Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, August 14, 2012

Jawapan kpd Akuan Sumpah Pemuda Bani Tamim Lombok


ABDUL AZIZ YANG MENGAKU SEBAGAI PEMUDA BANI TAMIM MENULIS KEPADA SAYA :
Kalau kalian ingin saya bersumpah dengan sumpah yang tak pernah terucap dari siapa pun maka saya akan bersumpah.

Tapi ingat sumpah saya tidak bermanfaat sedikit pun jika kalian tidak percaya kepada bayan (keterangan) dari alqur'an oleh Imam Naser Muhammad AlYamani

ASYHADU ANLA ILAHA ILLALLOH
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLOH
WA ASYHADU ANNA NASIR MUHAMMAD ALYAMANI HUA AL-MAHDI AL-MUNTAZHAR AKHIRU KHULAFAAILLAHI FIL ARDH

Aku bersumpah demi Alloh yang Agung jika dakwahanku atas diriku adalah dusta maka aku sangggup dan rela ditempatkan di jantung neraka yang terpanas selama-lamanya, dan aku sanggup menanggung seluruh dosa orang-orang yang meyakini Imam Naser sebagai AlMahdi AlMuntazhar dan aku sebagai Pemuda Bani Tamim jika ternyata di kemudian hari imam dan aku bukanlah seperti yang mereka yakini.
Saksikanlah sumpahku ini oleh kalian dan Alloh juga adalah saksi atas sumpahku..

dan sumpah ini sebarkan ke siapa saja yang kalian kenal

(Abdul Aziz Muhammad Nasir Ahmad Abdul Ghani Al-Anfenani Al-Indunisiy)
Tanda tangan saya (4JJI) ..
---------------------------------------

Ustadz Zulfikar silahkan anda bersumpah bilang saja kami ini pendusta dengan sumpah kamu dan kamu jamin pengikutmu seperti saya menjamin pengikut saya dan pengikut Imam Naser.



JAWAPAN KEPADA ABDUL AZIZ :
Tuan Abdul Aziz.

Kaedah bersumpah seperti ini memang agenda biasa pada mana-mana ajaran sesat apabila ternyata Al-Quran dan As-Sunnah tidak menyokong ajaran mereka, lebih-lebih lagi apabila hujah-hujah mereka sudah longgar lalu runtuh.  Untuk pengetahuan anda, sudah banyak kali saya berhadapan dengan pelbagai bentuk ajaran sesat, maka banyak lenggok silat mereka sudah saya sedia maklum. Cara ajaran-ajaran sesat itu berhujah lebih sama sahaja. Kaedah bersumpah seperti ini pun sebenarnya satu taktik yang sudah sangat kuno. Di Malaysia ada seorang yang mengaku dan diangkat sebagai rasul, dan salah satu sandaran yang digunakannya ialah kaedah bersumpah juga. Hal ini kerana :

“Yang benar sudah datang dan yang bathil sudah lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (Al-Isra’ : 81)

Dengan kaedah bersumpah murahan seperti ini wahai Abdul Aziz, anda memang boleh menarik orang-orang awam yang jahil, namun orang-orang yang berfikir panjang tidak akan terpedaya.

Bukankah Allah sudah mengatakan :
 “Dan tiadalah mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang MENGGUNAKAN AKAL FIKIRANNYA.” (Al-Baqarah : 269).

Orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal fikirannya, tetapi BERTAQLID BUTA kepada Nasser Mohamed dan anda wahai Abdul Aziz, memang akan menjadi lembu tunggangan kalian.

Satu hal yang pasti, kami yang menolak dakyah anda tidak meminta pun kamu bersumpah. Kami minta hujah-hujah yang ilmiah yang mesti kalian bentangkan, sebagai menjawab segala kesalahan dalam ajaran yang kamu bawa ini.  

“Berikanlah keterangan-keterangan kamu, jika kamu orang yang benar.” (Al-Baqarah : 111)

Sehingga kini anda dan para pendukung anda masih gagal memberi penjelasan, sebaliknya hanya mampu memberi sumpah seranah, ancaman azab, atau beri link ke forum Si Nasser sahaja.  Kemudian menghina seluruh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah kononnya mereka memecah-belahkan umat Islam dengan mengadakan mazhab-mazhab. (Bukankah kalam Si Imam Nasser sendiri mengatakan diri dan pengikutnya bukan Ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni)? ) Itu sahaja yang pemuda Bani Tamim mampu lakukan? Bagaimana mahu membawa panji-panji Al-Mahdi?

Allah sudah berpesan kepada kita :
“Dan janganlah engkau patuhi setiap orang YANG SUKA BERSUMPAH dan suka menghina.” (Al-Qalam : 10)

Sebab itu sumpah murahan anda ini tidak ada nilainya bagi kami. Kami tahu, anda sudah tergugat dengan pembongkaran-pembongkaran yang kami lakukan. Sebab itu kini anda mempraktikkan teknik bersumpah sebagai perisai kamu, dengan harapan kami akan mengatakan : “Wahhh, hebatnya Si Abdul Aziz! Kalau sebegitu hebat sumpahnya, maka nyatalah dia orang yang benar!”

Malangnya… hal itu tidak akan berlaku, kerana kami sudah masak benar dengan helah-helahmu, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT sendiri :
“Mereka MENJADIKAN SUMPAH-SUMPAH MEREKA SEBAGAI PERISAI, lalu mereka menghalangi dari jalan Allah. Sungguh, betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian itu sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir, maka hati mereka dikunci, sehingga mereka tidak dapat mengerti.” (Al-Munaafiquun : 2-3)

Kami yakin, sebelum menganut ajaran Si Nasser, dulunya anda dan orang-orang anda menganut faham Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Tapi sekarang kalian sudah berubah.

MENAMBAH SYAHADAH seperti yang anda lakukan wahai Abdul Aziz juga bukan daripada ajaran Islam. Apabila anda meletakkan kalimah “wa” (yang bermaksud “dan”), itu penambahan syahadah yang mungkar. Jika anda tidak meletakkan “wa” di situ, masih boleh dipertimbangkan. Maka apabila berlaku penambahan syahadah sebegitu, jelas-jelas anda sedang menganut ajaran sesat.

Perlakuan seperti ini dikisahkan oleh Allah SWT sebagai :
“Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya, dan Allah sudah mengunci mati pendengaran dan hatinya, dan meletakkan penutup atas penglihatannya.” (Al-Jaasiyah : 23)

Kepada para peminat Nasser dan Abdul Aziz, tinggalkanlah kaum-kaum yang suka-suka hati menyelewengkan syahadah seperti ini. Biarkanlah mereka berdua sahaja  yang sesat, kalian kembalilah ke pangkal jalan, ke pangkuan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kepada anda wahai Abdul Aziz, pulanglah ke pangkuan ASWJ. Tinggalkan Si Nasser itu. Dan jika anda berkemampuan, dakwahkan agar Si Nasser juga kembali ke dalam pelukan ASWJ.

Dalam Islam, kaedah bersumpahnya juga tidak melalut-lalut seperti yang anda pamerkan. Cukup dengan “Wallahi” dan jika perlu cukup dengan tambahan “laknat Allah ke atas aku.” Saya faham, anda mengarang sumpah yang sebegitu dengan harapan dapat meraih simpati dan menakluk hati-hati orang lain. Ia tidak lebih daripada kata-kata manis untuk mengaburi mata.

Yang akhirnya, jika kamu kepingin benar hendak mendengar saya bersumpah, yah, saya akan berikan satu, iaitu pada bahagian yang paling penting, iaitu dari sudut aqidahmu.

Daripada tulisan-tulisan sebelum ini, kita sedia faham yang ada SESUATU masuk ke dalam diri anda hinggakan anda berasa sakit, dan benda itu berkata-kata di dalam diri anda. Kita petik tulisan berkaitan :
“Kemudian ibunya (ibu kepada Abdul Aziz) bertanya kepadanya (Abdul Aziz) : “Kenapa kamu nak (anak)? Ada apa denganmu?” Dia menjawab : “Ada SESUATU YANG MASUK DALAM DADAKU dengan melafazkan : “Alqiyamah, Alqiyamah.”

Kemudian SESUATU yang masuk ke dalam badan anda itu berkata :
“Kamu adalah CUCU (keturunan) NABI IBRAHIM yang membangun Ka’abah. Dia (Nabi Ibrahim) membangun Ka’abah ini UNTUKMU.”

Hebat! Anda tiba-tiba menjadi cucu Nabi Ibrahim. Adakah cerita tentang cucu Nabi Ibrahim di akhir zaman ini dalam Al-Quran dan hadith? Lebih hebat lagi, Nabi Ibrahim membina Ka’abah itu adalah untuk anda! Dalam Quran, adakah kisah yang mengatakan Nabi Ibrahim membina Ka’abah itu untuk Abdul Aziz yang akan datang pada akhir zaman nanti?

Kemudian anda dinampakkan satu makhluk besar bersayap yang memukul air laut yang diyakininya sebagai Malaikat Jibril. Terjadi lagi dialog antara anda dengan SESUATU yang masuk ke dalam diri anda:

“Jika (yang bersayap) itu adalah Jibril, maka siapakah engkau (yang sedang berada dalam diriku ini)?” Di sinilah SESUATU yang memasuki dirinya menjawab : “AKULAH ALLAH YANG MAHA SUCI DAN AGUNG, TUHANMU DAN TUHAN SEMESTA ALAM.”

Oleh itu, saya mengatakan :

“Wallahi, yang masuk ke badan anda dan berkata-kata dengan anda itu, yang anda akui sebagai Tuhan itu bukanlah Allah.”

Allah SWT tidak terpengaruh dengan tempat, posisi, luar dalam, keluar masuk, arah, sempadan, batas, tepi dan lain-lain. Yang terpengaruh dengan itu semua tidak lain ialah makhluk, yang mengaku sebagai Allah.

“Aku berlindung dengan Rabb manusia, Penguasa manusia, Ilah manusia, daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, YANG BERKATA-KATA KE DALAM DADA MANUSIA, dari kalangan jin dan manusia.” (Surah An-Naas)

Makhluk inilah yang masuk dan berkata-kata di dalam dadamu, lalu mengaku sebagai Allah, wahai Abdul Aziz.

Wahai Abdul Aziz dan para penyokong Abdul Aziz, kembalilah kalian ke jalan yang lurus, jalan Ahli Sunnah wal Jamaah. Saya bukan suka bersumpah-sumpah seperti anda, tapi sekadar untuk anda mengerti, saya tidak gentar mempertahankan kebenaran. WaAllahua’alm.

Abu Zulfiqar
14 OGOS 2012
1.52 a.m.

8 comments:

Lasqarpelangi said...

May Allah bless you Ustaz....

Unknown said...

Tak payah layan manusia sesat ni buang masa jer..dua bukan nak ikot apa kita ajar atau nasihat especially puak puak syiah nih...

Unknown said...

Uztaz saya ingin berjumpa uztaz..ada perkara yang saya ingin bincang kan...

Unknown said...

Uztaz saya ingin berjumpa uztaz..ada perkara yang saya ingin bincang kan...

Unknown said...

trmksh utk uraiannya,sy sdng mencari" bnyk hal ttg mereka brdua.. apkh sy hrs prcy atw tdkg

Unknown said...

trmksh utk uraiannya,sy sdng mencari" bnyk hal ttg mereka brdua.. apkh sy hrs prcy atw tdkg

Alexanderwathern said...

Ed Vedder, maaf lewat membalas. Hari ni baru ada peluang nak semak komen2 yang banyak. Saya di Taiping. Tuan di mana?

Unknown said...

trims akhi alex;;ssguhnya kemungkaran keingkaran itu lemah jelik,kabur sifatnya..bagaimana pun mereka berdalil,pasti akan di tnjukkan Illahi syubhat pendustaan kufur mreka,tergamak berdusta di atas namaNYA dan prutusanNYA..mohon ptunjuNYA melingkari glongan2 sdemikian..aminn..

Related Posts with Thumbnails