SOALAN :
Dalam 70,000 hijab antara Khaliq dan makhluq, di manakah
kedudukan para penyembah berhala?
JAWAPAN :
Saya cuba menjawab dari sudut pandang Tariqah Ghazaliyyah.
Saya cuba menjawab dari sudut pandang Tariqah Ghazaliyyah.
Ada 5 kategori hijab yang utama iaitu :
1.
Yang terhijab dengan cahaya.
2.
Yang terhijab dengan cahaya yang bercampur sedikit
kegelapan.
3.
Yang terhijab dengan cahaya bercampur gelap.
4.
Yang terhijab dengan gelap yang bercampur sedikit
cahaya.
5.
Yang terhijab dengan kegelapan.
Ringkasnya 70,000 hijab itu terbahagi kepada 5 kategori
ini.
Yang terhijab dengan cahaya maksudnya yang semakin nipis
hijabnya. Sudah dapat cahaya tetapi masih terhijab juga.
Yang terhijab dengan gelap maksudnya yang semakin tebal
hijabnya.
Para penyembah berhala berada pada hijab jenis ketiga,
iaitu mereka terhijab daripada Allah dengan hijab cahaya bercampur gelap.
SOALAN :
Bagaimanakah pembahagian hijab-hijab mereka?
JAWAPAN :
Antara pembahagian golongan ini dan hijab-hijab mereka :
i.
Sembah berhala tetapi tidak menganggap berhala
itu Tuhan. Mereka sekadar mengikut upacara orang ramai sahaja.
ii.
Sembah berhala tetapi tidak menganggap berhala
itu Tuhan, cuma sekadar simbol kepada Tuhan. Berhala itu hanya sekadar untuk
dihormati.
iii.
Sembah berhala tetapi tidak menganggap berhala
itu Tuhan, cuma sebagai mewakili Tuhan atau perantaraan Tuhan.
iv.
Sembah berhala tetapi tidak pasti sama ada
berhala itu ada kaitan dengan Tuhan ataupun tidak.
v.
Sembah berhala tetapi tidak pasti sama ada
berhala itu Tuhan atau tidak.
vi.
Sembah berhala dan menganggap berhala itu memang
Tuhan sebenar.
vii.
Sembah berhala dan mengangap berhala itu salah
satu daripada Tuhan sebenar.
Inilah 7 pembahagian utama yang mudah untuk kita
perhatikan, sedangkan jumlah sebenar pembahagiannya sangat banyak dan hanya Allah
sahajalah yang tahu jumlahnya.
Golongan i) ialah penyembah berhala yang lebih nipis dan cerah
hijabnya manakala golongan vii) ialah penyembah berhala ialah mereka yang lebih
tebal dan gelap hijabnya.
Kesimpulannya, para penyembah berhala memang sangat jauh
terhijabnya daripada Allah.
Wallahua’alam.
Abu Zulfiqar
25 Mac 2018
(*Bagaimana dengan engkau sendiri? Seberapa tebal agaknya engkau terhijab? Di mana kedudukanmu dalam 70,000 itu kini?,,,,,,,,)
(*Bagaimana dengan engkau sendiri? Seberapa tebal agaknya engkau terhijab? Di mana kedudukanmu dalam 70,000 itu kini?,,,,,,,,)
No comments:
Post a Comment