PERSOALAN:
Setakat peristiwa di atas, apakah kandungan tabut masih terpelihara?
Kalau mengikutkan fitrah manusia, tentunya tabut telah dibuka oleh puak perampas iaitu orang-orang Palestin. Pastinya mereka ingin melihat isi kandungan tabut. Namun tidak ada sumber yang kukuh mengatakan orang-orang Palestin membukanya, sekadar kemungkinan.
Kemudian berlaku pula peristiwa kematian mengejut 70 orang Bet Semes kerana ada antara mereka yang membuka tabut. Hal ini menguatkan hujah mengatakan isi tabut belum terusik. Tentang isi kandungan tabut tidak pula diceritakan.
Di sinilah kita mulai kabur tentang hal ehwal isi tabut. Apakah ia masih terpelihara ataupun sudah ada yang hilang. Apakah masih kekal di dalamnya dua loh batu ataupun sudah ditambah dengan barang-barang lain?
Setakat ini bolehlah kita mengandaikan isi kandungan tabut masih terpelihara. Dan isi kandungannya hanyalah dua loh batu,tiada taurat, tiada barang-barang lain.
Namun ada pertimbangan lain. Boleh jadi juga tabut pernah dibuka dan ditambah dengan barang-barang lain oleh para pendeta Bani Levi. Mungkin jika para pendeta Bani Levi yang membukanya bala tidak akan turun.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment