Seorang ustaz terkenal
berkuliah dan bersoal jawab dengan hadirin dalam satu siaran televisyen.
Saya pernah mengikuti kuliah ustaz ini
beberapa kali ketika masih menuntut di kolej dulu. Dia akan datang berkuliah
pada setiap malam Jumaat. Memang menarik penyampaiannya. Ustaz ini juga seorang
doktor dan ada klinik sendiri. Saya pernah mendapatkan rawatan di kliniknya,
dan cara dia berinteraksi dengan pesakit memang gred A. Melihat dirinya dan
mendengar cakapnya, membuatkan hati kita berasa sejuk. Kuliah dan bukunya
sering mendapat sambutan kerana dia berpengetahuan luas dalam beberapa bidang.
Perkara yang ingin saya sentuh di sini ialah antara isi
kandungan kuliahnya dalam siaran televisyen itu. Dia menolak sama sekali cerita
bumi kita ini di atas tanduk lembu sebagaimana yang didapati dalam kitab
tafsir. Hmmm…. bagaimana kalau saya katakan yang saya akan pertahankan pegangan
para ulama terdahulu bahawa bumi kita ini memang di atas tanduk lembu?
…………………………………………….???
Sebenarnya perkara ini ada penjelasannya jika kita
merenung lebih dalam, memandang lebih jauh atau paling mudah bertanya kepada
yang tahu kalaupun tidak dapat atau tidak mahu bertanya kepada yang ahli. Saya
pernah bentangkan serba-sedikit akan hal ini dalam salah satu kuliah saya di
sebuah surau beberapa tahun lepas.
Bersedia untuk mengembara bersama-sama saya? Saya bukan
orang yang ahli dalam hal ini, tetapi saya ada sedikit pengetahuan tentangnya.
Kita mulakan.
LANGKAH PERTAMA :
Kita pilih salah satu cerita berkaitan sebagai contoh.
Antara yang popular ialah : “Bumi kita di atas tanduk lembu, dan lembu di atas
ikan. Apabila lembu menggerakkan kepalanya/tanduknya, maka berlakulah gempa ke
atas bumi.”
LANGKAH KEDUA :
Kita ambil satu contoh. Saya mengatakan bahawa : “Kuala
Lumpur di atas jantung pisang, dan jantung pisang di atas semut besar. Sekiranya
semut besar itu berjalan pergi, bergoyanglah jantung pisang. Apabila bergoyang
jantung pisang, maka bergoyanglah Kuala Lumpur. Berlakulah ribuat taufan di
Kuala Lumpur.”
Bagaimana? Percaya atau tidak? Menolak mentah-mentah,
ataupun mahu mengkaji, ataupun mahu
bertanya kepada yang ahli terlebih dahulu? Katakanlah kalimah-kalimah di atas
tadi berada dalam sebuah kitab tafsir Al-Quran, apakah kita mesti terus
menolaknya tanpa kaji-kaji lagi?
Orang yang tidak mahu berfikir lebih jauh tentu akan
terus mengatakan semua itu karut. Mana mungkin Kuala Lumpur berada di atas
sebiji jantung pisang, dan jantung pisang itu pula berada di atas seekor semut
besar. Kemudian, apabila semut besar itu berjalan, jantung pisang akan turut
bergoyang. Apabila jantung pisang di atas badan semut itu bergoyang, maka bergoyanglah
Kuala Lumpur. Karut komedia belaka!
Baiklah, saya kisahkan rahsianya di sini. Saya sebutkan
rahsia kerana ia menjadi rahsia kepada kebanyakan orang hari ini. Tapi bagi
orang-orang zaman silam, ramai yang biasa-biasa sahaja kalimah-kalimah
sebegini.
Bacalah Hikayat Merong Mahawangsa. Orang yang tidak mahu
berfikir panjang tentu menyangkakan wujudnya burung garuda, helang dan jentayu
yang saling boleh berkata-kata sesama sendiri dan dengan manusia, malah
terlibat dalam pertarungan dengan manusia. Sebahagian lagi menolak terus lalu
mendakwa ia sebagai mitos, dongeng, lagenda dan lain-lain. Padahal bagi orang
yang ahli atau yang mengkaji, haiwan-haiwan itu bukan yang sebenarnya, tetapi
ia melambangkan kumpulan manusia berupa angkatan tentera atau kerajaan. Hari
ini sudah ramai yang boleh menerimanya, kerana mereka sudah mulai faham. Begitu
jugalah nasibnya dengan contoh yang saya bawa, dan kisah benar tentang bumi
kita ini di atas tanduk lembu.
Apabila saya mengatakan Kuala Lumpur di atas jantung
pisang, maksudnya bumi Kuala Lumpur itu bergantung kepada bumi Semenanjung
Tanah Melayu, yang bentuknya macam jantung pisang. Jika berlaku sesuatu kepada
bumi Semenanjung Tanah Melayu, bumi Kuala Lumpur juga akan terpengaruh. Betul
kan?
Apabila saya mengatakan jantung pisang itu di atas semut
besar, maksudnya bumi Semenanjung Tanah Melayu ini bergantung kepada bumi
Sumatera, yang asal namanya ‘semudra’ yang bermaksud ‘semut besar’. Apa yang
berlaku kepada pulau Sumatera, akan mempengaruhi bumi Semenanjung Tanah Melayu.
Betul kan?
Sekiranya semut besar itu bergerak pergi (pulau Sumatera
tidak berada di lokasinya hari ini), maka jantung pisang akan bergoyang
(Semenanjung Tanah Melayu akan menerima angin monsun barat daya secara terus
tanpa penghadang). Apabila jantung pisang (Semenanjung) terdedah kepada angin
kuat dari barat daya, Kuala Lumpur akan selalu hujan ribut malah taufan. Betul
kan?
Baik, sekarang anda boleh terima atau tidak jika saya
mengatakan : “Kuala Lumpur di atas jantung pisang, dan jantung pisang pula di
atas semut besar. Sekiranya semut besar itu berjalan pergi, bergoyanglah
jantung pisang. Apabila bergoyang jantung pisang, maka bergoyanglah Kuala
Lumpur.”
Saya yakin, kalau awalnya tadi 90% menolak, 9%mengambil
sikap berhati-hati dan hanya 1% yang percaya, kini 90% sudah percaya. Mereka
tidak lagi mengatakan ini kisah Israiliyyat, dongeng, mitos, legenda dan sebagainya.
Begitulah halnya dengan nukilan ulama mengatakan bumi ini di atas tanduk lembu,
dan lembu itu pula di atas ikan.
*bersambung lagi... akan diupdate insyaAllah.
12 comments:
insyALLAH...
Salam,
Tuan, jangan la bikin saspen lama sangat...
Wlksm Zaminc. Lewat sikit, sebab sedang sibuk dengan orang2 yg mengaku diri mereka Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim : )
Salam,
Tuan.. cerita bumi berada di atas lembu ini memang diceritakan oleh Allahyarham Opah saya, yg katanya daripada ustaz2 di zamannya jua.
dan ada tambahan dan sedikit kelainan, dikatakan lembu tersebut memakan rumpun serai.. apabila habis di kanan, maka akan bertukar ke kiri... itu yg menyebabkan gerak gempa... dan oleh kerana itu jua... lembu di dunia ni tak makan serai :)
mana la otak budak2 sains mcm saya ni nak terima.....
teruskan dgn penjelasan tuan....
Assalamualaikum ustaz...
menarik penerangan ustaz ..saya tunggu kesudahan nye...
salam ustaz, artikel ni keluar pada majalah SOLUSI bulan Sept tak silap saya. Saya menyimpulkan bahawa "bumi berada diatas tanduk lembu" ini dokategorikan sebagai Metafora. Pada pandangan saya yang kurang arif ini, kebanyakkan kupasan berkaitan agama diumpamakan dengan alam sekeliling untuk menyenangkan orang ramai faham akan maksud sesuatu hujah tersebut. Betul tak?
Insyaallah ,saya mesti mau dengar lagi...cerita yang masuk dek akal..hehe
Insyaallah, saya mau dengar lagi citer seterusnya.
Assalamu'alaikum
Jika yang dimaksud "kerbau" itu ialah suatu kiasan (perumpamaan), bisa saja diterima asalkan ada penjelasan logis :)
Analogi yg anda beri boleh disamakan dengan begini :-
"BODOH ATAS BAHALUL ATAS BANGANG DAN ATAS GILA BABI"
CERITA ISRAELIYAT.
Cerita2 orang tua2 haruslah kita beri renungan...contohnya seperti 'bumi di atas tanduk lembu'...kalau kita renungkan maksudnya...kita dapati bahawa maksudnya bumi di atas tanduk lembu itu ialah bahawa 'bumi ini berada di atas tiupan sangkakala'...sebagaimana dipercayai sangkakala itu berbentuk seperti tanduk lembu...Allah Ta'ala telah menugaskan satu malaikat (saya kurang pasti nama malaikat tersebut) menjaga sangkakala tersebut...malaikat yang menjaga sangkakala tersebut sentiasa dengan taat setia dan bersiap sedia setiap masa menunggu perintah dari Allah sehingga muncung sangkakala tersebut sentiasa berada di bibir malaikat tersebut...barangkali itulah maksudnya kata orang2 tua bahawa bumi berada di atas tanduk lembu...orang2 melayu dahulu begitu kaya dengan peribahasa simbolik yang mempunyai maksud tersirat...jadi jenerasi2 melayu akhir zaman inilah yang memang bodoh2 belaka...tidak pernah ada otak mahu berfikir sebab apa dikatakan bumi di atas tanduk lembu...
Planet Bhumi di atas tanduk lembu ada kaitan dgn buruj lembu jantan atau taurus. Asalnya kalimat Arab, tsauron.
Kalau anda tahu hukum fizik atau belajar astro fizik, memang bumi ini asalnya dari gugusan bintang Tsauron itu yg sudah malap itu jutaan tahun dulu. Cuma cahayanya baru saja sampai ke anak mata kita sekarang. Tafakkur.
Post a Comment