C4U:
Subahanallah, Alhamdulillah, Walailahaillallah, ALLAH hu Akbar
Fuh, tuan menyebabkan seluruh otak kanan saya 'terpaksa' bertugas over-time lepas ni lantaran input baru yang mencurah-curah macam salji dari tuan. Ikutkan hati mau saja saya berhenti keje & sepenuh masa bergelumang dengan kajian, tapi alamat tak bernikah la saya...Hehe
ALEX:
Saya juga pernah dan masih berfikir seperti tuan C4U. Mahu saja rasanya “keluar seumur hidup pada jalan Allah” dengan mengkaji, berdakwah dan beribadah semahu-mahunya. Tapi siapa pula nak tanggung keluarga? : ) Lainlah kalau ada pihak yang boleh membiayai segala kajian dan kos sara hidup. : )
C4U:
Betul juga kata tuan tentang teori Keturunan Bani Israel tu. Setelah saya baca link yang diberi saya lebih jelas. Heran jugak macamne buleh timbul cerita kabilah ke-13 ni?
Saya yakin, insyaAllah kita semua umat Islam yang cenderung mengkaji akan dapat cantumkan balik puzzle-puzzle yang berterabur dek 'reshuffle' fakta sejarah yang banyak & kerap berlaku. Lihat saja pertembungan dapatan kajian kita ni pun hati kecil saya dah menduga sesuatu; "Ada satu puzzle yang hilang yang akan melengkapkan semua ni."
Saya tak pernah terlibat di forum yang tuan sebutkan, tapi pernah secara serius berada di U.C (saya kenal tuan sebab tuan juga ahli forum tersebut). Nama pena saya L-A (singkatan je ni, yang penuh tuan boleh teka, tapi kalau dah tau juz roger saya melalui PM je, hehe..)
ALEX:
U.C? Uhwah ke? Kalau yang itu, saya cuba nak login tapi tak boleh dah sekarang. Nampak macam bermasalah je forum tu.
C4U:
Tuan Alex & Tuan mnby, izinkan saya memetik satu tulisan dari Tuan mnby, saya tetibe rasa teringat sesuatu:
Quote: |
ZULKARNAIN.
|
Quote
Sewaktu sesi cambah minda bersama penulis Muhammad Alexander Wisnu Sasongko, beliau ada sentuh sikit pasal hal ni. Biarlah saya kreditkan dulu info ni kepada beliau selaku pemberi maklumat.
Melalui petikan tuan mnby, Alexander dianggap Zulqarnain berdasarkan perguruannya dengan Aristoteles yng menyebar falsafahnya kepada umat Islam. Saya ada sedikit penambahan berdasarkan penjelasan saudara penulis Muhammad Alexander.
ALEX:
Maklumat itu mungkin boleh kita timbang semula dengan maklumat-maklumat di bawah yang saya petik dari buku “Lelaki Misteri dalam Al-Quran” oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf:
Kata an-Nadwi, “…pendapat (yang mengatakan Alexander Macedonia sebagai Zulqarnain) adalah tidak logik kerana Alexander Macedonia tidak mempunyai sifat yang ada pada Zulqarnain sebagaimana yang dinyatakan oleh Al Quranul Karim.”
Kata Ibnu Qayyim, “Dia (Alex) ialah anak Phillips, bukannya Iskandar Zulqarnain yang dikisahkan oleh al-Quran. Bahkan perbezaan masa antara kedua-duanya adalah sangat lama. Agama mereka berdua juga memberikan satu jurang yang amat luas……. Manakala al-Macedonia ini ialah musyrik dan penyembah berhala.”
Kata Ibnu Taimiyyah, “Sesungguhnya Zulqarnain berada dalam satu zaman yang terlalu jauh darinya (Aristotle) dan beliau membina benteng Yakjud dan Makjud. Orang Macedonia (Alex) ini pergi ke negara Parsi dan tidak sampai ke China.”
Wallahualam.
C4U:
Beliau mnyatakan bahawa asbab pembuktian Alexander adalah Zulqarnain Qurani ialah penurunan ilmu berdasarkan Perguruan baginda. Mungkin kita sedia maklum bahawa guru Alexander adalah Aristoteles. Manakala guru Aristoteles ialah Socrates, seorang filsafat Greek kuno yang memecah tradisi kehidupan agama polytheism berDewa-Dewi masyarakat Greek kepada monotheism iaitu Tuhan Yang Satu/Esa.
ALEX:
Sanad perguruannya begini.
Alexander Macedonia mengambil daripada Aristotle (Aristun Syah) yang mengambil daripada Plato (Aflatun), yang mengambil daripada Socrates.
Alexander – Aristotle – Plato – Socrates
Socrates dipercayai meninggal dunia sekitar 399 SM manakala Aristotle baru lahir sekitar 384 SM. Maksudnya Socrates dan Aristotle tidak pernah bertemu. Guru sebenar Aristotle ialah Plato.
C4U:
Kerana pegangan beliau yang dianggap aneh di zaman itu, beliau telah dihukum minum racun oleh pemimpin agama Greek. Ini diakui oleh semua sarjana Barat. Jika diamat-amati, adakah mustahil bahawa Socrates mengikut syariat Nabi Ibrahim yang membawa agama Hanif/Tauhid a.k.a Islam?
ALEX:
Bawaan Socrates, Plato dan Aristotle ditolak oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi. Besar sekali kemungkinannya Alexander Macedonia juga dikafirkannya kerana Alex murid Aristotle, Aristotle murid Plato dan Plato murid Socrates.
Tulis al-Ghazali;
“…….maka sewajarnya mereka (Socrates, Plato dan Aristotle) itu DIANGGAP KAFIR dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dari kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi.”
Ringkasnya, apa yang datang dari Yunani itu TIDAK SELARAS DENGAN ISLAM iaitu agama tauhid, apatah lagi jika mahu dikaitkan dengan ajaran Nabi Ibrahim.
Hal ini juga membawa kita balik kepada TEMA perbincangan ini, iaitu siapakah Zulqarnain? Pastinya bukan Alexander Macedonia kerana GURUNYA SENDIRI sudah dikufurkan oleh al-Ghazali, apatah lagi muridnya yang sibuk dengan peperangan, yang tidak punya masa ‘study’ sebanyak gurunya.
Wallahualam.
C4U:
Jadi, jika mengikut disiplin perguruan, sudah pasti ajaran Socrates yang mengEsakan Tuhan turut menurun kepada Aristoteles, dan seterusnya kepada baginda Alexander @ Zulqarnain Qurani?
ALEX:
Dalam Quran, Zulqarnain “dimudahkan segala perkara/ diberi jalan kepada segala sesuatu””. Ketika itu dia membawa ajaran tauhid bersama-sama perluasan empayarnya. Timbul satu masalah jika Alexander Macedonia ditabalkan sebagai Zulqarnain, iaitu majoriti penduduk Yunani termasuklah di kawasan Socrates, Plato dan Aristotle ialah penyembah berhala, baik sebelum zaman Alexander Macedonia mahupun selepas zamannya. Socrates sendiri dihukum minum racun kerana kepercayaannya banyak bertentangan dengan kepercayaan pemerintah, manakala Plato dan Aristotle hanya menjadi kelompok minoriti lagi terasing.
Alexander Macedonia meninggal pada 323 SM manakala Aristotle setahun kemudian iaitu pada 322 SM. Sebaik-baik sahaja Alexander Macedonia meninggal dunida, Aristotle mula menjauhkan diri dari masyarakat kerana dia sudah kehilangan pelindungnya. Ini menunjukkan masyarakat zaman itu majoriti tidak beragama tauhid.
Jadi, di mana kebenarannya Alexander Macedonia itu “dimudahkan segala perkara”? Jika benar dia Zulqarnain, sudah pasti penduduk Yunanilah yang paling awal menerima ajaran tauhid. Tentulah tidak ada kesulitan untuk Alexander Macedonia mengIslamkan mereka. Malangnya ia tidak berlaku. Majoriti mereka penyembah berhala.
Ringkasnya, ada perbezaan antara Zulqarnain dengan Alexander Macedonia. Zulqarnain “dimudahkan segala perkara” termasuklah dalam usahanya mengIslamkan manusia. Sedangkan Alexander (jika benar dia Zulqarnain), awal-awal lagi sudah gagal mengIslamkan orang di tanah tumpah darahnya sendiri.
Wallahualam.
C4U:
Lebih menghairankan, jika diambil secara mudah, kenapa sarjana Barat menggelarkan Alexander sebagai "THE GREAT" sedangkan di waktu sama pena-pena mereka menulis kata nista terhadap keperibadian baginda sebagai homoseks, kejam, & angkuh? Bukankah itu menentang kembali gelaran "THE GREAT" @ "YANG AGUNG" yang mereka sendiri berikan?
ALEX:
Pada pandangan saya, umumnya sesiapa saja pada zaman silam yang punya empayar besar biasa digelar “The Great” ataupun “Yang Agung”, tidak kira bagaimana moral, tanah asal dan agamanya. Di link ini http://en.wikipedia.org/wiki/The_great kita boleh lihat berapa banyak tokoh silam yang digelar “The Great”.
Satu lagi, berlaku perebutan antara Barat dengan Timur untuk mendapatkan “Zulqarnain”. Barat yang diwakili kerajaan Yunani mendakwa Alexander Macedonia sebagai Zulqarnain manakala Timur yang diwakili kerajaan Parsi juga mahukan tokoh mereka sebagai Zulqarnain iaitu Maharaja Cyrus/ Korsh the Great. Padahal Zulqarnain bukan berasal dari Rom ataupun Parsi. Sebaliknya dia orang luar yang MENGUASAI ROM DAN PARSI. Sebab itu namanya ZULQARNAIN, yang sebahagian pihak menterjemahkannya sebagai “yang memiliki dua tanduk” iaitu “menguasai Rom dan Parsi” ataupun “menguasai Barat dan Timur”. Sejak zaman-berzaman, antara Rom dan Parsi saling bertukar pemerintahan.
Jika dia berasal dari Rom, dia hanya akan dinamakan “Penakluk Parsi”. Jika dia berasal dari Parsi, dia hanya akan dinamakan “Penakluk Rom”. Tapi sebagaimana yang kita faham, dia digelar “Penakluk Rom dan Parsi”. Maksudnya dia bukan Alexander Macedonia mahupun Korsh Parsi. Dia tidak berasal dari salah satu wilayah tersebut. Begitulah kajian saya.
Ringkasnya, perebutan ini membuatkan mereka saling membesar-besarkan kekuasaan Alex Macedonia dan Cyrus. Maka gelaran “The Great” pada saya kurang sesuai dijadikan sandaran. Wallahualam.
C4U:
Ini sebahagian kecil dari penjelasan penulis Muhammad Alexander yang masih saya ingat. Lepas ni saya akan tunjukkan suatu kajian terkini beliau mengenai LAUT BERLUMPUR HITAM YANG SEBENAR.
p/s: Kajian penulis yang saya bentangkan disini sebenarnya masih belum diterbitkan. Beliau mengamanahkan kajian ini kepada semua yang hadir sesi itu untuk difahami & dikhabarkan kepada umat. Penjelasan yang lebih konkrit akan beliau bentangkan dalam buku akan datang bertajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN QURANI"
ALEX:
Akhirnya, saya sangat berterima kasih atas pendedahan tentang “mata air berlumpur hitam”. Memang begitu menarik perhatian saya, dan mungkin ada benarnya penemuan itu. Insyaallah penjelasan saya akan menyusul. Begitu juga penjelasan tentang “jalan” Zulqarnain yang dikaitkan dengan garis 30 darjah Utara.
Sekian buat masa ini. : )
3 comments:
assalamualaikum..saya ada 1 p'soalan stlh membc soal jawap ustz d atas. ustaz ada menyatakan "Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi." b'dsrkan kenyataan t'sbt, adkh ini b'makna sarjana islam yg t'kenal dlm dunia islam sprt Ibnu Sina dn al-Farabi adlh dr golongn org2 bkn islam krn mereka mengikut Socrates, Plato dan Aristotle. atau mereka hanya mengikut dr segi pndangan ilmu tetapi tetap seorg Islam. boleh ustaz p'jelaskn pd saya...
Wlksm. Jawapannya saya letak di posting terbaru ya : )
Jika dia berasal dari Rom, dia hanya akan dinamakan “Penakluk Parsi”. Jika dia berasal dari Parsi, dia hanya akan dinamakan “Penakluk Rom”. Tapi sebagaimana yang kita faham, dia digelar “Penakluk Rom dan Parsi”. Maksudnya dia bukan Alexander Macedonia mahupun Korsh Parsi. Dia tidak berasal dari salah satu wilayah tersebut.
Saya ada beri komen bahawa kebarangkalian Zulqarnian menggunakan laut untuk ke timur dan barat. Dengan kapal laut tentunya mudah untuk ke barat mahupun timur. Berkenaan dengan tembok yang dibina, tembok itu masih belum ditemui.
Post a Comment