Tertonton salah satu rancangan Jejak Rasul pada satu
petang Ramadhan. Ia berkisar tentang Nabi Nuh. Antara lokasi popular yang
dipercayai sebagai tempat pendaratan kapalnya tentunya di Gunung Ararat, Turki.
Saya pernah menulis sedikit tentang hal ini di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/05/bahtera-nabi-nuh-di-gunung-ararat.html
dan http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/11/sj-dinasour-saiz-adam-banjir-nuh-bumi.html
.
Gunung Ararat ialah gunung tertinggi di Turki. Sepanjang
banjarannya terdapat beberapa buah gunung lain. Terdapat pula beberapa bahagian
yang disebut sebagai Bukit/Gunung Judi, nama yang sama digunakan oleh Al Quran
ketika menceritakan tempat berlabuhnya bahtera Nabi Nuh. Jadi di mana
sebenarnya lokasi tepat pendaratan bahtera itu?
"Dan diperintahkan kepada bumi dan
langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit
berhentilah dari curahan hujanmu". Dan surutlah air, serta terlaksanalah
perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung
"Judi", serta diingatkan: "Kebinasaanlah akhirnya bagi
orang-orang yang zalim". (Surah
Hud : 44)
Sebagai kemuncak tertinggi, tidak mustahil Gunung Ararat
menjadi salah satu calon yang sesuai. Di kemuncaknya pula terdapat satu bekas
seakan-akan berbentuk perahu besar. Tapi yang pasti, ia bukanlah perahu kayu melainkan
batu-batan atau tanah-tanih yang terbentuk seakan-akan lekukan seperti perahu. Boleh
jadi ia sekadar kesan-kesan hakisan angin dan air. Paling-paling kuat pun ia
tempat bahtera Nabi Nuh pernah berjejak sehingga meninggalkan kesan berlopak.
WaAllahua’lam.
Kru Jejak Rasul pergi ke salah satu tempat di banjaran
yang sama, ke lokasi yang lebih spesifik disebut sebagai Bukit Judi. Penduduk
tempatan yakin bahtera Nabi Nuh mendarat di satu puncak di Bukit Judi itu,
namun kini ia sudah dijadikan pengkalan tentera. Atas sebab-sebab keselamatan,
kru Jejak rasul hanya dapat melihat kawasan itu dari jauh sahaja. Orang
tempatan yang menjadi pemandu mereka mengaku pernah ke tempat itu beberapa kali
suatu ketika dahulu.
Lebih menguatkan hujahnya, di kaki Bukit Judi itu
terdapat sebuah makam yang besar panjang, yang dipercayai sebagai makam Nabi
Nuh. Ia dijaga dengan baik oleh pemerintah dan rakyat tempatan. Benarkah di
sini tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh selepas banjir besar?
Masih ada masalah. Kru Jejak Rasul pernah menjejakkan
kaki ke dua lagi makam yang dipercayai sebagai makam Nabi Nuh. Satu di Jordan
dan satu lagi di Lebanon. Makam yang di Lebanon memang panjang tetapi ‘kurus’.
Nampaknya makam Nabi Nuh pun menerima nasib yang sama dengan Gua Ashabul Kahfi.
Sekurang-kurangnya ada tiga tempat berlainan yang dipercayai sebagai Gua
Ashabul Kahfi.
Abu Zulfiqar
23 JULAI 2012
2 comments:
Assalamualaikum,
Saudara bukankah sudah disahkan bahawa Bahtera Nabi Nu A>S di jabal judi.
Para saintis telah mengambil sampel kayu tersebut. Sila lihat di youtube.com. Di bahtera tersebut ada tali untuk mengikat binatang dan tapak meletakkan susu.
Di gunung ararat itu mungkin satu konspirasi Yahudi yang ingin mencari tabut as-sakinah. Mereka menagatakan bukit ararat tersebut sbg tempat kwsn Nabi Nuh A.S berlabuh agar kita tidak berkeinginan mencari bahtera itu lagi.
Terbaru tentang Negara Jepunn yg berbangsa yamato. Mereka masih mengamalkan tradisi yahudi lama. Festival2 yg dilakukan sama seperti cerita didlm taurat. Dan yg lebih menghairankan setiap kuil lama mereka ada lambang star of david. Walaupun berusia beratus thn.
Tiba2 teingat pula kaum Sulu selatan filipina yang amat taksub dgn Ajaran Islam. Mereka masih berjihad melawan musuh mereka Tentera filipina. Bangsa sulu bercakap dlm bahasa Yahudi lama. Sehingga org Yahudi skarang tidak tahu memahami bahasa lama mereka.
Adakah benar terjadi sesuatu di asia kita hingga alat permainan kecapi iaitu permainan kesukaan Nabi Yusuf A.S terdapat di asia. Menjadi budaya bangsa Melayu, Cina, Dan Jepun.
Wallahualam.
Tuan ada maklumat x perihal laluan pelayaran bahtera Nabi Nuh ni?
Turut dikatakan bahawa bangsa melayu yg sangat terkenal dengan ilmu pelayaran dan perkapalan ni adalah hasil dari warisan ilmu Nabi Nuh...
Adakah juga seorg wakil zuriat nabi Nuh telah ditempatkan di sini untuk menyebarkan ilmu tersebut?
mudah2an tuan boleh melakukan serba sedikit kajian mengenai hal ni. Terima kasih ^^
Post a Comment