PERSOALAN
October 31 at 3:25am
Maaf ganggu...mohon sedikit perkongsian bahan rujukan mengenai Khidir a.s...adakah beliau di kalangan anbia'@wali@selainnya...serta adakah masih hidup ataupun telah wafat..ana ada baca dalam blog anta..mohon dikongsi bahan rujukan..kerana ana ada sedikit perbincangan dan memerlukan rujukan yang sahih..syukran.
JAWAPAN
Ulama berbeza pandangan dalam ini. Pandangan yang terkuat dan majoriti (setelah diteliti, ia juga jadi pegangan ana) ialah:
1. Khidhir ialah salah seorang nabi.
2. Nabi Khidhir masih hidup.
Bahasan dan segala sandarannya ada dalam kuliah ana bertajuk "Khidhir - Masih Hidup ataupun Sudah Wafat?" yang boleh anti ikuti audionya di:
Bah. 1 http://www.youtube.com/watch?v=ZG4wkjEWRjU
Bah. 2 http://www.youtube.com/watch?v=x-oRvOUgp3k
Bah. 3 http://www.youtube.com/watch?v=0gjoVsI7mCU
Bah. 4 http://www.youtube.com/watch?v=9Qnp6GQwoAs
Sebelum audio kuliah ana ini dimuatnaik ke Youtube, ada satu kuliah oleh seorang lulusan ilmu hadith dari Pantai Timur yang digelar orang (atau menggelar dirinya sendiri?) sebagai "maulana". Dia mempertahankan bahawa Nabi Khidhir sudah wafat. Tapi sebaik2 sahaja kuliah ana diupload, fail kuliahnya terus hilang (dipadam oleh tukang uploadnya). Ana tak tahu mengapa. Hal ini mungkin kerana hujah-hujahnya yang ana utarakan sudahpun melonggarkan hujah-hujah yang dibawa oleh "maulana" itu. Mungkinlah. Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar
31 Oktober 2010
No comments:
Post a Comment