Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Saturday, July 18, 2009

Perkongsian Ilmiah Tentang Yakjuj Makjuj & Zulqarnain 4

C4U:
Posted: Tue Jun 30, 2009 1:44 pm
Salam Sejahtera Keatas Tuan Alex Dengan Rahmat Allah.

Tuan, saya rasa, selagi ada nyawa & masa, kewajiban membongkar rahsia Sejarah Agung Islam ni patut kita berdua & semua umat Islam teruskan. Makin hari makin teruja saya dibuatnya tentang kisah siapa Zulqarnain & Yakjuj Makjuj ni.

Berkenaan forum Ukhwah tu, depa memang ada 'masalah'. Pada hemat saya bukan masalah teknikal, mungkin masalah 'dalaman' pentadbiran. Dulu masa mula-mula tubuh penah jadi...

ALEX:
Wlksm Tuan C4U,
Menyelidik hal-hal begini memang sangat menerujakan. Cuma jangan sampaikan kita (terutamanya saya) terabai perkara-perkara lain terutamanya dari segi peningkatan ilmu, iman dan amal. Saya mungkin tida boleh terus menjawab selama satu dua hari nanti kerana kesibukan, namun yang pastinya saya akan berusaha meneruskan perkongsian kita.


C4U:
Ibnu Sina & Al-Farabi KAFIR? Berat Ni!

Ini lah kali pertama saya mendengar ehwal mereka yang begitu banyak menyumbang kepada Islam dianggap KAFIR! Tuan ada mengatakan bahawa Imam Ghazali turut menghukum Kafir kepada pengikut Ibnu Sina & Al-Farabi, jadi KITA NI PUN KAFIR JUGA KE???

Kalau tak keberatan, rasanya boleh tuan Alex perjelaskan asbab kekafiran yang dicop keatas 2 tokoh agung Islam tersebut? Kalau tuan setuju mungkin boleh samada Tuan @ saya membuka thread baru bincang pasal hali ni.

Syukran Tuan Alex sebab membetulkan sanad perguruan Alexander dengan memasukkan Plato diantara Socrates & Aristoteles. Tapi saya masih terkejut mengenai pengkafiran kesemua guru Alexander & 2 tokoh Islam tesebut, sangat-sangat terkejut!

Ini Seriusssssss....(wonderpets)

ALEX:
Begitulah lebih kurang keputusan yang dikeluarkan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali (bukan keputusan saya). Butir-butir tentang kelemahan dan kesilapan kaum falsafah sebagaimana aliran Aristotle dan para pengikutnya seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi dijelaskan agak panjang dalam kitab Imam al-Ghazali berjudul Al-Munqiz min adh-Dhalal (Selamat daripada Kesesatan). Saya ada satu versi bahasa Arab dan satu satu versi bahasa Melayu.

Perbahasan lebih mendalam kalau tak silap saya ada dalam buku Tahafut al-Falasifah, juga sebuah karangan Imam al-Ghazali.

Sebenarnya sumbangan Ibnu Sina dan al-Farabi lebih kepada sumbangan untuk umat Islam, bukan kepada agama Islam. Ada sedikit perbezaan antara kedua-duanya.

Selain itu, saya dan banyak umat Islam tidak pernah menjadi pengikut Ibnu Sina ataupun al-Farabi kerana kajian-kajian mereka umumnya tidak bersangkutan terus dengan hal ehwal agama sebagaimana kajian Imam Buhari, Imam Syafie, Imam al-Ghazali, Syeikh Zakaria Ansari, Syeikh Ibu Hajar dan lain-lain. Dan banyak daripada yang menyanjung Ibnu Sina dan al-Farabi pun sebenarnya tidak mengikut mereka dalam jurusan hal ehwal agama.

Satu lagi, tulis al-Ghazali ialah:
“…….maka sewajarnya mereka (Socrates, Plato dan Aristotle) itu DIANGGAP KAFIR dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dari kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi.”

Jadi sebenarnya yang dihukum oleh al-Ghazali itu ialah PENGIKUT ARISTOTLE, PLATO & SOCRATES dari kalangan umat Islam termasuklah Ibnu Sina dan al-Farabi. Tentang PENGIKUT kepada IBNU SINA dan AL-FARABI tidak dinyatakan. Lagi pula kita memang tidak mengikut keagamaan Ibnu Sina dan al-Farabi, cuma kita menyanjung penemuan-penemuan mereka dalam bidang tertentu.

Buat masa ini, saya bercadang untuk menangguhkan dulu bicara tentang hal yang tuan maksudkan kerana mahu menumpukan kepada kajian kita sekarang. Tambahan pula saya memang sangat sibuk. Takut-takut nanti jadi tunggang-langgang. : )


C4U:
Quote:
Satu lagi, berlaku perebutan antara Barat dengan Timur untuk mendapatkan “Zulqarnain”. Barat yang diwakili kerajaan Yunani mendakwa Alexander Macedonia sebagai Zulqarnain manakala Timur yang diwakili kerajaan Parsi juga mahukan tokoh mereka sebagai Zulqarnain iaitu Maharaja Cyrus/ Korsh the Great. Padahal Zulqarnain bukan berasal dari Rom ataupun Parsi. Sebaliknya dia orang luar yang MENGUASAI ROM DAN PARSI. Sebab itu namanya ZULQARNAIN, yang sebahagian pihak menterjemahkannya sebagai “yang memiliki dua tanduk” iaitu “menguasai Rom dan Parsi” ataupun “menguasai Barat dan Timur”. Sejak zaman-berzaman, antara Rom dan Parsi saling bertukar pemerintahan.
Quote


Mari kita sama-sama fikirkan SIAPA ZULQARNAIN SEBENAR...

ALEX:
Bahagian ini nampaknya kena tunggu artikel saya siap le. Tapi belum punya masa untuk pindahkan segala maklumat di kepala ke dalam bentuk tulisan. Sebab itu hanya bahagian pengenalan saja siap di blog saya http://myalexanderwathern.blogspot.com/ .

Wallahualam.

Ps: Selepas ini saya akan bicara tentang mata air berlumpur di Mesir insyaallah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails