Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Wednesday, November 03, 2010

SJ - The Arrival, Dajjal, Freemason, Illuminati, UFO, 11/9

SOALAN

(November 1 at 11:45pm)

Assalamualaikum ustaz..saya ada menonton siri "The Arrival" di Youtube, dalam 50 episod kesemuanya. Siri ini mengisahkan tentang kedatagan Dajjal, Freemason, pemerinthan dunia baru, Illuminati, dan bermacam lagi yang memeningkan kepala saya... Siri ini dah keluar lama dah dalam tahun 2008 lagi.


Pada pandangan ustaz..betul ke ada pertubuhan rahsia kat dunia nie yang menyambut kedatangan Dajjal seperti yang diceritakan dalam video tersebut? Pertubuhan ini juga di anggotai oleh nama-nama pemimpinn besar..Freemason 33rd degree dah semakin berleluasa..dan dlm video tersebut juga menceritakan bahawa UFO adalah rekaan mereka semata-mata untuk mengalih tumpuan dunia..Ufo adalah jet mereka sendiri..teknologi tentera mereka 25 tahun lebih maju dari pemikiran manusia ..Begitu juga dengan 11/9 semua dirancang..dan banyak lagi la..Apa pandangan ustaz tentang kewujudan Freemason ni?


JAWAPAN

Wlksm Cxxx Xxxxxxx.

Saya ada juga menonton siri itu suatu ketika dahulu, tapi tak habis semua, sekitar beberapa belas siri sahaja.

Secara peribadi, saya memang percaya kewujudan gerakan-gerakan rahsia yang ada sangkut-paut dengan Dajjal. Memang ada orang-orang besar bersama-sama mereka. Cuma saya tak pasti pertubuhan apa lagi yang disentuh dalam siri itu kerana saya tidak menonton keseluruhannya. (* Hal ini bukan bermaksud saya meyakini siri The Arrival itu dalam peratusan yang besar)

Tentang UFO, saya percaya ia datang dari dunia kita ini juga, bukannya dari angkasa lepas dan bukannya kepunyaan makhluk asing. Tapi saya tidak tahu siapa yang punya UFO-UFO itu (setakat ini). Setakat itu sahaja pengetahuan saya tentang UFO.

Tentang tragedi 11/9, saya percaya ia memang dirancang oleh musuh-musuh Islam dengan cara yang sangat halus.

Tentang kewujudan Freemason, ia memang wujud di merata-rata tempat malah secara terbuka pun. Ada banyak bangunan tempat-tempat pertemuan mereka di seluruh dunia dan di negara kita ini.

Wallahua'lam.

2 comments:

nikkierich said...

"Tentang tragedi 11/9, saya percaya ia memang dirancang oleh musuh-musuh Islam dengan cara yang sangat halus"

124,000 nabi semua mengingatkan perihal "FITNAH" Dajjal. Dajjal ni terkenal sebagai tukang fitnah.

Bolekah dikatakan tragedi 11/9 merupakan fitnah terbesar dari Dajjal sehinggakan Islam dikaitkan dengan terrorisme hatta sampai ke peringkat Rasulullah pun digambarkan sebagai pengganas?

Bagaimana pandangan saudara? Wassalam

danial said...

Salam,

Saya dah tonton Arrival dan kesimpulan saya bila membandingkan peristiwa2 yg dah terjadi lalu dan kini sedang terjadi termasuklah apa yg berlaku di Malaysia , memang banyak kebenarannya, termasuklah fitnah Dajjal.

Fitnah Dajjal bukanlah dlm bentuk fitnah yg konvensional, tetapi sering dengan kebijaksanaan Dajjal dan geniusnya makhluk terlaknat ini fitnah Dajjal boleh lah dikatakan sebagai propaganda, kempen, hasutan, mempengaruhi dll.

Semua ini tercapai dengan media-media seperti Facebook, blog, TV, Satelit TV, IPTV dll lagi media .

Semua ini menyebabkan manusia semakin lalai , masyarakat kita dah tak boleh dipisahkan lagi dengan media hiburan dan TV dan internet

Alhamdulillah saya hanya menonton TV sekali-dua shj dlm seminggu, itupun utk mencari berita-berita, tetapi tak semua berita saya terima bulat-bulat. Saya membaca berita dari semua sumber.

Saya dapati terlalu banyak fitnah dalam FB ini, semua pihak termasuk semua parti politik dalam Malaysia, orang luar, pihak perancang strategi pemecah-belah perpaduan ummmah juga terlibat dalam propaganda dan fitnah menfitnah..

Moga-moga Allah selamatkan umat Islam Malaysia dan Tanah Melayu (Melayu Raya-Malaysia dan Indonesia), dan juga semua umat Islam di dunia termasuk saudara kita yg sedang berjuang di Palestin, Syria, dll lagi . Amin...

Related Posts with Thumbnails