Tertera pada lencana itu lambang "Mata Satu" yang biasanya dikaitkan dengan Dajjal dan pejuang-pejuangnya. Di atas gambar mata itu ada sebuah mahkota. Jika hendak ditafsirkan lambang ini, ia mungkin membawa maksud Dajjal menjadi raja atau Raja Dajjal, iaitu raja yang dinanti oleh kaum Yahudi. Kemudian, sesuaikah bentuk mahkota itu dengan mahkota raja-raja Arab? Entahlah.
DIKATAKAN inilah contoh seorang anggota keselamatan negara Arab Saudi. WaAllahua'lam. Perhatikan lencana di bahu kirinya.
Ini satu lagi contoh lencana dan seragam pihak keselamatan negara itu. Boleh nampak "Mata Dajjal" dan mahkota?
Ini pula DIKATAKAN salah satu 'button'/butang pada pakaian seragam pihak keselamatan negara itu, iaitu pada bahagian kolar baju. WaAllahua'lam. Pada butang itu terdapat "Mata Satu" dan di atasnya mahkota.
Satu butang lagi. Gambar peralatan di tengah-tengah itu kita tahu sinonim dengan Masonic, kongsi gelap Dajjal juga. Di atasnya tetap ada mahkota. Siapa raja kepada para Mason? Tentunya Dajjal, raja yang dinanti-nanti khususnya oleh para Yahudi.
Bagaimana dengan yang ini? Bentuk segitiga berwarna hitam yang biasanya boleh kita kaitkan dengan 'piramid' (salah satu simbol yang sering digunakan oleh kongsi-kongsi gelap Dajjal) di tengah-tengah peta negara Arab Saudi?
Namun begitu, gambar ini perlukan sandaran yang lebih kukuh kerana tompok hitam segitiga itu boleh ditambah melalui suntingan gambar. Ada maklumat tambahan? Sila tinggalkan pesan di ruang komen.
Gambar ini pula DIKATAKAN diambil di Masjidil Haram. Lantai dan orang ramai dalam gambar ini memungkinkan ia memang di Masjidil Haram. WaAllahua'lam. Perhatikan gambar peta Arab Saudi di bawah Mata Satu. Mata Satu pula di bawah mahkota.
WaAllahua'lam.
Tulisan ini sekadar pencetus bicara. Semoga ada pihak-pihak yang dapat meneruskan kajian lanjut.
Abu Zulfiqar
30 OGOS 2012
*Sekiranya semua ini benar, rasa-rasa ada kaitan tak Mata Satu dengan fahaman Salafi Wahhabi dan Gerakan Wahhabi?
Rujukan dan asal gambar-gambar : http://wakeupfromyourslumber.com/blog/lindquist/kingdom-blind-one-eyed-man-shall-be-king
9 comments:
salam..saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT utk mengerjakan umrah pada bulan 3 thn lepas dan memang benar gambar lencana yg tuan tunjukkan di atas sekali itu adalah lencana pegawai keselamatan arab saudi.namun 2 gambar yg ditengah itu adalah lencana yg lama utk pegawai keselamatan..yg dibawah sekali gambar kt vest tu kalau tak silap saya dipakai oleh pertubuhan macam RELA di Msia.saya memang perasaan ada 2 logo yg berbeza yg dipakai oleh 2 pertubuhan di sana tp logo yg bawah 2 saya tak dpt nk pastikan..cuma yg atas tu mmg sah dan masih dipakai sekarang..saya pon ada menyimpan gambar logo yg diatas tu sebagai bukti..hehe..tp yg bawah sekali tadak gambaq dia..wallahualam.
Wlksm tuan. Terima kasih banyak atas perkongsian maklumat yang mengesahkan lagi hal ini.
mmmm aku ada baca buku rothchild yahudi kepercayaan dajjal oleh ibnu yaacob. ala serba sedikit teori konspirasi dajjal di arab saudi melalui raja arab saudi yang berketurunan yahudi qainuqa...wallahua'lam.
sangat menarik tuan.. terima kasih atas perkongsian..
menarik tuan.. terima kasih atas perkongsian..
Salam. Mohon pencerahan lagi dan lagi -HZ
salam tuan, minta copy yer..utk diletak dlm blog ana sbgai rujukan. jazakallah khair ats infonya..
Salam. melalui hubungan Arab Saudi & gerakan freemnson dunia ini.. ada gua ceritakan dlm blog gua mengenai perihal yg dah lama dirancang ini..
sila baca disini: http://darah-satria.blogspot.com/2013/09/agenda-yahudi-hancurkan-negara-islam.html
Arab Saudi dikuasai oleh puak Wahabi.. Wahabi berkerjasama dengan Musuh Islam. sebab itu kita lihat. ketika Iraq, Syiria, Lubnan diserang, Arab Saudi tdk turun membantu.
Lagi satu.. raja di Arab Saudi itu bukanlah raja dari keturunan Nabi saw, mereka diangkat oleh penguasa penjajah British dlm meluaskan pengaruh Wahabi kesegenap Arab Saudi. Keturunan Nabi ini lari dari dibunuh oleh puak2 Wahabi ini sehingga ke Nusantara. sebab itu. titisan jurai Nabi saw ada di Nusantara ini... disinilah akan bangkitnya pemegang panji Al Mahdi.
Konspirasi yg sukar dijelaskan dlm agenda penguasa2 dunia skrg ni. Dalam hadits Abu Hurairah R.A , Rasulullah Shallalahu'alaihi wassalam "di akhir zaman umatku berpecah menjadi 73 golongan & 1 golongan yg akan masuk ke syurga(Benar)" Diriwayatkan oleh Abu Dawud Kitab as-sunnah . Tapi pada pandangan sayalah , dajjal bukanlah mata 1,matanya 2 tapi hanya buta 1. Mungkin utk lambang mata 1 bawah mahkota tu mungkin menunjukkan Allah S.W.T yg Maha Agong/Raja Seluruh alam (mahkota) & Mata 1 tu menunjukkan bahawa hanya ada 1 Tuhan iaitu Allah S.W.T yg Maha Melihat/Mengetahui gerak geri hambanya. Namun apa pun WaAllahua'lam . Perlu tnya pendapat ulama'yg lebih arif utk mendapat kebenaran (sahih).
Post a Comment