Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, April 07, 2011

Blog Khusus untuk Ihya' 'Ulumiddin

Alhamdulillah syukur, sebuah blog khusus tentang kuliah Syarah Ihya' berjaya disiapkan. Tuan-tuan boleh berziarah ke http://syarahihya.blogspot.com/ . Ambillah apa-apa yang bermanfaat, ketepikan apa-apa yang mudarat.


Berikut adalah sedikit panduan kepada para penziarah tentang isi kandungan laman tersebut:

AUDIO SYARAH IHYA' = Kuliah syarahan kepada kitab Ihya' 'Ulumiddin. Dirakam dalam bentuk audio dan dimuatnaik ke Youtube.

TEKS KULIAH = Audio Syarah Ihya' tadi dipindahkan ke dalam bentuk teks untuk dibaca. Sesiapa yang mengalami masalah talian internet 'lembab', boleh mengikuti kuliah dengan membaca teksnya.

SYARAH TEKS KULIAH = Teks Kuliah tadi disyarahkan lagi dalam bentuk teks untuk memantapkannya.

HIKMAH AL-GHAZALI - Koleksi pilihan kata-kata hikmah Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya'. Kata-kata beliau yang ringkas tetapi padat menajdi keutamaan.

SYARAH HIKMAH - Syarah kepada Hikmah Al-Ghazali (dalam bentuk teks).

2 comments:

Ihya-Ulumiddin said...

Terima Kasih atas info ini,

Saya sangat kagum dan minat dengan imam Al-Ghazali.

Alexanderwathern said...

Sama-sama Tuan Ihya-Ulumiddin. Nampaknya kita meminati tokoh yang sama.

Saya juga ada berziarah ke blog anda, isi kandungannya menarik terutamanya artikel tentang persahabatan tu.

Para pembaca boleh melayari bloh Encik Ihya-Ulumiddin ini di http://kitabngeri.blogspot.com/ .

Related Posts with Thumbnails