Pengalaman yang saya ingin kongsikan kali ini berlaku kira-kira 20 tahun lepas, iaitu sekitar awal 90-an. Ketika itu saya masih di alam ‘jahiliyyah’. Setiap malam melepak di tepi-tepi jalan sambil bermain gitar, melalakkan lagu-lagu rock kapak dan pulang sekitar pukul 3 pagi . Begitulah rutin alam remaja saya.
Pada suatu malam, saya dan dua orang rakan lagi lepak-lepak di taman permainan. Oleh kerana gitar ada satu sahaja, kami bertukar-tukar giliranlah memetiknya. Pemandangan langit pada malam itu memang indah kerana dihiasi bintang-bintang yang cantik menawan lagi jelas kelihatan.
Ketika saya mengeluarkan irama sumbang dari tali dan lubang gitar kapok itu, sahabat saya bernama Akam berbaring di papan gelungsur. Sambil-sambil itu entah macam mana kami tersembang tentang bintang-bintang. Saya sudah lupa identiti seorang lagi sahabat kami pada malam itu.
Tiba-tiba Akam bangun duduk dan mengatakan yang dia ternampak ada satu benda seperti bola api ‘melompat’ dari satu bintang ke satu bintang lagi dengan sangat laju. Dia begitu bersungguh-sungguh menceritakannya tetapi saya nafikan. Mustahil boleh terjadi sedemikian kerana bintang-bintang terletak sangat jauh dari bumi. Jarak antara bintang-bintang itu pun sangat jauh. Begitulah pengetahuan yang saya ada ketika itu. Oleh itu mana mungkin ada sesuatu yang dapat bergerak dari sebuah bintang ke sebuah bintang dalam masa satu saat. Kemudiannya saya mendapat tahu pula yang cahaya daripada matahari ke bumi pun dikatakan mengambil masa 8 minit. Tambahan lagi, jika benar ada sebiji bola api dari bintang ke bintang yang dapat kita lihat dengan mata kasar, tentunya bola api itu lebih besar daripada bumi dan lebih laju daripada cahaya. Akam pun mendiamkan diri.
Tidak lama kemudian saya serahkan gitar tong itu ke tangan Akam. Giliran saya pula berehat. Akam pun mula menghidangkan skil-skilnya manakala saya mengambil posisinya berbaring di atas papan gelungsur. Mata saya melihat ke langit, menyaksikan keindahan alam semesta ciptaan Tuhan.
Dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba saya ternampak sesuatu seperti bintang berekor yang ‘melompat’ dari satu bintang ke bintang di sebelahnya. Begitu laju pergerakannya, tidak sampai satu saat pun. Saya hampir-hampir tidak dapat mempercayai mata saya sendiri. Saya bingkas bangun lalu berkata : “Woi, Akam! Memang betoi la, aku nampak ada bola api lompat dari satu bintang ke satu bintang!” Akam pun apa lagi, serta-merta menyokong cerita saya itu yangs ecara tidak langsung ‘membalas’ saya : “Tu laaa, aku cakap tadi hampa tak percaya!”
Perkara yang kami nampak itu memang benar-benar berlaku. Orang-orang yang mendengar atau membaca cerita ini, saya yakin 99.99999999... % akan menolaknya, sebagaimana saya juga yang 100% menolak cerita Akam pada mulanya kerana menyangka dia mengada-adakan cerita.
Sehingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya sendirian, apa bendanya yang kami nampak pada malam itu? Dari segi sains, saya yakin sehingga kini tidak ada penjelasan tentang hal tersebut, malah memustahilkannya. Saya juga belum pernah mendapat tahu seandainya ada mana-mana orang yang pernah menyaksikan hal yang kami saksikan.
Saya pernah tanyakan kisah ini kepada Akam, malangnya Akam sudah tidak ingat tentangnya. Jadi, tidaklah dapat saya mencari kesahan cerita ini melainkan diri saya seorang. Yang pasti, saya benar-benar melihatnya. WaAllahua’lam.
Anda ada penjelasannya?......
Abu Zulfiqar
9 November 2011
15 comments:
Saya terpadam satu komen daripada Haikal Mizrahi. Mohon maaf, tersilap tekan.Mesejnya pendek sahaja. Katanya benda itu mungkin tuju-tuju untuk menyikir orang, sebagaimana yang popular di alam Melayu.
Pada pandangan saya, mungkin bukan. Halini kerana tuju-tuju biasanya masih dalam atmosfera bumi, sedangkan 'bola api' yang saya lihat itu nun di bintang.Kalau ikut kajian sains, bintang jauh jutaan batu daripada bumi. WA.
salam saudara, entry ini sangat menarik. maha suci Allah..
Wlksm Ana Musafir. Subhanallah.
adakah ia nampak seperti ini...
http://www.youtube.com/watch?v=SVLSwwr2wMk
"shooting star"
mungkinkah bola api yg dilemparkan kepada syaitan2 ketika mereka ingin mengetahui rahsia langit?
Oh... bukan. Yang saya lihat ini ia terbang secara mendatar, bukan dari atas ke bawah dan jauh lebih laju daripada yang dalam video itu.
ketika lompatan dr bintang ke bintang itu mgkin sudah berlaku jutaan tahun dhulu.. sbb chaya nak smpai ke bumi kan amik masa.. mgkin ada perang antara bintang kut dulu.. masa jutaan tahun dahulu.. wallahualam .
Salam,
Tidak mustahil dengan kuasa Allah. ada sesuatu dgn keizinan Allah blh melakukan sesuatu perjalanan, lompatan atau 'jump' dari satu bintang ke bintang yg lain yg jarak di antaranya puluhan tahun cahaya.
Jarak bintang terdekat kepada bumi juga ialah 16 tahun cahaya satu jarak yg dekat berbanding jauhnya jarak perjalanan Nabi Muhammad SAW dari bumi ke Arasy pada malam Israk dan Mikraj
Allah tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana sudah memperjalankan Nabi SAW kita keluar dari alam angkasa kita menuju ke Arasy
(yakni segala isi dunia ini termasuklah berbilion-bazillion bintang dan berjuta-juta galaksi) semuanya dalam satu malam yang jaraknya lebih puluhan bilion atas berbilion tahun cahaya..jarak yang Allah sahaja tahu berapa jauhnya..
Allah HU AKbar , Allah itu Maha Bijaksana jauh mengetahui pengetahuan fizik dan metafizik yang manusia ketahui malah;
Pengetahuan dan Ilmu Allah itu Melampaui sesuatu apapun, yang semua ilmu itu milik Allah ;
.. dan semua ilmu tunduk di bawah Perintah dan Hukum yang Allah wujudkan, wujudnya ilmu kerana diwujudkan Allah , Tuhan Yang Satu yg telah sediada wujud sebelum apa segala sesuatu pun wujud.
Lailahaillahlah Muhammadarrasulullah, Tiada Tuhan Melainkan Allah, Selawat buat Junjungan Nabi Agung kita.
Nama yang telah wujud dan Nur Muhammad yang telah sedia wujud seblum Nabi Adam AS diciptakan dan dihidupkan oleh Allah SWT. Allahhuakbar..
Subhanallah. saya juga pernah menyaksikan lompatan bintang ke bintang ini. memang tahun 90an sewaktu saya belasan tahun. mlm tu saja duduk di depan rumah sambil memandang langit. mmg nmpk bintang tu ada satu cahaya dari satu bintang ke satu bintang dlm 3 kali lompatan. sekali tu saja saya nmpk. mmg pernah tanya org tapi xde sapa yg pernah nmpk. akhirnya skrg saya tau bkn saya sorang je pernah nmpk. Wallahualam.
Subhanallah... ada juga hamba Allah yang menyaksikan hal yang sama dengan saya. Terima kasih atas perkongsian ini.
Ana juga ada pengalaman sebegini.
Rasanya dah 23 tahun iaitu tahun 1990.
Waktunya sama macam ustaz sekitar jam 3 pagi.
Nampak jelas sebab waktu tu langit cerah tidak berawan.
Cuma apa yang ana nampak bukan 'bola api' tetapi lebih kepada bentuk 'sfera' atau mungkin seperti bola ragbi yang melintang.
Objek tu lebih dari 3 unit seingat ana.
Berkejaran antara satu sama lain melompat lompat dari satu tumpuan cahaya (mungkin bintang) kepada tumpuan cahaya lain.
Mungkin apa kita nampak adalah pada waktu yang sama dan ketika yang sama.
Sayangnya kita tak ingat sekurang kurangnya tarikh berlaku kenampakan.
Jika kita ingat mungkin kita boleh selidiki lebih lanjut lagi.
Tapi yang sohihnya Allah memilih kita untuk ditunjukkan betapa hebat kekuasaannya dihadapan mata lendir kita.
Subhanallah.
wallahu a'lam.
Tuan BG punya komen yang menarik :
Ana juga ada pengalaman sebegini.
Rasanya dah 23 tahun iaitu tahun 1990.
Waktunya sama macam ustaz sekitar jam 3 pagi.
Nampak jelas sebab waktu tu langit cerah tidak berawan.
Cuma apa yang ana nampak bukan 'bola api' tetapi lebih kepada bentuk 'sfera' atau mungkin seperti bola ragbi yang melintang.
Objek tu lebih dari 3 unit seingat ana.
Berkejaran antara satu sama lain melompat lompat dari satu tumpuan cahaya (mungkin bintang) kepada tumpuan cahaya lain.
Mungkin apa kita nampak adalah pad waktu yang sama dan ketika yang sama.
Sayangnya kita tak ingat sekurang kurangnya tarikh berlaku kenampakan.
jika kita ingat mungkin kita boleh selidiki lebih lanjut lagi.
Tapi yang sohihnya Allah memilih kita untuk ditunjukkan betapa hebat kekuasaannya dihadapan mata lendir kita.
Subhanallah.
Salam... saya percaya dengan cerita tersebut kerana saya juga pernah saksikan kejadian begitu. bukan sekali tapi berkali-kali. malah hingga kini pun saya tidak tau apakah benda tu.. kepada mereka yg belum pernah saksikan, cubalah luang masa 15 minit merenung bintang2 di langit, pasti anda akan terlihat pergerakan aneh antara jutaan bintang masa tu.
salam.saya sangat percaya dengan cerita tersebut kerana saya sendiri pernah saksikan kejadian begitu.bukan sekali, tapi berkali-kali.kepada mereka yg tidak pernah menyaksikannya,cubalah luangkan masa sekitar 15 minit merenung bintang2, pasti anda akan terlihat sesuatu.
Salam..cite saudara ni mungkin sama mcm sy tp klu dri apa yg lihat dlu sekitar thn 99 atau 2000..umur pun masa tu bru lps spm time tgh lpk2 dpn rmh atok sy..tgh sy baring atas moto memandang ke langit sy ternampak 1 cahaya meluncur laju sambil mengelak dri 1 bintang ke bintang yg lain..tp sy x prnah cite kat sesiapa pun smpi la skng..
Afwan ustadz saya ikut nimbrung,saya orang Indonesia..nama saya Abu Habbasyah.Saya mau tanya siapakah yang namanya "THIFRI" dan apa arti "ISROBIKUM" apakah kata Isrobikum itu,apakah kata yang disingkat sehingga dia punya makna atau dia kata yang punya arti satu saja?karena saya mendapat satu amalan yang tidak jelas sumbernya tu saya dapat dari buku orang tua di daerah saya. amalan itu begini kurang lebihnya : Yuhanis,jibril>Thifri,Mikail>maryam,Izroil > Imron, Isrofil ruhul Amin.dan ditutup dengan Isrobikum.Jazakallah atas perhatiannya.semoga Allah menambah Ilmu n pemahaman Ustadz
Post a Comment