Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Wednesday, February 25, 2009

Agama Nabi Ibrahim Masih Ada?

Anonymous said...


Saya tertarik dengan kata-kata tuan di awal balasan terhadap Anna Velita.

(Kata-kata saya yang anonymous maksudkan ialah...)
“Apa yang berlaku kepada anda kini sebenarnya pernah berlaku kepada Nabi Ibrahim/ Abraham pada zaman dahulu. Akhirnya Nabi Ibrahim berjaya menemui Tuhan dan agama sebenar setelah beberapa mengkaji dan tercari-cari. Semoga anda pun menjadi sepertinya.” : )


Saya ingin bertanya kepada tuan, Apakah agama sebenar yang telah ditemui oleh Nabi Ibrahim/Abraham tersebut? Adakah agama tersebut diwarisi dan dianuti oleh keturunan2nya? Adakah agama itu masih wujud di zaman sekarang? Sekadar ingin tahu...


February 21, 2009 10:10 PM


http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/perbezaan-kristian-dengan-islam.html



PENJELASAN :

Agama sebenar yang telah ditemui oleh Nabi Ibrahim itu ialah agama tauhid. Saya tidak jumpa nama yang khusus untuknya maka dinamakan sebagai agama Nabi Ibrahim sahaja.


Agama itu memang diwarisi dan dianuti oleh KETURUNANNYA YANG AWAL. Lama-kelamaan agamanya yang asli itu ditelan zaman sama ada manusia terlupa akan ajaran-ajarannya, tersilap dalam memahami, diselewengkan dan sebagainya.


Dari segi tauhidnya, agama itu masih wujud hingga sekarang, iaitu yang kita kenali sebagai agama Islam. Yang dimaksudkan dengan ‘tauhid’ di sini ialah menyembah Tuhan yang Esa tanpa disekutukan dengan apa-apa DAN mengakui sepenuhnya ajaran wakil Tuhan ketika itu. Untuk zaman Nabi Ibrahim, wakil Tuhan yang utama ialah Nabi Ibrahim sendiri. Ringkasnya: “Tidak ada Tuhan/ Ilah selain Dia, dan Ibrahim itu pesuruhnya.”


Oleh kerana wakil Tuhan itu mengikut zaman, maka untuk zaman kita ini jadinya: “Tidak ada Tuhan/ Ilah selain Dia (Allah), dan Muhammad itu pesuruhNya.”


Dari segi syariat pula, syariat untuk setiap wakil Tuhan (rasul/ nabi) ada bahagian yang sama dan ada bahagian yang berbeza. Sesuatu syariat itu turun mengikut keperluan pada zaman itu. Ringkasnya, syariat Nabi Ibrahim itu ada yang masih wujud dan ada yang sudah tidak wujud.


Kesimpulan kepada soalan anda, agama Nabi Ibrahim masih wujud 100% dari segi tauhidnya.



Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

24 FEBRUARI 2009

4 comments:

Anonymous said...

kalau tak silap saya agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim disebut sebagai agama Hanif.

Alexanderwathern said...

Ya, itu salah satu nama yang biasa disebut.

9 Oktober 2010

Anonymous said...

CARI GOLONGAN SHABII DI DALAM BUKU PROF HAMKA "ASAL USUL UMAT ISLAM" MEREKA MEGESAHKAN MEREKA AGAMA KETURUNAN UMAT NABI SYITS.TQ

Neutronboy said...

Betul ke, kitab Veda tu dikatakan mashaf/ suhuf Nabi Ibrahim yg hilang?

Dikatakan, bahawa Hindu ni asalnya ialah agama Hanif Nabi Ibrahim..

boleh x tuan ulaskan? antara situasi yg jelas ialah apabila, Orientalis mengatakan kita menganut agama hindu sejak awal melayu klasik/ purba tp tun sri lanang, dalam tulisannya menyatakan yg kita ni dulunya, asal muasal penganut agama hanif, Nabi Ibrahim.

Intersection ni sangat kontroversi...

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails