difatwakan sebagai murtad?
Wlksm Neyna,
Tentang Ustaz Ashaari Muhammad... banyak jenis hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Murtad itu salah satu daripadanya. Cuma saya tidak pasti pihak mana yang ada autoriti yang telah mengeluarkan fatwa bahawa dia murtad.
Untuk diringkaskan ceritanya, katakanlah memang betul dia murtad. Jadi... apa yang tidak kena?
Apakah kerana dia murtad maka kita tidak boleh mengambil apa yang baik daripada dia? Rasa saya, tak ada masalah kan? Jika betul begitu, mengapa Thomas Alva Edison dan Bruce Lee yang bukan Islam tidak dipertikaikan? Mengapa kita nampak Ustaz Ashaari terlebih dahulu?
Daripada tulisan saya yang sedikit ini, apa yang saya cuba bawakan di sini ialah... kita boleh saja mengambil apa yang baik dan benar daripada sesiapa sahaja tanpa mengambil kira agama mereka.
Jadi, sebenarnya Neyna, saya mengambil apa yang baik, benar dan berkesan daripada arwah Ustaz Ashaari Muhammad. Bahagian yang salah daripadanya tetap saya tolak. Begitu ceritanya.. : )
Wallahu'alam.
Terima kasih kerana bertanya.
Salam ustaz,
Presiden Pas T.G Hj Hadi mengatakan yg usaha utk mengaitkan wahabi dgn JI, terroris adalah agenda musuh Islam. Ini mengingatkan saya kpd sahabat kita Abu Syafiq yg begitu lantang mengaitkan wahabi dgn kumpulan pengganas ini. Apa komen ustaz dlm hal ini? Satu lg saya minta klu ada kelapangan ustaz cuba ulas b'kenaan Hizbut Tahrir pula. Adakah kumpulan ini sama dgn Al-Qaeda, JI? Saya lihat mereka semakin kuat di nusantara ini. T. kasih
Wlksm Krupkraps, salam Ramadhan.
Memanglah, untuk mengaitkan SECARA TOTAL fahaman Salafi Wahhabi dengan puak pengganas tidak boleh kita terima. Namun tidak kita nafikan, majoriti besar pengikut JI dan puak garis keras tertentu di serata dunia ini berpegang dengan fahaman Wahhabi. Fahaman itu Sedikit-sebanyak menyuntik semangat mereka yang adakalanya bertindak di luar batasan.
Untuk mengaitkan "usaha utk mengaitkan wahabi dgn JI, terroris" dengan AGENDA MUSUH ISLAM... saya kurang bersetujulah walaupun menurut anda ia datang daripada Tuan Guru Haji Hadi YANG KITA HIRMATI. Hal ini kerana sememangnya puak-puak tersebut memang banyak dipengaruhi oleh fahaman Salafi Wahhabi. Hal ini sangat jelas.
Abu Syafiq memang keras pendekatannya dalam menolak fahaman Salafi Wahhabi. Apa yang benar daripadanya tetap saya sokong dan apa yang salah daripadanya tetap saya tolak. Walaupun secara umumnya kami menentang musuh yang sama, tetapi ada juga pandangan-pandangannya yang tidak saya persetujui.
KESIMPULANNYA, puak-puak garis keras itu memang ada kaitan dengan fahaman Salafi Wahhabi, tetapi kita tidak boleh mengaitkannya kedua-duanya secara total. Begitulah pandangan saya yang dhaif ini. Wallahualam.
Tentang Hizbut Tahrir, ia tidak sama dengan Al-Qaeda walaupun ada orang HT yang berada dalam Al-Qaeda dan orang Al-Qaeda ada dalam Hizbut Tahrir.
Tentang Jemaah Islamiyyah (JI), saya kurang info. Secara peribadi (setakat ini) saya melihat mereka lebih rapat kaitannya dengan Al-Qaeda. Wallahualam.
14 Ogos 2010
salam akhi..
alhamdulillah atas semangat dakwah akhi,ana masih belajar,diberi rezeki ke pelbagai negara menuntut ilmu agama..alhamdulillah..
ana sebagai generasi muda Islam amat-amat menghargai usaha akhi,dan atas dasar inilah ana menasihati akhi agar mengaji dengan Guru dan banyakkan membaca.
Alhamdulillah akhi banyak membaca,cumanya tambahkan guru.
" al-ilmu fil ustaz la fil kitab "
tajuk dalam kitab Dr Jumah amin.Tengok perbahasannya.kalau tak jupe,akhi boleh tanya kepada saudara dari JIM,insyaAllah diorang akan kenal nama kitab tu ( saje tak bagi nama kitab,sebab dr Jumah amin adalah ulama' gerakan dan anggota maktab irsyad )..
akhirnya,moga kita berpaksi di atas jalan tinggalan para Nabi,insyaAllah..
dari mesir
Wlksm Anonymous.
Terima kasih atas nasihatnya. Memang dari semasa ke semasa ana menambah guru, tidak pernah berhenti, insyaAllah. Janganlah dirisaukan. Lagi pula sebenar-benar Pemberi Ilmu ialah Allah SWT, bukannya guru ataupun kitab. Dia boleh memberikan ilmu kepada sesiapa sahaja yang dipilihnya. Kepercayaan kita bahawa ilmu yang masuk ke dalam diri kita melalui guru dan kitab hendaklah dalam batas-batas tertentu, jika terlebih batas-batas itu, dikhuatiri aqidah kita terjejas.
Bahagian ini akan lebih jelas jika kita mendalami kitab Ar-Risalah al-Laduniyyah karya Imam al-Ghazali. Mungkin anta pun sudah biasa dengannya memandangkan anta banyak merantau mencari ilmu. Beruntung dapat rezeki seperti anta.
Cuma... masa untuk berguru sekarang tidaklah sebanyak masa untuk berguru pada zaman muda dahulu, kerana sekarang ana lebih banyak masa menjadi guru kepada orang lain sama ada dalam bidang agama ataupun perubatan Islam.
Tentang Dr. Jumah Amin, secara peribadi ana kurang minat dengan tulisan-tulisan dan cara kerjanya dalam dakwah, kerana pada penelitian ana, dia memandang perjuangan Islam dalam ruang lingkup yang agak sempit. Jika dia mengubah sedikit ruang lingkup dakwahnya, tidak mustahil dia menjadi seorang daie terbilang pada zaman ini. Walau bagaimana pun, dia tetap jauh lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan kita, sepertimana juga ulama-ulama lain di seluruh dunia ini.
IsnyaAllah jika ada keluangan masa, saya akan meneliti tulisan yang dimaksudkan. Ada jodoh, bertemulah kami nanti.
Tentang JIM, sebenarnya ia salah sebuah jemaah yang ana pernah aktif di dalamnya selama bertahun-tahun. Tapi sudah hampir 9-10 tahun ana meninggalkan JIM. Di tempat ana ini pun, JIM tidak dapat bergerak, ada masalah dengan Pendaftar Pertubuhan lalu tidak diizinkan bergerak secara rasmi. Rasa-rasanya sudah 4-5 tahun.
Akhirnya, terima kasih atas kesudian berziarah ke sini dan meninggalkan komen. Jika ada keluangan, selain blog ini, layari juga blog-blog ana yang lain seperti perubatan Islam di http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/ , blog hal ehwal agama di http://alexanderwathern.blogspot.com/ dan blog Syarah Ihya' di http://syarahihya.blogspot.com/
PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
Assalamualaikum,
Mohon izin utk buat rujukan. Terima kasih.
assalamualaikum...
maafkan saya bertanya.rasanya akhi alex ni dulu aktif dalam bicarasufi.com kan?asal dari perak kan?
jika bukan, maafkan saya.sudah beberapa tahun terputus hubungan dgn sahabat/motivator saya yang menggunakan nama samaran alexanderwathern juga di bicarasufi.com dulu...
tengok pada gambar macam akhi alex, tapi saya sendiri sudah beberapa tahun tidak berhubung dengannya, maafkan saya jika tersalah orang...
mohon share ya ustaz..
Wlksm Nur Imanina Najihah. Maaf lewat balas. Baru terbaca hari ni. Kita dah jumpa pun di Facebook tempoh hari. Alhamdulillah, syukur.
sifat manusia berilmu seperti akhi pasti adil jujur ddlm mnilai ssuatu(jelas trlihat d stiap tulisan2 akhi)..gua mngagumi dalil2 akhi,,kerna itu gua mohon pnilaian akhi akan blog trsbut..
salam persaudaraan ssma jasad (islam)..moga teman2(trmasuk gua)dilingkungi hidayahNYA(ILLAHI)..AMIN.aminnn
opss (ralatt).lupaa lohh..mohon izin di halalkan ilmu2 akhi yahh..gua copy abis tulisan2 akhi paste dlm otak/hati gua..halalkan yahh..moga akhi diredhaiNYA slalu..amin..peace
Post a Comment