Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, June 21, 2012

Jenis-jenis Mas Kahwin


MAS KAHWIN BIASA

Menurut agama Islam, mas kahwin ialah pemberian atau hadiah yang diberikan oleh pihak lelaki (suami) kepada pihak wanita (isteri). Lazimnya mas kahwin dibayar dalam bentuk wang tetapi ada juga yang dalam bentuk barang atau haiwan. Menurut World Ethnographic Sample oleh Murdock, 46% masyarakat dunia mengamalkan mas kahwin.

MAS KAHWIN BERBENTUK PERKHIDMATAN

Biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad atau pedalaman. Contohnya Nabi Musa yang terpaksa berkhidmat selama beberapa tahun kepada keluarga Nabi Syuaib untuk berkahwin dengan Nabi Syuaib iaitu Safurah. Dalam sesetengah masyarakat, bakal suami perlu menunjukkan kebolehan berburu dan mempersembahkan hasil buruannya kepada keluarga wanita. Hal ini kerana masyarakat itu menyara kehidupan mereka dengan aktiviti memburu.

DOWRY

Sering dikaitkan dengan masyarakat India tetapi sebenarnya ia turut diamalkan oleh beberapa masyarakat lain. Berbeza dengan mas kahwin biasa, pihak wanita pula yang terpaksa memberikan wang atau barangan kepada pihak lelaki. Dowry yang tinggi menyebabkan sebahagian wanita dari keluarga yang miskin sukar untuk berkahwin.

PERTUKARAN TIMBAL BALAS

Merupakan pertukaran hadiah yang sama rata antara pihak lelaki dan wanita. Ia diamalkan di rantau Pasifik dan dalam kalangan pribumi Amerika.

No comments:

Related Posts with Thumbnails