Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Wednesday, November 03, 2010

SJ - Dinasour, Saiz Adam, Banjir Nuh, Bumi

SOALAN:

November 2 at 9:38pm

Terima kasih ustaz..kerana sudi membaca dan me'reply' mesej nie..tetapi ustaz saya masih ada satu soalan yang membelenggu fikiran saya....Zaman dinosaur terjadi paad zaman nabi apa?
Atau mungkin umat pada zaman nabi dulu-dulu besar-besar dan saiz dinosaur macam saiz kucing je..hmmm...

Kalau fikir dengan logik akal la,
dino pupus disebabkan banjir masa zaman Nabi nuh kan? Atau teori Barat kata berlakunya Ice Age yang sangat melampau..
Jarak masa Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah lebih 1000 tahun..
Nabi Adam sangat besar kan, tapi saiz bumi tetap kan...
Sebagai contoh, Nabi Adam dari timur, ingin ke barat, berapa minit dia ambil masa nak ke sana..
.
Wallahualam, sebab sekali langkah, dah berapa kilometer laa kan...
Kalau la dino tu wujud before Nabi Adam, dan bersaiz besar seperti Nabi Adam
Kejap ja la sekali langkah... Tapi mengikut fosil-fosil yang dijumpai,
adakah dino tu sama besar dengan Nabi Adam?
Apa yang berlaku antara jarak masa Nabi Adam dengan Nabi Nuh, adakah dino tu mengalami revolusi?

Soryy mungkin soalan ni macam budak-budak dan mungkin memang soalan khas untuk budak-budak...tetapi saya percaya ramai yang kat luar sana tak tahu lagi kalau tanya pasal benda nie. sebab fikiran sains kita semua dah dicampur dengan idealogi Barat..

Terima kasih dengan penulisan ustaz di blog Debunga Teratai Syurgawi..banyak memberi manfaat.


JAWAPAN:

November 3 at 10:59am

Pengetahuan kita (terutamanya saya sendiri) dalam hal ini sangat terbatas. Tapi di sini saya kongsikan apa yang saya tahu.

DINASOUR DAN PARA NABI


Berdasarkan kajian manusia, zaman dinasour berlaku sangat lama dahulu. Selepas era dinasour berlalu, barulah manusia hidup di bumi ini. Maksudnya tidak ada nabi yang hidup pada zaman dinasour.

Berdasarkan kajian ke atas kitab Bible, manusia pertama iaitu Nabi Adam hidup di bumi ini sekitar 7,000 tahun dahulu. Ketika itu era dinasour sudah lama berlalu.

Mengikut sumber-sumber Islam (Al-Quran dan hadis), tidak pula diceritakan yang nabi-nabi terdahulu pernah hidup dalam dunia yang penuh dengan binatang-binatang raksasa seperti zaman dinasour. Ini satu lagi sandaran mengatakan para nabi tidak berada pada zaman dinasour.

Kesimpulannya (*buat masa ini berdasarkan 3 sandaran di atas tadi), tidak ada nabi dari kalangan manusia yang pernah hidup pada zaman dinasour.

SAIZ NABI ADAM


Berdasarkan hadis, tinggi Nabi Adam ialah 60 hasta (lebih kurang 27 meter).

"Allah menciptakan Adam setinggi 60 hasta, dan manusia itu sentiasa bertambah kecil sehinggalah sekarang." (Bukhari,Muslim, Ahmad)

Jadi memang benarlah dia seorang yang sangat besar. Sekiranya dia hidup pada zaman dinasour pun, kebanyakan dinasour tak ubah seperti ayam dan kambing sahaja kepadanya.

Kisah tentang besarnya Nabi Adam ini boleh anda rujuk dalam kuliah saya di Youtube bertajuk:
1. Kembara ke Sidratul Muntaha 47
2. Kembara ke Sidratul Muntaha 48

BANJIR ZAMAN NABI NUH


Banyak pihak percaya banjir besar zaman Nabi Nuh berlaku sekitar 5,000 tahun yang lalu. Dan banjir itu pula tidaklah melibatkan seluruh dunia, melainkan di Mesopotamia (Iraq hari ini dan sekitarnya) terutamanya di sekitar Sungai Furat dan Sungai Tigris. Maka banjir ini tentunya bukan penyebab kepada kepupusan dinasour.

Teori-teori Barat tentang kepupusan dinasour perlu juga kita ambil kira kerana kemungkinannya ada, tapi setakat ini tidak ada teori yang benar-benar kukuh.

JARAK MASA NABI ADAM DENGAN NABI NUH

Sebuah hadis riwayat Al-Hakim mengatakan jarak masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh ialah 1000 tahun.

Taurat (bukan yang asli) versi Samiri menunjukkan Nabi Nuh lahir ketika Nabi Adam berusia 677 tahun.
Taurat versi Ibrani pula mengatakan Nabi Nuh lahir 126 tahun selepas Nabi Adam wafat.
Taurat versi Yunani pula menceritakan Nabi Nuh lahir 732 tahun selepas kewafatan Nabi Adam.


Ketiga-tiga Taurat pegangan orang-orang Yahudi ini saling bertentangan maklumatnya.

SAIZ BUMI

Saiz bumi pada zaman Nabi Adam berbanding hari ini mungkin tidak banyak bezanya. Namun begitu, ada teori mengatakan sebenarnya planet bumi kita ini semakin mengembang dari semasa ke semasa. Hal ini boleh anda teliti dalam artikel saya tentang kiamat bertajuk "Ramalan Punca-punca KIamat - Kemusnahan Bumi" di
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/12/ramalan-punca-punca-kiamat-kemusnahan_24.html

Jika benar teori ini, planet bumi pada zaman Nabi Adam tentunya kecil sedikit berbanding saiznya pada hari ini. Wallahua'lam.

Oleh kerana bentuk badannya yang besar (tinggi sekitar bangunan 7 tingkat) dan saiz bumi yang sedikit kecil, tentulah langkahannya cepat dan jauh-jauh berbanding kita tetapi rasanya tidaklah selaju kereta. WA.

ANTARA ADAM DAN NUH

Pegangan saya setakat ini mengatakan zaman dinasour (sekiranya benar ada) sudah pun berlalu ketika Nabi Adam muncul di planet bumi. Jadi dalam jarak masa lebih kurang 1,000 tahun antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh, tidaklah ada apa-apa yang berlaku melainkan manusia hidup selesa di muka bumi. Sudah tidak ada dinasour melainkan mungkin ada beberapa ekor yang diambang kepupusan dan menjauhkan diri dari manusia.

REVOLUSI

Mungkin yang anda maksudkan ialah evolusi.

Evolusi tentang manusia memang kita sedia maklum umumnya ialah satu pembohongan. Tentang haiwan, memang ada haiwan-haiwan tertentu yang dipercayai mengalami evolusi tetapi memakan masa yang saaaangat lama. Jika benar pun, ia berlaku jauh sebelum zaman Nabi Adam. WA.

PENUTUP

Terima kasih banyak atas sokongan ke atas laman Debunga Teratai Syurgawi. Oleh kerana anda meminati hal-hal sebagaimana yang di soal, saya sarankan anda ikuti sebuah lagi blog saya yang khusus untuk hal-hal sedemikian iaitu Bermesra dengan Kebenaran Mutlak di
http://myalexanderwathern.blogspot.com/

Wassalam : )

Related Posts with Thumbnails