Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Friday, July 03, 2009

Pulau Dajjal di Jepun?

KIRIMAN:

(Kiriman ini saya pendekkan daripada yang asal supaya tidak mendedahkan identiti teman saya ini, rasanya dia lebih selesa begitu)

Assalamualaikum w.b.t Tuan Alex.

Apa yg akan saya tunjukan mungkin mengejutkan. Saya telah berjaya mendapatkan beberapa foto dari pemilik blog yang mendakwa menemui foto imej Dajjal & lokasinya.


Ceritanya begini, tuan blog tak silap saya pada tahun lalu di sebuah blog yang saya sudah lupa alamatnya, telah mendedahkan rahsia ini.

Sewaktu dia sedang menggunakan aplikasi Google Earth dalam mencari Dajjal berdasarkan hadis nabi berkenaan pertembungan sahabat baginda dengan Dajjal di sebuah pulau di Timur sewaktu terkandas (kisah sahabat bertemu Al-Jassasah). Beliau cuba mencari "gergasi" itu yakni Dajjal di seketir perairan Bermuda Triangle namun tidak berhasil.

Jadi beliau cuba mencari disekitar lautan Pasifik sebelah Asia sini berpandukan hadis nabi itu yang mengatakan Dajjal dipasung di pulau Timur iaitu berhampiran kepulauan Jepun, tepatnya Devil Sea. hasilnya sungguh mengejutkan, dan saya paparkan untuk tatapan Tuan melalui 4 lampiran gambar.


Saya sedang usahakan bantuan teknikal dari sahabat saya yang pakar dalam bidang multimedia untuk menajamkan lagi imej2 yang saya berikan kepada tuan. Sejurus saja berjaya ditajamkan imej, saya akan send kepada tuan.

Pemilik asal memberitahu bahawa jika kita menggunakan Google Earth Pro (versi berbayar) dipercayai proses pencarian & pengimejan akan lebih jelas. Pandai Yahudi ni, benda berbayar yang depa tahu umat Islam liat sikit / sukar nak dapatkan depa bagi harga untuk kita dapatkan. Sedangkan depa senang-senang dapat korek rahsia alam dengan mudah.

Dipercayai pihak US sedng giat menjalankan proses pembebasan Dajjal melalui pendudukan mereka di pulau kecil selatan pulau XXXXXX-XXXX Jepun. Pulau itu ada landasan kapal terbang tentera & penempatan kemudahan tentera, untuk apa?

Jika tuan dapat menajamkan imej2 itu terlebih dahulu, harap tuan dapat majukan kepada saya. Mungkin tuan boleh cuba menggunakan software IrfanView. Saya dah cuba tapi tak berapa arif pasal software tu.

Kesemua imej menunjukkan posisi hadapan wajah Dajjal.

Selamat menyiasat.

PENJELASAN:

Walaikumsalam tuan,

Terima kasih atas pertanyaan, merangkap info baru untuk saya ni. Saya menerima 3 keping gambar tetapi semuanya kabur, berwarna biru dan hitam. Saya tidak dapat pastikan gambar apa.

Baiklah. Mula-mula, kita petik maksud hadis Nabi yang bersangkutan dengan pengalaman seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari, yang dikatakan telah bertemu dengan Dajjal dan al-Jassasah.

Kata Nabi:

“Dia (Tamim ad-Dari) menceritakan kepadaku yang dia menaiki sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dibawa ombak selama sebulan lalu terdampar di sebuah pulau ketika menjelang matahari terbenam.”

Tamim ad-Dari berasal dari selatan Palestin. Sebelum memeluk agama Islam dia berada di sana. Perkara pertama yang mesti dilakukan oleh sesiapa yang hendak mengkaji kedudukan Dajjal berpandukan hadis ini ialah mencari laut yang mungkin Tamim layari.

Berdasarkan kedudukan Palestin, ada kemungkinan Tamim belayar di Laut Mediterranean ataupun Laut Merah. Namun kita ada satu lagi maklumat. Bani ad-Dar bersusur-galurkan kerajaan Lakhm di selatan Iraq, dan yang belayar bersama-samanya juga ada orang-orang Lakhm. Ada kemungkinan juga Tamim berhubungan dengan mereka lalu belayar di Teluk Parsi. Tidak mustahil juga dia belayar di Laut Arab (di selatan Semenanjung Tanah Arab) dan Lautan Hindi.

Perkara kedua yang mesti diambil kira ialah tempoh SEBULAN dialun ombak di lautan. Selama sebulan itu, berapa jauh sebuah kapal layar yang memuatkan 30 orang penumpang boleh pergi dari sekitar Tanah Arab? Benarkah boleh mencapai Bermuda? Benarkah boleh mencapai Jepun?

Perkara ketiga, dari segi laluan. Jika Tamim dibawa ombak di Laut Mediterranean, dia boleh selamat di Selat Gibraltar/ Jabal Tariq. Maka pulau Dajjal itu tentunya berada di Laut Mediterranean, Tamim tidak berjaya tiba di Bermuda. Jika dia dimainkan ombak di Lautan Hindi, dia mungkin tidak sampai ke Jepun kerana pastinya selamat dengan mudah di laluan sempit Selat Melaka.

Secara peribadi, saya mencadangkan teman pengkaji kita itu meneliti terlebih dahulu pulau-pulau di Lautan Hindi. Di sini pun ada pulau-pulau yang mempunyai markas tentera kuasa-kuasa besar. Salah satunya ialah yang hampir-hampir tenggelam ketika tsunami tempoh hari. Kita kena fikirkan juga, apa pula keistimewaan pulau Seychelles dan sekitarnya sehinggakan Raja Abdullah dan lain-lain dibuang negeri ke sana? Kalau tidak silap saya, pada zaman dahulu perjalanan menunaikan haji dengan kapal dari Tanah Melayu ke Mekah memakan masa sebulan. Itu pun kapal wap. Mungkinkah pula itu berada di segitiga Australia-India- Afrika Selatan?

Walau bagaimanapun, Allah boleh saja menempatkan Dajjal itu di mana-mana pulau termasuklah di Jepun. Kita teruskan pengkajian.

Wallahualam.


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

13 comments:

DebtSlave said...

Saya nak kongsi sedikit ustaz mengenai pulau Malta, iaitu sebuah pulau yg berada di tengah2 lautan Mediteranean. kedudukannya di bawah sedikit dari semenanjung Itali. Pulau ini terkenal dengan gereja lama yg besar, dipercayai dibina sebelum perang salib lagi. menjadi markas Knight of Malta iaitu salah satu daripada kesatria tentera salib seperti juga Knight Templar dan Knight of Saint John. Semoga info ini berguna utk kajian ustaz.. salam

Alexanderwathern said...

Wlksm,

Terima kasih atas perkongsiannya DebtSlave. Boleh jadi juga pula itu ada kaitan dengan Dajjal ataupun tabut. Insyaallah saya akan cuba cari-cari maklumat tentangnya.

Jika ada apa-apa maklumat lagi kongsi le.

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Tuan,
kenapa daulah Islam tak pernah wujud di Jepun dan di Amerika?

Alexanderwathern said...

Ya sahabat lama Raudhotuz Zahra, semoga sihat walafiat.

Boleh jadi kerana Islam lambat sampai ke sana. Sewaktu dah sampai pun, Islam sejagat sudah lemah ataupun sudah jatuh, maka tak sempat hendak mendirikan daulah.

Amerika ni negara baru. Jajahan Turki Uthmaniah pula kurang bergerak ke sebelah Barat Afrika/ Eropah.

Zaman Dinasti Ming, Islam menjadi pemerintah tapi tak sempat juga mengajak majoriti penduduk Jepun menganut agama Islam.

Wallahualam.

Anonymous said...

Salam tuan,
Menurut Blogger Kumanddie Perhimpunan Armageddon

Perahu boleh bergerak dari Laut Arab ke Laut Jepun dengan laju tanpa guna enjin mengikut arus laut yang mengalami perubahan setiap 6 bulan sekali. Maklumat tepat boleh ditanya kepada orang yang biasa dengan kerja kapal di lautan.

Mungkin kita kena korek maklumat tentang sahabat Tamim Dari ini, mungkin hobinya suka belayar di lautan dengan rakan-rakan.

Alexanderwathern said...

Wlksm Anonymous,

Boleh jadi juga, tapi berdasarkan teknologi pelayaran pada zaman itu, saya kira tempoh sebulan belum cukup untuk sesebuah kapal belayar dari Laut Arab sehingga ke Jepun.

Kemudian, mereka 'dibawa ombak' selama sebulan. Maksudnya kemungkinan besar mereka tidak singgah di mana-mana. Tidak singgah di mana-mana pula memberi erti mereka tidak belayar di pinggir-pinggir pantai.

Jika benar mereka dari Laut Arab ke Laut Jepun, saya kira mereka boleh singgah di India, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan China.

Mungkin sekali mereka belajar ke sebuah tempat yang jauh dari tanah daratan. WA.

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t
ni link yang citer pasal pulau Dajjal kat Jepun
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=98049

Anonymous said...

menurut kajian sheikh imran hosein,
pulau tersebut adalah united kingdom. uk kan satu kepulauan yang besar?

Alexanderwathern said...

Boleh jadi juga tuan. Cuma saya perlukan lebih bukti-bukti untuk kita mencalonkan UK sebagai lokasinya.

Antara yang jadi persoalan kepada kita, cukupkah tempoh sebulan untuk sebuah kapal zaman itu sampai ke UK?

Mengapa sepanjang 30 hari itu mereka tidak singgah di mana-mana? Padahal mereka mesti melalui Selat Gibraltar yang sempit.

Apa-apa pun, mari kita teruskan kajian.

17 September 2010.

Anonymous said...

Ustaz berjaya menjawab dengan berhikmah, merendah diri dan penuh pertimbangan serta tanpa memihak. Syabas ustaz teruskan usaha-usaha anda.. saya sentiasa menyokong tuan.

achmad abdollah
notoracist@gmail.com

Anonymous said...

Maaf Ustaz, saya ingin memberi pendapat.

1. Dari hadith tu kita tak tau Tamim ad-Dari tu mula dibawa ombak dari mana? Maksud dibawa ombak ialah kapal tidak dapat dikawal kerana dibwa arus kan?

2. Adakah kemungkinan Tamin ad-Dari sudah belayar jauh berbulan-bulan dari tempat asalnya dan kemudian barulah dia dibawa ombak tanpa berlabuh selama sebulan. So, masuk akal juga jika dia boleh sampai ke Jepun kerana berlayar ke China.

Apa pendapat Ustaz?

Azam said...

Salam..this article were post since 2009 n maybe a bit too late for me to comment..tapi sy tertarik dgn tulisan anda...cuma sy ingin memberi sedikit info bahawa untuk mengelilingi dunia ia tidak mengambil masa yg lama...cukup dgn bot layar (bukan kapal layar) bersaiz tidak lebih 30 kaki ia cuma mengambil masa selama 72 hari saja utk melengkapkan pusingan dunia.
Pelayaran dlm tempoh 72 hari ini termasuk dgn jumlah hari berhenti disesuatu tempat dgn kelajuan angin paling kurg selaju 30 knots. Kebiasaanya kelajuan malar di laut besar melebihi 30 knots.
Jadi tidak mustahil dlm keadaan ombak yg membadai...ia akan mempercepatkan kelajuan sesebuah kapal layar.
Jadi, tidak mustahil badai selama 30 hari itu membawa kapal itu ke sesebuah tempat yg jauh...sekian wassalam.

Unknown said...

Saya kuat bukti dan hujah mengatakan pulau dajjal adalah britain yg sekarang...

Related Posts with Thumbnails