Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Saturday, May 01, 2010

Bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat?

Saya pernah baca kajian seorang penulis terkenal bernama Muhammad Isa Dawud. Katanya dalam bukunya "Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia", bahtera itu tidak berada di Gunung Ararat. Hal itu hanyalah "permainan" pihak-pihak tertentu supaya para pengkaji tidak pergi ke lokasi lain yang mungkin jadi tempat bahtera sebenar. Maksudnya ada pihak tertentu yang sengaja menggembar-gemburkan keberadaan bahtera tu di Gunung Ararat atas kepentingan-kepentingan tertentu.

Cedritanya bermula apabila seorang ilmuan Amerika bernama John Leiby bermimpin melihat lokasi bahtera Nabi Nuh. Hal ini membawanya ke Gunung Ararat. Dia berusaha keras tetapi gagal menemui apa-apa. Dalam usia 73 tahun, selepas pendakian kali ke-7, John Leiby pun bersara kerana sudah keletihan.

Gunung Ararat yang ketinggiannya mencecah 4,267 meter dan puncaknya selalu diliputi salji ini terletak di Turki. Hal ini mengelirukan kita kerana kajian-kajian terkini menunjukkan banjir besar itu tidaklah sampai begitu jauh hingga ke Turki. Namun hal itu bukanlah mustahil kerana keluasan bajir itu pun masih dipertikaikan para pengkaji.

Al-Quran pula menamakan gunung tempat berlabuhnya bahtera itu sebagai Bukit Judi. Memang ada sebuah bukit yang berketinggian 4000 meter di wilayah Butan, lebih kurang 40 km di sebelah timur laut Pulau Ibnu Umar.

Apakah Gunung Ararat itu Gunung Judi?

Penulis beranggapan ada pihak tertentu dalam kalangan orang-orang Yahudi yang sengaja mempromosikannya dan menambahkan mitos-mitos di sekitar Gunung Ararat. Antara mitosnya ialah sesiapa yang berjaya tiba di kemuncak gunung ini tidak akan mati sebelum mencapai usia 100 tahun. Tetapi sudah sebegitu ramai yang berjaya mendakinya dan meninggal sebelum usia 100 tahun. Nampaknya mitos ini gagal.

1953, seorang Yahudi bernama George Jefferson Green yang sedang memandu helikopter di atas Ararat terlihat sesuatu yang mirip kapal. Dia berjaya mengambil beberapa gambar. Namun foto-foto itu hilang entah ke mana.

Sekumpulan pendaki menemui potongan kayu di atas gunung itu lalu dikumpul oleh seorang Peranchis yang tidak diketahui agamanya- Fernand Nabra. Kayu-kayu itu diuji oleh seseorang dari pejabat Masonry Sepanyol. Kononnya kajian itu membuktikan usia potongan-potongan kayu tersebut berusia sekitar 5000 tahun. Kebetulan ia sesuai dengan masa yang diperkirakan berlakunya banjir besar pada zaman Nabi Nuh.

Penipuan ini berjaya dibongkar apabila kajian dibuat di sevuah universiti di Amerika dan di Britain. Hasilnya, usia kayu itu tidka lebih daripada 1400 tahun sahaja.

Kesimpulan daripada tulisan Muhammad Isa Dawud ini, mungkin yang digembar-gemburkan di Gunung Ararat itu bukannya bahtera Nabi Nuh. Lokasi sebenarnya entah di mana, mungkin di Bukit Judi yang dinyatakan. Di kala dunia dan umat Islam sibuk dengan penemuan di Gunung Ararat, mungkin kaum laknatullah itu sudah pun menemui bahtera Nuh di tempat lain dan mengambil manfaat daripadanya.

Wallahualam.

Abu Zulfiqar Amsyari

1 MEI 2010

2 comments:

Anonymous said...

Salam pembaca, kita semua maklum bahawa Nabi Nuh alaihisalam diperintahkan juga membawa selain ahli keluargnya yang beriman, semua binatang-binatang berpasangan.

Kita juga semua maklum bahawa setelah melihat channel Discovery, tempat yang banyak binatang-binatang adalah Afrika. Maka tempat bhatera itu berlabuh besar kemungkinan adalah berdekatan dengan Gunung Kalimanjaro kot!

Nusantara juga tidak kurang dengan kepelbagaian binatang-binatang.

Apa mungkin bahawa bahtera itu tidak digunakan lagi selepas tiba di gunung Judi atau terus digunakan seterusnya oleh waris Nabi Nuh alaihisalam untuk menjelalajah muka bumi sehingga ke Nusantara?

Bukankah bahtera Nuh itu dibina kukuh dan teguh dan boleh terus digunakan mengharungi lautan untuk perdagangan dan pengembaraan walaupun banjir sudah surut?

Seperti tembok Zulqarnian, seteguh mana buatan bahtera itu, jangka hayatnya tidaklah kekal dan akhirnya musnah secara semula jadi. Mungkin karam dimana-mana lautan setalah digunakan berlkali-kali. Itulah logiknya dan sebab itulah usaha mencarinya gagal sebab kita tidak mengetahui orang (bangsa)terakhir yang menggunakannya dan dibawa kemana dan dimana pula karamnya.

Cubalah cari sisa bahtera itu diNusantara kerana rata-rata orang melayu mahir dalam pembinaan kapal-kapal layar besar mahupun kecil dan mahir juga dalam mengharungi lautan.

Kapal Sepanyol yang dipamerkan diMelaka itu sebenarnya sejemput saja saiznya berbanding kapal-kapal perang dari orang Acheh sebagai contoh. Dari mana agaknya orang-orang dan raja-raja Melayu memperolehi ilmu perkapalan dan pelayaran itu kalau bukan dari nenek moyangnya!

lagipun buat apa bahtera itu dibiarkan didaratan kerana logiknya patut dilabuhkan ditepi pantai untuk digunakan terus.

Allah lebih mengetahui

Abdul Rani BK

Anonymous said...

Kuda belang, zirafah contohnya hanya terdapat diAfrika, kangaroo di Australia, monyet belanda (Proboscis) hanya diBorneo. Bukankah ini menunjukkan bahawa anak-anak nabi nuh alaihisalam besar kemungkinan kemudiannya makan angin/ hijrah/ berpindah randah (mencari tempat baru dan melancong) pergike timur dan barat dengan bahtera nuh atau replika membawa bersama ternakan dan binatang kesayangan mereka.

Ramai orang -orang Amerika sebagai contoh suka memelihara dirumah anjing, cicak, ular dan sebagainya. Kita pun boleh tengok di zoo binatang yang dibawa dari tempat asalnya. Maharaja cina pun pernah diberikan hadiah seekor zirafah.

Maksud saya, bagaimana gajah boleh ada di Borneo tapi tidak pula singa? Mesti adalah yang bawa dan besar kemungkinan kapal itu mesti besar juga. Apakah bahtera Nuh itu musnah sebaik banjir sudah surut atau masih digunakan untuk beberapa lama lagi oleh anak-anak nya dari keturunan Sam, Ham dan yafits?

Firman Allah (swt)"Dan katakan: `Hai bumi, telanlah kembali airmu!' Urusan telah selesai. Dan kapalitu berlabuh diatas gunung Judiy." (Surah hud:ayat 44)

dan diayat 48

"Wahai Nuh, turunlah dengan membawa keselamatan dari kami dan keberkatan bagimu bersama orang-orang yang mengikutimu."

dipetik dari muka surat 103,"Kisah nabi-nabi:Teladan bagi orang berakal" terjemahan (Asmaji Aes Muhtar: 1998)dari karya Ibnu Katsir, `Qisshashul Anbiyaa' Ibratun Li-Ulil Albab'

dimuka surat 113, ...Nuh mengutuskan burung merpati sekali lagi untuk melihat-lihat keadaan, apakah air sudah surut atau tidak. Burung itu kali ini lama tidak kembali. Ketika muncul, burung merpati itu membawa selembar daun zaitun diparuhnya. Dari tanda itu, Nuh mengetahui bahawa air dipermuikaan bumi telah surut. Tujuh hari berikutnya, Nuh mengutus kembali burung merpati. Hingga sebegitu lama,merpati belum juga kembali. Dari situ Nuh tahu bahawa bumi benar-benar telah bebas dari banjir."

Related Posts with Thumbnails