Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, December 18, 2008

KEJADIAN HARI KEHANCURAN- Pendahuluan



Kitab suci Al-Quran menyebut hari kehancuran dengan beberapa nama. Agama Hindu mengenalinya sebagai ‘maha pralaya’. Apabila alam Melayu mula menerima Islam, Maha Pralaya pun berganti dengan ‘kiamat’, mengikut lidah Melayu apabila menyebut ‘qiamat’. 

Pada mulanya saya melihat ada dua sesi hari kiamat sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Kiamat yang pertama ialah hari berlakunya kemusnahan alam iaitu hari kehancuran. Kiamat yang kedua pula ialah hari kebangkitan semula semua makhluk selepas hari kehancuran.

Kiamat tentang hari kemusnahan alam contohnya:
“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.” (Al-Zalzalah: 1-2)

Kiamat tentang hari kebangkitan semula contohnya:
”Pada hari itu manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka akan amal-amal mereka.” (Al-Zalzalah: 6)


Namun suatu hari ketika saya membaca Al-Quran, baru saya terperasan bahawa hari kiamat dalam Al-Quran tidak lain ialah hari kebangkitan, bukannya hari kehancuran. Hanya lidah masyarakat di sekeliling kita yang menyebut hari kehancuran itu ialah hari kiamat. Padahal hari kehancuran mempunyai nama-namanya yang tersendiri. Oleh itu sebahagian isi kandungan tulisan ini terpaksa saya ubah, untuk disesuaikan dengan maklumat yang lebih tepat itu.

Dalam tulisan ini,  kita akan memperkatakan tentang hari kehancuran, bukannya hari kebangkitan.



No comments:

Related Posts with Thumbnails