Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, October 28, 2010

Bukti Manusia Merentasi Masa?

Yahoo melaporkan:


Has a time traveler been caught on film in 1928 using a cell phone prior to the opening of a Charlie Chaplin film premiere? It would appear that this is the case, the footage in question shows a heavy set women walking down the street speaking into a device that strikingly resembles a cellular phone. This would be remarkable for a variety of reasons firstly to confirm something had taken place in proving that the possibility of time travel could exist, or that some kind of early technology unseen by many was available to the super rich well before many had taken notice. It should be mentioned that this device does not appear to be an am/fm radio transceiver or a CB radio it does fit the particular guidelines for a cell phone it's practical use. This would be an unbelievable human achievement if proven true, further analysis needs to be taken on this most unusual film footage segment.

http://www.nowpublic.com/strange/time-traveler-caught-film-1928-using-cell-phone

Memang jelas dalam video itu si wanita sedang menekapkan sesuatu seperti telefon bimbit ke telinganya seolah-olah mendengar sambil mulutnya bergerak-gerak seolah-olah sedang berbual dengan seseorang.


Gambar daripada video tersebut. Jika anda berjaya mencari videonya di internet, akan lebih jelas nampak kerana pergerakan wanita itu di'zoom'.

Apa pandangan anda? Memang benar wanita itu sedang bercakap menggunakan telefon bimbit? Jika benar, mungkinkah :

1. Teknologi telefon bimbit memang sudah ada pada zaman itu tetapi ia tidak didedahkan kepada dunia.

2. Wanita itu ialah manusia yang datang dari masa hadapan, iaitu dari zaman sekarang.

3. Video itu hanyalah lakonan semula yang dirakamkan pada hari ini dan diubahsuai agar kelihatan seperti filem dari tahun 1928.

4. Lain-lain…?


Sekiranya benda itu bukan telefon bimbit, mungkinkah:

1. Ia hanya sebuah radio dan wanita itu tidak berbual dengan sesiapa. Mungkin dia meniru apa yang didengarnya dari radio.

2. Wanita itu seorang yang tidak waras dan sedang beraksi seolah-olah sedang bercakap di telefon rumahnya.

3. Benda lain yang bukan radio?

4. Lain-lain…?


Mungkin anda juga sudah terbaca kisah di bawah ini:

Lelaki dari masa hadapan dalam gambar tahun 1940? (Artikel kontra)

Pada tahun 1940, lelaki ini bergaya dengan cermin mata, t-shirt dan kamera hari ini. Pelik kan?

Tetapi artikel kontra ini menjelaskan penolakannya.

http://forgetomori.com/2010/fortean/time-traveler-caught-in-museum-photo/


Lelaki dari masa hadapan dalam gambar 1940? (Artikel pro)

Orang lain mengeluarkan gambar peristiwa yang sama dari sudut kamera yang berlainan, dan ternyata si lelaki memang wujud di tempat itu.

http://forgetomori.com/2010/fortean/another-photo-of-hipster-time-traveller-found/


Selepas ini mungkinkah akan tersebar pula gambar Abraham Lincoln main PS2? : )

8 comments:

Anonymous said...

Jika barat menguasai teknologi mesin merentas masa hadapan., perkara pertama yang mereka lakukan ialah memburu MUHAMAD SAW. Mungkinkah ianya akan berlaku dan seperkara lagi Sumpah Allah melalui surah al-asr (demi masa) akan boleh dipertikaikan kelak....?

Fikir-fikirkan lah.. Penipuan dengan teknologi canggih boleh dilakukan. Lihat sahaja filem Forrest Gump, bagaimana Mr Forrest dapat bersalaman dengan presiden NIxon dan Kennedy... semua boleh dilakukan, jika dulu teknologi super impose secara gambar statik boleh dilakukan tetapi kini boleh dilakukan dengan video kamera!!

Anonymous said...

merentasi matrix masa lalu mungkin wujud.. tetapi utk mengubah atau menyentuh atau berkomunikasi dgn matrix tersebut munkin tidak wujud.. kalau mereka bole berkomunikasi dgn matrix masa lalu pn sudah tentunya Allah melindungi Muhammad..

pada saya kemungkinan besar teknologi telah dimajukan jauh lebih awal.. tetapi ianya dirahsiakan bagi tujuan tertentu.. UFO wujud dimajukan manusia tetapi kita ditipu dgn ujudnya Alien yg mempunyai teknologi tersbut..

Anonymous said...

satu permainan yang agak baik dari barat, jika dperhati betul2 pada tgan org yg dtg dri msa dpan, nmpak bnor mnipunye....2 tgan org blkang yg pgang kmera
smue 2 mainan barat nk mgajak kite syirik pada Allah.ingt bermulanya 'kalam' bererti bermulanya 'masa' djadikan.....

zieraQ said...

Gambar video pertama. sy dah tgk video tu. itu cuma org sakit gigi. terkumat kamit multnya sbb nak adjust kesakitannya. yg macam telefon bimbit tu mungkin ada ketulan ais nak kurangkan sakitnya. Percaya dgn keupayaan manusia merentas masa adalah serupa juga dgn percaya manusia yg sudah mati bole hidup kembali, yg mana adalah 100% mustahil.

Anonymous said...

there is no time travelling sort of things...saya percaya yang sebenarnya dulu telah ada teknologi yang canggih seperti internet yang telah lama wujud dan hanya digunakan untuk ketenteraan sebelum direleasekan kepada orang awam...mungkinkah ada lagi kecanggihan dalam internet yang disembunyikan oleh pihak pihak tertentu sebelum direleasekan kepada orang awam. inikan pula telefon bimbit yang tak seberapa??? (sempatkah kita menyaksikan saat itu?) fesyen fesyen canggih pun telah wujud dulu cuma manusia pada zaman era 20 an 30 an -50an disifatkan konservatif..contohnya di paris..perempuan yang memakai seluar panjang pada era 1950-an dihalau balik dan tidak dibenarkan memakai seluar di khalayak ramai.. atau mungkin saya salah..ini memang super impose kerana teknologi sekarang makin canggih even rakaman cctv pun boleh diperkotak katikkan.

ٱللَّٰهُ أَكْبَرُ ibnu arasy 2024 1974 ٱللَّٰهُ أَكْبَرُ said...

Semuanya bohong, tipudaya dari musuh islam, saya dah mimpi bertemu Rasulullah S.A.W. dan empat orang sahabat baginda, Saidina Uthman lebih tinggi dari mereka berlima, saya ciuum tangan baginda S.A.W., sehingga sekarang saya masi ingat mimpi malam Ramadhan 14 tahun yang lepas.

Unknown said...

Semua ini mengarut shj, mesin adalah komputer.Cuma minda bole mengembara.Sejarah tak perlu diubah.

Unknown said...

Tentu boleh merentasi masa kerana wahyu menceritakan perkara yg sudah, sedang dan akan berlaku.

Related Posts with Thumbnails