BILA SAMBUTANNYA?
Biasanya pada bulan Mei ketika bulan terang. Sebenarnya tarikh ini berdasarkan takwim lama India yang biasanya jatuh pada bulan Mei mengikut takwim Masehi. Sebab itu kadang-kadang Hari Wesak jatuh pada hujung bulan April ataupun awal bulan Jun.
APA TUJUAN SAMBUTANNYA?
Untuk memperingati 3 peristiwa penting:
· Kelahiran pengasas agama Buddha iaitu Sidharta di Taman Lumbini pada tahun 623 SM
· Hari Sidharta mendapat ilham agung lalu menjadi Buddha pada tahun 588 SM ketika berusia 35 tahun
· Hari kematian Sidharta di Kusinara pada tahun 543 SM ketika berusia 80 tahun.
BAGAIMANA SAMBUTAN DIBUAT?
· Biasanya para penganut agama Buddha akan ke kuil pada waktu pagi untuk memberi penghormatan kepada Buddha.
· Mereka akan memberi hormat kepada 3 Perlindungan iaitu Buddha (pengasas), Dhamma (ajarannya) & Sangha (para bikkhu/ saminya).
· Memusatkan tumpuan kepada ‘8 Prinsip’.
· Para sami akan berpakaian kuning dan membacakan kitab ‘Sutras’.
· Kemudian mereka akan bersembahyang.
· Melepaskan burung merpati.
· Memberi makan kepada fakir miskin (dengan makanan ‘vegetarian’) dan sedekah kepada para sami.
· Ada penganut Buddha di Singapura dan Taiwan yang mencederakan diri seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.
· Dewasa ini semakin banyak acara kereta berhias diadakan walaupun ia bukanlah tuntutan.
USUL TAJDID SEGAR:
Ambil tahu sedikit-sebanyak hal ehwal agama lain
BUAH AMAL:
Jika ada kelapangan, carilah maklumat tentang agama-agama lain. Contohnya ceritakan tentang Hari Wesak kepada teman-teman dan bincangkan cara-cara untuk menarik penganut agama Buddha kepada Islam serta perkara-perkara baik yang boleh kita ambil daripada mereka.
‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
No comments:
Post a Comment