Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Friday, November 28, 2008

Boleh Gunakan 'Allah' Asalkan...

Penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Alkitab (Bible) dan tulisan-tulisan Kristian di Malaysia memang MENDATANGKAN KEKELIRUAN, bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga kepada penganut agama Kristian (1) sendiri. Sepatutnya perkataan ‘Allah’ ataupun ‘Tuhan Allah’ digantikan sahaja dengan Tuhan, ataupun Yahweh, ataupun Yehovah, El, Eloah, Elohim ataupun apa saja istilah lain (umat Kristian tentu lebih tahu) yang ada kaitan dengan The Old Testament (Perjanjian Lama) dan The New Testament (Perjanjian Akhir). Apakah agama Kristian kekurangan perkataan hingga terpaksa menggunakan perkataan ‘Allah’ yang lebih sinonim dengan kitab suci Al-Quran (The Last Testament/ Perjanjian Akhir)? Ataupun… ada sesuatu di sebaliknya?

Sepatutnya perkataan ‘Allah’ tidak digunakan oleh penganut agama Kristian untuk menggambarkan Tuhan mereka walau di mana saja. Walau bagaimanapun, tulisan ini lebih menjurus dalam KONTEKS ‘MALAYSIA’.

Perlu kita fahami, Bahasa Melayu Malaysia ada banyak juga perbezaan berbanding Bahasa Melayu Indonesia. Contohnya ‘tewas’ di Malaysia bermaksud ‘kalah’ sedangkan di Indonesia bermaksud ‘mati’. Sebab itu jangan mudah-mudah menyebut ‘pemain badminton Indonesia telah tewas di tangan pemain Malaysia’ kepada saudara-saudara kita dari Indonesia- nanti ‘bisa bikin ribut’. : )

Di Malaysia, ‘Allah’ ialah Tuhan YANG ESA bagi orang-orang Islam (dan Tuhan Yang Esa bagi semua manusia). ‘Allah’ ini langsung tidak sama dengan makhluk. Sebelum mana-mana makhluk wujud, Dia sudah SEDIA ADA. Sebelum tempat, ruang, warna, kecerahan, gelap, bentuk, sempadan, rupa, arah dan lain-lain (yang semuanya makhluk) wujud (diciptakan-Nya), Dia sudah sedia ada. Apa sahaja yang terpengaruh dengan tempat, ruang, warna, kecerahan, gelap, bentuk, sempadan, rupa, arah dan lain-lain adalah makhluk. Apa sahaja yang lebih muda atau ‘datang kemudian’ daripada-Nya- bukan Allah. Begitulah hebatnya Allah, satu-satunya Tuhan sebenar.

Allah tidak dapat dibayangkan oleh makhluk. Apa saja yang tergambar dalam fikiran kita bukan Allah. Jika Tuhan boleh dibayangkan, hilanglah kehebatannya. Allah suci daripada segala kelemahan seperti mengantuk, lapar, dahaga, lupa, tersilap, berehat, tidak tahu, sakit, tua dan sebagainya. Jauh sekali untuk Dia diseksa ataupun mati. Dia SEMPURNA.
Dia tidak dapat diperintah atau diarah-arah kerana Dialah Pemerintah- Raja Segala Raja. Dia tidak dapat diutus kerana Dialah Pengutus. Dialah sahaja yang tahu bila saatnya Kiamat. Siapa sahaja yang tidak tahu tarikh dan saat Kiamat, itu bukan Allah. TIDAK TAHU menunjukkan kelemahan dan sifat makhluk. Mustahil Tuhan ‘tidak tahu’ dan lemah. Siapa saja yang ‘tidak tahu’ dan lemah tidak layak menjadi Tuhan. Allah tidak layak memohon kerana Dialah Tempat Permohonan.

Allah tidak dapat dipecah-pecahkan, dipisah-pisahkan atau dibahagi-bahagikan- Dia Esa (Satu). Sesiapa yang menyembah Tuhan yang boleh dipecah-pecahkan dipisah-pisahkan atau dibahagi-bahagikan, maksudnya orang itu tersembah selain daripada Allah iaitu makhluk. Hal ini kerana Dia sudah ‘sedia ada’ sejak ruang dan pembahagian belum dicipta. Jadi, mustahil Dia boleh dibahagi-bahagikan. Allah sentiasa ada, tidak pernah ‘tidak ada’ ataupun ‘belum ada’. Dia sentiasa muncul, mustahil Dia baru muncul ataupun belum muncul dan kemudiannya menghilang ataupun mati. Zat Diri-Nya tidak pernah berubah atupun bertukar. Apa sahaja yang MENGALAMI PERUBAHAN (umat Islam menyebutnya ‘baharu’), bukan Allah tetapi makhluk.

Inilah sebahagian daripada ciri-ciri ‘Allah’ yang disebut dalam Perjanjian Terakhir- Al Quran. Dan Allah ini memiliki begitu banyak persamaan dengan Tuhan bagi umat Kristian yang berfahaman Unitary (Unitarian). (2)

Apabila penganut agama Kristian tempatan menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk ‘Tuhan’ mereka, memang menimbulkan masalah. Hal ini kerana sifat-sifat ‘Allah Kristian’ itu jauh berbeza dengan Allah. Jangan kita diperbodohkan oleh sebahagian golongan Iselam Liberal yang mendakwa Allah sebagai ‘Tuhan Sembahan’ semua agama.

Allah sebagai TUHAN SEBENAR SEMUA MANUSIA memang benar, tetapi mengatakan Allah sebagai TUHAN SEMBAHAN semua agama ternyata jauh menyimpang. Hanya Muslim yang menyembah Allah TUHAN SEMUA MANUSIA itu, yang tertera sifat-sifatnya sebagaimana yang dijelaskan di atas tadi. Sesiapa yang menyembah Tuhan yang memiliki semua sifat-sifat tersebut, maksudnya dia menyembah Allah. Jika Sembahannya itu tidak memiliki sifat-sifat itu, maksudnya dia menyembah SELAIN ALLAH. Jadi, sesiapa yang menyembah SELAIN ALLAH, sepatutnya gunakanlah nama lain bagi ‘Tuhan Sembahan’ mereka itu. Selesai masalah.

Kita sedia maklum, Tuhan Sembahan umat Kristian itu boleh dipecah-pecah dan dibahagi-bahagikan walaupun dikatakan ‘3 oknum dalam satu’. Jesus sebagai Tuhan menunggu wahyu di bumi, Roh Kudus sebagai Tuhan sedang turun ke bumi membawa wahyu manakala Bapa yang juga Tuhan sedang berada di syurga (3). Hal ini memang jelas bertentangan dengan ALLAH kerana Dia tidak dapat dipecah-pecahkan, dipisah-pisahkan atau dibahagi-bahagikan- Dia Esa (Satu).

Tuhan umat Kristian itu memerlukan ‘rehat’ selepas mencipta tetapi Allah tidak pernah berehat. Berehat adalah satu kelemahan. Tuhan Kristian pernah kalah bergusti dengan manusia tetapi Allah tidak pernah kalah. Tuhan sembahan Kristian tidak tahu di mana Adam menyorok tetapi Allah Maha Mengetahui. Sembahan Kristian itu dilahirkan tetapi Allah sudah sedia ada sebelum pembahagian, jasad dan ruang dicipta. Jesus yang Tuhan dan Roh Kudus yang juga Tuhan tidak tahu tarikh Kiamat sedangkan Allah Maha Mengetahui. Tuhan Sembahan itu boleh menyesal (menunjukkan Dia tidak Maha Mengetahui) sedangkan Allah mustahil menyesal kerana Dia Maha Mengetahui.

Lihatlah betapa jauh bezanya antara Allah dengan Tuhan Sembahan penganut agama Kristian. Kita tidak mahu umat Islam dan umat Kristian di negara ini terkeliru lalu menyangka yang mereka sedang MENYEMBAH TUHAN YANG SAMA. Persamaan yang wujud hanyalah Muslim dan Kristian percaya kewujudan Tuhan dan semua orang mesti menyembah Tuhan.

TAPI Islam dan Kristian ada begitu BANYAK PERSAMAAN jika ‘Allah’ yang dimaksudkan oleh Kristian itu ialah BAPA, sebagimana faham para Unitary. Sekiranya HENDAK SANGAT, Alkitab (Bible) dan tulisan-tulisan Kristian di Malaysia boleh saja menggunakan perkataan ‘Allah’ asalkan kena dengan tempatnya. Gantikan saja perkataan ‘Bapa’ dalam Bible dengan ‘Allah’. Jangan nisbahkan ‘Allah’ kepada Jesus ataupun Roh Kudus tetapi untuk Bapa sahaja.

“…biarlah dunia percaya yang Bapa (ALLAH) telah mengutus aku (Jesus).”
(Yohanes 17:21)

“Bapa (ALLAH) yang mengutus aku (Jesus), Dialah yang bersaksi tentang aku, kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nya pun tidak pernah kamu lihat.”
(Yohanes 5:37)

“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA (ALLAH) SAHAJA.”
(Markus 13: 32)

“Jika kamu mengasihi aku, kamu akan bersukacita kerana aku pergi kepada Bapa (ALLAH), oleh sebab Bapa (ALLAH) lebih besar daripada aku."
(Yohanes 14:28)

"Setelah berkata demikian, Jesus mengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa (ALLAH), sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun boleh memuliakan Bapa (Allah)""
(Yohanes 17:1)

Bagaimana? …

Kalau penganut agama Kristian berasa keberatan, maka kita kembali saja kepada Kitab Suci agama masing-masing. Umat Islam menggunakan nama ‘Allah’ sebagaimana yang tertera dalam Kitab Suci Al-Quran, manakala umat Kristian gunakan nama Tuhan yang ada dalam Bible Ibrani ataupun Aramaic-yang pastinya tidak ditulis sebagai ‘Allah’. Kan selesai dengan aman? Mengapa tidak mahu menggunakan nama Tuhan dalam Kitab Suci sendiri?


'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

31 DISEMBER 2007


* Penganut agama lain yang ingin tahu tentang isi kandungan ajaran Islam boleh ke laman MENGENAL ISLAM di http://mengenalislam.blogspot.com/ . Tentu anda ingin tahu apa kepercayaan umat Islam, perayaan umat Islam, ibadah Haji, hiburan umat Islam, cara beribadah dan lain-lain. Tidak ada ruginya anda menambah pengetahuan.

* Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui perbandingan agama Islam dengan agama-agama lain, boleh mengembara ke laman MENGAPA ISLAM di http://mengapaislam.wordpress.com/ .

(1) ‘Kristian’ di Malaysia membawa maksud seluruh cabang agama Kristian manakala di Indonesia, ‘Kristen’ dispesifikasikan sebagai aliran ‘Protestan’ dan penganut agama Kristian aliran Katholik disebut ‘Katholik’.

(2) Umat Kristian berfahaman Unitary percaya Bapa ialah Tuhan sebenar manakala Jesus dan Roh Kudus mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada-Nya. Penganut agama Kristian yang berfahaman Trinity (Trinitarian) pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesus sebagai Tuhan sebenar- tiga peribadi dalam satu peribadi. FAHAMAN ASAS Unitary memang selaras dengan pandangan agama Islam. Banyak kaum Kristian di Timur Tengah berfahaman Unitary. Oleh itu jika mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk Tuhan mereka (Bapa), memang ada relevannya. Namun di Malaysia, majoritinya beraliran Katholik dan selebihnya Protestan, yang kedua-duanya Trinitarian.

(3) “Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan terdengarlah suara dari langit: "Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Aku berkenan."
(Lukas. 3:22)

15 comments:

Anonymous said...

salam..izinkan saya beri sedikit komen ttg tulisan anda..
saya perhatikan sebilangan besar umat islam keliru dengan 'ALLAH' dan 'TUHAN'..
saya ingin memberikan pandangan saya supaya bertujuan untuk kta sama2 selesaikan mesalah kekeliruan ini..sesiapa shj boleh menggunakan nama ALLAh kerana ALLAH itu nama bagi tuhan..iaitu tuhan yang menciptakan kita dan juga langit dan bumi, yang tidak boleh dicapai oleh akal dan juga tidak boleh difikirkan dzatNya..yang wajib kita sembah ialah dzat yang bernama ALLAH atau tuhan yang bernama ALLAH..sebagai contoh..ABU ZULFIQAR ialah nama bagi diri anda..jika saya kata saya ingin berjumpa anda, sudah tentu saya berhadapan dengan diri sebenar anda,iaitu seorang insan yang bernama ABU ZULFIQAR..bukan berjumpa dengan nama semata2..dalam konteks agama pula sudah tentu dzat yg bernama ALLAH itu bukan berbentuk...bukan merah,bukan hitam,bukan putih, bukan kecil, bukan besar..tetapi kita wajib menyembahNya kerana kewujudanNya..bukan menyembah nama itu..jika kita menyembah nama itu dengan huruf2 tersebut nyata sekali kita telah syirik yakni kita menyembah berhala...adakah huruf2 tersebut boleh beri kita rezeki? adakah huruf2 tersebut boleh beri kita manfaat? jadi, kita wajib menyembah dzat yg bernama ALLAH...ALLAH itu nama bagi tuhan..ALLAh itu dalam bahasa arab..kalimah pertama sekali dilaungkan ketika Nabi Muhammad dilahirkan..tetapi Nabi2 sebelum Nabi Muhammad nama tuhan berlainan..nama tuhan bagi Nabi Isa lain..Nama tuhan bagi Nabi Musa lain..walaupn berlainan tetap menyembah kepada tuhan dan tidak menyekutukanNya..kita tidak boleh mengatakan Nabi2 tersebut tidak bertauhid kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi..agama Nabi2 tersebut sudah tentu bertauhid kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan tidak menyekutukanNya..

Alexanderwathern said...

Benar tu tuan, kita tak pernah menghalang sesiapa untuk mengggunakan "Allah" dan menisbahkannya kepada Tuhan. Yang kita tolak ialah apabila mereka mahu menggunakan "Allah" dan dinisbahkan kepada selain Tuhan seperti kepada berhala, Jesus Christ, Rok Kudus dan lain-lain.

iniAmin said...

Assalamualaikum,
Izinkan saya berkongsi artikel ini di blog dan laman web saya, untuk rujukan bersama.
www.inteam.com.my dan iniamin.blogspot.com.
Terima kasih.

Alexanderwathern said...

Wlksm Tuan Amin Inteam,

Terima kasih kerana sudi berziarah ke teratak ana. Selamat maju jaya untuk anta dan kumpulan nasyid Inteam.

Abu Zulfiqar
7.1.2010

iniAmin said...

Jazakallahu khairal jaza'.
Terima kasih ya ustaz..

Anonymous said...

semoga Allah melimpahkan berkahnya ke atas kita saudara seiman,
Apabila seorang Tok guru seperti Nik Aziz yang berilmu dan mengamalkan ilmunya berkata " orang kristian boleh menggunakan kalimah Allah " maka saya percaya sebelum beliau mengucapkannya, satu pandangan jauh demi kepentingan agama Islam telah pun difikirkan semasak-masaknya.

sudah sampai masanya untuk kita berdakwah secara lebih bijaksana kepada penganut kristian! apa salahnya apabila kita ubah sedikit cara kita berdo'a apabila menggunakan pembesar suara di masjid atau berceramah di khalayak umum akhbar,majalah,radio atau TV, contohnya ' dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang ' disambung pula dengan 'dengan nama Allah yang bukan bapa kepada seorang nabi dan rasul tetapi Allah yang satu tanpa ada yang kedua dan ketiganya...'

saya faham maksud misionari kristian itu iaitu untuk menimbulkan keraguan di dada orang Islam yang lemah iman secara bijaksana maka mengapa kita tidak counter attack secara bijaksana juga ? inilah tujuan kita sewaktu kita membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah. ada sesiapa yang sanggup untuk memenuhi tujuan ini? ( pertanyaan untuk diri saya dan semua saudara seiman)

Unknown said...

Saudara AZ, saya bersetuju dengan anda. Puak yahudi dan kristian ada nama tuhan-tuhan mereka tetapi mereka tidak yakin akan tuhan mereka, sebab itu mereka mahu menggunakan kalimah "ALLAH" tapi mendekati ALLAH dengan jalan yang 100% salah. Agenda tersirat adalah untuk menawan hati remaja islam yang hanyut, "agama kristianpun menyembah allah bah, lagi mudah dan kamu bisa buat apa saja yang orang islam tidak boleh." nyoslah remaja islam itu.

Anonymous said...

ASSALAMMUALAIKUM WBT...

izinkan saya copy paste semua tulisan saudara n print. sekadar tambah ilmu. tidak berniat laen.. :-)

Alexanderwathern said...

Amin ya Allah. Teriama ksih tuan atas komennya.

Tentang pandangan TG Nik Aziz... begitu juga dengan pandangan TG Dr. haron Din apabila menyanggah pandangan Nik Aziz itu. Pastinya Haron Din juga sudah berfikri cukup jauh demi kepentingan agama Islam sudah pun difikirkan semasak-masaknya.

Menarik juga cadangan tuan tentang doa itu, tapi saya menyokongnya dengan syarat penganut agama lain tetap tidak dibenarkan menggunakan "Allah" untuk ditujukan kepada tuhan-tuhan mereka. Jika dibenarkan, hampri2 tidak ada gunanya sambungan doa itu kerana mereka juga akan mendoakan:

"Dengan nama Allah dilahirkan oleh seorang wanita dan yang mati disalib... "

ataupun :

"Dengan nama Allah yang kepalanya sudha diputuskan oelh dewa lain lalu digantikan dengan kepala gajah..."

Anatar conuter attack secara bijaksana ialah dengan menegaskan bahawa Allah itu tidak sama langsung dengan sembahan-sembahan mereka lalu diterangkan perbezaan-perbezaannya. Katakan, sebab itulah mereka tidak boleh menggunakan "Allah" untuk ditujukan kepada sembahan-sembahan mereka selain Allah. Dari situ mereka akan terfikir betapa hebatnay Allah berbanding sembahan mereka selama ini lalu tertarik untuk menyembah Allah- Tuhan sebenar.

Nooraliani Aina said...

Salam, bagi saya simple, ALLAH adalah untuk disembah oleh semua maklok mengikut cara fahaman maklok2 itu sendiri. Bagi maklok bernama manusia mesti menyembah ALLAH cara islam yang dibawa rasulullah saw. Kalau nak sembah cara kristian sembahlah Jesus Kris atau Roh suci atau sembah saja paderi yang boleh ngampun dosa. Bagi yahudi pulak macam2 tuhan seperti yuweh atau anak lembu Dan banyak lagi. Memang mereka nak guna "ALLAH" untuk kelirukan anak muda yang lalai, cuai
dan lalok.

Gurangak said...

Assalamualaikum.... Damai sejahtera bagi kamu yang masih lagi hidup dibumi Allah.... Saya sangat tertarik dengan Artikel tuan... Ini kerana, masalah ini pernah menjadi kontroversi dalam diri saya suatu ketika dahulu... (kalau nak tahu, sya adalah seorang muallaf.. Alhamdulillah... Emm... sya tidak pernah menafikan bahawa di dalam kitab injil perjanjian lama dan baru memang terdapat banyak penggunaan perkataan "Allah, Allah Bapa, Allah Putera, Allah Roh Kudus" sehinggakan ianya disebut ajaran "trinity"... (Ada 3 Tuhan)... So, pada mulanya, sya memang x bleh menerima pendapat orang islam yang melarang penggunaan khalimah tersebut... Astagfirullah.... tapi, apabila saya menjalankan sedikit penelitian dan kesahihan yg sya dapat, sya dah tahu hal yg sebenarnya... so, bermula dari itu, sya memeluk islam.. Pendapat sya la kan... Bagi sya, seperti yg kita (org islam) sedia maklum bahawa ajaran kristian ini berasal daripada Agama Nasrani.... So, kita dah maklum bahawa tuhan bagi agama nasrani (yang original) ialah Allah... walaupun kristian telah diselewengkan oleh seorang lelaki (paulus), tetapi kemungkinan kecil bahawa ayat2 yg ada pada injil itu adalah milik Allah.... Cuma ia telah diselewengkan..... Em... Utk yg selanjutnya, sila lawati blog sya d http://rujukanmuallaf.blogspot.com......

Alexanderwathern said...

Wlksm Elie Di Kabatang. Selamat datang ke agama Islam dan selamat menjadi saudara kepada saya dan umat Islam lainnya. Saya mengucapkan tahniah atas penghijrahan anda, semoga anda dimudahkan Allah segala urusan dunia dan akhirat.

Saya sudah berziarah ke blog anda, memang menarik. Diharap dapat terus 'update' agar menjadi rujukan kepada insan2 lain.

Selamat maju jaya.

Che Wan said...

Salam ustaz..saya nk tnya beberapa soalan..soalan sy mgkn lari siket drp tajuk asal diatas iaitu berkaitan dgn penulis injil yohanes.Setahu sy yohanes itu adlah yahya..Adakah yahya ini adalah sama dgn nabi yahya yg diimani oleh org islam?1 lg soalan sy ialah adakah kesemua keempat2 kitab bible pd hr ni ditulis oleh hawariyun (murid nabi isa)?setahu sy lg kitab bible yg ada sekarang ditulis slps beratus tahun kewafatan nabi isa. jd bagaimanakah mereka yg berempat ini menulis kitab2 tersebut? Takkanla umur mereka panjang sangat..

Harap ustaz dpt betulkan saya jika ada kesalan berkaitan persoalan2 saya diatas..Sekian terima kasih..

Alexanderwathern said...

Wlksm Che Wan,
Jawapannya ada dalam tulisan saya bertajuk "SJ-Yohanes, Nabi Yahya, Hawari dan Injil".

maer wan said...

Assalamualaikum.

Walaupun sudah jauh terlewat untuk saya menulis komentar di sini, sya pohon keizinan untuk tetap menulis. Dengan izin ya, tuan rumah?

Pada saya, sebagai Muslim yang mempercayai al-Quran, kita harus mengikut arahan yg empunya nama itu sendiri, iaitu Allah.

Dalam Surah al-Ikhlas (surah 112), Allah telah berfirman (terjemahan dalam English dan Bahasa):
1. Say, "He is Allah , [who is] One,
2. Allah , the Eternal Refuge.
3. He neither begets nor is born,
4. Nor is there to Him any equivalent."

1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Nah, telah terang lagi bersuluh, Allah menyuruh kita mengatakan bahawa Allah itu Esa, tidak beranak, tidak diperanakkan, dan tiada apa yg setanding dengan-Nya.

Bila yg empunya nama dah bagitau / bagi perintah definasi dirinya, takkan kita nk biarkan nama disalahguna?

Bukan setakat tu saja, di dalam ayat utama yg dibacakan oleh penganut ajaran Judaism (Yahudi), ada sepotong ayat yg digelar Shema Yisrael yg dibaca dua kali setiap hari.

Dalam bahasa Hebrew: :שְׁמַע יִשְׂרָאֵל יהוה אֱלֹהֵינוּ יהוה אֶחָד
Sebutannya: Sh'ma Yisra'el YHWH Eloheinu YHWH Eḥad
Maksudnya: "Hear, O Israel: the LORD (YHWH) is our God, the LORD (YHWH) is One."

Nampak tak ianya serupa?

Setelah beribu tahun Bangsa Israel diperintahkan untuk mendengar bahawa Tuhan itu Esa (Deuteronomy Chapter 6 Verse 4), akhirnya turun wahyu menyuruh manusia untuk mengakui dan mengatakan bahawa Tuhan itu Esa.

Related Posts with Thumbnails