TULISAN SAHABAT :
Kalau dalam sejarah Nusantara ada nama Brahma / Brahmin dan Saraswati... Kerajaan Balqis kemungkinan besar berada d alam Melayu... Pantai Saba dan banyak lagi... serta bangsa Bugis dikaitkan dengan zuriat Ratu Balqis... dan tentera laut Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada kemungkinan angkatan laut Ratu Balqis...
Mengikut kajian terbaru, Candi Borobodor adalah istana Nabi Sulaiman... dan ada pulau di kawasan Nusantara bernama Solomon Island... Ukiran di Candi Borobodor ada menceritakan tentang burung hud-hud...
PERKONGSIAN SAYA :
‘Puzzle-puzzle’ awal yang tuan berikan memang menarik. Tidak mustahil ada kebenarannya, namun begitu kita perlukan sangat banyak maklumat lagI sebelum dapat mengesahkannya. Saya kongsikan maklumat-maklumat yang saya ada, yang mungkin dapat membantu kajian tuan.
BRAHMA
Brahma ialah salah satu daripada 3 dewa utama (bukan manusia tetapi Tuhan itu sendiri) penganut agama Veda, yang kemudiannya lebih dipandang sebagai agama Hindu. 2 lagi dewa utama ialah Vishnu dan Siva. Ketiga-tiganya satu peribadi yang ‘bersekutu’ dalam Trimurti. Nampak macam ada persamaan dengan Triniti dalam ajaran Kristian tapi sebenarnya berbeza.
Brahmin pula ialah para sami agama Veda, merupakan kasta tertinggi. Sementara Brahman ialah Tuhan sebenar yang kemudiannya dikenali sebagai Trimurti (Barahma, Vishnu, Siva) berdasarkan pekerjaan yang dilakukannya.
Kata tuan : “dalam sejarah Nusantara ada nama Brahma / Brahmin dan Saraswati.” Ada tak sumber-sumber berkaitan yang boleh kita lihat sama-sama?
SARASWATI
Ketiga-tiga Brahma, Vishnu dan Siva punya isteri, atau lebih tepat lagi disebut shakti. Saraswati ialah shakti kepada Brahma.
Persamaan sebutan menyebabkan sebahagian orang mengaitkan Brahman dan Saraswati dengan Nabi Ibrahim dan isterinya Sarah.
RATU BALQIS
Dipercayai pemerintah Kerajaan Saba’ (Sheba) di Yaman. Kemudiannya menjadi isteri kepada Nabi Sulaiman. Namun Al-Quran, hadith dan Bible tidak menyebut nama Balqis (setakat pengetahuan saya ketika ini). Nama itu datang dari cerita mulut ke mulut. Jika benar, maksudnya Balqis hidup sekitar 1000-900 Sebelum Masehi, sezaman dengan Nabi Sulaiman.
Berdasarkan zaman 1000-900 SM ini, kita boleh menyiasat keadaan di Nusantara ketika itu dan mencari perkaitannya dengan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis sekiranya ada.
PANTAI SABA
Setahu saya Pantai Saba berlokasi di Pulau Bali. Pantai Sabak pula di Kelantan, namanya diambil sempena nama seorang petani yang mengasaskannya iaitu Tok Sabak. Mungkin ada tempat-tempat lain dengan nama yang sama.
BUGIS
Ada keserasian bunyi antara ‘Bugis’ dengan ‘Balqis’, namun itu bukanlah hujah yang kukuh buat masa ini. Kalau tidak salah saya, kitab Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji (tokoh Bugis) bermula dengan kisah Puteri Balqis, menampakkan kaitan Bugis dengan Balqis. Namun begitu, kitab epik yang lebih tua daripada kitab Mahabrata iaitu La Goligo yang berkait rapat dengan bangsa Bugis memulakan penceritaannya sejak awal penciptaan dunia. Dipercayai Raja Ali Haji banyak memetik daripada kitab La Goligo tetapi entah mengapa dia memulakan kitabnya dengan kisah Puteri Balqis. Mungkin ada kaitan antara Bugis dengan Balqis.
MERONG MAHAWANGSA
Hikayat ini meletakkan Raja Merong Mahawangsa/Mahabangsa sezaman dengan Nabi Sulaiman. Bahagian ini sangat kucar-kacir kerana Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis hidup sekitar 1000-900 Sebelum Masehi sedangkan berdasarkan kronologi salasilah raja-raja Kedah, Raja Merong Mahawangsa hidup sekitar 1000 Masehi. Ada perbezaan jarak sebesar lebih kurang 2,000 tahun.
Sumber-sumber China pula mengatakan memang sudah ada kerajaan di sekitar Kedah yang dikenali sebagai Langkasuka sebelum zaman Merong Mahawangsa, namun paling awal pun ia diasaskan sekitar 100 Masehi. Masih berjarak 1,000 tahun dengan zaman Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis.
GARUDA DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Garuda dipercayai tinggal di Langkawi. Dia mendapat tahu Putera dari Rom dalam perjalanan hendak berkahwin dengan puteri dari China. Entah mengapa Garuda hendak menghalang perkahwinan ini, namun dia menghadap Nabi Sulaiman terlebih dahulu untuk memohon kebenaran menyerang.
Sekiranya Garuda ialah Ratu Balqis dan tenteranya, hal ini bermaksud peristiwa ini berlaku selepas perkahwinannya dengan Nabi Sulaiman. Mustahil sebelum berkahwin kerana sebelum berkahwin mereka saling tidak mengenali.
Antara kemungkinannya, tentera Balqis cuba menghalang perhubungan antara Rom dengan China kerana hubungan dua kuasa besar ini akan menggugat empayar Nabi Sulaiman-Balqis yang berada di tengah-tengah. Sekadar kemungkinan.
Garuda pergi ke negara China dan berhasil menculik puteri China. Maksudnya pemimpin dan tentera Garuda ini sangat aktif di lautan kerana dengan mudah berulang alik ke Palestin, Nusantara dan China. Cuma kisah armada Rom belayar ke Timur agak mustahil berlaku pada era Nabi Sulaiman (sekitar 1000-900 Sebelum Masehi) kerana orang Eropah hanya menemui jalan laut ke Timur sekitar 1500 Masehi. Ada jarak sekitar 2,500 tahun di situ.
Garuda yang gagal dalam misinya membuang diri meninggalkan dunia ini. Adakah dia pergi jauh dan berkerajaan di Sulawesi, atau Jawa, atau Kepualauan Solomon, atau tempat-tempat lain? Boleh jadi.
CANDI BOROBUDUR
Tulisan/aksara yang dipahat/diukir pada candi ini bersesuaian dengan tulisan yang popular sekitar tahun 700-800 Masehi. Jadi para pengkaji cenderung mengatakan ia dibina sekitar waktu itu, bersesuaian dengan zaman Kerajaan Sailendra. Antara zaman Borobudur dengan zaman Nabi Sulaiman, berbeza lebih 1,600 tahun. Lagi pula di kemuncak Candi Borobudur terdapat binaan loceng-loceng besar yang berkaitan dengan agama Buddha sejak awal lagi. Jadi buat masa ini, mungkin belum cukup maklumat untuk saya mengaitkan Borobudur sebagai istana Nabi Sulaiman ataupun Balqis. Binaan Haikal Sulaiman juga nampaknya berbeza dengan binaan Borobudur. Ukiran-ukiran manusia di situ ada yang menceritakan tentang riwayat hidup Gautama Buddha.
SOLOMON ISLAND
Jika diterjemahkan akan menjadi “Pulau-Pulau Sulaiman”. Nama ini dipercayai datang kemudian, sekitar tahun 1500-an apabila orang-orang Barat menjalankan misi mencari lombong emas Nabi Sulaiman. Mereka menamakan gugusan kepulauan ini sebagai Solomon’s Island. Setahu kita, mereka tidak menemui benda-benda berharga di kepulauan ini tetapi tak tahulah kalau-kalau ada cerita yang mereka sembunyikan. Kcenderungan ini menunjukkan orang-orang Barat pun sebahagiannya percaya bahawa empayar Nabi Sulaiman melebar sehingga ke Nusantara. WaAllahua’lam.
Ada beberapa lagi perkaitan antara Nabi Sulaiman, Ratu Balqis, istana, Candi Borobudur, Majapahit dan lain-lain yang sering kita jumpa di internet, tapi saya tidak menyentuhnya di sini. Saya sekadar memberikan perkongsian ke atas perkara-perkara yang tuan sebut, itupun sekadarnya sahaja.
Abu Zulfiqar
13 November 2011
*Saya terlupa menanggap tentang burung hud-hud. Sefaham saya, tidak ada ukiran yang jelas menggambarkan peristiwa burung hud-hud kerana terdapat pelbagai jenis burung yang diukir di Candi Boribudur.
19 comments:
yang sy tau, bangsa Melayu dikenal juga bangsa Mala....susur jalur bangsa Melayu dari sebelah Keturah isteri kepada Nabi Ibrahim A.S.
"Brahma" dr bahasa sanskrit. dikatakan nahu bahasa Sanskrit apabila hadir huruf vokal "a" dihadapan perkataan maka vokal "a" tadi akan diletakkan dibelakang. asal perkataan brahma tadi ialah Abrahm....
Hanya Allah yang tahu....
bacaan sumber dari: http://mistisfiles.blogspot.com/
http://www.revolmedia.us/2011/04/candi-borobudur-peninggalan-nabi.html
mungkin berkain
Benar,,,kerajaan Nabi Sulaiman A.S dan Puteri Balqis ada hubungan dengan Nusantara juga salah satu Empayar nya. Keturunannya yang hilang sudah muncul di Malaysia ini,,campuran darah Nabi Sulaiman A.S + Nabi Muhammad SAW. Gabungan dari kedua jalur inilah lahirnya Pemuda Bani Tamim. Tetapi identitinya masih lagi di sembunyikan oleh Allah. Jamaahnya 313 bersama mereka yang TERPILIH sudahpun terbentuk dan berada di peringkat permulaan Dakwah & Tarbiah kpd Jamaah untuk dapatk kekuatan rohani.
Inilah yang telah membuatkan pelbagai pendapat dan tulisan tentang PBT ini sehingga ada yang percaya dan ada yang menolak terus berkaitan hal PBT. PBT adalah pembantu kanan ALMAHDI,,,Bumi Malaysia telah di pilih oleh ALLAH kemunculannya...bukan Indonesia atau mana2 negara didunia ini. 100% MALAYSIA kelahirannya PEMUDA BANI TAMIM. Jalur keturunan dari Nabi Muhammad SAW + Nabi Sulaiman A.S = PEMUDA BANI TAMIM
anonymous 15 august:
mana awak dapat keyakinan ttg Pemuda Bani Tamim itu? Sudah namanya rahsia Allah diakhir zaman. mestilah rahsia.
Sebuah hadis sahih daripada Ibnu Abbas menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya seseorang, yang bermaksuid: “Apakah Saba itu nama negeri atau nama seseorang?” Nabi menjawab, “Dia adalah manusia beranak sepuluh. Enam tinggal di Yaman dan empat di Syam. Yang di Yaman ialah Mudzhij, Kindah, Alazad, Asa’ariyum, Anmar dan Himyar. Yang di Syam adalah Lakham, Judzam, Amilah dan Ghassan.”
Nenek moyang mereka dikatakan berasal daripada kabilah-kabilah Arab Yaman. Asal kediaman mereka bernama Saba, kemudian menjadi nama negeri atau kerajaan dengan ibu kota Maarib..
Kita melayu memang berasal dari keturunan Nabi Sulaiman a.s. dan Puteri Balqis yg. berbangsa Jin, menurut cerita drpd moyang saya terdahulu, Puteri Balqis mempunyai kerajaan di bawah dasar laut di asia tenggara antara malaysia, indonesia dan singapore
Wallahua'lam.. Bukan kerja kite nak kaji keturunan nabi sulaiman a.s. Atau tak. Yang penting tugas kita sebgai khalifah dan hamba dimuka bumi terlaksana. Mustahil borobudur tempat yang penuh dgn kesyirikan asalnya istana nabi sulaiman?
Email sya boleh?pemuda yg punya komen d atas ini
Jangan terlalu yakin breder....Sebuah kampong bernama Kampong SABA juga ada di Negara Brunei Darussalam sehingga sekarang.
Saya pnh pg secara sukma istana dasar laut dan atas gunung tertinggi..
Setau aku la...bangsa melayu adalah bangsa yang mudah lupa...
yg komen yg mngarut2 ni tgh minum ketum ke masa komen?
Smua post di atas mengarut!!! Merapu!!! tak masuk akal!! kurang siuman...kecuali yg menyentuh hadis RasulAllah SAW.
Bila sebenarnya tarik Borobodur dibina? Bila pula tarikh Kerajaan Sulaiman trbina?
Balqis dikatakan berdarah jin...bengap ke apa? Menurut Al Quran jin dijadikan dari annar dan tiada berjasad.
Tak pernah disebutpun dlm Al Quran Ibrahim AS beristeri 3, kecuali Sarah dan Hajjar. Hajjar melahirkn Ismail AS mnakala Sarah melahirkn Ishak AS yg digelar Idraq oleh Ibrahim AS. Putera Ishak bernama Yaakub AS mempunyai 12 putera yg membentuk kaum Israel dan Yahudi manakal Ismail AS pula mempunyai 12 putera dan 1 puteri. Tiada seorang Nabi pun selepas Yaakub dipilih dri jurai Ismail semuanya dri Jurai Ishak sehinggalah Nabi Akhir zaman Muhammad dri jurai Ismail.
Nabi nbi dari jurai Ishak menurut Al Quran hanya mebtalbiahkan kaum Israel.
Bertitik tolak dri Ismail...keturunan lelaki dri baginda mengembangkan AGAMA HANIF AJARAN IBRAHIM melalui Jln Sutera hingga ke Bima atu Burhama atu Burrma, Kedah Tamim Turan atu Kedah Tua, Kambodia dan Champa sebelum ke pulau pulau seberang.
setahu aku najib tu bugis
Aku just suka yg komen Kepuden Nararoth ni jer.. 100% tepat dan diakui..hehe..
Yg lain2 psl sulaiman n balqis serta Ibrahim dlm artikel n komen2 kt atas tu bercampur baur tnpa sumber yang sahih....
Apa yg cik siti lihat di sana?
Bagaimana kalau dikhabarkan PBT dr jurai Ahlulbait, Suleiman as dn Merong Mahawangsa (jurai dr Iskandar Zulkarnain)?
Sekadar pengongsian pendapat.
Berkata biarlah berbadan, jgn celupar bahasa diluahkan.
Kamu faham apa yg kamu faham, maka mereka pun demikian adanya.
Duduk bermuzakarah saling bertukar2 ilmu. Jgn celupar mengatakan bengap dn tak siuman.
Tiadakah kamu tiada percaya pd sabda Rasulullah saw yg mengatakan Ratu Balqis berdarah Jin dn Manusia?
Berhati2 dlm bicara, lancang kata badan binasa.!!
Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang Saba' oleh masyarakat Bajau kerana pisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah. Pisang ini juga dikenali sebagai 'pisang menurun' oleh masyarakat tempatan, namun begitu, terdapat perbezaan antara 'pisang Saba' dan pisang lain di sekitar Kepulauan Borneo. Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, telah dikatakan bahawa Sabahialah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu[6] atau sebelah utara sungai.[7] Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang daripada Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.[8]
Sesetengah teori juga mengatakan bahawa Sabah pernah dirujuk sebagai Seludang dalam teks 1365 Jawa yang dikenali sebagai Nagarakretagama ditulis oleh Empu PrapaƱca.[9]
Post a Comment