PENGENALAN
Penganut agama Kristian mengimani kitab Bible sebagai kitab suci. Kitab Bible ini terbahagi kepada dua iaitu:
1. Old Testament (Perjanjian Lama) yang diyakini mengandungi Taurat Musa dan Zabur Daud, dan
2. New Testament (Perjanjian Baru) yang diyakini mengandungi Injil Isa.
Penganut agama Yahudi berpegang dengan Perjanjian Lama tetapi menolak Perjanjian Baru kerana mereka tidak mengakui Nabi Isa sebagai rasul.
Selain itu, walaupun Injil-Injil ini dinisbahkan kepada Matius, Markus, Luke dan Yohanes namun kajian menunjukkan bukanlah mereka yang menulisnya. Ada orang lain yang menulis kesemua Injil ini dan menyandarkannya kepada mereka. Sebab itulah ditulis ‘Injil menurut Matius’, ‘Injil menurut Markus’ dan seterusnya.
Walaupun kita sedia maklum Injil yang ada pada hari ini bukan kitab suci lagi kerana ia sudah tidak asli 100%, tetapi masih ada banyak perkara benar yang terdapat di dalamnya. Masih ada sisa-sisa ayat Injil yang asli dan masih ada ‘perkhabaran yang asli’. Kita sebut ‘perkhabaran yang asli’ kerana ayat yang keluar daripada mulut Nabi Isa tidak sama dengan apa yang mereka tulis tetapi ‘maksudnya’ masih sama (matan berbeza tetapi maksudnya sama).
Sisa-sisa kebenaran ini sedikit-sebanyak dapat juga memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah dan Nabi Muhammad. Selain itu, ada juga rahsia-rahsia yang bermanfaat kepada kita umat Islam.
Sebahagian penganut agama Islam begitu takut sekali mendengar berita penyebaran Bible secara percuma. Melihat Bible diletakkan dalam bilik-bilik hotel seolah-olah melihat hantu, pucat muka-muka. Padahal penyebaran Bible percuma itulah peluang kita untuk menambah koleksi bahan bacaan di rumah.
“The book of the genealogy of Jesus Christ, the Son of David, the Son of Abraham”
“Kitab tentang salasilah Isa (Jesus Kristus), anak Daud, anak Ibrahim.”
ULASAN:
17 ayat-ayat awal Injil Matius 1 menceritakan salasilah Nabi Isa dengan panjang lebar. Ringkasnya Nabi Isa ini keturunan Nabi Daud dan Nabi Ibrahim.
“Now the birth of Jesus Christ was as follows: After His mother Mary was betrothed to Joseph, before they came together, she was found with child of the Holy Spirit.”
“Then Joseph her husband, being a just [man], and not wanting to make her a public example, was minded to put her away secretly.”
“But while he thought about these things, behold, an angel of the Lord appeared to him in a dream, saying, "Joseph, son of David, do not be afraid to take to you Mary your wife, for that which is conceived in her is of the Holy Spirit.”
“Kelahiran Nabi Isa adalah seperti berikut: Selepas ibunya iaitu (Siti) Mariam bertunang dengan Yusuf, dia didapati hamil akan anak dari Roh Kudus sebelum mereka hidup bersama (sebagai suami isteri).”
“Yusuf seorang yang berhati mulia dan tidak mahu Mariam menjadi bualan umum, merancang untuk melepaskannya secara senyap-senyap.”
“Tetapi ketika dia mempertimbangkan perkara ini, seorang malaikat Tuhan muncul dalam mimpinya dan berkata, “Yusuf anak Daud. Janganlah takut untuk mengambil Mariam sebagai isterimu kerana apa yang dikandungnya itu ialah anak dari Roh Kudus.”
ULASAN:
Bahagian ini mudah saja untuk difahami, cuma kita akan menyentuh tentang ‘Roh Kudus’. Roh Kudus ini tidak lain ialah malaikat Jibril, tetapi penganut agama Kristian umumnya percaya Roh Kudus ialah Tuhan itu sendiri.
Mereka percaya Tuhan itu 1 dalam 3 dan 3 dalam 1. Ada Tuhan Bapa, Roh Kudus dan Tuhan anak iaitu Jesus. Ketiga-tiganya ialah Tuhan yang satu. Ada juga aliran Kristian yang meletakkan Mariam sebagai Tuhan.
Ada penganut agama Kristian yang percaya bahawa Roh Kudus telah menjelma sebagai seorang lelaki lalu bersetubuh dengan Mariam menyebabkan Mariam mengandung. Padahal Roh Kudus iaitu malaikat Jibril datang menemui Mariam sekadar untuk memberitahu yang dia akan mengandung secara luar biasa. Itu saja.
Jadi kita jangan tersilap faham dengan perkataan “anak dari Roh Kudus”. Ia bukan bermaksud Jesus itu anak Roh Kudus.
"And she will bring forth a Son, and you shall call His name JESUS, for He will save His people from their sins."
So all this was done that it might be fulfilled which was spoken by the Lord through the prophet, saying:
"Behold, the virgin shall be with child, and bear a Son, and they shall call His name Immanuel," which is translated, "God with us."
Then Joseph, being aroused from sleep, did as the angel of the Lord commanded him and took to him his wife,
and did not know her till she had brought forth her firstborn Son. And he called His name JESUS.
“Dia (Mariam) akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau hendaklah menamakannya Jesus, kerana dialah yang akan menyelamatkan kaumnya daripada dosa-dosa mereka."
“Perkara ini berlaku sebagai melengkapkan apa yang pernah difirmankan Tuhan melalui nabi dengan kata:”
“Sesungguhnya perawan itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamakannya ‘Immanuel’ yang bermaksud ‘Tuhan bersama-sama kita”.
“Setelah Yusuf bangun dari tidurnya, dilakukannya sebagaimana yang diperintahkan oleh malaikat Tuhan kepadanya, dan mengambil Mariam sebagai isterinya.”
“Namun (Yusuf) tidak bersetubuh dengannya sehinggalah Mariam melahirkan anak lelaki. Dan Yusuf menamakannya ‘Jesus’.”
Ulasan:
Mengapa Nabi Isa dinamakan Jesus? Kerana dialah yang akan menyelamatkan kaum Bani Israil, ringkasnya kaum Yahudi. Jadi maksud nama ‘Jesus’ itu ialah ‘Penyelamat Kaum Bani Israil’. Jadi fahamlah kita yang Nabi Isa hanyalah penyelamat kepada Bani Israil sahaja, bukan penyelamat seluruh umat manusia sebagaimana sangkaan penganut agama Kristian.
Siapa yang memberi nama ‘Jesus’? Allah yang memberi nama itu melalui malaikatnya.
Rupa-rupanya kedatangan Nabi Isa as ini sudah diramalkan oleh seorang nabi sebelumnya, tapi tidak dinyatakan siapakah nabi itu. Nabi itu juga memberi satu lagi nama kepada Jesus iaitu ‘Immanuel’ yang bermaksud ‘Tuhan Bersama-sama Kita’.
Nama ini secara tidak langsung menafikan keTuhanan Jesus. Jika Jesus benar-benar Tuhan, sudah tentu dia diberi nama ‘Tuhan’ dan bukannya ‘Tuhan Bersama-sama Kita’.
Bersambung…
Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
Catholic priest gives a 2 minute overview of the Gospel of Matthew
12 comments:
Shallom, di sini saya ingin memperbetulkan beberapa kesalahfahaman dalam pemahaman saudara mengenai Jesus dan Holy Bible.
Pertama, kesalahfahaman mengenai nama 'Jesus' iaitu 'Penyelamat Kaum Bani israel' dalam artikel saudara.Sebenarnya kenyataan saudara adalah jauh terpesong daripada maksud nama 'Jesus'yang sebenar.Dalam Yohanes 3:10 mengatakan,'Karena begitu besar kasih Allah 'AKAN DUNIA INI', sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, SUPAYA SETIAP ORANG YANG PERCAYA KEPADANYA TIDAK BINASA, melainkan beroleh hidup yang kekal. Di sini bermaksud Allah mengasihi setiap makhluk yang ada di dunia ini yang telah diciptakanNya dan tidak ada istilah, 'Saya mengasihi bangsa ini, Saya tidak mengasihi bangsa itu'. Selain itu,ayat ini juga tidak menyebut nama mana2 bangsa di dunia ini untuk diselamatkan. Malah, bible mengatakan, SETIAP ORANG...So,renung-renungkanlah.
Kedua, makna Roh Kudus.Roh Kudus itu bukanlah seperti yang saudara faham dan tulis disini.Menurut kamus Bible, Roh Kudus itu oleh Roh dan Firman-Nya Allah menciptakan langit dan bumi dan memberi nafas kepada manusia ( Kejadian 1:2;2:7; Mazmur 33:6; 104:23).
Roh Allah juga menggerakkan orang-orang tertentu:Hakim-hakim,raja2,nabi2.Dalam Perjanjian Baru seringkali disebut: Roh Kudus atau Roh Allah atau Roh Yesus (Kisah Para Rasul 16:7) atau Roh Anak Allah (Galatia 4:6) ialah pelaksana kehendak Allah di bumi. Ia sebagai penghibur (penolong) melanjutkan dan menterapkan karya Keselamatan Yesus (a.l Yohanes 14:16). Dialah dinamik pekabaran Injil (Kisah Para Rasul 1:8). Ia memberikan kesaksian Allah dalam hati orang-orang percaya bahawa mereka anak-anak Allah (Roma 8:15-16).Oleh itu,Roh Kudus itu adalah Kuasa daripada Allah.
Masih banyak yang saya lihat perlu dijelas di sini,namun saya bukanlah orang yang terlalu arif dalam menjelaskannya.So, biarlah Kebenaran itu yang datang sendiri untuk menunjukkan kebenaranNya kepada setiap umat manusia.
@ Anonymous,
Gue udah pada tau bahawa Sdr. Alex ngga tau apa2 tentang Kristen.
Kok bilang mantan Kristen. Anak TK aje pada tau ajaran Kristen sebenar.
Heran, kok gitu mendasar masakan ngga tau?
Ketahuan ya...cuman bisa buang angin busuk.
Ya udah...taqiyah mudah terdeteksi di sini.
Gue ingin nanya, apa ngga bisa dapetkan sumber2 Kristen yang sahih, rasmi & muktabar, lalu mematikan counter2 Kristen itu? Sulitkah itu?
Wasalam.
Shalom aleikhem Anonymous dan CosmicBoy.
Oleh kerana anda bedua sudah memberikan komen, maka pastinya kena berani bertanggungjawab.
Oleh itu sila nantikan jawapan-jawapan saya. Selamat mecuba.
PENJELASAN ALEXANDERWATHERN:
Tuan Anonymous. Mungkin anda membaca agak terburu-buru, maka saya perlahankan tempo bacaan anda supaya boleh anda boleh membuat penelitian semula.
PERKARA PERTAMA:
Saya berbicara tentang MAKSUD NAMA JESUS, bukan selain itu. Anda juga membicarakan NAMA JESUS melalui kata-kata anda sendiri iaitu, “kenyataan saudara adalah jauh terpesong daripada MAKSUD NAMA ‘JESUS’ yang sebenar.”
Jelasnya kita sedang bicara tentang MAKSUD NAMA “Jesus”. Betul kan?
Baiklah. Sila baca lambat-lambat ayat Bible yang saya kutip dalam tulisan saya yang anda komen itu. Ayat itu berbunyi:
“Dia (Mariam) akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau hendaklah MENAMAKANNYA JESUS, KERANA dialah yang akan MENYELAMATKAN KAUMNYA daripada dosa-dosa mereka."
Perhatikan perkataan-perkataan berhuruf besar pada ayat di atas.
Mengapa anak lelaki (bukan Anak Tuhan) itu mesti dinamakan “Jesus”?
Kerana dia akan MENYELAMATKAN KAUMNYA daripada dosa-dosa mereka.
Jadi maksud nama “Jesus” itu ialah “PENYELAMAT BANI ISRAIL” ataupun ‘PENYELAMAT KAUMNYA”. Itulah MAKSUD NAMA “JESUS”.
Kemudian anda membangkang mengatakan MAKSUD NAMA “JESUS” yang saya utarakan itu sebagai “salah faham” dan “jauh terpesong”. Kemudian anda memberikan ayar Yohanes 3 : 10 untuk menjelaskan MAKUSD NAMA “JESUS” yang sebenar. Dalam ayat yang anda petik sebagai hujah anda iaitu Yohanes 3: 10 itu, pada bahagian mana ada diceritakan MAKSUD NAMA JESUS? Tolong tunjukkan.
Mohon dijawab di sini: ..........................................
Saranan saya... anda tidak perlu mencari kerana memang TIDAK ADA penjelasan tentang MAKSUD NAMA “JESUS” dalam Yohanes 3: 10 itu. Ayat itu menceritakan “sebab-sebab Tuhan mengutuskan Jesus”, bukannya menceritakan “MAKSUD NAMA JESUS”. Anda boleh nampak perbezaannya?
Kesimpulan kecilnya di sini, hujah anda langsung tidak kena dengan MAKSUD NAMA “JESUS” yang sedang kita bicarakan.
Pada perkiraan saya, sebenarnya anda sendiri tidak pernah tahu maksud nama “Jesus” menurut Bible. Kemudian, ayat Bible yang anda petik tidak ada kena-mengena dengan MAKSUD NAMA JESUS. Jadi, siapa sebenarnya yang salah faham dan terpesong dalam isu MAKSUD NAMA “JESUS” ini? Renung-renungkan...
Tapi... terpulanglah kepada anda. Manalah tahu kalau-kalau di dalam ayat itu anda terjumpa MAKSUD NAMA “Jesus”. Silakan. Tunjukkan pada bahagian mana dalam Yohanes 3: 10 itu.
Dan... sila maklumkan MAKSUD NAMA “JESUS” sebagaimana yang anda tahu untuk membuktikan kebenaran anda mengatakan saya “salah faham” dan “terpesong”.
Saya menanti jawapannya.
Ps: Untuk CosmicBoy, silakan juga.
bersambung di bawah...
PERKARA KEDUA
Saya tidak tahu apa permainan anda Tuan Anonymous. Puas saya merujuk lebih daripada 10 versi Bible/ Alkitab tetapi saya tidak jumpa ayat Yohanes 3: 10 yang berbunyi:
“Karena begitu besar kasih Allah 'AKAN DUNIA INI', sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, SUPAYA SETIAP ORANG YANG PERCAYA KEPADANYA TIDAK BINASA, melainkan beroleh hidup yang kekal.”
Lihat Yohanes 3: 10 dalam semua Bible/ Alkitab sebagaimana yang saya sediakan di bawah:
Alkitab Terjemahan Lama:
Maka kata Yesus kepadanya, "Engkaukah guru orang Israel, dan tiadalah engkau mengerti perkara ini?
Alkitab Terjemahan Baru:
Jawab Yesus: "Engkau adalah pengajar Israel, dan engkau tidak mengerti hal-hal itu?
New King James Version Bible:
“Jesus answered and said to him, "Are you the teacher of Israel, and do not know these things?”
Alkitab Firman Allah Yang Hidup:
Yesus menjawab, "Engkau seorang guru Yahudi yang dihormati, tetapi engkau tidak mengerti hal ini?
Message Bible:
Jesus said, "You're a respected teacher of Israel and you don't know these basics?
Alkitab Shellabear:
Maka jawab 'Isa serta berkata kepadanya, "Engkaukah guru orang Israel itu, maka tiada engkau mengerti perkara-perkara itu?
Bible in Basic English:
And Jesus, answering, said, Are you the teacher of Israel and have no knowledge of these things?
dan lain-lain. Saya boleh senaraikan kesemuanya jika anda mahu.
Persoalannya, anda baca/ rujuk kitab Bible/ Alkitab yang mana?
Jawapan anda: .........................................................
Anda mesti membuktikan ayat Yohanes 3: 10 memang berbunyi sebagaimana yang anda petik. Jika anda gagal, bermaksud anda sama ada sudah tersilap ataupun memang sengaja berdusta. Boleh jadi anda menyangkakan orang lain tidak akan menyemak nombor ayat Bible yang anda sertakan. Lalu anda mahu orang yang tidak mampu menyemak (kerana ketiadaan Bible) ataupun yang malas menyemak terus percaya saja ayat-ayat yang anda jadikan sandaran hujahan.
Ps: CosmicBoy, silakan bertanggungjawab jika anda orang yang benar. Anda jelas menyokong tulisan Anonymous kerana tidak ada pun sebarang komen daripada anda tentang tulisannya. Jadi, betulkah Yohanes 3: 10 berbunyi sebagaimana yang Anonymous tulis? Soalan kedua, mengapa anda diamkan kesalahan Anonymous?
Bersambung di bawah....
PERKARA KETIGA
Berbalik kepada ayat yang anda petik iaitu:
“Dalam Yohanes 3:10 mengatakan,'Karena begitu besar kasih Allah 'AKAN DUNIA INI', sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, SUPAYA SETIAP ORANG YANG PERCAYA KEPADANYA TIDAK BINASA, melainkan beroleh hidup yang kekal.”
Kemudian tambah anda lagi:
“Di sini bermaksud Allah mengasihi setiap makhluk yang ada di dunia ini yang telah diciptakanNya dan tidak ada istilah, 'Saya mengasihi bangsa ini, Saya tidak mengasihi bangsa itu'. Selain itu,ayat ini juga tidak menyebut nama mana2 bangsa di dunia ini untuk diselamatkan. Malah, bible mengatakan, SETIAP ORANG...So,renung-renungkanlah.”
TAMAT PETIKAN!
Isu “Allah mengasihi setiap makhluk”.
Umumnya saya tidak pernah tidak bersetuju. Jadi kita punya pandangan yang sama.
Isu “Allah mengasihi semua bangsa”.
Umumnya saya tidak pernah tidak bersetuju. Jadi kita punya pandangan yang sama juga.
Yang saya tidak bersetuju ialah jika dikatakan Jesus diutuskan untuk menyelamatkan selain daripada Bani Israil. Itu saja. Dia diutuskan untuk menyelamatkan agama Bani Israil, sementara untuk bangsa-bangsa lain ada penyelamat masing-masing berupa para rasul/ nabi yang diutuskan kepada mereka.
Sungguhpun Jesus diutuskan hanya kepada Bani Israil oleh Tuhan/ Bapa, tetapi bangsa-bangsa lain mesti percaya yang Jesus/ Nabi Isa ialah utusan Tuhan/ Bapa kepada Bani Israil. Hal ini termasuklah umat Islam. Semua umat Islam mesti percaya bahawa Nabi Isa/ Jesus ialah utusan Tuhan kepada Bani Israil. Sesiapa yang tidak percaya hal ini, dikira tidak sempurna imannya. Sebab itu umat Islam percaya Nabi Isa/ Jesus ialah utusan Tuhan, membawa sebuah kitab bernama Injil, dilahirkan oleh seorang perawan, melakukan beberapa mukjizat dan sebagainya.
Kata anda: “ayat ini juga tidak menyebut nama mana2 bangsa di dunia ini untuk diselamatkan.”
Jadi, apa masalahnya? Saya tidak nampak apa-apa masalah pun di situ. Anda memetik ayat yang tidak menyebut penyelamatan mana-mana bangsa, memanglah di dalamnya tidak menyebut penyelamatan mana-mana bangsa. Cuba anda petik ayat-ayat Bible yang menceritakan penyelamatan bangsa-bangsa tertentu, barulah ada cerita tentang itu. Kan mudah?
Apa yang anda cuba gambarkan ialah... ayat yang satu itu membawa ajaran seluruh Bible. Cara anda ini salah. Ayat itu tidak mewakili seluruh Bible. Buktinya, cuba anda lihat ayat-ayat yang membawa cerita penyelamatan Bani Israil.
bersambung...
“Maka dia akan beranakkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan MELAPSKAN KAUMNYA (Bani Israil) daripada segala dosa.”
(Matius 1:21)
Maksud nama “Jesus” itu “Pelepas Seluruh Manusia” ataupun “Pelepas Kaumnya Bani Israil”?
Jawapannya: Bani Israil.
PENGAKUAN JESUS sendiri:
“Maka jawab Jesus, katanya: Tiadalah aku disuruhkan kepada yang lain, HANYALAH KEPADA segala domba yang sesat (manusia-manusia sesat) di kalangan BANI ISRAIL.”
(Matius 15:24)
Jesus mengaku dia disuruh kepada seluruh manusia ataupun kepada Bani Israil?
Jawapannya: Bani Israil.
PESAN JESUS sendiri:
“Kedua belas murid itu diutus oleh Jesus dan dia berpesan kepada mereka: “JANGANLAH KAMU MENYIMPANG KE JALAN BANGSA LAIN atau masuk ke dalam kota orang Samaria. Melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang daripada UMAT ISRAIL.”
(Matius 10: 6-6)
Jesus memerintahkan para hawari berdakwah kepada siapa? Jawapannya: Bani Israil.
Apakah Jesus membenarkan para hawari berdakwah kepada selain Bani Israil? Jawapannya: Tidak membenarkan.
AMANAT JESUS sendiri:
“Aku berkata kepadamu, sesungguhnya pada waktu penciptaan kembali, apabila anak manusia bersemayam di takhta kemuliaannya, kamu yang telah mengikut aku akan duduk juga di atas dua belas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Bani Israil.”
(Matius 19:28)
Paa hari akhirat nanti, Jesus akan menghakimi seluruh umat manusia ataupun akan menghakimi 12 suku Bani Israil?
Jawapannya: Bani Israil.
Ada beberapa ayat lagi. Rasanya untuk diskusi kita ini cukuplah sekadar ayat-ayat Bible di atas. Anda renungkanlah sendiri PENGAKUAN, PESAN dan AMANAT Jesus sendiri ini, bukannya kata-kata orang lain.
Jelasnya, anda berhujah dengan ayah Bible yang tidak kena dengan tempatnya. Contoh: Anda membuka buku undang-undang permainan bola sepak, kemudian anda berkata: “Mana ada dalam buku ini menceritakan tentang kayu golf!” Tentulah tidak ada kerana anda membuka buku yang salah dengan apa yang dicari.
Begitulah halnya dengan ayat yang anda petik, yang anda dakwa sebagai Yohanes 3: 10 itu. Memanglah dalam ayat itu tidak diceritakan tentang penyelamatan bangsa tertentu kerana ayat itu menceritakan hal lain.
Ps: Tuan CosmicBoy... apakah ayat yang digunakan oleh Anonymous itu membuktikan sleuruh Bible tidak ada menceritakan bahawa Jesus diutus kepada Bani Israil sahaja?
Bersambung di bawah...
PERKARA KEEMPAT:
Berbalik kepada ayat yang anda petik iaitu:
“Dalam Yohanes 3:10 mengatakan,'Karena begitu besar kasih Allah 'AKAN DUNIA INI', sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, SUPAYA SETIAP ORANG YANG PERCAYA KEPADANYA TIDAK BINASA, melainkan beroleh hidup yang kekal.”
PENJELASAN ALEXANDERWATHERN:
Anda menggunakan ayat ini terutamanya perkataan “Kasih Allah untuk DUNIA ini” untuk menunjukkan kononnya Tuhan/ Bapa mengutuskan Jesus kepada SELURUH DUNIA. Penjelasannya mudah saja.
Perkataan yang digunakan ialah “DUNIA” dan bukannya ‘SELURUH DUNIA”. Perkataan “DUNIA” pada ayat itu tidak bermaksud “SELURUH DUNIA” tetapi hanya untuk persekitaran Jesus sahaja.
Buktinya, sila lihat contoh-contoh ayat Bible di bawah:
“Dia menyebabkan PARA PEMIMPIN DUNIA KEHILANGAN AKAL, dan membuat mereka tersesat di padang belantara yang tidak ada jalannya.” (Ayub 12: 24)
Apakah ini bemaksud 100% SEMUA PEMIMPIN DUNIA hilang akal? Tentunya tidak, kerana banyak juga pemimpin dunia yang bagus-bagus.
“Kilat-kilat-Nya MENERANGI DUNIA, bumi melihatnya dan gemetar.” (Mazmur 97: 4)
Apakah kilat-kilat Tuhan berjaya menerangi SELURUH DUNIA? Pastinya tidak, kerana tempat-tempat terlindung seperti di dalam gua, di dalam kawah gunung berapi, di dalam tanah dan lain-lain ada yang tidak pernah diterangi cahaya kilat.
“...yang telah membuat DUNIA SEPERTI PADANG GURUN, dan menghancurkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan orang-orangnya yang terkurung pulang ke rumah?” (Yesaya 14: 17)
Apakah ayat ini menunjukkan yang SELURUH DUNIA (100%) dijadikan padang gurun? Tentunya tidak juga, kerana sekurang-kurangnya ada Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Bahkan jika Alkitab/ Bible menggunakan perkataan “SELURUH DUNIA” dan “SEMUA ORANG” pun, ia tidak semestinya bermaksud “seluruh dunia” dan “100% orang”. Oleh itu, ayat yang anda petik, yang tidak punya perkataan “SELURUH” tentu saja tidak memaksudkan seluruh dunia. Lihat betul-betul ayat ini:
bersambung...
“Pada waktu itu Kaisar Agustus mengeluarkan suatu perintah, menyuruh MENDAFTARKAN SEMUA ORANG di SELURUH DUNIA.” (Lukas 2: 1)
Betulkah Kaisar Agustus memerintahkan supaya SEMUA ORANG di SELURUH DUNIA mendaftar? Mustahil! Kita akan ditertawakan orang jika kita percaya hal ini. Alexander the Great, Cyrus the Great dan ketua empayar Monggol pun tidak mampu untuk mendaftarkan SEMUA ORANG di SELURUH DUNIA. Sebenarnya Kaisar menyuruh daftar orang ramai yang berada di bawah pemerintahannya sahaja, di kawasan pemerintahannya sahaja walaupun peratan yang digunakan ialah “SEMUA ORANG DI SELURUH DUNIA”.
Kita dengarkan jawapan anda... benarkah Kaisar Agustus memerintahkan SEMUA PENDUDUK DUNIA pada zaman itu mendaftar?
Jawapan anda: ...................................................................
Lagi bukti:
“Sebab itu orang banyak itu pergi menyongsong Dia, karena mereka mendengar, bahwa Ia yang membuat mujizat itu.Maka kata orang-orang Farisi seorang kepada yang lain: "Kamu lihat sendiri, bahwa kamu sama sekali tidak berhasil, lihatlah, SELURUH DUNIA datang mengikuti Dia." (Yohanes 12: 18-19)
Betulkah sewaktu Jesus menyebarkan dakwahnya di muka bumi itu, SELURUH DUNIA mengikutnya? Bila masanya orang-orang di Jepun, Monggolia, Indonesia, Mexico, Tibet dan lain-lain mengikut Jesus ketika itu?
Kita dengarkan jawapan anda... benarkah pada zaman Jesus itu SEMUA PENDUDUK DUNIA mengikutnya?
Jawapan anda: ..........................................................
Kesimpulannya, ayat yang anda petik yang memuatkan perkataan “DUNIA” bukan bukti Jesus diutus untuk menyelamatkan SELURUH UMAT MANUSIA di SELURUH DUNIA. Jika ayat itu mengandungi perkataan “SELURUH DUNIA” sekalipun, itu bukan bukti Jesus menjadi penyelamat seluruh dunia.
Ps: CosmicBoy... silakan membantu teman anda.
bersambung lagi...
Walau terbelah bulan pun mereka x bisa percaya kerana mereka belum terima hidayah...
Pasti CosmicBoy bersama Anonymous kini sudah pening membaca BIBLESSSS yang tulis oleh tangan mereka sendiri.
Assalamualaikum wbkt Saudara Alexanderwathern..terpesona dengan jawapan saudara kepada makhluk bernama CosmicBoy yang macam baling batu suruk tangan, lepas tu lari tah ke mana. Pengecut sebab dia tak tahu nak jawab balik, habis soalan dia saudara patah patahkan dengan jawapan yang sangat masuk akal..
Izinkan saya untuk mengambil beberapa artikel saudara untuk diletakkan di dalam blog saya sebagai bahan bacaan peribadi dan mungkin juga akan dikongsi oleh rakan rakan yang lain...terima kasih.
saya bangga melihat kebijaksanaan saudara..tentu saudara dilahirkan dari kalangan keluarga yang hebat juga.
subhanallah..Maha Suci Allah dari apa yg mereka prasangkakan..smoga hidayahNYA di atas pundak mereka..
5 star yg akhi alex..santun amat dalil akhi..truskan prjuangan ya akhi,,umat masa kini benar2 mmerlukan manusia seperti akhi..untuk di contohi ddlm berhujah,santun,tegas,teguh,mudah difahami..salam ssma jasad(islam)..cinta kalian..peace
Post a Comment