Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Wednesday, July 01, 2009

Soal Jawab - Tukang Bahtera Nabi Nuh

PERDU 21 ( 01 Jul 2009 14:43 ):
Mengenai tajuk...mungkin Tuan Alexander boleh ceritakan tentang si tukang bina bahtera Noh a.s. Dia tu disifatkan bapa pd bangsa Yajuj & Makjuj nie.....

JAWAPAN ( 01 Jul 2009 20:49) :
Bahtera Nabi Nuh dibina secara gotong-royong. Bapa kepada bangsa Yakjuj Makjuj itu ialah anak Nabi Nuh sendiri yang bernama Yafits.

Ceritanya begini.
Nabi Nuh ada 4 orang anak lelaki sebelum banjir besar iaitu Sam, Ham, Yafits dan Kanaan. Kanaan ialah anaknya yang engkar lalu ditelan banjir besar, manakala 3 orang lagi anaknya beriman dengan ajaran bapa mereka. Oleh kerana mereka bertiga beriman, jelaslah mereka turut serta dalam pembinaan perahu Nabi Nuh.

Selepas banjir kering, anak-anak Nabi Nuh yang tiga orang ini berhijrah ke penjuru alam yang berbeza. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika. Keturunan Yafits pula berhijrah ke utara iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia. Salah satu daripada jalur keturunan Yafits inilah yang melahirkan keturunan Yakjuj dan Makjuj.

Jadi berdasarkan soalan tuan, tukang bahtera Nabi Nuh merangkap bapa kepada bangsa Yakjuj Makjuj itu ialah Yafits.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails