Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, November 30, 2010

Khutbah Aidil Adha Tentang Akhir Dunia

* Khutbah ini saya bacakan pada Aidil Adha 1431/ 2010 yang lalu. Sedikit petikannya yang menyentuh tentang akhir dunia.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekelian,

Dunia semakin hampir kepada hari Qiamat. Bukan umat Islam sahaja yang bercakap tentang dunia yang semakin menuju saat kehancuran, malah ahli sains turut mengakui bahawa bumi ini bakal hancur akibat hentaman komet atau asteroid, dan apabila berlaku perlanggaran antara galaksi.

Begitu juga apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas yang mengakibatkan pertembungan sesamanya, di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah terdapat sebuah filem Barat yang begitu laris ditayangkan berdasarkan teori “Pengakhiran Kalendar” kaum Mayan, Mexico. Di mana mengikut teori ini Qiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Namun ada kajian terkini yang menunjukkan kalendar ini sebenarnya tersasar.

Malaysia sendiri mula merasa ancaman gempa bumi walaupun berada di luar kawasan “Lingkungan Api Pasifik” sehingga terpaksa diadakan latihan kecemasan menghadapi gempa bumi, terutamanya kepada rakyat yang berada di bangunan tinggi. Syarat pembinaan bangunan juga ditambah agar mampu tahan daripada gempa bumi.

Hari Qiamat pasti datang dan ia semakin hampir. Telah banyak tanda-tanda Qiamat yang sudah berlaku di depan mata kita. Bergantung kepada kita sama ada mahu mengambil perhatian dengan meningkatkan amal ibadat serta menjauhi maksiat , ataupun sebaliknya. Jadilah manusia yang pintar, yang sentiasa bersedia dengan bekalan akhirat.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut, dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Ruum : 41)

No comments:

Related Posts with Thumbnails