Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Friday, December 16, 2011

Tidak Beragama Di Sisi Rukun Negara

SHAH ALAM, 14 Dis: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor."Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama.

"Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor.

Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini.

Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian.

Teresa pula selalu dituduh cuba menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam di negara ini.

Menjawab persoalan ini, Teresa berkata, ini adalah tuduhan melulu yang tidak berasas sama sekali.

"Dalam keluarga saya, hanya saya dan ibu saya sahaja Kristian. Bapa dan adik-adik saya Budhist.

"Kalau saya nak usaha tarik masuk Kristian, misalnya untuk menarik YB Dr Rani, baik saya ajak ayah dan adik saya masuk Kristian dulu," katanya.

Ketika ditanya penyataan beberapa bekas pendakwah Kristian yang mengatakan ada orang Kristian yang cuba mendakwah orang Islam, Teresa berkata, beliau tidak menafikan perkara itu.

"Memang ada tetapi terlalu kecil bilangannya. Orang Kristian, tidak ramai yang gigih untuk menyebarkan agama. Mereka lebih anggap, agama adalah hubungan antara dia dengan Tuhan sahaja," kata Teresa.

Bagi Teresa, isu ini hanya menjadi isu selepas pilihan raya umum 2008 dan bersifat agenda politik untuk melawan Pakatan Rakyat.

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11022%27

HURAIAN :


Apakah maksud “TIADA APA-APA AGAMA”? Mungkin maksudnya tidak menganut mana-mana agama yang biasa kita ketahui di dunia ini seperti Islam, Sikh, Buddha, Tao, Shinto, Majusi, Yahudi, Kristian dan lain-lain. Itu secara langsungnya. Secara tidak langsungnya, orang yang tiada apa-apa agama ini sebenarnya tetap mempunyai agama, iaitu agama yang diciptanya sendiri. Mana ada orang yang tidak beragama di dunia ini.

Untuk memudahkan pembicaraan kali ini, kita anggaplah orang-orang yang mengaku tidak beragama itu sebagai orang-orang yang betul TIDAK BERAGAMA.

Tulisan saya ini bukanlah hendak menyentuh isu pengKristianan. Persoalan yang ingin saya bawa ialah... adakah orang-orang yang TIDAK BERAGAMA ini mengakui kewujudan Tuhan? Orang-orang yang secara terang-terangan mengaku tidak percaya kepada Tuhan, memang kita tahulah mereka tidak mengakui kewujudan Tuhan. Bagaimana dengan orang-orang yang TIDAK BERAGAMA pula?

Mereka terdiri daripada beberapa golongan. Kita bentangkan pembahagiannya :

1. Tidak beragama dan tidak percaya kewujudan Tuhan sama sekali.Tidak percaya akan kewujudan satu kuasa yang menjadikan alam ini. Alam ini terjadi dengan sendirinya.

2. Tidak beragama tetapi percaya memang ada satu kuasa ghaib yang menjadikan alam ini, tetapi tidak menganggap kuasa itu sebagai Tuhan.

3. Tidak beragama tetapi percaya kewujudan Tuhan, namun tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan Tuhan itu. Biarlah Tuhan dengan urusan Tuhan, dan dia dengan urusannya. Dia tidak mahu terikat dengan Tuhan dan agama.

Jadi, dalam golongan manakah orang-orang yang disebutkan ‘tiada apa-apa agama’ dalam artikel di atas berada?

Sekiranya mereka berada dalam kelompok pertama, iaitu tidak percaya akan Tuhan sama sekali, bagaimana kedudukan mereka ini di sisi Rukun Negara? Bukankah prinsip Rukun Negara yang pertama ialah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’?

Jika mereka berada dalam kelompok kedua pun, masih perlu dipertikai. Mereka percaya kewujudan sesuatu yang menjadikan alam ini tetapi tidak mahu mengakuinya sebagai Tuhan. Golongan ini juga tidak bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara yang pertama.

Tapi seandainya mereka berada dalam kelompok yang ketiga, tiada apa-apa masalah dengan Rukun Negara kerana mereka masih percaya kepada Tuhan walau apa pun yang dipercayainya sebagai Tuhan itu.

Abu Zulfiqar

15 Disember 2011

1 comment:

Neutronboy said...

tidak beragama di sisi rukun negara sebenarnya tidak melibatkan sebarang masalah rasmi sebab rukun negara tidak termasuk dalam sumber undang2 dan hanyalah prinsip...

Allahu a'lam.....

kata2 teresa tu, ahli DAP yg berkedudukan? atau ahli DAP dari MT sampi ke pihak bawahan?

Related Posts with Thumbnails