C4U:
LAUT BERLUMPUR HITAM YANG MANA?
Saya mulakan dengan mengambil fakta yang biasa diketahui oleh sarjana Islam & barat mengenai suatu tempat yang disebut dalam surah al-kahfi ayat 86:
Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.
"Mata air yang hitam berlumpur", sering ditafsir sebagai Laut Hitam @ Black Sea yang bersempadan Laut Mediteranean. Saya kurang periksa samada dakwaan ini bersandarkan kajian saintifik atau sangkaan umum lantaran nama tasik itu sebagai Laut Hitam. Mohon tuan Alex @ tuan mnby @ ahli TKO dapat memberi pencerahan.
Tafsiran "Mata air yang hitam berlumpur" yang saya dapati dari penulis Muhammad Alexander adalah sebuah bekas tasik besar di Mesir yang dikenali sebagai QATTARA DEPRESSION atau Mendapan Qattara.
Penjelasan saya tidak selengkap apa yang disampaikan oleh penulis terbabit lantaran saya sewaktu sesi cambah minda itu yang secara tak sengaja saya hadiri, saya hanya berbekalkan daya ingatan untuk menyampaikan disini.
ALEX:
Sememangnya ada beberapa tempat yang dikaitkan dengan “mata air yang hitam berlumpur”. Ada yang mengatakan di Lautan Manghribi (Morocco), ada yang mengatakan di Laut Hitam (Black Sea), ada pula mengatakan di Laut Ega di pesisir Mediterranean dan lain-lain. Inilah kali pertama saya mendapat tahu tentang Qattara Depression. Info ini sangat berguna. Hati saya cenderung untuk mengakuinya sebagai “mata air yang hitam berlumpur”. Namun seperti biasa, kita akan sama-sama membuat penilaian dan pertimbangan.
Oleh kerana tuan C4U mengaitkan mata air ini dengan “jalan” Zulqarnain, maka tulisan saya juga secara langsung ataupun tidak, akan menyentuh “jalan” yang dimaksudkan.
C4U:
Dibawah adalah imej satelit yang saya ambil dari Google Earth petang tadi:
Lihat kedudukannya yang berhampiran Kota Iskandariah @ Alexandria. Jika diteliti ayat surah al-kahfi 84-86:
[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
[85] Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
[86] Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.
Ayat 84 menyatakan permulaan "adventure" @ pengembaraan Zulqarnain yang datang dari Kerajaannya di Kota Iskandariah @ Alexandria. Baginda memulakan pengembaraannya dari suatu tempat "daerah matahari terbenam" yang baginda nampak disitu "sebuah mata air yang hitam berlumpur".
Secara logik geografinya, "mata air yang hitam berlumpur" mana paling hampir dengan Zulqarnain? Sudah pasti sebuah mata air di zaman itu yang terhampir adalah apa yang kita kenal kini sebagai Qattara Depression.
ALEX:
Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah “jalan”.
Antara “jalan” dengan “mata air”, yang mana satu diperolehi oleh baginda Zulqarnain terlebih dahulu?
Ayat ke 84 dan 85 menceritakan tentang “jalan” yang diperolehi oleh Zulqarnain dan “jalan” yang dilaluinya. Kemudian pada ayat ke 86, baru dikisahkan pertemuan Zulqarnain dengan mata air. Maksudnya, Zulqarnain sudah pun memperolehi “jalan” sebelum terjumpa mata air. Dari sini, saya fikir andaian mengatakan mata air itu sebagai “jalan” ataupun permulaan “jalan” perlulah kita nilai semula, memandangkan “jalan” itu sudah diperolehi Zulqarnain sebelum dia sampai ke mata air lagi.
Wallahualam.
Perkara kedua yang hendak disentuh ialah “permulaan pengembaraan” Zulqarnain. Jika kita bersetuju bahawa Zulqarnain ialah Alexander Macedonia, maka permulaan pengembaraanya ialah di Macedonia di Eropah Timur, bukannya di Iskandariah (Alexandria), Mesir. Alexandria Mesir dibuka dan dimajukan oleh Alexander Macedonia setelah dia tiba ke sana dari Eropah. Sebab itu ia dinamakan sempena namanya. Kita boleh merujuk peta laluan Alexander Macedonia di http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/40/MacedonEmpire.jpg . Dari Macedonia, Alexander Macedonia sudah bermusafir ribuan kilometer lalu baru tiba di Alexandria Mesir.
Arah pengembaraan Alex Macedonia begini:
Bermula di Barat (Macedonia), kemudian ke Timur (Issus), kemudian jauh ke Selatan (Memphis, Mesir), kemudian barulah ke Barat (Mendapan Qattara). Selaraskah permulaan pengembaraan Alex Macedonia ini dengan permulaan pengembaraan Zulqarnain?
Kesimpulan kecilnya di sini, pengembaraan Alexander Macedonia bermula di Macedonia di Eropah, bukannya bermula di Iskandariah Mesir ataupun di mata air Qattara Depression kerana dia sudah memperolehi “jalan” sebelum itu lagi, dan Macedonia ialah bumi kelahirannya. Begitulah pandangan saya berpandukan ayat al-Quran surah Kahfi.
Maklumat tambahan- Alexander Macedonia sebenarnya memajukan lebih kurang 12 buah bandar dengan nama Alexandria/ Iskandariah. Iskandariah di Mesir hanyalah salah satu daripadanya.
Perlu juga kita ingat, al-Quran tidak mengaitkan nama Zulqarnain dengan Iskandar atau Alexander. Iskandar/ Alex ialah nama ataupun gelaran kepada beberapa orang pemerintah di sekitar Greek. Alexander Macedonia sendiri ialah Iskandar/ Alexander ke-3. Sebelum dan selepasnya ada lagi beberapa orang Iskandar/ Alexander.
C4U:
ni adalah pembuktian bahawa Qattara Depression adalah tadahan air berlumpur suatu ketika dulu. Petikan dari wikipedia:
The Qattara Depression (Arabic: منخفض القطارة 'Munkhafad al-Qattarah') is a desert basin within the Libyan Desert of north-western Egypt. The Depression, at 133 m below sea level, contains the second lowest point in Africa (The lowest being Lake Assal in Djibouti). The Depression covers about 18,000 km² (7,000 square miles), a size comparable to Lake Ladoga, and at its maximum is 80 km in length and 120 km in width. The bottom of the depression consists of a salt pan.
Within the Depression there are saline marshes under the northwestern and northern escarpment edges, and extensive playas (dry lake beds) that flood occasionally. The major oasis in the depression, Moghra oasis, is uninhabited and has a 4 km² brackish lake, including a Phragmites swamp. Salt marshes also occur and occupy approximately 300 km², although wind blown sands are encroaching in some areas. About one-quarter (26 percent) of the 19,500 km² area is occupied by playas composed of hard crust and sticky mud, and occasionally filled with water.
Diatas adalah imej salah satu tempat di Qattara Depression. Lihat lapisan tanah berwarna hitam yang mendominasi tinggalan tanah.
Lagi bukti imej Qattara Depression adalah "mata air berlumpur Hitam":
Mungkin disini Zulqarnain berdiri?:
Orang Arab hanya akan menyedari hal "mata air yang berlumpur Hitam" ni bila ia dah kembali jadi Tasik. Tanpa mereka sedari (mungkin), mereka sedang "menimbulkan" kembali sejarah Zulqarnain:
http://www.unu.edu/unupress/unupbooks/80858e/80858E0a.htm
Ingat lagi pada "Jalan" yang Allah berikan kepada Alexander @ Zulqarnain? "Jalan" itu adalah bermula di Qattara Depression. Macam mana, lihat ini:
Cuba besarkan mata anda semua & lihat di sudut bawah kiri imej, tertulis Latitude dan Longitude. Baca sket apa nombor tulis?
Tiga Puluh [30' Utara]
Secara kasar drama Malayu begini:
"Zul, hang kalau nak menjelajah dunia hang pi mula berjalan di Qattara Depression, dari situ hang straightttt ja sampai la hang ke Timur"
Secara lembut ahli geologi:
"Mr Alex, untuk memudahkan misi tuan ke Timur, kami cadangkan tuan supaya mengambil jalan yang bersamaan 30' Utara dimana tuan akan bertemu pelbagai tamadun besar seperti India & China"
Secara hikmah Tuhan:
[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
[85] Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
Nampak? Siapa tak nampak tandanya pendek umur, nak ......... Hehe, gurau P.Ramlee jer
Okeh, hamba nak bagi homework sket kat semua. Sila buka peta dunia bergrid anda & plotkan perjalanan Alexander Zulqarnain bermula di Qattara Depression 30' Utara hingga ke Negeri China, dapat tak?
Kalau dapat, pegi link ni pulak & baca sampai habis 1 page:
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2119&postdays=0&postorder=asc&start=60
Sekian, Selamat Malam!
Hehehe...
ALEX:
Sekarang kita pergi kepada Teori 30 darjah Utara.
Untuk itu kita sama-sama teliti peta laluan Alexander Macedonia yang saya beri link di atas tadi.
Katakalah benar teori ini, iaitu “jalan” yang diberi kepada Alexander III ini berkaitan dengan garis 30 darjah Utara. Kita lihat- dari Qattara Depression yang 30 darjah Utara ternyata Alexander III bergerak ke utara (bukan ke Timur), malahan jauh hingga ke Nisibis (37 darjah Utara). Pada pandangan saya, hal ini menunjukkan seolah-olah dia tidak tahu pun tentang “jalan” 30 darjah Utara itu.
Kita teruskan lagi. Dari 37 darjah Utara Alex Macedonia turun ke Babylon (32 darjah Utara) dan seterusnya ke Persepolis di Iran/ Parsi (30 darjah Utara). Nampaknya dia sudah kembali ke landasannya (iaitu 30 darjah Utara).
Tapi kemudiannya berlaku tindakan yang mengejutkan! Alex Macedonia tersasar jauh daripada 30 darjah Utara iaitu “jalan”nya itu dengan pergi jauh ke Utara, mundar-mandir sekejap ke Barat sekejap ke Timur hingga mencecah Xinjiang (Turkistan Timur) yang berada pada 45 darjah Utara. Ketika tiba di Bactra di Utara, Alex semakin tercari-cari “jalan”.
Sekejap dia ke hilir Oxus, kemudian berpatah balik. Sekejap dia ke Eshcate, patah balik. Selepas itu dia ke hulu Oxus, patah balik juga. Nampaknya dia tercari-cari “jalan”. Jadi pada perkiraan saya, “jalan” yang dikaitkan dengan 30 darjah Utara itu pun kita kena sama-sama nilai semula.
Bercakap tentang tamadun di 30 darjah Utara, sebenarnya Iskandar III dari Macedonia ini tidak pernah sampai pun ke China dan India (hanya tiba di utaranya saja). Kita lihat peta empayar Alexander III ini di http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6a/Alexander-Empire_323bc.jpg . Masih sangat jauh untuk Alex Macedonia mencapai China. Saya juga belum jumpa catatan sejarah Barat yang menceritakan pembinan tembok besi bersalut tembaga oleh Alex Macedonia. Wallahualam.
Al-Quran juga menceritakan kronologi pengembaran Zulqarnain iaitu ke Barat, kemudian ke tempat matahari terbit dan BARULAH MEMBINA TEMBOK. Berdasarkan peta http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/40/MacedonEmpire.jpg , tempat paling Timur yang pernah dijejak oleh Alex ialah Hyphasis di utara India. Selepas itu dia terus turun ke selatan. Jika benar dia membina tembok selepas ke tempat matahari terbit/ paling Timur, maksudnya tembok itu dibina di utara India. Sefaham kita, hampir-hampir tidak ada orang yang mendakwa tembok Zulqarnain berada di utara India.
Jika yang dimaksudkan daerah matahari terbit itu ialah lokasi paling hampir dengan negara-negara matahari terbit seperti Jepun dan Korea, maka tempat paling hampir pernah Alex Macedonia tiba ialah di Eschate. Kemudian Alex Macedonia turun ke selatan dan tentunya akan membina tembok selepas itu. Lokasi yang mungkin didirikan tembok ialah di hulu Oxus. Namun hulu Oxus masih di Barat Tibet, jauh dari China.
Mengikut perkiraan saya, tembok itu di Kaukasus di sekitar negara Georgia sekarang. Alexander Macedonia tidak pernah sampai ke sana. Tuan C4U pula menjangkakan tembok itu dalam sungai ataupun tasik di negara China, itu pun tidak pernah dicapai oleh Alexander Macedonia. Nampaknya, peluang Alexander Macedonia untuk merangkul gelaran “Zulqarnain” agak menurun sedikit lagi.
Fuh, ada banyak perkara yang kita kena nilai semula! Wallahualam.
C4U:
Salam Sejahtera dengan Rahmat Allah keatas kamu Semua yang menonton kuliah ini.
Tuan Alex, syukran diatas penerangan sepintas lalu mengenai isu pengKafiran guru-guru Alexander & Ibnu Sina serta Al-Farabi...Jujur bicara, jauh disudut hati saya menangisi...Walaupun kebenaran itu pahit, saya tetap mendoakan keampunan bagi Ibnu Sina & Al-Farabi jika benar tuduhan yang disabitkan...Sesungguhnya keampunan itu haq Mutlaq Al-Khaliq...
Perghhh...buat masa ni, hamba serender Tuan! Diteliti balik pandangan tuan mengenai penjelajahan Alexander Macedonia yang dikaitkan dengan teori 30' Utara, hampir kepada sohih, senang citer saya pun terpaksa 'undi rosak' Alexander Macedonia sebagai calon Manik Urai, eh, calon Zulqarnaian Qurani.
Tapi pandangan separuh jalan penulis Muhammad Alexander tu pulak buat saya tak puas hati dengan beliau, nak je saya terbang ke Malang City Indonesia ketuk pintu bilik pejabat dia! Hehe...
Tapi kan tuan, saya masih optimnis teori jalan 30' Utara tu, cuma mungkin 'orang lain' yakni Zulqarnain sebenar mungkin mengikut jalan itu...Ntahla....
Hishhh...Mata Air Belumpur Hitam masih tak mahu 'bercerita' kepada kita...
alexanderwathern wrote: |
Fuh, ada banyak perkara yang kita kena nilai semula! Wallahualam.
|
Memang banyak Tuan! Sungguh Allah Maha Meliputi Langit & Bumi Ilmunya...
Takpe, selagi mana Allah izin kita gali, kita cuba...
ALEX:
Naam Tuan C4U, tidak mustahil Zulqarnain sebenar menggunakan laluan 30 darjah Utara. Tak mengapa, satu hari nanti kajian kita akan sampai ke situ juga insyaallah.
Teruskan pengkajian dan perkongsian!
ps : Saya terfikir.... kajian kita sudah sampai ke situ, kajian tangan-tangan yahudi pula entah-entah sudah dua tiga langkah di depan kita.