Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, July 07, 2009

Galaksi Kita akan Bertembung

Kita berada di bumi. Bumi dan planet-planet dalam Sistem Suria ini mempunyai satu bintang iaitu matahari. Bintang kita iaitu matahari berada dalam sebuah galaksi yang sangat luas, dinamakan Galaksi Bima Sakti.

Selain matahari, terdapat banyak lagi bintang-bintang lain dalam Galaksi Bima Sakti ini. Banyak pula yang jauh lebih besar daripada matahari. Dianggarkan ada 100,000,000,000 bintang (matahari) dalam Galaksi Bima Sakti. Bayangkan, alangkah luasnya galaksi yang sedang kita diami ini...

Itu baru satu galaksi, sudah terlalu luas bukaannya. Galaksi Bima Sakti hanyalah 1 daripada lebih kurang 10,000,000,000 galaksi lain yang berada di bawah Langit Pertama. Terasa mahu pecah minda kita sewaktu hendak membayangkan keluasannya. Allahu Akbar.

Berbalik kepada cerita Galaksi Bima Sakti yang kita sedang berada di dalamnya ketika ini. Ada sebuah galaksi lain terapung-apung berhampiran dengan galaksi kita ini. Kita menamakannya Galaksi Andromeda. Sesekali ia bergerak hampir dengan Galaksi Bima Sakti dan sesekali menjauh. Kajian sains menjangkakan Galaksi Andromeda ini akan bertembung dengan Galaksi Bima Sakti suatu waktu nanti.

Bayangkan... Galaksi Bima Sakti dengan ribuan juta bintang dan Galaksi Andromeda yang mungkin juga mengandungi ribuan juta bintang saling menerpa satu sama lain. Kemudian isi kandungan masing-masing akan bertembung. Jutaan bintang (matahari) dari Bima Sakti akan bertembung dengan jutaan bintang (matahari) dari Andromedia. Manakala saki-bakinya saling berselisih antara ruang-ruang kosong yang ada.

Pertembungan dua raksasa langit ini menghasilkan jutaan ledakan besar di serata langit kedua-dua galaksi. Graviti menjadi kacau. Saintis menjangkakan matahari kita, sekalipun terselamat daripada pertembungan tetapi akan terpelanting keluar dari Galaksi Bima Sakti buat selama-lamanya. Alangkah besarnya huru-hara pada hari tersebut!

Namun begitu, kita tidak perlu khuatir, kerana kita ada masa 4 billion tahun lagi sebelum peristiwa itu dijangka berlaku. : )


Gambaran pertembungan Bima Sakti dengan Andromeda

2 comments:

Acik fosilmitra said...

Acik copy paste dari web alfikrah.net

Saya tertarik dengan tajuk yang di berikan. Saya juga telah diberikan link lama web berkenaan dalam web organisasi saya. Oleh kerana saya rasa bertanggungjawab sebagai seorang muslim saya membuat carian pemilik web berkenaan. Saya telah menjumpai pemilik web tersebut seperti berikut :

Register your domain only RM30.00 per year.

Registration Service Provided By: MERCUMAYA.NET
Contact: +603.40242440
Website: mercumaya.net

Domain Name: LAYARBAHTERA.COM

Registrant:
None
Mohd Razali Mohamad Raub (watie88@streamyx.com)
1046, Blok 2, Felda Tunggal
Kota Tinggi
Johor,81900
MY
Tel. +60.0197731046

Creation Date: 30-Sep-2008
Expiration Date: 30-Sep-2009

Domain servers in listed order:
ns10.dnsecure.biz
ns9.dnsecure.biz

Jika anda semua nak kepastian tapikan alamat LAYARBAHTERA.COM dan pasti akan dipaparkan web manatuhanallah.wordpress.com/.
Terima Kasih

Alexanderwathern said...

Jazakallah Acik Fosilmitra. Maklumat yang sungguh berguna. : )

Related Posts with Thumbnails