Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Saturday, November 21, 2020

Buku Abu Zulfiqar - Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya

 

APA ISI BUKU NI? CAMNE CARA NAK GUNA? JOM TENGOK!

Tajuk : Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya”.


1. Buku ini mengandungi petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.


2. Dikarang dan disusun oleh Abu Zulfiqar Al-Amsyari.


3. Dihidangkan dalam saiz A4 agar mudah dibaca dan digunakan dalam majlis-majlis pengajian, halaqah usrah juga taklim harian. Setebal 188 muka surat (termasuk kulit). Kulit berkilat. Isi kandungan semua hitam putih. Latar belakang putih bersih (80gsm).


4. CARA MEMANFAATKAN KITAB KECIL INI


Kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin terdiri daripada 40 buah kitab di dalamnya. 40 buah kitab itulah yang dijadikan 40 bab dalam Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya ini. Namun begitu kedudukan topiknya diubah susun mengikut kesesuaian. Untuk memudahkan urusan, setiap bab dipecahkan pula kepada 3 bahagian. Ertinya ada 120 bahagian kesemuanya.

Bagaimanakah untuk memanfaatkan 40 bab dan 120 bahagian ini?


i) Untuk Halaqah Usrah


Bagi program halaqah usrah, pada setiap kali sesi usrah ambillah salah satu bab sebagai pengisian utama (3 bahagian sekaligus). Maksudnya, 40 kali berhalaqah usrah dengan 40 bab yang berbeza.

Jika halaqah diadakan seminggu sekali, insya-Allah sesuailah untuk setahun. Dalam setahun, tentunya ada minggu-minggu yang tidak dapat diadakan halaqah. Jadi, lebih kurang setahunlah.

Jika halaqah diadakan sebulan sekali, insya-Allah sesuai untuk 4 tahun.


ii) Untuk Majlis Taklim Keluarga/Isi Rumah


Pada setiap hari, carilah satu masa untuk ahli rumah berkumpul sebentar, dalam 2-3 minit sahaja. Contohnya selepas ‘Asar, selepas Maghrib, selepas Isya’ atau pada bila-bila masa yang sesuai. Ambillah 1 bahagian daripada 120 bahagian isi kitab ini, bacakan kepada semua yang ada. Itu sahaja. Insya-Allah tempoh masa 2-3 minit sehari tidak akan memberatkan ahli rumah. Sebaik-baiknya bacaan dibuat oleh ketua keluarga. Boleh juga digilir-gilirkan pembacanya antara sesama isi rumah.


Jika sehari 1 bahagian, 120 bahagian cukup untuk 4 bulan. Ertinya, setiap 4 bulan akan khatamlah kitab ini. Dalam setahun pula, 3 kali khatam.


Dari satu sudut, sekurang-kurangnya ketua keluarga ada juga menjalankan tanggung jawabnya untuk mentarbiah isi keluarga, walaupun sedikit. Jadikan ia sebagai ubat harian untuk keluarga.


iii) Untuk Majlis Taklim Harian di Masjid atau Pengajian Umum


Sebahagian masjid, surau, musolla, pusat pengajian, tempat kerja dan seumpamanya ada yang menjalankan taklim harian selepas solat fardhu. Contohnya selepas tamat solat fardhu ‘Asar, dibacakan risalah atau buku tertentu dalam 2-3 minit. Kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya ini sangat sesuai untuk majlis taklim sedemikian. Sehari 1 bahagian, ada 120 bahagian kesemuanya untuk 120 hari.


Bagi tempat yang melaksanakan 3 kali taklim sehari (contohnya selepas, Subuh, selepas ‘Asar dan selepas Isya’), sehari boleh habis 1 bab (3 bahagian). Habis 40 hari, ulang semula. Begitulah seterusnya. Jadikan ia sebagai ubat harian untuk jiwa-jiwa ahli kariah.


iv) Untuk Taklim Diri Sendiri


Pada setiap hari, bacalah 1 bab (3 bahagian). jadikan ia sebagai ubat/penawar harian untuk hati sendiri.


v) Untuk Para Pengamal Tarekat Ghazaliyah


Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin merupakan “pakaian diri” ikhwan Tariqah Al-Ghazaliyyah. Selain daripada kitab Al-Quran, ikhwan tarekat ini juga sangat digalakkan menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebagai wirid harian. Maksudnya dibaca pada setiap hari secara istiqamah.


Untuk mewiridkan kitab Ihya itu mungkin ada halangan-halangannya, maka adalah ikhwan yang meninggalkan amalan ini. Oleh itu kitab kecil Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu di Taman Cahaya ini boleh dijadikan sebagai penampung untuk menyelesaikan amalan harian tersebut.


Bacalah 1 bab (3 bahagian) pada setiap hari, sebagai wirid harian dan ubat harian.


vi) Untuk Kegunaan Umum


Sesuai untuk pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja yang mahu tahu dan mahu mengambil manfaat daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin yang besar lagi tebal itu. Hendak membaca kita Ihya’ yang sebenar itu mungkin ada halangan-halangannya, maka kitab kecil ini ibarat ringkasan sebahagian daripada kitab Ihya’.


5. HARAPAN KITA, DENGAN ADANYA BUKU INI MAKA :


i) Setiap rumah akan ada majlis usrah bulanan/mingguan dan ta’lim harian.

ii) Setiap ketua keluarga atau pembantunya akan melaksanakan tanggung jawab mentarbiyyah isi keluarga walaupun sedikit, walaupun dengan sekadar membacakan sedikit isi kandungan buku ini kepada isi keluarganya pada setiap hari.

iii) Bagi para pengamal Tariqat Ghazaliyyah pula, dapat membaca (menjadikan wirid harian) akan ringkasan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini.

iv) Orang tidak akan berasakan yang isi kandungan kitab Ihya’ itu hanya yang berat-berat dan dalam-dalam sahaja.


6. PENGALAMAN


i) Penulis bertahun-tahun aktif (sejak tahun 80-an) menyertai halaqah-halaqah usrah Islamic Representative Council (IRC) pada zamannya, Jemaah Islah Malaysia (JIM) pada zamannya (sebelum IKRAM), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tarekat Ghazaliyah, Tajdid Segar, Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (ISMA) pada zamannya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), juga pelbagai halaqah usrah peringkat setempat dan peringkat sekerja.

[Penulis juga pernah menyertai halaqah usrah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut-institut Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) tetapi hanya untuk beberapa kali sahaja]


ii) Penulis berpengalaman mensyarahkan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali ini dalam pengajian-pengajian umum sejak tahun 2011 (tahun ke-10). Penulis pernah mensyarahkan atau mendaurahkan kitab-kitab Imam Al-Ghazali yang lain seperti Misykat al-Anwar, Al-Munqiz min adh-Dhalal dan Risalah al-Laduniyyah. Pernah juga pernah mensyarahkan sebahagian daripada kitab Tahafut al-Falasifah, Kimiya’ as-Sa’adah dan Nasihat al-Mulk. Semuanya karya Imam Al-Ghazali.


Penulis memulakan kuliah-kuliah umum sekitar tahun 2007 dengan kitab-kitab seperti 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (karya Syeikh Fahmi Zamzam), Munyatul Musolli (karya Syeikh Daud al-Fathoni), Maza Ya’ni Intima’i lil Islam (karya Syeikh Fathi Yakan), dan Kifayatul Muhtaj fil Isra’ wal Mi’raj (karya Syeikh Daud al-Fathoni).


iii) Penulis mengamalkan Tariqat Ghazaliyyah sejak tahun 1997 (24 tahun).


iv) Penulis aktif dengan jemaat Tabligh 1992-1994.


7. SENARAI ISI KANDUNGAN BUKU INI


SEDIKIT DARIPADA PENYUSUN

CARA MEMANFAATKAN KITAB KECIL INI

HALAQAH USRAH AL MAHABBAH (SATU UMAT)

1. CINTA ILMU

2. CINTA, RINDU, JINAK HATI DAN REDHA AKAN ALLAH

3. CINTA NABI DAN SUNNAH

4. CINTA KITABULLAH (AL-QURAN)

5. IKHLAS

6. CINTA ZIKRULLAH DAN DOA

7. ADAB MAKAN DAN MINUM

8. ADAB SESAMA MUSLIM (CINTAI UMMAH)

9. ADAB BERKATA-KATA (MEMELIHARA LIDAH)

10. ADAB BEKERJA

11. MENGENAL QALBU (HATI)

12. LATIHAN QALBU

13. TAFAKUR

14. KELEBIHAN MENGINGATI MATI

15. NAFSU PERUT DAN SYAHWAT

16. MENGENAL DUNIA

17. ORANG-ORANG YANG TERPEDAYA

18. ‘UZLAH

19. FAQIR DAN ZUHUD

20. TENTANG HALAL DAN HARAM

21. AMAR MA’RUF, NAHI MUNKAR

22. BAHAYA MEGAH DAN RIYA’

23. TERCELANYA KIKIR DAN CINTA HARTA

24. TERCELANYA TAKABBUR (SOMBONG) DAN ‘UJUB

25. ADAB PERKAHWINAN DAN BERUMAHTANGGA

26. KECELAAN MARAH

27. TAKUT DAN HARAP AKAN ALLAH

28. TAUBAT

29. SABAR DAN SYUKUR

30. ADAB BERMUSAFIR (BERJALAN JAUH KERANA ALLAH)

31. AQIDAH

32. TAUHID DAN TAWAKAL

33. BERSUCI (TAHARAH)

34. SOLAT

35. PUASA

36. ZAKAT

37. IBADAH HAJI

38. WIRID

39. MUBARATHAH

40. ADAB MENDENGAR


8. HARGA (termasuk pengurusan pos) :

- Semenanjung = RM45

- Sabah & Sarawak = RM50


Sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk membeli buku ini, sila WhatsApp 011-16824293. Terima kasih.


Semoga beroleh manfaat.


(Anda suami yang teringin untuk mentarbiah anak isteri tetapi kurang ilmu dan tidak tahu caranya?

Anda isteri yang teringin melihat suami anda mentarbiah anak-anak sekalipun si suami bukanlah ustaz?


ANDA BOLEH BERMULA DENGAN BUKU INI!


Buatlah majls taklim harian keluarga. Hanya 2-3 minit sahaja sehari. Ambil satu masa, kumpulkan ahli keluarga, lalu anda bacakan sahaja isi kandungan buku ini MENGIKUT PEMBAHAGIAN yang telah disediakan. Ahli keluarga yang lain dengar sahaja. Tidak perlu diulas. Tidak perlu soal jawab. Insya-Allah ini majlis yang sangat ringkas lagi mudah, disukai Allah, menjemput kehadiran para malaikat, menjemput rezeki, dan menjauhkan syaitan daripada keluarga kita.


Selamat mencahayakan keluarga anda)

 

copy n paste drpd FB Khazanah


Related Posts with Thumbnails