Saturday, October 24, 2020

Sembang-sembang Tentang Tarekat

 

PENDAHULUAN


Tulisan lama saya tentang tarekat iaitu http://alexanderwathern.blogspot.com/2016/10/tasawwuf-tarekat-antara-ketulenan-dan.html dan http://alexanderwathern.blogspot.com/2016/09/maulana-asri-bicara-tariqat-tasawuf.html ada mendapat komen daripada seorang hamba Allah.


BAHAGIAN PERTAMA


Yahya Kasbi Nur Addin menulis :

Ust Daniel pun keluar Tarikat..Tarikat bnyak aku tengok zikir di kepalo dan di mulut..sampai nak putus urat leher..ada yg Tak sedar..mato tutup kopalo berputar...ular sawo Lalu depan pun Tak nmpak....zikirnya mungkin tidak sampai di lubok KALBU nya mgkin Tak sampai..pasal aku dah join Tarikat aku rase Tak gi kemano pun... Guru aku kata zikir di mulut bersama dihati..bukan nyo dimulut dgn kepalo..Tak perlu kuat sangat Lupa diri..zikir hendakalah dlm sedar...maaf ya ahli TAREKAT..tolong kupas sikit...wallahuallam..”


SAYA DIMINTANYA UNTUK MENGUPAS. BERIKUT MERUPAKAN SEDIKIT KUPASAN SAYA.

.


Yahya Kasbi menulis :

Ust Daniel pun keluar tarekat.


Abu Zulfiqar menulis :

Kesilapan dan keliruan Ust Daniel itu sudah saya dedahkan dalam tulisan saya di http://alexanderwathern.blogspot.com/2016/10/soalan2-lazim-tentang-tarekat-tariqat.html (tahun 2016). Tuan boleh baca dan pertimbangkan dengan ikhlas.

.


Yahya Kasbi menulis :

Tarikat bnyak aku tengok zikir di kepalo dan di mulut..sampai nak putus urat leher..ada yg Tak sedar..mato tutup kopalo berputar...ular sawo Lalu depan pun Tak nmpak........zikirnya mungkin tidak sampai di lubok KALBU nya mgkin Tak sampai.


Abu Zulfiqar menulis :

Perkataan “BANYAK” itu menunjukkan TIDAKLAH SEMUA. Maka, betullah kata-kata tuan itu. Saya bersetuju.


Jadi, dalam memenuhi permintaan tuan yang berbunyi “ TOLONG KUPAS SIKIT” itu, tentunya saya akan banyak mengulas dari sudut pandangan Tarekat Ghazaliyah kerana dalam tarekat ini saya ada serba-sedikit autoriti untuk bersuara. Tentang tarekat2 lain, saya mungkin akan sentuh secara umum sahaja memandangkan saya bukan peserta dan tidak ada autoriti dalam tarekat2 lain itu. Tak patutlah jika saya menyuarakan tentang sesuatu yang saya tidak ada kelayakan tentangnya. Diharap tuan dapat memahami situasi ini.


Baiklah. Untuk makluman tuan, dalam Tarekat Ghazaliyah tidak ada keadaan, ritual atau majlis yang pengamal2nya berzikir beramai-ramai secara kuat, apatah lagi yang sehingga nak putus urat tengkuk. Tarekat2 yang lain pun ada juga yang sebegitu.


Tentang sampai atau tidaknya zikir itu ke lubuk qalbu, itu dapatan bagi orang2 yang mengamalkannyalah, bukan dapatan kita. Orang2 yang tidak beramal begitu, manalah mereka tahu sampai atau tidaknya. Hanya mereka yang beramallah yang lebih tahu dan rasa sama ada sampai atau tidak.


Cuma sefaham sayalah, memang ada orang2 yang sampai dan ada juga yang tidak sampai. Kita tidaklah boleh hendak menghukum semua sampai atau semua tidak sampai. Sebagaimana yang tuan tulis “MUNGKIN tak sampai”, maka perkataan MUNGKIN itu saya pandang sebagai sesuailah untuk kita terima. Hal ini kerana mungkin ada yang tidak sampai dan mungkin ada juga yang sampai, bergantung pada orangnya dan situasinya. Tidak semua sampai, dan tidak juga semua tidak sampai.

.


Yahya Kasbi menulis :

Pasal aku dah join Tarikat aku rase Tak gi kemano pun...


Abu Zulfiqar menulis :

Dalam hal ini, ada beberapa perkara yang perlu untuk kita fahamkan terlebih dahulu. Antaranya :

1. Bila tuan join tarekat?

2. Apa nama tarekat itu? Boleh jadi saya tahu tarekat tersebut. Maka lebih mudahlah muzakarah kita.

3. Siapa mursyid tuan dalam tarekat itu? Boleh jadi saya kenal orangnya. Maka bolehlah saya dapatkan pengesahan si guru atau ikhwan tarekat itu tentang sejauh mana penglibatan dan pencapaian tuan.

4. Berapa lama tuan aktif dalam tarekat itu?

5. Di mana lokasi tuan selalu bersama-sama belajar dan bermajlis dengan ikhwan tarekat itu dahulu?

6. Apa aktiviti2 yang SELALU tuan sertai ketika aktif bersama-sama tarekat itu dahulu?

7. Rasa2nya tuan sampai ke level mana/yang macam mana - masa aktif dengan tarekat itu dahulu? Ahli biasa? Ahli baru? Ahli lama? Orang atasan? Guru? Mursyid? Lain2?


Hal seterusnya, tentulah tidak sesuai untuk kita hukum sesuatu berdasarkan pengalaman diri kita sahaja. Tuan sudah pernah join tarekat dan tuan berpegang bahawa “TAK GI KE MANO PUN”. Ada banyak faktor yang memungkinkan keadaan itu. Boleh jadi tuan :

1. tersilap aliran, atau

2. tersilap guru, atau

3. tersilap pilih ikhwan, atau

4. tersilap faham atau terkeliru, atau

5. kerana kelemahan dan kesilapan diri sendiri, atau

6. kerana memang tidak berbakat dalam tasawuf kesufian.

7. atau sebab2 lain.


Jadi, seandainya kata2 tuan yang berbunyi “TAK GI KE MANO PUN” itu adalah tentang diri tuan, hal itu tidaklah saya hendak menafikan. Kerana untuk setiap bidang ada ahli2nya. Boleh jadi tuan direzekikan oleh Allah dalam bidang yang lain tetapi bukan bidang tarekat. Kan tak semua orang pandai melukis, tak semua orang pandai bersyarah, tak semua orang mahir bermain bola sepak dsb? Maka ia bukanlah sesuatu hal yang pelik jika tuan tak sampai ke mana pun ketika menyertai tarekat dulu.


Tetapi jika kata2 tuan “TAK GI KE MANO PUN” itu ditujukan kepada tarekat dan orang2 tarekat, pada saya hal itu tidaklah benar, kerana banyak tarekat dan BANYAK para pengamal tarekat yang berjaya sampai ke maqam2 yang tinggi dalam perjalanan keruhanian.

.


Yahya Kasbi menulis :

Guru aku kata zikir di mulut bersama dihati..bukan nyo dimulut dgn kepalo..Tak perlu kuat sangat Lupa diri..zikir hendakalah dlm sedar...maaf ya ahli TAREKAT..tolong kupas sikit...wallahuallam..


Abu Zulfiqar menulis :

Pertama : Siapa namanya guru (mursyid) tuan itu?


Kedua : Zikir ada banyak jenis.

1. Mula2 kita kena faham bahawa ZIKIR itu maksudnya INGAT/MENGINGAT/INGAT AKAN. Zikrullah itu ertinya INGAT ALLAH.

2. Yang disebut di mulut itu ringkasnya bukan zikir, itu LAFAZ ZIKIR.

3. Yang disebut di dalam hati itu ringkasnya bukan zikir, itu LAFAZ ZIKIR.

4. Dalam Tarekat Ghazaliyah ringkasnya tak ada aktiviti berzikir dengan sengaja mengangguk2kan kepala dengan kuat. Kami berzikir tenang2 sahaja, tidak banyak bergerak. Melainkan jika sedang beriadah (contohnya jogging), sedang bersukan (contohnya sedang memanah) , sedang berlawan dan sebagainya dan ketika itu kami berzikir, maka tentulah bergerak tubuh badan.

5. Ada lafaz zikir di mulut dan di hati. Ada juga lafaz zikir yang di hati tanpa di mulut. Ada zikir yang tidak berlafaz sama ada di mulut atau di hati. Mungkin guru tuan ada ajarkan jenis yang kedua dan ketiga ini juga agaknya?

6. Berzikir boleh sahaja dengan menggerakkan anngota badan. Jika sedang mengangguk-anggukkan kepala itu dia sedang ingat akan Allah (sama ada dengan melafaz atau tidak), itu sudah ZIKRULLAH (INGAT ALLAH). Jika dengan skipping (lompat bertali dengan dua2 kaki) itu dia sedang ingat akan Allah (sama ada dengan melafaz atau tidak, itu juga sudah INGAT AKAN ALLAH/ZIKRULLAH). Ingat Allah tak semestinya dengan berlafaz dan berbunyi. Maka, jika ditambah dengan lafaz dan bunyi, di mana pula salahnya?


Untuk bahagian ini nampaknya sekadar di sini sahaja (KUPASAN saya).

.


Tetapi saya ada terjumpa satu lagi komen tuan iaitu :


Yahya Kasbi menulis : TAREKAT ini pada pengajian aku..maaf aku bukan line makrifat..tapi aku tahu laa 80% hala tuju TAREKAT.. aku pernah join dan berzikir dgn ahli TAREKAT ..so yg sebenar TAREKAT ini dlm Bahasa mudahnya Jalan..so Jalan ini mCam macam utk menu pada Allah..TAREKAT aku tengok bnyak dalam bidang zikirullah..utk dekat pada Allah..penyucian hati..penyucian KALBU(hakikat) tapi jln Mana satu yg di tuju tidak lah pasti..zikir..zikir..zikir..ada yg tidak sedar diri mata tutup kepala ligat berputar..pada pandangaN mata HATI aku mungkin Tak sampai ke lubuk KALBU yg dlm zikirnya...guru aku pernah berkata..zikir dlm sedar..waras...zikir di mulut dan di hati... Bukan di mulut dan di kepala..so pendekan cerita TAREKAT dan tassauf ini..masih tidak sampai ke Alam batiniah..Alam ghaib..Alam roh..Alam mukasyafah..Alam rahsia..masih lgi kedududukan dlm bidang syarae..fekah...masih tidak sampai ke ilmu sebalik TABIR...wallahuallam.. (Tamat)


Maka saya sambung di sini juga kupasannya.


Yahya Kasbi menulis :

TAREKAT ini pada pengajian aku..maaf aku bukan line makrifat..tapi aku tahu laa 80% hala tuju TAREKAT.. aku pernah join dan berzikir dgn ahli TAREKAT ..


Abu Zulfiqar menulis :

Dengan kata2 tuan ini, jelas pada saya menunjukkan bahawa PENGALAMAN dan PENCAPAIAN tuan dalam tarekat itu dahulu sebenarnya memang betullah belum sampai ke mana2 lagi pun, sebagaimana kata tuan sebelum inilah. Sebab itulah tuan ada tersalah faham dan tersalah pandang akan tarekat.


Jika tuan bertarekat tetapi tidak berjaya mencapai line ma’rifat, ertinya belum apa-apa lagi pun, sekadar baru berjinak-jinak dan baru mencuba-cuba sahaja. Matlamat bertarekat memanglah untuk mencapai ma’rifat. Apabila tuan bertarekat tetapi gagal mencapai ma’rifat (*dan tidak bermatlamat unt mencapai ma’rifat), apalah ertinya sangat tuan bertarekat? Macam buat kerja sia-sia sahaja.


Tuan mengatakan tahu 80% hala tuju tarekat, tetapi hala tuju untuk mencapai dan berada pada landasan ma’rifat itu sahaja pun tuan tidak tahu kaitannya, lalu bagaimana tuan boleh tahu 80% hala tuju tarekat? Ini agak menghairankan.


Peringkat ma’rifat itu pula jika di dalam tarekat adalah PERINGKAT AWAL/PERMULAAN bagi sufi. Baru sedikit sahaja peratusannya. Sebab itulah ia disebut sebagai AWWAL AD-DIIN (selalu orang sebut sebagai awwaluddin ma’rifatullah). Sudah mantap di AWAL ini, barulah boleh dilorongkan oleh mursyid untuk mencapai maqam2 AD-DIIN yang lebih tinggi (yang lebih besar peratusannya). Itu semua adalah hala tuju tarekat.


Mohon maaf banyak2 tuan. Berdasarkankan maklumat2 ini, saya berasa hairan dan sangsi, bagaimana tuan mendakwa tahu 80% hala tuju tarekat?


Seterusnya, jika tuan sekadar pernah join tarekat dan pernah berzikir dengan ahli tarekat, hal itu belum apa-apa lagi tuan. Nak mencapai awwal ad diin pun jauh lagi, apatah pula dengan halatuju2 yang selepas MAQAM AWAL. Pelajaran dan pembelajaran tarekat bukan setakat join tarekat dan menyertai majlis zikir. Tarekat ada ilmu2 dan sistem pentarbiyyahan yang jauh lebih luas. Yang tuan lalui itu baru masuk ke pintu kota, belum sampai pintu istana pun, belum masuk ke dalam istana, belum masuk ke balai penghadapan, belum bertemu dengan sang raja. Jauh sangat lagi tu tuan.

.


Yahya Kasbi menulis :

TAREKAT ini dlm Bahasa mudahnya Jalan..so Jalan ini mCam macam utk menu(*ju) pada Allah..TAREKAT aku tengok bnyak dalam bidang zikirullah..utk dekat pada Allah..penyucian hati..penyucian KALBU(hakikat) tapi jln Mana satu yg di tuju tidak lah pasti..zikir..zikir..zikir..ada yg tidak sedar diri mata tutup kepala ligat berputar..pada pandangaN mata HATI aku mungkin Tak sampai ke lubuk KALBU yg dlm zikirnya...guru aku pernah berkata..zikir dlm sedar..waras...zikir di mulut dan di hati... Bukan di mulut dan di kepala..


Abu Zulfiqar menulis :

Dalam bahasa mudahnya bermaksud jalan..... Betul.

Jalan menuju Allah...... Betul juga.

Tarekat banyak dalam bidang zikrullah...... Ya, betul. ZIKRULLAH itu maksudnya INGAT ALLAH. Itulah antara hala tuju penting tarekat.

Untuk dekat pada Allah, untuk penyucian hati....... Betul.


Mana satu yang dituju tidaklah pasti....... Jika tuan sendiri yang TIDAK PASTI tujuannya (sedangkan tuan mengaku tahu 80% halatuju tarekat?) memang saya terpaksa percayalah. Tetapi ramai lagi orang2 lain yang pasti. Kita tidaklah boleh menghukum pencapaian orang lain berdasarkan pencapaian atau ketidakcapaian diri kita.


Tentang pergerakan tarekat2 lain yang berlafaz zikir sambil bergerak itu, sudah saya sentuh di atas tadi. Tidaklah saya ulang. Dalam Tarekat Ghazaliyah sendiri, tidak ada aktiviti yang sedemikian.


Tentang sampai tak sampai, tentang maksud ZIKIR yang sebenar, juga telah saya sentuh di atas tadi.

.


Yahya Kasbi menulis :

so pendekan cerita TAREKAT dan tassauf ini..masih tidak sampai ke Alam batiniah..Alam ghaib..Alam roh..Alam mukasyafah..Alam rahsia..masih lgi kedududukan dlm bidang syarae..fekah...masih tidak sampai ke ilmu sebalik TABIR...wallahuallam..


Abu Zulfiqar menulis :

Ayat2 yang akhir ini lagilah jelas menunjukkan yang tuan sebenarnya sangat banyak tidak tahu tentang tarekat. Yang tuan sebut semua itu sememangnya sungai permainan ahli2 tarekat tempat mereka berenang dan menyelam sehari-hari. Dan tarekat bukan bidang syariat fekah. Lagi jauh melencongnya tu tuan.


Kita ada tiga tungku agama iaitu fekah (muslim, islam, wilayah angota), aqidah (mu’min, iman, wilayah aqal) dan tasawuf (muhsin, ihsan, wilayah qalbu, wilayah ruh) - sebagaimana maklum daripada hadith Jibril mengajar Rasululah saw dan sahabat2nya.


Tarekat ni duduk dalam tungku ketiga iaitu TASAWUF. Jauh benar kalau tuan tempatkan pada tungku pertama (FIQH/FEKAH).


Nampaknya sekadar itu sahaja kupasan saya, sebagaimana yang tuan minta saya kupaskan. Salah silap saya mohon maaf.


Wallahua’alam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

8 Oktober 2020

.

.

.


BAHAGIAN KEDUA


KUPASAN SAYA DI ATAS TADI ADA MENDAPAT BALASAN DARIPADA YAHYA KASBI sebagaimana berikut :

.


Yahya Kasbi menulis :

Tuan bukan saya perkecikan perjalanan tarekat ini..saya dah join besar punya tarekat nasabndi..bekas mufti Nismilan dari dari mustaza...dan pernah join tarekat ust Jauhid...so smpai skrg takdo ape pun yg special...hnya punyucian KALBU..

maaf ye tahsirah saya sampai had itu je..bukan Tak leh kupas..Kalu kupas pun tidak sampai ke terasnya..saya bukan line tarekat...saya line syariat tarekat..hakikat..makrifat...4 dlm 1..wallahuallam.

Tak yah Tuan nak tahu guru saya..big tahu pun Tak Akan kenal...guru murshid dia tidak terkenal di dunia..Tak dio takdo pangkat dan gelaran..tetapi dia terkenal di Alam langit..

tarekat idris shah dari al sofa pengetua mufti Nismilan skrg Ust Dato Fuad kamaludin...saya pun pernah join..Sama jugo..doktrinnyo segi pakainyo jubahnyo serbanyo ckup mewah...tapi ISINYA dan BUAHNYO wallahuallam...

Kesimpulannyo semuo jaln menuju kpd Allah..jln Jauh ke dekat ke sampai ke tidak sampai ke..serahkan pada Allah...org berilmu dgn org Abit..ibarat bumi dgn bintang..hadis Nabi saw..sekian. t.ksh.,, (Tamat)

.


Abu Zulfiqar menulis :

Dari segi penulisannya, kelihatan Tuan Yahya Kasbi seperti tidak berminat lagi untuk melanjutkan bicara dan dia juga tidak lagi meminta kupasan saya. Oleh sebab itu, saya tidaklah membalas lagi tulisannya tetapi sekadar memberikan sedikit penjernihan dan pelurusan buat orang-orang yang membaca muzakarah kami ini, agar para pembaca tidak tidak tersalah faham.


Mari kita lihat satu-persatu.

.


Yahya Kasbi menulis :

Tuan bukan saya perkecikan perjalanan tarekat ini..saya dah join besar punya tarekat nasabndi..bekas mufti Nismilan dari dari mustaza...dan pernah join tarekat ust Jauhid...so smpai skrg takdo ape pun yg special...hnya punyucian KALBU..


Abu Zulfiqar menulis :

Para pembaca yang budiman. Berdasarkan tulisan Tuan Yahya Kasbi ini sedari awal, memang kelihatan yang dia ada memperkecilkan (merendah2kan) perjalanan tarekat-tarekat. Tetapi dia berasa dirinya berbuat demikian. Tak mengapalah, kita terima sahajalah. Selesailah bahagian yang itu. Tamat.


Seterusnya..... Tentang PERNAH JOIN TAREKAT2 BESAR, hal itu bukanlah kayu ukur atau pengesahan bahawa seseorang itu banyak tahu tentang tarekat, juga bukan pengesahan bahawa kata-katanya tentang tarekat memang kukuh. Join seminit sahaja pun, tetap pernah join namanya. Tetapi umumnya join seminit tentulah berbeza DAPATANNYA dengan yang join 20 tahun.


Lagi pula, Tuan Yahya Kasbi tidak pun memberikan maklumat2 yang kita pinta untuk kita teliti tentang PENGETAHUAN (ILMU), PEMAHAMAN dan PENCAPAIANNYA dalam tarekat2 itu. Contohnya maklumat tentang tempoh masa dia aktif dalam sesuatu tarekat itu, tentang aktviti2 lain yang disertainya dalam sesuatu tarekat itu (selain daripada sekadar join tarekat dan sertai majlis berlafaz zikir beramai2), dan levelnya ketika bersama-sama sesuatu tarekat itu (Ahli biasa? Ahli baru? Ahli lama? Orang atasan? Guru? Mursyid? Lain2?)


Maka bolehlah kita simpulkan bahawa boleh jadi Tuan Yahya Kasbi ini sekadar join sekejap2 (celup2) beberapa tarekat untuk memerhati dan cari2 maklumat sahaja. Lalu kemudiannya dia pun buat kesimpulan sendiri begitu begini tentang tarekat.


Ibarat orang yang tidak pernah melihat, memegang dan memandu kereta Proton Wira tetapi hanya pernah lihat dan pegang sebiji tayar kereta Proton Wira sahaja. Lalu kemudiannya orang itu mengaku banyak tahu (80% tahu tentang kereta Proton Wira) dan terus berpegang bahawa kereta Proton Wira itu begini begini kelebihan dan kelemahannya. Pandangan sebegini tentulah tidak boleh dijadikan hujah dan sandaran.


Berbalik kepada Tuan Yahya Kasbi, dia diijazahkan ke tidak akan sesuatu tarekat itu, entahlah. Tiada maklumat.

Dia ada berba’iah atau tidak akan sesuatu tarekat itu, entahlah. Tiada maklumat.

Jika ada, siapa orang2 yang boleh mengesahkannya? Tiada maklumat juga.

Boleh jadi juga Tuan Yahya hanya pergi join-join majlis tertentu sahaja sendiri-sendiri lalu buat kesimpulan. Wallahua’lam.


Tuan Yahya mengaku pernah menyertai Tarekat Naqsyabandi. Aliran yang mana dan dengan mursyid yang mana, entahlah. Tidak dinyatakannya. Cuma ada dalam tulisannya nama Ustaz Jauhid. Boleh jadi Dr Jahid Sidek dari aliran Tarekat Naqsyabandi Khalidi. Maka saya hubungi beberapa orang sahabat daripada perkumpulan tersebut, tetapi mereka tidak terperasan akan nama Yahya Kasbi Nur Adddin. Tak mengapalah. Boleh jadi nama Yahya Kasbi itu sekadar nama pena, bukan nama sebenar. Sebab itulah mereka tidak terperasan akan orangnya.


Tuan Yahya Kasbi juga ada menyebut bekas mufti Negeri Sembilan dan nama Mustaza. Mungkin yang dimaksudkannya ialah Syeikh Mohd Murtaza daripada Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah. Saya pun bertanya kepada beberapa orang ikhwan lama tarekat itu, tetapi sama juga. Mereka tidak perasan akan nama Yahya Kasbi. Tamat bahagian ini.

.


Yahya Kasbi menulis tentang tarekat2 yang disebutnya itu :

so smpai skrg takdo ape pun yg special...hnya punyucian KALBU”.


Abu Zulfiqar menulis :

Penyucian qalbu itu punya beberapa tingkatan. Tidak jelas di sini tingkatan yang bagaimana yang dimaksudkan. Padahal, dengan penyucian qalbulah jalan kita hendak mencapai maqam2 yang AKHIR. Dari situlah nak mencapai maqsidul aqsa dan maqsidul asna. Mungkin yang diketahuinya sekadar penyucian qalbu tingkat rendah, sebab itulah tidak berasa apa-apa yang special. Biasanya orang2 yang sudah mencapai penyucian qalbu peringkat pertengahan dan peringkat tinggi, akan berasa sangat special dah.


Saya berpandangan, sebenarnya ada banyak lagi hal2 yang special dalam tarekat2, tetapi terhijab kepada Tuan Yahya Kasbi kerana dia lebih kepada JOIN dan SERTAI majlis2 zikir sahaja. Di mana majis tarbiyyah sufinya? Di mana tarbiyyah peribadi antara mursyid dengan dirinya? Benarkah kenal Syeikh Murtaza dan Dr Jahid Sidek dengan dia? Atau... tak kenal pun? Jika tak kenal, tak berinteraksi secara langsung untuk mendapat tarbiyyah mursyid, masa bila belajar sukatan pelajaran tarekat2 itu? Masih banyak hal2 yang meragukan dakwaannya yang mengatakan dia tahu 80% halatuju tarekat. Wallahua’lam.

.


Yahya Kasbi menulis :

maaf ye tahsirah saya sampai had itu je..bukan Tak leh kupas..Kalu kupas pun tidak sampai ke terasnya..saya bukan line tarekat...saya line syariat tarekat..hakikat..makrifat...4 dlm 1..wallahuallam.


Abu Zulfiqar menulis :

Sebelum ini Tuan Yahya mengakui dirinya bukan line ma’rifat.

Sekarang dia mengaku pula dirinya bukan line tarekat.

Lalu dia mengaku pula yang dirinya line 4 sekawan iaitu line syariat, tarekat, hakikat dan ma’rifat.


Bahagian ini pun sangat pelik. Sebagai contoh, dalam Tarekat Ghazaliyah, 4 sekawan (syariat, tarekat, hakikat, ma’rifat) memang isi kandungannya pun. Bahkan lebih lanjut lagi, kerana ada 4 sekawan lagi yang di atas daripada 4 sekawan yang pertama itu.


Bagaimana Tuan Yahya Kasbi boleh memisahkan antara tarekat dengan 4 sekawan ini? Saya pun bingung memikirkannya. Berapa peratus sebenarnya yang dia tahu tentang tarekat jika yang asas2 dalam tarekat pun tidak diketahuinya?


Saya contohkan dengan Tarekat Ghazaliyah. Di mana kedudukan Tarekat Ghazaliyah?


Jalan dari syariat hendak menuju ke tarekat, di situ Tarekat Ghazaliyah.

Jalan dari tarekat hendak mencapai hakikat, di situ Tarekat Ghazaliyah.

Jalan dari hakikat hendak mencapai ma’rifat (maqam AWAL), di situ Tarekat Ghazaliyah.

Begitulah seterusnya dari ma’rifat hingga ke akhirnya.

Ertinya, Tarekat Ghazaliyyah berada di sepanjang 8 maqam itu.

Kelapan2 maqam itu berada di dalam Tarekat Ghazaliyyah. Tidak terpisah pun.


3 maqam pertama (syariat, tarekat dan hakikat) itu ibarat belajar hendak mengambil lesen kereta.

Apabila sampai ke maqam ma’rifat iaitu maqam AWAL (awwal ad-ddin, ma’rifatullah) itu seolah2 baru lulus lesen memandu.


(3 maqam awal itu lebih sesuai disebut sebagai peserta tarekat atau pelajar tarekat.

Yang sudah mencapai maqam AWAL, itu barulah sesuai disebut sebagai anggota atau ahli tarekat.

Tetapi dalam budaya kita, semua pun disebut sebagai ahli tarekat. Tak kisahlah bahagian itu, asalkan tak lari jauh maknanya)


Berbalik kepada Tuan Yahya, dia berfaham bahawa seolah-olah 4 sekawan itu terpisah daripada tarekat, tidak berkait dengan tarekat dan berada di luar daripada tarekat. Padahal 4 sekawan itu memang berada dalam sukatan pentarbiyahan tarekat. Pelik memikirkannya.

.


Yahya Kasbi menulis : Tak yah Tuan nak tahu guru saya..big (*bagi) tahu pun Tak Akan kenal...guru murshid dia tidak terkenal di dunia..Tak dio takdo pangkat dan gelaran..tetapi dia terkenal di Alam langit..


Abu Zulfiqar menulis :

(Bahaya jenis sembunyi2 guru ni. Berguru biar jelas, lebih2 lagi dalam hal ehwal keruhanian tinggi. Tapi, tak kisahlah tu. Itu urusan dirinyalah)


Dinyatakan bahawa GURU MURSYID itu tidak terkenal di dunia, tiada pangkat, tiada gelaran, tetapi terkenal di alam langit.


Saya tidak pasti kenyataan ini tentang siapa. Adakah tentang guru mursyid kepada Tuan Yahya Kasbi?

Jika guru mursyidnya itu tidak terkenal di dunia, tiada pangkat, tiada gelaran, tetapi terkenal di alam langit..... ya, boleh jadi betullah. Kita tidak perlulah hendak menafikan apa-apa di situ. Tamat.


Tetapi, jika dikatakan bahawa seseorang guru mursyid (maksudnya termasuk guru mursyid yang lain) itu ciri2nya ialah tidak terkenal di dunia, tiada pangkat, tiada gelaran, tetapi terkenal di alam langit, hal ini adalah tidak benar.


Rasulullah saw, Saiyidina Abu Bakr, Saiyidina Ali, Huzaifah al-Yaman, Hasan al-Basri, Sufyan ath-Thauri, Imam Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Syeikh asy-Syazili, dan ribuan orang lagi merupakan guru-guru mursyid. Mereka terkenal di dunia, ada yang berpangkat dan berjawatan, ada yang bergelaran, dan terkenal juga di langit. Apakah mereka tidak layak sebagai guru mursyid? Jadi, guru2 mursyid itu boleh sahaja jika mereka terkenal di dunia, ada yang berpangkat dan berjawatan, ada yang bergelaran, dan terkenal di langit. Tidak ada sebarang masalah pun.

.


Yahya Kasbi menulis :

tarekat idris shah dari al sofa pengetua mufti Nismilan skrg Ust Dato Fuad kamaludin...saya pun pernah join..Sama jugo..doktrinnyo segi pakainyo jubahnyo serbanyo ckup mewah...tapi ISINYA dan BUAHNYO wallahuallam...


Abu Zulfiqar menulis :

Mungkin yang dimaksudkannya ialah Ustaz Fuad Kamaluddin dan mufti Negeri Sembilan sekarang yang bertarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah.


Tentang serba mewah itu, saya tidak arif tentangnya. Namun kalau dalam Tarekat Ghazaliyah, tak adalah hal ehwal yang bermewah2, memang dilarang pun. Dalam tarekat2 lain, sebaiknya kenalah bertanya kepada tarekat2 itu sendiri. Saya tidak ada autoriti dalam tarekat2 lain.


Orang join tarekat dapat juga isi dan buahnya, tapi Tuan Yahya join banyak tarekat masih belum dapat2 juga isi dan buahnya. Setakat mana sebenarnya Tuan Yahya JOIN tarekat? Benarkah dia pernah JOIN tarekat? Orang lain JOIN dan dapat, kita JOIN tapi tak dapat2. Tarekat dan orang2nyakah yang bermasalah, ataupun sebenarnya diri kita yang bermasalah? Wallahua’lam.

.


Yahya Kasbi menulis :

Kesimpulannyo semuo jaln menuju kpd Allah..jln Jauh ke dekat ke sampai ke tidak sampai ke..serahkan pada Allah...org berilmu dgn org Abit..ibarat bumi dgn bintang..hadis Nabi saw..sekian. t.ksh.,, (Tamat)


Abu Zulfiqar menulis :

Ya, RINGKASNYA begitulah. Hal ini kerana ada juga jalan2 yang tidak menuju kepada Allah.


Ya, memang sepatutnyalah kita serahkan kepada Allah. Saya setuju. Jangan apabila kita tidak sampai, kita menganggap orang lain juga tidak sampai.


Ya, saya tahu hadith berkenaan. Selalu saya baca dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.



PENUTUP


Nampaknya sekadar itu sahaja ulasan saya setakat ini. Semoga bermanfaat buat semua dan Allah mudahkan segala urusan dunia akhirat saya, Tuan Yahya Kasbi, dan kita semua. Wallahu’alam.

.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

8-9 Oktober 2020


0 comments:

Related Posts with Thumbnails