Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, July 16, 2009

Soal Jawab - Percaya kepada Kitab Bible

SOALAN:

‘Konfusion’ melanda diri....
1. Macam mana yang dimaksudkan dengan ingkar kepada kitab2nya??
2. Kita kena percaya kat Bible bulat2 ke??
3. Macam mana nak percaya kat Bible sedangkan ia terang2 melanggar asas tauhid..
Macam mana nak percaya sebab cerita2nya jelas bercanggah dengan Quran..(cth; cerita Nabi Isa disalib, dlm Quran dia diangkat ke langit... )

Apa yang dimaksudkan kepada “percaya kepada kitab-kitab”?



PANDANGAN:
1. Maksudnya tak percaya yang kitab-kitab suci itu memang diturunkan kepada manusia. Juga tidak mempercayai walau 1 perkara daripada isi kandungan kitab-kitab itu.

2. Tak boleh percaya Bible bulat-bulat. Apa yang benar kita ambil, yang salah kita tolak dan yang belum diketahui keputusannya kita biarkan. Begitulah cara kita berinteraksi dengan riwayat-riwayat Israiliyat. Kita diperintah percaya KITAB SUCI, sedangkan Bible bukan kitab suci. Salah satu ciri kitab suci ialah isi kandungannya BENAR 100%. Jika ada walau satu perkara yang didapati tidak benar, ia bukan kitab suci lagi. Dalam Bible hari ini, bersepah perkara yang tidak benar.

Yang ada dalam Bible hari ini hanyalah sisa-sisa Taurat dan Injil, bukannya Kitab Suci Taurat dan Kitab Suci Injil.

3. Sebab itu tidak boleh percaya bulat-bulat.

Wallahualam.


Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

Ps: Jika ada walau satu ketidakbenaran, maka sesebuah kitab itu sudah hilang title KITAB SUCI.

No comments:

Related Posts with Thumbnails