Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Friday, August 31, 2012

Mengapa Al-Mahdi Lombok Sudah Lari?


PENDAHULUAN

Abdul Aziz bin Muhammad Nasir dari Lombok mengakui Allah masuk ke dalam dadanya dan berkata-kata. Kononnya Allah mengangkat diri Aziz Lombok itu sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim (merangkap Pemuda Bani Tamim), dan Ka’abah itu sendiri didirikan oleh Nabi Ibrahim adalah untuk Aziz Lombok.  

Di Yaman pula, seorang lelaki bernama Nasser Mohamed mengaku sebagai Al-Mahdi. Nasser Yaman mendakwa semua mazhab adalah tersesat dan memecah-belahkan umat Islam. Maksudnya imam mazhab yang empat dan ribuan tokoh ulama ASWJ adalah tersesat dan pemecah-belah umat Islamlah. Oleh itu Nasser Yaman membawa ajaran baharu yang kononnya bakal menyatukan seluruh umat Islam.

Aziz Lombok terus mengakui Nasser sebagai Imam Mahdinya. Dia juga mendakwa Allah memberitahunya bahawa Nasser Yaman ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Muhammad, manakala dirinya sendiri ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim merangkap Pemuda Bani Tamim kepada Nasser Yaman. Konsep ‘2 Al-Mahdi’ ini memang membingungkan, tapi masih ada juga segelintir orang yang percaya.

Selepas lebih kurang satu bulan berbalas dialog dengan para pejuang dari Malaysia dan Indonesia bermula sejak pertengahan Ramadhan lepas, ajaran mereka semakin tergugat. Jika dibiar lama, tidak mustahil akan runtuh terus. Dari sehari ke sehari hujah-hujah para pejuang semakin membanjiri Aziz Lombok dan orang-orangnya, dan kebanyakannya tidak mampu dibalas dengan ilmiah, melainkan dengan sentimen dan hal-hal ghaib. Akhirnya mereka ‘memutuskan hubungan’ di Facebook dengan mana-mana individu yang banyak menggugat dan membuka tembelang mereka.

“Yang benar sudah datang dan yang batil sudah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap.” (Al-Isra’ : 81)

MENGAPA MEREKA TAKUT?

Tidak lain kerana penyokong Abdul Aziz Lombok sudah berpecah. Kalau dulunya mereka semua yakin 100% bahawa Aziz Lombok ialah Pemuda Bani Tamim yang juga Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim, kini sudah ada yang kurang percaya malah ada yang sudah tidak percaya lagi.

Daripada tulisan-tulisan mereka di serata Facebook, sudah nampak sokongan terhadap Aziz Lombok semakin longgar. Hal ini kerana mereka sudah mula membaca artikel demi artikel yang kita hasilkan, yang di dalamnya membongkar apa yang lemah dan apa yang salah dalam ajaran Aziz Lombok. Artikel-artikel kita sarat dengan sandaran Al-Quran, As-Sunnah dan ilmiah, manakala pihak Aziz Lombok lebih banyak menggunakan sentimen dan bersandarkan hal-hal ghaib. Sesiapa yang bijak membuat pertimbangan, insyaAllah akan selamat. Sesiapa yang beriman kepada ajaran Aziz Lombok secara bertaqlid buta tanpa berani membuat pertimbangan, di situlah mereka selamanya.

Hasilnya, mereka yang mendapat pencerahan daripada tulisan-tulisan kita sudah mula berani mengkritis Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya, walaupun cara mereka nampak lunak dalam mengkritis, kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai orang yang tiba-tiba menolak. Sebahagiannya pula sudah mendiamkan diri, maksudnya tidak lagi mempromosikan Aziz Lombok sebagaimana ketika mereka mula-mula mendapat ajaran itu. Ertinya, mereka sudah kurang atau tidak mahu tetapi tidak ditunjukkan secara terang-terangan.

Alhamdulillah syukur, sudah ada juga antara mereka yang sebelum ini percaya akan Aziz Lombok, sudah menolaknya, tapi mereka masih teguh berpegang kepada ajaran Nasser Mohamed yang mengaku sebagai Al-Mahdi. Mereka tidak lagi percaya Aziz Lombok itu Pemuda Bani Tamin, Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim dan tidak percaya lagi dakwaan Aziz Lombok kononnya Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk diri Aziz Lombok. Mereka juga tidak percaya yang Allah boleh masuk ke dalam dada Aziz Lombok dan berbual di dalamnya. Pada mereka, Aziz Lombok hanyalah perosak dan membawa imej yang tidak baik kepada ajaran Nasser Mohamed. Mereka tidak mahu lagi dikaitkan dengan Aziz Lombok, walaupun mereka mahu terus dikaitkan dengan Nasser Mohamed.

Selama hari ini, pengikut Aziz Lombok percaya yang Aziz Lombok mengiktiraf Nasser Yaman sebagai Al-Mahdinya, dan Nasser Yaaman juga mengiktiraf Aziz Lombok sebagai Pemuda Bani Tamimnya. Tapi selepas kita minta Aziz Lombok tunjukkan bukti yang Nasser Yaman mengakui Aziz Lombok sebagai Pemuda Bani Tamim, sehingga sekarang  (31 OGOS 2012) dia gagal memberikannya. Sudah lama hal ini, dan dialog bertulis kami itu dibaca oleh para pengikutnya. Apabila diminta bukti, dia berhelah dengan menyuruh kita cari sendiri dalam laman Nasser Yaman.  Cari punya cari, memang tak ada. Akhirnya Aziz Lombok lari begitu sahaja. Tapi dialog ini disaksikan oleh para pengikutnya. Sebab itulah kini sebahagiannya sudah mula meragui ajaran Aziz Lombok.

Kita minta beberapa bukti yang mengatakan Nasser Yamani mengakui :
1.       Aziz Lombok ialah Pemuda Bani Tamimnya.
2.       Aziz Lombok ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim.
3.       Yang masuk ke dalam dada Aziz Lombok dan berbual-bual itu memang betul Allah SWT.
4.       Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk Aziz Lombok.

Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya sangat tergugat dengan permintaan ini. Jelaslah bahawa Nasser Mohamed tak tahu menahu pun tentang dakwaan-dakwaan Aziz Lombok ini. Oleh kerana tidak mahu terus kehilangan penyokong demi penyokong, mereka mengambil langkah ‘unfriend’ dan menyingkirkan kami daripada laman Al-Mahdi mereka.

Apabila orang ramai bersuara mahukan bukti-bukti, Aziz Lombok dan pengikut tegarnya akan mengalihkan jawapan mereka dengan menyuruh orang ramai membaca sahaja risalah-risalah dan bayan-bayan Nasser Mohamed. Maksudnya mereka memang tidak ada bukti dan berharap orang ramai akan terpesona dengan tafsir-tafsir hebat (kononnya) oleh Nasser Mohamed. Strateginya, apabila orang ramai terpaut hati dengan tafsir-tafsir Nasser, orang ramai secara tidak langsung tentunya akan menyokong Aziz Lombok. Mereka tidak suka kalau orang ramai bertanya itu ini kepada mereka, melainkan hendaklah percaya bulat-bulat tanpa sebarang ruang mengkritis atau membuat pertimbangan.

“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah : 269)

Hal di atas sangat merunsingkan Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya, hinggakan mereka terpaksa menghantar ‘posting’ bernada pujukan dan kata-kata pemulih semangat kepada orang-orang yang mereka lihat sudah menurun sokongannya pada ‘Wall’ Facebook masing-masing. Namun usaha itu tidak banyak membuahkan hasil. Maka mereka terpaksa menjauhkan diri dari pejuang-pejuang yang boleh menggugat ajaran mereka.

PENUTUP

Kesimpulannya, Ajaran Aziz Lombok ialah ajaran yang salah. Lagi banyak mereka berdakwah, lagi banyak kelemahan dan kesalahan mereka akan terbongkar, percayalah. Kepada Aziz Lombok dan para pengikutnya, kami peringatkan agar kembalilah kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya, bukannya mengimani sesuatu secara bertaqlid buta. Tinggalkanlah Syahadah yang direkacipta oleh Aziz Lombok, yang menjadi 3 Kalimah Syahadah itu. Tinggalkan juga pegangan yang mengatakan “tidak ada yang mustahil bagi Allah”. Kembalilah kepada ajaran ASWJ yang mengatakan “ada yang mustahil bagi Allah, dan ada yang tidak mustahil”.

“Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman.” (Az-Zariyat : 55)

Langkah kita seterusnya? Dengan melemahnya ajaran Aziz Lombok, kita akan punya lebih ruang untuk menghuraikan tafsir-tafsir Quran oleh Nasser Mohamed. Nasser Yaman mendakwa kononnya segala tafsirannya datang daripada Allah, maka tafsirannya kebal daripada kesalahan. Benarkah begitu?  InsyaAllah, kita akan bongkar pula kelemahan dan kesalahan pada Ajaran Nasser Yaman.

Abu Zulfiqar
31 OGOS 2012

Thursday, August 30, 2012

Mata Dajjal dan Pihak Berkuasa Saudi?

Lencana ini DIKATAKAN milik pihak berkuasa (polis) sebuah negara Arab.

 

Tertera pada lencana itu lambang "Mata Satu" yang biasanya dikaitkan dengan Dajjal dan pejuang-pejuangnya. Di atas gambar mata itu ada sebuah mahkota. Jika hendak ditafsirkan lambang ini, ia mungkin membawa maksud Dajjal menjadi raja atau Raja Dajjal, iaitu raja yang dinanti oleh kaum Yahudi. Kemudian, sesuaikah bentuk mahkota itu dengan mahkota raja-raja Arab? Entahlah.



DIKATAKAN inilah contoh seorang anggota keselamatan negara Arab Saudi. WaAllahua'lam. Perhatikan lencana di bahu kirinya.



Ini satu lagi contoh lencana dan seragam pihak keselamatan negara itu. Boleh nampak "Mata Dajjal" dan mahkota?




Ini pula DIKATAKAN salah satu 'button'/butang pada pakaian seragam pihak keselamatan negara itu, iaitu pada bahagian kolar baju. WaAllahua'lam. Pada butang itu terdapat "Mata Satu" dan di atasnya mahkota.




Satu butang lagi. Gambar peralatan di tengah-tengah itu kita tahu sinonim dengan Masonic, kongsi gelap Dajjal juga. Di atasnya tetap ada mahkota. Siapa raja kepada para Mason? Tentunya Dajjal, raja yang dinanti-nanti khususnya oleh para Yahudi.






Bagaimana dengan yang ini? Bentuk segitiga berwarna hitam yang biasanya boleh kita kaitkan dengan 'piramid' (salah satu simbol yang sering digunakan oleh kongsi-kongsi gelap Dajjal) di tengah-tengah peta negara Arab Saudi?

Namun begitu, gambar ini perlukan sandaran yang lebih kukuh kerana tompok hitam segitiga itu boleh ditambah melalui suntingan gambar. Ada maklumat tambahan? Sila tinggalkan pesan di ruang komen.



Gambar ini pula DIKATAKAN diambil di Masjidil Haram. Lantai dan orang ramai dalam gambar ini memungkinkan ia memang di Masjidil Haram. WaAllahua'lam. Perhatikan gambar peta Arab Saudi di bawah Mata Satu. Mata Satu pula di bawah mahkota.

WaAllahua'lam.

Tulisan ini sekadar pencetus bicara. Semoga ada pihak-pihak yang dapat meneruskan kajian lanjut.


Abu Zulfiqar
30 OGOS 2012

*Sekiranya semua ini benar, rasa-rasa ada kaitan tak Mata Satu dengan fahaman Salafi Wahhabi dan Gerakan Wahhabi?

Rujukan dan asal gambar-gambar : http://wakeupfromyourslumber.com/blog/lindquist/kingdom-blind-one-eyed-man-shall-be-king






Sunday, August 26, 2012

Soal Jawab - Pemuda Bani Tamim dan Al-Mahdi


SS MENULIS : Pemuda Bani Tamim itu apa wahai Abu Zulfiqar Amsyari?

ABU ZULFIQAR : Saya hanya ketemu 1 hadith (yang menyebut secara terus) tentang Pemuda Bani Tamim, itu pun hanya riwayat Thabrani.... iaitu :
“Nabi saw sambil memegang tangan Saiyidina Ali bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (iaitu Al-Mahdi). Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu bersama-sama PEMUDA BANI TAMIM. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur, dan dialah pemegang panji-panji Al-Mahdi.” (Thabrani)

SS MENULIS : Bagaimana perihal keterangan Imam Mahdi? Sebelumnya saya ucapkan terima kasih, salam dari Indonesia untuk Abu Zulfiqar Amsyari.

ABU ZULFIQAR : Salam dari saya juga SS, mohon maaf saya kurang mengerti maksud kata-kata anda : "Bagaimana perihal keterangan Imam Mahdi?" Apakah maksudnya mahukan bukti-bukti tentang Al-Mahdi? Atau bagaimana?

SS MENULIS : Ya perihal hadist yang mengkisahkan Imam Mahdi, juga status hadistnya. Mohon maaf saya orang yang masih belajar...

ABU ZULFIQAR : Antara hadith-hadith yang bagus ialah : “Nama yang dikenakan Al-Mahdi ialah namaku, perawakannya seperti perawakanku, akhlaknya seperti akhlakku, dan kuniyahnya ialah Abu Abdullah.” (Abu Daud, Abu Nu’aim)

“Dunia tidak akan kiamat sehinggalah Allah mengutus seorang lelai yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku.” (Thabrani, Al-Hakim, Abu Syaibah)

"Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah." (Ibnu Majah & Abu Daud)

"Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun." (Abu Daud)

"Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja." (Ibnu Majah)

‎"Jika tinggal hanya sehari saja lagi sebelum kiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan saeorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan." (Abu Daud)

Itu sahaja hadith-hadith yang saya kira sesuai untuk kita perhatikan.

SS MENULIS : Subhanallah... Salamun Alaika Ya Rasulullah...

Ajaran Aziz Lombok - Isu Nama Al-Mahdi


Dalam tempoh lebih kurang 20 hari diasak oleh para mujahid dari Malaysia dan Indonesia, semakin banyak kesalahan-kesalahan ajaran Abd Aziz Lombok (yang mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim, Pemuda Bani Tamim, dan Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk dirinya) terkeluar.

Antara yang terkini, dulunya mereka menolak hadith-hadith tentang nama Al-Mahdi (iaitu Muhammad/Ahmad) kerana katanya palsu. Maklumlah, nama Al-Mahdi utama mereka iaitu Al-Mahdi Cucu Nabi Muhammad ialah Nasser (ada dua Al-Mahdi dalam ajaran Nasser Mohamed Yaman dan Abdul Aziz Lombok ini) dan Al-Mahdi sampingan mereka iaitu Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim ialah Abdul Aziz (konsep DUA AL-MAHDI ini memang menyukarkan mereka mendapat sokongan umat Islam). Mereka menolak hadith-hadith berkenaan kerana yakin Nasser tahu hadith mana yang palsu mana yang tidak melalui ilmu ghaib,  tanpa menggunakan kajian ilmu mustalah hadith.

“Dunia ini tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku (ahlul bait, keturunanku), yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU (iaitu Muhammad), memerintah seluruh bangsa Arab.” (Turmizi)

“Dunia tidak akan kiamat sehinggalah Allah mengutus seorang lelai yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU, dan NAMA BAPANYA SEPERTI NAMA BAPAKU.” (Thabrani, Al-Hakim, Abu Syaibah)

“Nama yang dikenakan Al-Mahdi ialah NAMAKU (iaitu Muhammad), perawakannya seperti perawakanku, akhlaknya seperti akhlakku, dan kuniyahnya ialah Abu Abdullah.” (Abu Daud, Abu Nu’aim)


Tapi tiba-tiba sekarang Aziz Lombok mengaku pula pada namanya dan nama Nasser ada nama "Muhammad/Ahmad". Sekejap aja hadith-hadith palsu boleh bertukar jadi hadith-hadith yang diterima pula setelah ajaran mereka diasak bertubi-tubi oleh para pejuang. Jadi, ke mana perginya ilmu ghaib Nasser Mohamed dan ke mana pula perginya keyakinan mereka bahawa Nasser tahu mana hadith yang palsu dan mana yang bukan? Nampaknya ajaran mereka semakin runtuh dan terus runtuh.
.
Ini kata-kata Tuan Aziz Lombok pada 18 Ogos : "Kenapa ALLOH subhanahu wata'ala tidak kasi tau saya tentang nama imam mahdi di tahun 2002 ??? karna nama beliau ada di nama saya #(ABDUL AZIZ MUHAMMAD) + (NASER AHMAD)# jadi dua-duanya nama rasul di ambil MUHAMMAD dan AHMAD sallallohu alaihi wa sallam."

Sudah saya balas, tapi tiada penjelasan lanjut dari Aziz Lombok : "Namanya Abdul Aziz, dari mana datangnya Muhammad? Nama Nasser itu Nasser Mohamed, dari mana datangnya Ahmad?"

Hal ini kerana nama Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim/Pemuda Bani Tamim Lombok ini ialah Abdul Aziz. Nama bapanya Muhammad Nasir/Nashir. Setelah kedudukannya semakin goyah, tiba-tiba pula mahu mengaitkan nama sang bapa dengan namanya, agar nampak ada “Muhammad”nya di situ. Nama Al-Mahdi utama iaitu Cucu Rasulullah pula ialah Nasser Mohamed/Muhammad. Dari mana pula Abdul Aziz mengatakan nama Si Nasser ialah Nasser Ahmad? Takkanlah nama imam sendiri pun boleh terkeliru?

Padahal dulunya mereka menolak hadith-hadith tentang nama Al-Mahdi, siap dengan slogan yang maksudnya lebih kurang : "Lihat ilmunya, bukan namanya." Slogan ini dibuat supaya umat Islam tidak mengaitkan hadith-hadith tentang nama Al-Mahdi iaitu Muhammad/Ahmad dengan Nasser Al-Yamani. Sekarang sudah mula berubah, hendak mengaitkan pula. Sudah jelas bagai matahari, pegangan mereka ini terumbang-ambing, tiada kestabilan dan kacau-bilau. Beginikah ajaran Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim?

Abu Zulfiqar
26 OGOS 2012

Thursday, August 16, 2012

Jawapan Sulung Pemuda Bani Tamim Lombok


Apakah jawapan pertama Abdul Aziz Lombok yang mengaku sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim merangkap Pemuda Bani Tamim kepada saya? Jom baca.

“Kalian belum tahu siapa yang mengajar Imam Naser menafsirkan seluruh ayat Alqur'an dan melacak (*menyaring/mengetepikan) hadis hadis yang palsu. Yang mengajar Imam Naser untuk menafsirkan Al-Qur'an adalah ALLOH SUBHANAHU WAT'ALA. Dialah tuhan kami dan guru kami.””

“Apakah tafsir ALLOH SWT sama dengan tafsiran ulamak, yang mereka memake (*menggunakan) zhon/prasangka atau ijtihad untuk menafsirkan ayat ayat Alqur'an??????????????????????”

“Dan kalian belum kenal betul dengan Tuhan kalian akibat hadis palsu yang kalian meyakininya sahih (*Nasser Yaman, Abdul Aziz Lombok dan para pengikut mereka menolak semua hadith yang tidak selaras dengan Nasser Yaman sekalipun sahih atau hasan. Bagi mereka semua itu hadith palsu kerana kononnya Nasser tahu yang mana haditrh paslu yang mana bukan melalui ilmu ghaibnya, bukan melalui kaedah ilmu mustalah hadith) dan akibat kalian tidak rujuk kepada Al-Qur'an. Siapa saja yang meyakini bahawa ada shafa'at Nabi kelak di akhirat maka dia telah shirik. Buktikan saja besok (*akan terbukti nanti) apakah saya benar atau tidak, tunggulah kalian tidak lama lagi.”

“Terserahlah (*kepada) kalian mahu memenangkan Al-Mahdi (*iaitu Nasser Muhammad dari Yaman) atau tidak. Kami tiada butuh (tidak memerlukan) dan kami tidak rugi. Kenapa? Karna (*kerana) cukup dengan tuhan kami. Dialah yang akan memenangkan kami dalam satu malam saja . Buktikan saja (*akan terbukti) tidak lama lagi.”

Itu sahaja jawapannya kali pertama. Para pembaca bolehlah membuat penilaian sendiri.

Wednesday, August 15, 2012

Menjawab Albi Nagae yg Pertahankan Pemuda Bani Tamim Lombok


ALBI NAGAE MENULIS :
Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Dialah menciptakan segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi, apa lagi sekedar menempel, masuk di dada orang itu sangat mudah bagi Allah. Apa pun yang Allah mahu, itu sangat mudah baginya. Tidak ada yang tidak mungkin tapi kalau Abu Zulfiqar berpikirnya malah sebaliknya,, sangat sempit sekali pikirannya.!

ABU ZULFIQAR MENULIS :
Tuan Albi Nagae, sila belajar dan memahami ilmu tauhid terlebih dahulu. Sebenarnya, banyak perkara yang mustahil bagi Allah. Antaranya :
1.      Mustahil bagi Allah untuk membuang mana-mana makhluk keluar daripada kerajaan-Nya.
2.      Mustahil untuk Allah menciptakan satu kuasa yang lebih kuat daripada-Nya.
3.      Mustahil bagi Allah untuk mempunyai anak.
4.      Mustahil bagi Allah untuk wujud selepas kewujudan mana-mana makhluk terlebih dahulu, kerana Dia sedia ada sejak azali.
5.      Mustahil bagi Allah untuk lebih miskin daripada mana-mana makhluk-Nya.
6.      Mustahil bagi Allah untuk dipengaruhi oleh ruang, tempat, lokasi, posisi, arah, sempadan, batas, tepi dan lain-lain (kerana semua itu makhluk, mana mungkin Allah terpengaruh/dipengaruhi oleh makhluk). Apatah lagi untuk masuk ke dalam dada Abdul Aziz yang mengaku sebagai Pemuda Bani Tamim dan berkata-kata di dalam dadanya.
7.      Mustahil bagi Allah untuk diperintah-perintah oleh mana-mana makhluk.
8.      Mustahil bagi Allah untuk mematikan diriNya… dan banyak lagi perkara yang mustahil bagi Allah.

Ajaran yang mengatakan : “Tidak ada yang mustahil bagi Allah” ialah ajaran yang salah di sisi agama Islam. Ajaran yang dikehendaki Islam ialah “Ada yang tidak mustahil bagi Allah, dan ada yang mustahil bagi-Nya”.

Sudah banyak kali saya ulangi, silakan pergi belajar ilmu tauhid terlebih dahulu. Di sana nanti tuan akan dapat melihat dengan lebih jelas betapa tidak punya ilmu tauhid dan betapa dustanya Si Abdul Aziz Muhammad Nasir di Lombok, Indonesia yang mengaku sebagai Pemuda Bani Tamim, merangkap Al-Mahdi ke-2 iaitu Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim (Al-Mahdi utama menurut ajaran ini ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Muhammad iaitu Nasser Mohamed di Yaman), sebagaimana yang didakwanya.

Tuan sendiri mengatakan : “Dialah menciptakan segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi”. Tuan fahamkah erti kata-kata ini. Maksudnya segala sesuatu diciptakan oleh Allah SWT termasuklah ruang, lokasi, arah, posisi, tempat, warna, gelap, terang, sempadan, batas, tepi dan semestinya juga diri Abdul Aziz Lombok, anggota tubuhnya dan dadanya. Semua itu diciptakan Allah daripada tiada kepada ada. Semua itu makhluk. Semua itu baharu. Semua itu lemah

“ALLAH YANG TERAWAL dan yang terakhir.” (Al-Hadid : 3)


Maksudnya, sebelum semua itu wujud, Allah sudah sedia ada sejak azali tanpa dipengaruhi oleh semua makhluk-makhluk itu. Dia bersifat qadim. Dan sebagaimana yang kita sedia maklum juga, Zat Allah mustahil mengalami sebarang perubahan. Sekiranya berlaku walau satu perubahan pada Zat Allah, maka dia tidak bersifat baqa’.

Oleh itu, sebelum wujudnya seluruh makhluk termasuklah ruang, lokasi, arah, posisi, tempat, warna, gelap, terang, sempadan, batas, tepi dan juga diri Abdul Aziz Lombok, anggota tubuhnya dan dadanya, Zat Allah sudah sedia ada tanpa terpengaruh atau dipengaruhi oleh semua itu. Bagaimana semua itu mampu mempengaruhi Allah kerana semua itu belum wujud, belum diciptakan-Nya?

Kemudian, apabila Allah SWT menciptakan makhluk termasuklah semua yang disebutkan tadi, Zat Allah masih kekal sebagaimana ketika azali juga. Dia tidak mengalami sebarang perubahan sampailah bila-bila pun. Mustahil bagi dirinya mengalami perubahan sama ada sebelum wujudnya makhluk ataupun selepas diciptakan-Nya makhluk. Jika berlaku walau sekelumit perubahan pada Zat Allah, maka dia bukanlah Tuhan. Yang mengalami perubahan hanyalah makhluk yang bersifat baharu. Yang mengalami perubahan hanyalah makhluk (yang dijadikan/diciptakan) bukan Khaliq (Yang Menjadikan/yang Menciptakan).

“Segala sesuatu pasti rosak (mengalami perubahan) melainkan WajahNya.” (Al-Qasas : 88)

Maka apabila Abdul Aziz Lombok (iaitu kononnya Pemuda Bani Tamim dan Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim) mengaku ada sesuatu yang masuk ke dalam dirinya, menyakitkan dirinya, berkata-kata dalam dadanya, boleh pula keluar masuk tubuhnya, sesuatu itu mengaku sebagai Allah, Abdul Aziz meyakini memang itu Allah, menyebarkan pengalamannya itu (yang entah betul entahkan tidak) dan mahu umat Islam mempercayai benda yang amsuk ke dalam dadanya itu memang betul Allah, jelas sekali dia sudah berTuhankan makhluk, bukannya berTuhankan Allah Yang Esa.

Lihat buktinya iaitu pengalaman Abdul Aziz Lombok sendiri :
“Kemudian ibunya (ibu Abdul Aziz Lombok)  bertanya kepadanya (kepada Abdul Aziz Lombok): “Kenapa kamu nak?Ada apa denganmu?” Dia menjawab “ada sesuatu yang masuk dalam dadaku dengan melafazhkan: Alqiyamah, Alqiyamah”.

Kisah Abdul Aziz lagi :
“Sesuatu yang memasuki dirinya menjawab: “Akulah Allah Yang Maha Suci dan Agung, Tuhanmu dan Tuhan Semesta Alam”.

Alangkah dustanya semua ini.

Mustahil untuk berlaku sebagaimana yang di atas kepada Allah Yang Esa. Jika itu berlaku, maksudnya Zat Allah sudah dipengaruhi oleh perubahan, ruang, lokasi, arah, posisi, tempat, warna, gelap, terang, sempadan, batas, tepi dan juga diri Abdul Aziz Lombok, anggota tubuhnya dan dadanya. Mana mungkin Allah tertakluk/terpengaruh dengan semua makhluk itu.

Kaji semula iktiqad anda, iman anda, tauhid anda apabila anda meyakini kata-kata anda ini : “Dialah menciptakan segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi, apa lagi sekadar MENEMPEL, MASUK DI DADA ORANG itu SANGAT MUDAH BAGI ALLAH.”

Mana mungkin Allah menempel pada makhluk. Mana mungkin Allah keluar masuk tubuh manusia. Mana mungkin Allah masuk ke dalam dada Abdul Aziz Lombok.

Tuan Albi Nagae, silalah koreksi semula semua pegangan tuan di bawah ini :
1.      Tuan meyakini bahawa tidak ada yang mustahil bagi Allah. Sebenarnya ada yang mustahil dan ada yang tidak mustahil bagi Allah.
2.      Tuan meyakini Allah boleh keluar masuk tubuh/dada Abdul Aziz Lombok dan berkata-kata di dalam dadanya. Padahal perkara itu mustahil bagi Allah.
3.      Tuan meyakini bahawa yang keluar masuk dada/tubuh Abdul Aziz dan berkata-kata di dalamnya itu ialah Allah. Hakikatnya, yang keluar masuk dada/tubuh Abdul Aziz Lomboki dan berkata-kata di dalamnya itu tidak lain ialah syaitan dari bangsa jin, dan diperkuatkan pula oleh khayalan-khayalan yang direka-reka olehnya. Tuan boleh lihat maksud Surah An-Naas, siapakah yang berkata-kata di dalam dada manusia? Allah ataupun syaitan?

“Aku berlindung dengan Rabb manusia, Penguasa manusia, Ilah manusia, daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, YANG BERKATA-KATA KE DALAM DADA MANUSIA, dari kalangan jin dan manusia.” (Surah An-Naas)

Ambillah pelajaran daripada semua ini wahai Tuan Albi Nagae. Kembalilah ke pangkuan Ahli Sunnah wal Jamaah dan dalamilah ilmu tauhid.

“Dan tiadalah mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang MENGGUNAKAN AKAL FIKIRANNYA.” (Al-Baqarah : 269).

Abu Zulfiqar
15 OGOS 2012
Related Posts with Thumbnails