Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Wednesday, November 25, 2009

Kuliah - Sejarah Mus'ab bin Umair



Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata:
Kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba tiba datang Musab bin Umair ra, dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Musab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Musab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah).
Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:
Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula, dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain, dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?
Maka jawab sahabat:
Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.
Lalu Nabi saw bersabda:
Tidak, keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu.
(Hadis riwayat Turmizi)

KISAH MUSAB BIN UMAIR

Musab bin Umair asalnya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya-raya di Kota Mekah. Dia sangat disayangi oleh kedua orang ibubapanya. Hidupnya senang-lenang dan serba mewah.

Dikatakan kononnya Musab bin Umair ialah pemuda yang paling bergaya di Kota Mekah. Pakaiannya ada yang berharga sampai dua ratus dirham, satu nilai yang sangat tinggi pada zaman itu untuk sehelai pakaian.

Memang dari awal lagi Musab telah memeluk agama Islam tetapi disembunyikan keIslamannya daripada kedua orang tuanya. Namun hal tersebut akhirnya sampai juga ke telinga mereka. Mereka pun mengikat Musab dengan tali agar dia tidak boleh keluar rumah. Musab berjaya melepaskan diri lalu berpindah ke Abbysinia. Seterusnya dia berhijrah pula ke Madinah untuk bersama-sama kekasihnya- Rasulullah SAW.

Suatu hari, Musab melintas di hadapan Rasulullah. Ketika itu dia hanya memakai sehelai kain sahaja dan kainnya itu bertampal-tampal. Dengan perasaan yang amat sedih disertai linangan air mata, Rasulullah menceritakan kembali bagaimana kehidupan Musab sebelum Islam yang serba mewah. Namun kini Musab hanya ada sehelai kain buruk untuk dipakainya.

Dalam peperangan Uhud, Musab berperanan sebagai pemegang bendera tentera Islam. Suatu ketika tentera Islam terpukul hebat dan ada sebilangannya yang bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam keadaan segenting itu, Musab terus berdiri kukuh di tempatnya sambil memegang bendera. Sedikit pun tidak ada rasa gentar dalam hatinya.

Seorang musuh telah menetak tangan Musab yang memegang bendera agar bendera tentera Islam tidak berkibar lagi. Musab mengambil balik bendera itu dengan tangannya yang sebelah lagi. Kali ini tangan itu pula yang ditetak musuh. Dia terus berusaha memegang bendera di dadanya dengan bantuan kedua belah tangan yang berlumuran darah. Akhirnya, dada Musab ditembusi pula anak panah menyebabkan dia rebah ke bumi. Musab pun gugur sebagai seorang syuhada.

Di saat-saat pengkebumiannya, Musab hanya ada sehelai kain sebagai penutup jasad. Itupun kain itu terlalu kecil. Jika ditarik untuk menutup kepalanya, kakinya akan terdedah. Kalau ditarik menutup kakinya pula, kepalanya akan terdedah. Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menutup kepala Musab dengan kain tersebut sementara bahagian kakinya ditutup dengan daun-daun azkhar.

Begitulah sedihnya riwayat seorang pemuda yang dibesarkan dalam kehidupan serba mewah tetapi matinya dalam keadaan yang amat dhaif. Jika dulu dia ada pakaian yang berharga dua ratus dirham, tapi kini mayatnya ditutup dengan sehelai kain kecil sahaja. Sesungguhnya Musab telah berjaya.

Sunday, November 15, 2009

Jangan Terpedaya!

GURU SILAT HEBAT KERANA JIN

Seorang pelajar kerasukan. Seorang ustaz lulusan al-Azhar membacakan ayat-ayat suci terutamanya ayat Kursi tetapi gagal mengusir si jin. Kemudian datang seorang guru silat xxx membacakan ayat Kursi, jin berjaya dikeluarkan sekejap sahaja.

Ustaz : Macam mana saya baca ayat Kursi tapi jin tak keluar? Encik baca ayat Kursi juga tetapi jin keluar?

Guru silat: Itulah..... (jawabnya sambil tesenyum dan berbangga kerana dia lebih hebat daripada seorang lulusan al-Azhar)

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?

Guru silat itu bukan mengusir si jin perasuk dengan ayat Kursi, tetapi dengan jin yang menjadi dampingan silatnya. Oleh kerana jin silatnya kuat, dengan mudah sahaja jin prebet dalam tubuh pelajar itu lari ketakutan. Tanpa membaca ayat Kursi pun jin perasuk itu akan beredar dari tubuh si pelajar.

*Kejadian benar


BAGAIMANA BOMOH TAHU LEBIH AWAL?

Sesampai sahaja di rumah si bomoh atau perawat, dia pun berkata: "Saya dah tahu dah, masalah kamu ialah sekian-sekian... betul tak?"

Kita berasa takjub akan kebolehan si bomoh lalu dengan mudah akan mengikut segala kata-katanya. Si dukun sudah membentuk kebolehpercayaan yang tinggi sejak kali pertama kita melihatnya lagi. Mereka yang jahat tentu saja mudah-mudah dapat memperdaya pesakit dan keluarganya selepas itu. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

1. Si perawat memang seorang yang soleh, lalu sesekali Tuhan bukakan kasyaf sehingga dia dapat mengetahui perkara-perkara ghaib. TETAPI, hal ini sangat jarang berlaku.

2. Jin-jin yang mendampingi si perawat bertanya kepada jin-jin yang berada di sekitar kita. Ada jin yang memang mengikut kita dari rumah dan ada yang di pertengahan jalan. Apa yang kita bualkan mereka dengar lalu mengkhabarkan hal ehwal kita kepada jin-jin yang ada di rumah si perawat. Jin-jin si perawatlah yang menyampaikan pula cerita itu kepada tuan mereka iaitu si bomoh. Jenis ini memang SELALU BERLAKU.

Oleh itu, jangan mudah-mudah berasa takjub dengan kebolehan perawat dalam hal ini.


PENIPUAN DENGAN TELUR AYAM

SITUASI

Kita pergi mendapatkan rawatan alternatif. Perawat menggunakan telur ayam. Biasanya telur ayam itu akan digolekkan pada bahagian-bahagian tertentu di tubuh kita. Doa dan gaya mengubat pun 'dilakonkan' oleh perawat untuk mengukuhkan kepercayaan kita kepadanya.

Kemudian perawat akan memecahkan telur ayam itu dan menunjukkan barang di dalamnya. Antara barang yang biasa terdapat ialah jarum, darah, minyak dan lain-lain. Perawat mendakwa dia mengeluarkan/ menarik barang-barang itu dari dalam tubuh kita.

HASILNYA

Kita pun percaya sungguh-sungguh dan kagum dengan kebolehan si perawat. Dari segi psikologi, kita terangsang untuk merasakan yang diri kita semakin sihat, paahal dia tidak merawat apa-apa pun. Kita juga dengan mudah akan menghadiahkan si perawat dengan wang ringgit.

PENDEDAHAN

Barang-barang itu sudah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam telur tadi. Biasanya mereka akan menebuk satu lubang yang halus di hujung telur lalu memasukkan barang-barang yang sesuai dengan lubang itu. Kemudian mereka akan menampal lubang kecil itu semula.

Salah satu cara untuk mengenal pasti yang mereka sedang menipu ialah ketika mereka menggolekkan atau melalukan telur itu ke tubuh kita. Ketika itu jari mereka akan memegang hujung atas dan bawah telur, hanya bahagian tengah telur yang digolek. Mengapa? Kerana mereka tidak mahu kita terlihat bahagian yang mereka tampal.

Jarum- memang lolos dimasukkan melalui lubang kecil yang dibuat.
Bahan-bahan cecair (darah, minyak)- disuntik masuk.


*Harap difaham, kita tidak menuduh semua yang menggunakan teknik ini sebagai penipu, cuma mendedahkan mereka yang menipu sahaja. Yang tidak terlibat tidak perlu terasa hati.
Wallahualam.


Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern

Monday, November 02, 2009

Kuliah - Sejarah Salman al-Farisi

Kuliah- Toriq bin Ziyad & Salahuddin al-Ayyubi

Khilaf Perawat Tentang Iblis

Ketika mula berjinak-jinak dengan kaedah rawatan berteraskan doa lapan atau sembilan tahun lalu, saya dapati sebahagian perawat mengatakan jin-jin yang merasuk sebagai Iblis. Saya tidak berpendapat begitu. Setahu saya Iblis hanya satu, iaitu yang nama sebenarnya ialah Azazil. Azazil inilah yang tidak mahu sujud kepada Adam lalu dilaknat dan dikenali dengan nama Iblis. Roh-roh jahat yang merasuk itu pula bukanlah Iblis, melainkan jin-jin.


Iblis jarang-jarang turun padang mengganggu manusia. Sesekali saja dia pergi untuk merosakkan para nabi, para wali dan orang-orang soleh. Untuk manusia biasa, umumnya Iblis hanya menghantar tentera-tenteranya, itu pun tentera bawahan. Iblis dan pegawai-pegawai atasannya sibuk bersuka ria di istana-istana besar mereka, biasanya di tengah lautan.


Beberapa tahun kemudian, saya dapati kebanyakan perawat sudah berfaham sebaliknya. Mereka tidak lagi mengatakan jin-jin itu sebagai Iblis. Mereka sudah boleh memahami bahawa Iblis hanya satu, yang banyak ialah jin-jin. Kiranya pandangan saya dulu memang benar. Tamat.



Dalam salah satu ceramah seorang perawat tersohor tanah air, saya dapati pula satu lagi percanggahan pandangan. Perawat ini mengatakan Jaan dan Iblis (Azazil) ialah peribadi yang sama. Sefaham saya, kedua-duanya ialah peribadi yang berlainan.


Jaan ialah jin pertama diciptakan Allah daripada nyalaan api. Adam pula ialah manusia pertama diciptakan Allah daripada tanah.


Anak cucu Jaan dikenali sebagai jin. Anak cucu Adam pula disebut manusia.


Dalam ramai-ramai anak cucu cicit Jaan, lahir satu jin yang sangat jahat lagi terkutuk iaitu Iblis. Dalam ramai-ramai anak cucu cicit Adam pula lahir seorang manusia yang sangat jahat lagi terkutuk iaitu Dajjal. Iblis dan Dajjal menjalinkan kerjasama erat untuk merosakkan umat manusia.


Umur Jaan sangat tua, jauh lebih tua daripada Azazil/ Iblis. Sefaham saya juga, berita-berita tentang Jaan ini sudah tidak kedengaran di dunia Jin. Hal ini memungkinkan si Jaan sudah meninggal dunia. Tapi berita-berita tentang Iblis sangat masyhur sampailah sekarang, menunjukkan dia masih merajai dunia kegelapan.

Biasalah, khilaf. : )



Kuliah saya tentang Jaan, jin, Adam, malaikat, Iblis, Azazil dan syaitan ialah seperti di bawah:





Related Posts with Thumbnails