Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Saturday, July 18, 2009

Perkongsian Ilmiah Tentang Yakjuj Makjuj & Zulqarnain 5

C4U:

LAUT BERLUMPUR HITAM YANG MANA?

Saya mulakan dengan mengambil fakta yang biasa diketahui oleh sarjana Islam & barat mengenai suatu tempat yang disebut dalam surah al-kahfi ayat 86:

Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.

"Mata air yang hitam berlumpur", sering ditafsir sebagai Laut Hitam @ Black Sea yang bersempadan Laut Mediteranean. Saya kurang periksa samada dakwaan ini bersandarkan kajian saintifik atau sangkaan umum lantaran nama tasik itu sebagai Laut Hitam. Mohon tuan Alex @ tuan mnby @ ahli TKO dapat memberi pencerahan.


Tafsiran "Mata air yang hitam berlumpur" yang saya dapati dari penulis Muhammad Alexander adalah sebuah bekas tasik besar di Mesir yang dikenali sebagai QATTARA DEPRESSION atau Mendapan Qattara.

Penjelasan saya tidak selengkap apa yang disampaikan oleh penulis terbabit lantaran saya sewaktu sesi cambah minda itu yang secara tak sengaja saya hadiri, saya hanya berbekalkan daya ingatan untuk menyampaikan disini.


ALEX:

Sememangnya ada beberapa tempat yang dikaitkan dengan “mata air yang hitam berlumpur”. Ada yang mengatakan di Lautan Manghribi (Morocco), ada yang mengatakan di Laut Hitam (Black Sea), ada pula mengatakan di Laut Ega di pesisir Mediterranean dan lain-lain. Inilah kali pertama saya mendapat tahu tentang Qattara Depression. Info ini sangat berguna. Hati saya cenderung untuk mengakuinya sebagai “mata air yang hitam berlumpur”. Namun seperti biasa, kita akan sama-sama membuat penilaian dan pertimbangan.

Oleh kerana tuan C4U mengaitkan mata air ini dengan “jalan” Zulqarnain, maka tulisan saya juga secara langsung ataupun tidak, akan menyentuh “jalan” yang dimaksudkan.




C4U:

Dibawah adalah imej satelit yang saya ambil dari Google Earth petang tadi:


http://i286.photobucket.com/albums/ll93/Laskar_Allah/qatara4.jpg

Lihat kedudukannya yang berhampiran Kota Iskandariah @ Alexandria. Jika diteliti ayat surah al-kahfi 84-86:

[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85] Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

[86] Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.


Ayat 84 menyatakan permulaan "adventure" @ pengembaraan Zulqarnain yang datang dari Kerajaannya di Kota Iskandariah @ Alexandria. Baginda memulakan pengembaraannya dari suatu tempat "daerah matahari terbenam" yang baginda nampak disitu "sebuah mata air yang hitam berlumpur".

Secara logik geografinya, "mata air yang hitam berlumpur" mana paling hampir dengan Zulqarnain? Sudah pasti sebuah mata air di zaman itu yang terhampir adalah apa yang kita kenal kini sebagai Qattara Depression.

ALEX:

Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah “jalan”.

Antara “jalan” dengan “mata air”, yang mana satu diperolehi oleh baginda Zulqarnain terlebih dahulu?

Ayat ke 84 dan 85 menceritakan tentang “jalan” yang diperolehi oleh Zulqarnain dan “jalan” yang dilaluinya. Kemudian pada ayat ke 86, baru dikisahkan pertemuan Zulqarnain dengan mata air. Maksudnya, Zulqarnain sudah pun memperolehi “jalan” sebelum terjumpa mata air. Dari sini, saya fikir andaian mengatakan mata air itu sebagai “jalan” ataupun permulaan “jalan” perlulah kita nilai semula, memandangkan “jalan” itu sudah diperolehi Zulqarnain sebelum dia sampai ke mata air lagi.

Wallahualam.


Perkara kedua yang hendak disentuh ialah “permulaan pengembaraan” Zulqarnain. Jika kita bersetuju bahawa Zulqarnain ialah Alexander Macedonia, maka permulaan pengembaraanya ialah di Macedonia di Eropah Timur, bukannya di Iskandariah (Alexandria), Mesir. Alexandria Mesir dibuka dan dimajukan oleh Alexander Macedonia setelah dia tiba ke sana dari Eropah. Sebab itu ia dinamakan sempena namanya. Kita boleh merujuk peta laluan Alexander Macedonia di http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/40/MacedonEmpire.jpg . Dari Macedonia, Alexander Macedonia sudah bermusafir ribuan kilometer lalu baru tiba di Alexandria Mesir.

Arah pengembaraan Alex Macedonia begini:


Bermula di Barat (Macedonia), kemudian ke Timur (Issus), kemudian jauh ke Selatan (Memphis, Mesir), kemudian barulah ke Barat (Mendapan Qattara). Selaraskah permulaan pengembaraan Alex Macedonia ini dengan permulaan pengembaraan Zulqarnain?


Kesimpulan kecilnya di sini, pengembaraan Alexander Macedonia bermula di Macedonia di Eropah, bukannya bermula di Iskandariah Mesir ataupun di mata air Qattara Depression kerana dia sudah memperolehi “jalan” sebelum itu lagi, dan Macedonia ialah bumi kelahirannya. Begitulah pandangan saya berpandukan ayat al-Quran surah Kahfi.


Maklumat tambahan- Alexander Macedonia sebenarnya memajukan lebih kurang 12 buah bandar dengan nama Alexandria/ Iskandariah. Iskandariah di Mesir hanyalah salah satu daripadanya.


Perlu juga kita ingat, al-Quran tidak mengaitkan nama Zulqarnain dengan Iskandar atau Alexander. Iskandar/ Alex ialah nama ataupun gelaran kepada beberapa orang pemerintah di sekitar Greek. Alexander Macedonia sendiri ialah Iskandar/ Alexander ke-3. Sebelum dan selepasnya ada lagi beberapa orang Iskandar/ Alexander.



C4U:

ni adalah pembuktian bahawa Qattara Depression adalah tadahan air berlumpur suatu ketika dulu. Petikan dari wikipedia:

The Qattara Depression (Arabic: منخفض القطارة‎ 'Munkhafad al-Qattarah') is a desert basin within the Libyan Desert of north-western Egypt. The Depression, at 133 m below sea level, contains the second lowest point in Africa (The lowest being Lake Assal in Djibouti). The Depression covers about 18,000 km² (7,000 square miles), a size comparable to Lake Ladoga, and at its maximum is 80 km in length and 120 km in width. The bottom of the depression consists of a salt pan.

Within the Depression there are saline marshes under the northwestern and northern escarpment edges, and extensive playas (dry lake beds) that flood occasionally. The major oasis in the depression, Moghra oasis, is uninhabited and has a 4 km² brackish lake, including a Phragmites swamp. Salt marshes also occur and occupy approximately 300 km², although wind blown sands are encroaching in some areas. About one-quarter (26 percent) of the 19,500 km² area is occupied by playas composed of hard crust and sticky mud, and occasionally filled with water.

http://i286.photobucket.com/albums/ll93/Laskar_Allah/qatara.jpg

Diatas adalah imej salah satu tempat di Qattara Depression. Lihat lapisan tanah berwarna hitam yang mendominasi tinggalan tanah.

Lagi bukti imej Qattara Depression adalah "mata air berlumpur Hitam":

http://i286.photobucket.com/albums/ll93/Laskar_Allah/qatara6.jpg

Mungkin disini Zulqarnain berdiri?:

http://i286.photobucket.com/albums/ll93/Laskar_Allah/qatara7.jpg

Orang Arab hanya akan menyedari hal "mata air yang berlumpur Hitam" ni bila ia dah kembali jadi Tasik. Tanpa mereka sedari (mungkin), mereka sedang "menimbulkan" kembali sejarah Zulqarnain:

http://www.unu.edu/unupress/unupbooks/80858e/80858E0a.htm

Ingat lagi pada "Jalan" yang Allah berikan kepada Alexander @ Zulqarnain? "Jalan" itu adalah bermula di Qattara Depression. Macam mana, lihat ini:

http://i286.photobucket.com/albums/ll93/Laskar_Allah/qatara3.jpg

Cuba besarkan mata anda semua & lihat di sudut bawah kiri imej, tertulis Latitude dan Longitude. Baca sket apa nombor tulis?

Tiga Puluh [30' Utara]

Secara kasar drama Malayu begini:
"Zul, hang kalau nak menjelajah dunia hang pi mula berjalan di Qattara Depression, dari situ hang straightttt ja sampai la hang ke Timur"

Secara lembut ahli geologi:
"Mr Alex, untuk memudahkan misi tuan ke Timur, kami cadangkan tuan supaya mengambil jalan yang bersamaan 30' Utara dimana tuan akan bertemu pelbagai tamadun besar seperti India & China"

Secara hikmah Tuhan:
[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85] Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).


Nampak? Siapa tak nampak tandanya pendek umur, nak ......... Hehe, gurau P.Ramlee jer

Okeh, hamba nak bagi homework sket kat semua. Sila buka peta dunia bergrid anda & plotkan perjalanan Alexander Zulqarnain bermula di Qattara Depression 30' Utara hingga ke Negeri China, dapat tak?

Kalau dapat, pegi link ni pulak & baca sampai habis 1 page:
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2119&postdays=0&postorder=asc&start=60

Sekian, Selamat Malam!

Hehehe...


ALEX:

Sekarang kita pergi kepada Teori 30 darjah Utara.

Untuk itu kita sama-sama teliti peta laluan Alexander Macedonia yang saya beri link di atas tadi.

Katakalah benar teori ini, iaitu “jalan” yang diberi kepada Alexander III ini berkaitan dengan garis 30 darjah Utara. Kita lihat- dari Qattara Depression yang 30 darjah Utara ternyata Alexander III bergerak ke utara (bukan ke Timur), malahan jauh hingga ke Nisibis (37 darjah Utara). Pada pandangan saya, hal ini menunjukkan seolah-olah dia tidak tahu pun tentang “jalan” 30 darjah Utara itu.


Kita teruskan lagi. Dari 37 darjah Utara Alex Macedonia turun ke Babylon (32 darjah Utara) dan seterusnya ke Persepolis di Iran/ Parsi (30 darjah Utara). Nampaknya dia sudah kembali ke landasannya (iaitu 30 darjah Utara).

Tapi kemudiannya berlaku tindakan yang mengejutkan! Alex Macedonia tersasar jauh daripada 30 darjah Utara iaitu “jalan”nya itu dengan pergi jauh ke Utara, mundar-mandir sekejap ke Barat sekejap ke Timur hingga mencecah Xinjiang (Turkistan Timur) yang berada pada 45 darjah Utara. Ketika tiba di Bactra di Utara, Alex semakin tercari-cari “jalan”.


Sekejap dia ke hilir Oxus, kemudian berpatah balik. Sekejap dia ke Eshcate, patah balik. Selepas itu dia ke hulu Oxus, patah balik juga. Nampaknya dia tercari-cari “jalan”. Jadi pada perkiraan saya, “jalan” yang dikaitkan dengan 30 darjah Utara itu pun kita kena sama-sama nilai semula.


Bercakap tentang tamadun di 30 darjah Utara, sebenarnya Iskandar III dari Macedonia ini tidak pernah sampai pun ke China dan India (hanya tiba di utaranya saja). Kita lihat peta empayar Alexander III ini di http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6a/Alexander-Empire_323bc.jpg . Masih sangat jauh untuk Alex Macedonia mencapai China. Saya juga belum jumpa catatan sejarah Barat yang menceritakan pembinan tembok besi bersalut tembaga oleh Alex Macedonia. Wallahualam.


Al-Quran juga menceritakan kronologi pengembaran Zulqarnain iaitu ke Barat, kemudian ke tempat matahari terbit dan BARULAH MEMBINA TEMBOK. Berdasarkan peta http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/40/MacedonEmpire.jpg , tempat paling Timur yang pernah dijejak oleh Alex ialah Hyphasis di utara India. Selepas itu dia terus turun ke selatan. Jika benar dia membina tembok selepas ke tempat matahari terbit/ paling Timur, maksudnya tembok itu dibina di utara India. Sefaham kita, hampir-hampir tidak ada orang yang mendakwa tembok Zulqarnain berada di utara India.


Jika yang dimaksudkan daerah matahari terbit itu ialah lokasi paling hampir dengan negara-negara matahari terbit seperti Jepun dan Korea, maka tempat paling hampir pernah Alex Macedonia tiba ialah di Eschate. Kemudian Alex Macedonia turun ke selatan dan tentunya akan membina tembok selepas itu. Lokasi yang mungkin didirikan tembok ialah di hulu Oxus. Namun hulu Oxus masih di Barat Tibet, jauh dari China.


Mengikut perkiraan saya, tembok itu di Kaukasus di sekitar negara Georgia sekarang. Alexander Macedonia tidak pernah sampai ke sana. Tuan C4U pula menjangkakan tembok itu dalam sungai ataupun tasik di negara China, itu pun tidak pernah dicapai oleh Alexander Macedonia. Nampaknya, peluang Alexander Macedonia untuk merangkul gelaran “Zulqarnain” agak menurun sedikit lagi.


Fuh, ada banyak perkara yang kita kena nilai semula! Wallahualam.



C4U:

Salam Sejahtera dengan Rahmat Allah keatas kamu Semua yang menonton kuliah ini.

Tuan Alex, syukran diatas penerangan sepintas lalu mengenai isu pengKafiran guru-guru Alexander & Ibnu Sina serta Al-Farabi...Jujur bicara, jauh disudut hati saya menangisi...Walaupun kebenaran itu pahit, saya tetap mendoakan keampunan bagi Ibnu Sina & Al-Farabi jika benar tuduhan yang disabitkan...Sesungguhnya keampunan itu haq Mutlaq Al-Khaliq...

Perghhh...buat masa ni, hamba serender Tuan! Diteliti balik pandangan tuan mengenai penjelajahan Alexander Macedonia yang dikaitkan dengan teori 30' Utara, hampir kepada sohih, senang citer saya pun terpaksa 'undi rosak' Alexander Macedonia sebagai calon Manik Urai, eh, calon Zulqarnaian Qurani.

Tapi pandangan separuh jalan penulis Muhammad Alexander tu pulak buat saya tak puas hati dengan beliau, nak je saya terbang ke Malang City Indonesia ketuk pintu bilik pejabat dia! Hehe...

Tapi kan tuan, saya masih optimnis teori jalan 30' Utara tu, cuma mungkin 'orang lain' yakni Zulqarnain sebenar mungkin mengikut jalan itu...Ntahla....

Hishhh...Mata Air Belumpur Hitam masih tak mahu 'bercerita' kepada kita...

alexanderwathern wrote:


Fuh, ada banyak perkara yang kita kena nilai semula! Wallahualam.


Memang banyak Tuan! Sungguh Allah Maha Meliputi Langit & Bumi Ilmunya...

Takpe, selagi mana Allah izin kita gali, kita cuba...



ALEX:

Naam Tuan C4U, tidak mustahil Zulqarnain sebenar menggunakan laluan 30 darjah Utara. Tak mengapa, satu hari nanti kajian kita akan sampai ke situ juga insyaallah.

Teruskan pengkajian dan perkongsian!


ps : Saya terfikir.... kajian kita sudah sampai ke situ, kajian tangan-tangan yahudi pula entah-entah sudah dua tiga langkah di depan kita.

11 comments:

Anonymous said...

Ada buku bagus bertajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" diterbitkan PTS ISlamika, Kuala Lumpur. Penulisnya dari Indonesia nama Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, buku ini berjaya membuktikan dgn ilmiah bahwa Alexander the Great (356-323 SM) adalah Zulqarnain yang disebut dalam Qur'an. Penulis mengunakan metode content analysis thd semua tafsir Qur'an dan 4 kitab kuno Yunani tentang sejarah Alexander (Plutarc, Arrian, Quintus, Diodurus yang ditulis pada abad 1 SM - 2M) dan juga tulisan Flavius Josephus (abad 1 M). Buku itu menyebutkan Perjalanan Zulqarnain ke arah barat (arah matahari terbenam / maghrib asy-syams) adalah ke Mesir. di Mesir ini Alexander membina kota Iskandaria, kemudian menuju ke barat dan melihat matahari seakan-akan terbenam dalam mata air berlumpur hitam ('ainin hamiah) yang sekarang disebut Qattara depression di MEsir, dan tepat di sebelah mata air hitam qattara itu Alexander bertemu dengan kaum pagan Amon di siwa oasis: ini sesuai dengan ayat Qur'an surat Al Kahfi 86 :
Sehingga apabila ia [Alexander Zulqarnain] sampai ke daerah matahari terbenam [Mesir/Egypt], ia mendapatinya [matahari itu seakan-akan] terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur Ainin Hamiah [Qattara depresion], dan ia dapati di sisinya [di sisi Qattara] satu kaum [kaum Ammon di Siwah Oasis]. Kami berfirman: ”Wahai Zulkarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.”
kemudian Alexander menuju ke arah mathari terbit yaitu ke Kawasan Kandahar (kota yang juga dibina Alexander di Afganistan) dahulu kawasan ini disebut "Khurasan" (arti dalam bahasa Persia "Negeri tempat matahari terbit) ini juga sesuai dengan ayat qur'an selanjutnya.
kemudian Alexander membina tembok besi si kawasan Fergana asia tengah. di utara asia tengah itu Alexander berjaya mengalahkan dua bangsa barbar Scythian Asiatik (Yakjuj) dan Scythian Eropa (Makjuj).
Buku ini juga berjaya membuktikan bahwa Alexander adalah orang beriman monoteisme, bukan pagan yunani. buktinya silsilah guru-guru Alexander adalah orang beriman, yaitu: Socrates (470-399SM) > Plato (427-346SM)>Aristotles (384–322SM) > Alexander the Great / Zulqarnain Qur’anik (356-323SM), f\ilsuf Athen socrates inilah yg di AlQur'an disebut Luqman Al Hakim (Luqman yang bijasana), Luqman dlm bhs arab berarti "menelan" yaitu Socrates yang dihukum mati dengan cara menelan racun, ini krn waktu itu Socrates menyebarkan paham bahwa Tuhan itu Satu di negeri pagan Yunani. sila tengok buku ini: http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/

Alexanderwathern said...

Sebelum buku itu terbit, sudah ada seseorang membahaskan sebahagian daripada isi kandungannya, terutamanya tentang LALUAN Zulqarnain. Dalam perkongsian kami itu, ternyata Alexander the Great bukan Zulqarnain. Ada banyak bahagian pada Alexander dan pengembarannya tidak sama dengan Zulqarnain dan pengembaraannya.

Pada mulanya teman saya itu cenderung dengan pandangan penulsinya, tetapi akhirnya dia sendiri menyedari kajian penulis itu gagal menunjukkan persamaan antara Alexander dengan Zulqarnain.

Wallahualam.

ps: Socrates, Plato dan Aristotle membawa akidah kufur... sila lihat kitab Al-Munqiz min Adh-Dhalal karya Imam al-Ghazali. WA.

Alexanderwathern said...

Alexander berasal dari Macedonia. Pengembaraan awalnya ialah ke Barat, tentunya ke Eropah jika benar ke Barat.

Tapi Alexander memulakan pengembaraannya dengan menuju ke Selatan, dari Macedonia ke Palestin, ke Kanaan... kemudian baru ke Barat (Mesir).

Di sini ada perbezaan antara kembara Alexander dengan kembara Zulqarnain.

Alexanderwathern said...

"Mengembara ke Barat dan kemudian ke Timur."

"Menguasai Barat dan Timur."

Kita fahamkan betul-betul pernyataan di atas. Ia memaksudkan, orang itu bukan berasal dari Barat ataupun Timur, tetapi dia berasal dari tengah-tengahnya, antara Barat dan Timur.

Padahal Alexander berasal dari Barat (Eropah), dan Korsh berasal dari Timur (Parsi). Maka mereka berdua tidak sesuai sebagai Zulqarnain Qurani. Wallahualam.

Anonymous said...

Sebelum berkongsi, lebih baik Tuan Alexw baca buku itu agar lebih jelas arah diskusi :). Tuan tersilap jk mengatakan bhw zulqarnain berasal dr tengah2 timur & barat. Harap diketahui bhw munculnya jawaban Allah dlm kisah zulqarnain tu krn pertanyaan pendeta yahudi lewat orang kafir mekkah (nadhr bn harith) bgi menguji kenabian baginda Muhammad saw. Soalan itu "lelaki yang berkelana hnga ke bahagian bumi timur (masyriq) dan barat (maghrib)& apa yg terjadi padanya?" - jd timur dan barat hanya sebahagian episode sahja. ini smacam ada orng bertnya mengenai shalat Tuan Alexw kpd si polan, "tanyakan kpd si polan bgmn sholat Tuan Alexw sewaktu matahari belum terbit & sblum mthri terbenam" maka jawabnya hanya "Tuan Alexw sholat subuh 2 rakaat sblm mthr terbit, dan shalat ashar 4 rakt sblm mthr terbenam, selepas itu beliau berzikir pagi petang 100X" itu sahja jwbannya. ini tidak bermakna Tuan Alexw tidak shalat dhuhur, maghrib, isyak. begitu juga Zulqarnain, beliau tdk hanya ke barat dan timur shja sbgmn Alexander the Great, bliau dr Pela > ke tirmur sbrangi laut ke Anatolia (skrng ngr turki mden) > Issus > ke selatan ke Tyre > Yersalem bertemu Pendeta yahudi & jd muslim > Gaza > ke arah matahari terbenam/ barat ke mesir Kairo Mesr > membina bandar Alexandria/Iskandaria > menemukan Qattara depression (ini di alquran disebut "AININ HAMMIAH" iaitu mataair hitam berlumpur,yg ada di sblh barat sungai Nil > bertemu kaum pagan amon di siwa oaisis ini selari dgn pengembaraan Zulqarnain ke maghrib asysyams. dst sila baca lah :) selamat mengkaji dgb dsikir dan fikir Tuan Alexw :)

Anonymous said...

dlm buku tu jg dikata bhw Alexander or Alexandros itu nama greek, ketika nama ini masuk ke lidah orang arab, maka suku kata "al" dihapus, menjadi "EXANDER" dibaca "ISKANDAR" ini krn dlm kaedah bhs arab, "al" hnya boleh utk nama benda bukan manusia (conth: Al Burj/bintang), utk nama gelaran (al masih, al mahdi), utk tempat (al quds)utk nama orang tak biasa dalam bhs arab jadi "Al-Exander" dihapus "al" nya.

Alexanderwathern said...

Perlu juga difahami, sandaran saya mengatakan Zulqarnain berasal dari kawasan tengah bukan itu sahaja. Sebenarnya saya sudah menemui seorang tokoh dari wilayah tengah yang mempunyai ciri-ciri Zulqarnain. Jadi untuk mengatakan yang saya tersilap kerana menganggap Zulqarnain berasal dari wilayah tengah, tuan kena nafikan terlebih dahulu tokoh yang dimaksudkan itu dengan membawa sandaran-sandaran yang bagus. Maharaja besar itu memang berasal dari kawasan tengah, dia lahir di sana Maka, harap bersabar menanti pendedahan saya yang sudah tertangguh sekian lama itu.

Ayat yang tuan bawa juga sudah memberikan sedikit petunjuk:
“Lelaki yang berkelana (*mengembara) hingga KE bahagian timur dan barat.”

Berikan tumpuan pada perkataan “KE”. Maksudnya, orang itu tidak datang dari sebelah barat ataupun sebelah timur, sebaliknay menuju KE barat dan KE timur.

Memang, saya pun tidak pernah menafikan ke timur dan barat itu hanya sebahagian daripada episod perjalanannya, tapi yang pasti dia tidak berasal dari timur ataupun barat.

Ya, sama-sama kita mengkaji dengan berzikir dan berfikir (memang sebegitulah cara saya selama ini.

Wallahualam.

Alexanderwathern said...

Nama Alexander berasal dari bahasa Greek… mungkin.

Katakanlah betul dugaan itu, maka orang Arab pun menyebutnya “Iskandar”… Setuju! Memang Alexander dari Macedonia itu dikenali sebagai Iskandar Zulqarnain.

Jadi… apa yang cuba dibuktikan di sini ya? Saya belum nampak apa kaitannya…

Alex dari Macedonia memang Iskandar Zulqarnain tetapi dia bukan Zulqarnain. Ramai pengkaji yang tersilap pada bahagian ini. Zulqarnain yang disebutkan di dalam al-Quran tidak ada apa-apa kaitan dengan nama Iskandar. Iskandar Zulqarnain ialah Alexander Macedonia tetapi bukan Zulqarnain. Iskandar Zulqarnain dengan Zulqarnain ialah dua individu yang berlainan.

Muhammad (iaitu nama sebenar Imam al-Ghazali) bukannya Nabi Muhammad sekalipun ada persamaan pada “Muhammad” itu. Muhammad al-Ghazali bukan Nabi Muhammad. Begitu juga, Iskandar Zulqarnain (Alex Macedonia) bukannya Zulqarnain.

Alexander dari Macedonia itu sendiri ialah Iskandar yang ke-3. Sebelumnya sudah ada 2 orang raja Yunani yang menggunakan nama Iskandar.

Alexanderwathern said...

Oh ya, selepas ini harap tuan dapat memberikan sedikit identiti walaupun sekadar identiti palsu. Para pengikut blog saya menyatakan ketidakselesaan mereka dengan penghujah yang menggunakan title Anonymous. Saya sendiri pun rasa ada baiknya beridentiti kerana akan menampakkan keikhlasan.

Alexanderwathern said...

Anonymous,

Ada baiknya anda berikan link sahaja kepada isi kandungan buku itu yang panjangnya beribu-ribu perkataan, tak perlu paste kesemuanya di sini. Sampai 7-8 ruangan komen, panjang-panjang pula tu. Saya terpaksa tak luluskan untuk disiarkan di sini.

Anda beri linknya saja, insyaallah semua pembaca tahu cara hendak ke sana melalui link tersebut, tak perlu paste kesemuanya di sini.

Terima kasih.

xuadie said...

Assalamuálaikum..

sila perbetulkan jika saya silap..

saya tak tahu.. benda ni akan boleh terungkai ataupun ianya kekal menjadi RAHSIA Allah..

setiap permasalahan mesti ade kuncinya.. dan saya begitu tertarik dengan kata kunci ni..

"Harap diketahui bhw munculnya jawaban Allah dlm kisah zulqarnain tu krn pertanyaan pendeta yahudi lewat orang kafir mekkah (nadhr bn harith) bgi menguji kenabian baginda Muhammad saw. Soalan itu "lelaki yang berkelana hnga ke bahagian bumi timur (masyriq) dan barat (maghrib)& apa yg terjadi padanya?"

siapa yg dimaksudkan oleh pendeta yahudi tu?
kalau yg dimaksudkan oleh pendita yahudi tu.. berkenaan alexander the great.. sudah semestinya Nabi Muhammad pun akan bercerita pasal alexander the great..
kalau bukan.. bukan lah...

Related Posts with Thumbnails