Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, March 17, 2009

Raja Zulqarnain & Maharaja Korsh







RAJA ZULQARNAIN DALAM AL-QURAN

Mereka akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Zulqarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya.” (83)
Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan segala/ tiap-tiap sesuatu. (84)
Maka diapun menempuh satu jalan. (85)
Hinggalah apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat ia (matahari) terbenam di dalam mata air yang berlumpur hitam, dan dia menemui satu kaum di situ. Kata Kami (Allah): “Hai Zulqarnain, kamu boleh menyeksa ataupun boleh berbuat baik terhadap mereka.” (86)
Berkata (Zulqarnain): “Adapun orang yang zalim, maka kami akan mengazabnya. Kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu (Tuhan) mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.(87)
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah-mudah dari perintah-perintah kami.” (88)
Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). (89)
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat matahari terbit, dia mendapati matahari itu menyinari satu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari matahari itu, demikianlah. (90)
Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya. (91)
Kemudian dia menempuh satu jalan (lain). (92)
Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung... (93)
(al-Quran surah al-Kahfi ayat 83-93)

Mereka – orang-orang bukan Islam khususnya kaum Yahudi dan musyrikin Quraisy
Bacakan – Menunjukkan cerita ini memang benar-benar wahyu daripada Allah, bukannya cerita rekaan Nabi Muhammad ataupun baginda mendengarnya daripada orang lain.
Segala/ tiap-tiap sesuatu – bermaksud ‘banyak’ , bukannya 100 %.
Tempat terbenam matahari – Satu kawasan di sebelah Barat. Boleh jadi terletak antara Asia dengan Eropah.
Satu kaum – sekumpulan manusia yang mungkin tinggal di pinggir Eropah, mereka tidak menyembah Allah yang Esa.
Boleh menyeksa ataupun boleh berbuat baik – Tuhan memberi Raja Zulqarnain membuat pilihan sendiri. Mereka layak untuk diseksa kerana menyekutukan Allah/ tidak mengikut agama yang benar. Mereka juga layak didakwah dengan cara yang baik kerana boleh jadi juga seruan tauhid oleh para rasul, nabi ataupun pendakwah tidak sampai kepada mereka. Maksudnya mereka ialah ‘ahli fatrah’.
Tempat matahari terbit – Satu kawasan di sebelah Timur. Mungkin Khurasan, utara India ataupun lain2.
Sesuatu yang melindunginya – Mungkin kaum itu tinggal di kawasan lapang seperti padang pasir ataupun padang rumput. Kaum itu tidak bertamadun. Mereka tidak mendirikan bangunan –bangunan. Tubuh badan mereka juga terdedah spt ‘Red Indian’.

ASBABUN NUZUL (Sebab ayat ini turun)
Yang bertanya ialah kaum musyrik Arab atas suruhan orang Yahudi untuk menguji kebenaran Rasulullah. (Sumber- Tafsir ar-Rahman)

RIWAYAT MULUT KE MULUT
Raja Zulqarnain dan tenteranya mencari air hayat (sesiapa yang meminumnya tidak akan mati sehinggalah hari kiamat). Nabi Khidhir (pembantu Zulqarnain) secara tidak sengaja terminum air itu.

MENGAPA DISEBUT ‘ZULQARNAIN’?
Maksudnya ‘yang memiliki dua tanduk’.
- Mungkin ia orang pertama memakai topi bertanduk dua
- Mungkin kerana dia menguasai Timut (matahari terbit) dan Barat (terbenam)
- Mungkin kerana rambutnya berjambul dua
- Mungkin kerana dia menguasai Rom dan Parsi

SIAPAKAH RAJA ZULQARNAIN YANG SEBENAR?
1. Alexander the Great (Iskandar) dari Macedonia, Eropah
2. Korsh (Kaurasy/ Cyrus) dari Parsi (Iran)
3. Seorang raja di Yaman
4. Seorang raja pada zaman Nabi Ibrahim as

KORSH/ KAURASH/ CYRUS
Raja Astiajis (pemerintah Balkh di Parsi) bermimpikan sebuah taman. Dalam taman itu ada sebatang pokok yang ditanamnya sendiri. Dahan-dahan pokok itu menaungi seluruh kerajaannya dan kawasan-kawasan berhampiran. Ahli nujumnya meramalkan cucunya akan lahir dan merampas kerajaannya suatu hari nanti.

Apabila cucunya lahir, ia diserahkan kepada menteri untuk dibunuh. Menteri itu tidak sampai hati lalu menyuruh seorang penggembala mencampakkan bayi itu di padang pasir. Kebetulan anak penggembala itu baru saja meninggal dunia. Isterinya memberikan mayat anak mereka sebagai ganti untuk dicampakkan di padang pasir. Dia dinamakan Korsh/ Kaurash.

Setelah dewasa dia jadi seorang yang berketrampilan lalu dilantik jadi ketua kaumnya. Suatu hari dia merotan seorang anak raja kerana kesalahan budak itu. Raja itu mengadu kepada Astiajis. Korsh dipanggil mengadap. Astiajis tertarik dengan penampilan Korsh. Dia terasa Korsh itu cucunya lalu berhubung dengan menteri. Anak menteri itu dibunuh sebagai hukuman.

Korsh dan menteri itu berpakat lalu merampas kuasa daripada Astiajis. Astiajis jadi tawanan sehingga mati. Korsh terbunuh dalam salah satu peperangan.
Dipercayai Korsh beragama Zarathustra/ Zoroaster (agama ini kemudiannya terseleweng menjadi agama Majusi- menyembah api). Namun dia menghormati tuhan-tuhan agama lain.

Masalah
• Korsh tidak menyebarkan agama tauhid, bahkan mengakui keTuhanan tuhan-tuhan kaum lain
• Tidak ada bukti kukuh menunjukkan Korsh membina tembok Yakjuj Makjuj



'BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

2 comments:

Unknown said...

Salam sahabat,

Terima kasih di atas saranan untuk melawat laman web anta berkenaan kisah Zulqarnain. Alhamdulillah, semakin bertambah ilmu di dada setelah ketemu laman web ilmiah ini.

Teruskan menulis, berdakwah dan membawa sinar kebenaran di Malaysia, dan nusantara.

Sekian.

Alexanderwathern said...

Wlksm sahabat Sakuragi,

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Semoga ada manfaat. Terima kasih juga atas dorongan.

23.3.09

Related Posts with Thumbnails