Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, November 27, 2008

Siapakah Zulqarnain?

(*Artikel ini ditulis ketika saya masih meyakini Maharaja Korsh/ Cyrus dari Parsi sebagai Zulqarnain. Kemudiannya pandangan saya berubah).

Ketika masih remaja dulu saya percaya Zulqarnain dan Alexander the Great kedua-duanya orang yang sama. Namun setelah membaca di sana-sini hasil kajian mereka yang berkemahiran, saya mula beranggapan kedua-duanya orang yang berlainan.

Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander dipercayai oleh sebahagian orang sebagai seorang yang kufur. Saya mulai percaya Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu.

Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.

Saya (*ketika artikel ini ditulis, sebelum saya cuba menyelidiki sendiri siapa Zulqarnain) memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luas pernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur pada zaman silam.

Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung untuk menyekat kaum Yakjuj Makjuj (bangsa-bangsa gasar di utara Dunia).

Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.

Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini (*ketika artikel ini ditulis) sebagai agama Zoroaster (Zarathustra) yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh (*kini saya lebih cenderung kepada pandangan ini).

Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.

Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’ (menurut Al-Ghazali, Aristotle sendiri kemudiannya mengkufurkan ajaran Plato dan Socrates). Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialah Nabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.

Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.

Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain al-Quran.

Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).

Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di mana. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(hamba)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis artikel itu cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.

Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kita ada maklumat yang selengkapnya.

Menurut buku ‘Lelaki Misteri Dalam Al-Quran-Iskandar Zulkarnain’, banyak ulama dan sejarahwan menyokong Alexander the Great sebagai Zulqarnain tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Ibnu al-Qayyim, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan Sayyid Qutb.

Wallahualam.


'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'

'Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'





Sejarah Alexander Macedonia


Sejarah Cyrus the Great/ Korsh

11 comments:

Anonymous said...

segala puji-puji bagi allah seru sekalian alam.

Anonymous said...

Ustad, anda begitu sering membantah mengenai alexander, bahwa alexander bukan zulqarnain. coba baca buku baru terbitan PTS tajuk: "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN: Pembebas Barat dan Timur, Pembina Tembok Yakjuj Makjuj", ini penting agar anda tak semakin jauh tersilap.
Anda juga sering menjanjikan tulisan mengenai zulqarnain yg anda katakan hidup satu zaman dgn nabi Ibrahim as, tetapi mengapa tulisan itu tidak pernah anda tampilkan? saya tunggu ya

Alexanderwathern said...

Pak Anonymous yang dikasihi,

Sebetulnya saya sudah membaca buku itu berulang kali. Bahkan sebelum ia diterbitkan di Malaysia lagi sebahagian isi kandungannya sudah sampai kepada saya melalui teman2 yang menghadiri pidato2 penulisnya.

Keputusan buku itu bukan muktamad. Kata2 anda berbunyi "ini penting agar anda tak semakin jauh tersilap" menunjukkan buat diri anda... sesiapa sahaja yang cuba mencalonkan orang selain Alexander the Great sebagai Zulqarnain PASTI TIDAK BETUL kerana pegangan buku itu sudah muktamad betul.

Jangan begitu pak. Kajian dan penelitian jangan ditutup. Cara begitu tidak ilmiah dan mematikan ilmu.

Sebenarnya saya sangat kesibukan dalam mengajarkan kitab2 agama, maka buat masa ini saya hanya dapat menulis artikel2 yang pendek2. Belum punya kesempatan untuk menulis tentang Zulqarnain.

Tidak mustahil Alexander itu Zulqarnain, tetapi tidak mustahil juga dia bukan Zulqarnain. Setiap pengkaji ada tokoh yang paling menghampiri ciri2 Zulqarnain. Penolakan pihak2 tertentu ke atas kajian penulis buku itu pastinya ada kesan baiknya, kerana akan membuatkan penulisnya lebih aktif meneruskan kajian.

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kedudukan kepadanya (Zulqarnain) di bumi dna Kami telah berikan jalan segala sesuatu kepadanya." (Al-Kahfi : 84)

Benarkah orang yang tenteranya berpecah belah di pinggir India, hampir2 mengalami kekalahan di sana, dan tidak berani pula menyebarang sungai untuk masuk ke India berhadapan dengan tentera bergajah India (lalu terus berpatah balik ke Babylon) dikatakan Tuhan "DIBERIKAN JALAN SEGALA SESUATU"? Inikah Zulqarnain yang Al-Quran maksudkan?

Fikir-fikirkan.

Anonymous said...

ASSALAM'MUALIKUM kalau boleh saya menyampuk buku yang anda sebutkan SAYA SUDAH BACA BEBERAPA KALI,yang muskilnya tentang israk/me'araj nya Alexender dalam ALQURAN hanya menyebut Nabi Muhammad SAW sahaja fakta itu yang menyanggah siapa SEBENARNYA ZULKAINAIN walaupun lain lain fakta hampir boleh diterima kalau saya salah harap maaf

Alexanderwathern said...

Wlksm. Saya andaikan anda berbicara tentang mukasurat 285-289 daripada buku itu (terbitan PTS).

Umumnya Isra' itu bermaksud berjalan pada waktu malam. Mi'raj pula berupa tangga/ laluan ke langit.


Hadith pada ms 285 yang mengatakan Zulqarnain dinaikkan ke langit hanyalah riwayat At-Tabari dna Al-Jizi. Kedua-duanya tidak terkenal sebagai elit dalam hadith. Al-Asqalani mengatakan hadith ini lemah.


Berdasarkan maklumat ini, hadith ini tidak sesuai dijadikan sandaran.

Alexanderwathern said...

(Yang dikatakan) hadith kedua tentang mikrajnya Zulqarnain hanyalah riwayat Imam Qutubi, yang juga bukan elit hadith.

Menurut method ilmu mustalah hadith, kedua-dua riwayat ini sekalipun digandingkan, belum cukup untuk dijadikan hujah. Jadi, kisah Zulqarnain dinaikkan ke langit ini boleh diambil sebagai pengetahuan sampingan, bukannya sandaran.
WA.

Anonymous said...

ustaz mohon share ye artikel ni....trima kasih sy akan link kan ke blog ustaz

Anonymous said...

Mr. Alex, perkara Zulqarnain dinaikkan ke langit ada dalam kitab Imam Tabari (pengarang tafsir Quran muktabar) anda anggap hadith lemah, shg tidak layak jadi sandaran.
tetapi kenapa ketika anda menulis mengenai lokman al hakim, anda memakai juga hadith lemah untuk menyokong pendapat anda.
Bagaimana tanggungjawab intelektual anda Mr. Alex
Berpihaklah pada kebenaran

Alexanderwathern said...

Daripada puluhan sandaran berupa nukilan para ulama tentang LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES yang saya sertakan itu, hanya dua daripadanya berupa hadith. Kedua-dua hadith ini konteksnya ialah untuk membuktikan bahawa LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES. Dua hadith yang konteks isinya mengatakan LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES disokong oleh lebih 30 pernyataan ulama (sebagaimana yang saya tuliskan di situ).

Kesimpulannya, terdapat lebih 30 pernyataan (campur 2 hadith tadi) yang isinya memberitahu kita bahawa LUQMAN AL-HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES. Kesemua lebih 30 pernyataan ini saling menguatkan sesama sendiri, menjadikan keputusan bahawa LUQMAN AL-HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES itu agak kuat.

Bandingkan dengan dakwaan bahawa ALEXANDER MACEDONIA DINAIKKAN KE LANGIT itu yang sandarannya hanya 2 hadith dhaif sahaja. Layakkah hanya dua pernyataan dhaif yang saling menguatkan itu untuk dibandingkan dengan lebih 30 pernyataan dhaif yang saling menguatkan?

Kesimpulannya, saya memakai hadith dhaif yang konteksnya berkisar seputar LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES dan berani mengesahkannya kerana ia disokong oleh lebih 30 pernyataan ulama yang nadanya sama, iaitu dari konteks LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES. Mustahil para ulama bersepakat dalam sesuatu kesalahan.

Saya tidak berani mengesahkan peristiwa ALEXANDER MACEDONIA DINAIKKAN KE LANGIT kerana hanya ada 2 pernyataan dhaif sahaja.

Lebih 30 lawan hanya 2. Anda boleh nampak betapa jauh jurang antara kedua-duanya dari sudut kekuatan hujah?

Jika saya mengatakan 2 sandaran itu sama kukuhnya dengan yang lebih 30 sandaran, maka benarlah saya seorang yang tidak adil. Maka saya menafikannya. Pada saya, kehujahan lebih 30 pernyataan adalah tidak sama malah lebih kuat daripada pernyataan yang hanya ada 2 sahaja.

Anda bagaimana? Setarakah taraf/darjat antara LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES yang punya lebih 30 sokongan itu dengan ALEXANDER MACEDONIA DINAIKKAN KE LANGIT yang punya hanya 2 sokongan itu?

Sekiranya anda pernah mempelajari ilmu mustalah hadith, tidak akan ada masalah untuk anda memahaminya. Sekiranya belum pernah, ada baiknya anda menguasai cara-cara menilai kehujahan dalam ilmu mustalah hadith terlebih dahulu. Dari situ insyaAllah anda akan nampak perbezaan yang sangat ketara antara kedua-duanya.

Anonymous said...

Nampak jelas seolahnya tidak akan kita ketahui siapa Zulqarnian yg disebut dalam al-quran. Bahkan tidak pula ada catatan yang ditinggalkannya. Pun begitu, Zulqarnian ini memang diketahui oleh bangsa Yahudi.

Anonymous said...

Zulkarnain dan alexander adalah orang yg sama berasal dari marcedonia,dizaman moden ini mereka dikenali sebagai bangsa albania dan kosovo,kebanyakannya beragama islam,naluri mereka mudah menerima agama tauhid seperti nenek moyang mereka iskandar zulkarnain,bila turki osmaniah datang mereka pun menerima islam dgn mudah tidak seperti bangsa eropah yg lain menentang islam dgn keras,keturunan zulkarnain dan tenteranya juga terdapat di utara pakistan,rupa mereka berbeza dgn orang pakistan biasa lebih mirip orang eropah,rambut perang bermata biru dan hijau dan bahasanya mirip albania/kosovo tinggal di lembah hunza dikenali sebagai puak hunza.

Related Posts with Thumbnails