Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, August 15, 2013

Pendedahan Liku-liku Jalan KeTuhanan

Tuan Guru Tokku Haji Ibrahim Haji Mohamad Pualu Manis ialah seorang syeikh dalam Tariqat Satariyyah aliran Tok Pulau Manis (yang terkenal dengan kitab syarah Hikam itu). Tokku Ibrahim banyak menulis buku khususnya yang berkaitan dengan tasawuf. Beliau banyak pengalaman dalam meneliti ajaran-ajaran yang kontroversi. Dalam kalamnya, beliau sering menyebut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah, Tuan Guru Prof. Madya Dr. Haji Jahid Sidek, Tuan Guru Haji Ismail Bukit Payung, Tuan Guru Mustafa Mohamad Al-Jiasi dan lain-lain.

Bukunya yang bertajuk “Liku-liku Jalan KeTuhanan – Tinjauan & Pengalaman Mengenai Permasalahan Tariqah di Malaysia” sangat menarik. Ada pelbagai pembongkaran di dalamnya. Kita ikuti salah satu pengalamannya yang menarik itu.

PENGALAMAN TOKKU IBRAHIM

Saya pernah berguru dengan seorang guru yang pada zahirnya begitu kuat berpegang kepada syariat dan sentiasa mengekalkan sunnah. Dia adalah dari kalangan guru yang majzub dalam ilmu tasawuf.

Saya yang jahil dalam tasawuf, banyak merujuknya pada peringkat awal kerana tertarik dengan latar belakangnya di mana dia dahulunya seorang yang jahil dan lalai dengan agama, tiba-tiba menjadi alim dan berpegang kuat dengan syariat.

Namun apa yang saya lihat, beliau ASYIK BERCAKAP TENTANG mimpi, kasyaf, firasat dan ilham yang dialaminya. Begitu juga dengan mudah menghukum seseorang itu sesat dengan kasyafnya, malah MENDAKWA DIRINYA SEBAGAI WALI QUTUB ZAMAN INI. Dia banyak bercakap bersandarkan ilham yang didakwanya merupakan petunjuk dari Allah. SETIAP HARI ADA SAHAJA ILHAM ATAU MIMPI YANG BARU. Murid yang lain tanpa banyak soal terus menerima kata-katanya kerana menganggapnya dari Allah.

Saya tidak mahu berhujah dengan lebih panjang apabila guru majzub itu mengatakan bahawa SAYA TIDAK BOLEH MEMBANTAH PERCAKAPANNYA kerana beliau adalah ketua  para Wali Allah, bahkan SEMUA WALI ALLAH SELURUH DUNIA PADA HARI INI MESTI MENDENGAR DAN TUNDUK KEPADANYA.

Saya yang kebingungan merujuk kepada guru saya, TUAN GURU HAJI MAMAT MERBAU PATAH. Saya ceritakan bahawa guru tersebut amat suka bercakap tentang ilham dan karamah serta AMAT MUDAH MENGHUKUM ORANG LAIN SEBAGAI MUNAFIK dengan hanya bersandarkan mimpi dan ilhamnya. Saya merujuk kitab Al-Hikam yang mengatakan siapa yang mencintai hal-hal tersebut tandanya dia JAUH DARI TUHAN. Lalu Tuan Guru Haji Mamat dengan senyum berkata, “Alhamdulillah, kamu diberi ilmu oleh Allah dengan faham. Cukuplah kamu mengikutinya.” Saya memahami kalam beliau dan meninggalkan guru tersebut.

[ *Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah berasal dari Sungai Derhaka, Terengganu. “Merbau Patah” ialah nama kampung isterinya, iaitu tempat TG Haji Mamat mengajar ilmu agama. Mahir mensyarahkan kitab Hikam Tok Pulau Manis dan kitab Minhajul Abidin Imam Al-Ghazali. TG Haji Mamat Merbau Patah tidak mengamalkan apa-apa tariqat, tetapi hanya mengamalkan aurad biasa lepas solat. Menurut TG Merbau Patah, tasawuf bukannya pada zikir, salasilah, banyak ibadah, suluk dan mujahadah, tetapi hakikat tasauwuf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat keTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.]

Kembali kepada cerita guru saya yang majzub itu. Bila saya meninggalkannya, beliau yang mengaku ketua wali tadi AMAT MARAH, lebih-lebih lagi ramai murid-muridnya yang lain yang selama ini turut berasa curiga tapi tidak berani meninggalkannya mengikut tindakan saya. Akibat tindakan tersebut, RAMAI SAHABAT SAYA YANG DIPUKUL. Saya sendiri DIDOAKAN KHUSUS SUPAYA GILA.

Apabila melihat tindakbalas mereka tidak menjejaskan saya dan yang lain, SAYA DIAJAK BERTUMBUK ‘one by one’. Sedangkan pangkatnya IBARAT SEORANG AYAH kepada saya, bagaimana beliau boleh mengajak saya bertumbuk. Bila mengingat peristiwa ini saya tersenyum sendirian kerana terasa lucu dengan tindakan yang penuh emosi itu.

Syeikh al-Junaid berpesan : “Tinggalkan mereka yang mengaku wali.”

Berkata Tuan Guru Imam Ibrahim : “Mereka yang mengaku ia wali adalah dusta, mereka ialah manusia yang tidak malu dengan Allah.”

[ *Tuan Guru Imam Ibrahim ialah mursyid dalam Tariqat Satariyyah aliran Tokku Pulau Manis]

Inilah contoh manusia yang menjadikan jubbah, serban serta janggut yang panjang sebagai topeng untuk kepentingan diri. Ia bercakap ilmu sufi tetapi APABILA DATANG UJIAN, LATAHNYA LEBIH DARIPADA ORANG AWAM YANG JAHIL.  Dulu saya sangat menghormatinya, tetapi peristiwa tersebut telah menghilangkan terus rasa hormat saya terhadapnya.

TAMAT SALAH SATU PENGALAMANNYA

Banyak lagi cerita menarik di dalam buku itu. Ringkasannya :

1.       Ajaran yang mendakwa jika mencapai maqam fana’, boleh meninggalkan syariat, boleh tidak menutup aurat dengan sempurna.
2.       Ajaran seorang wanita yang mendakwa menerima jubah dan mahkota daripada Nabi Khidhir. Pada setiap malam Nabi Khidhir akan datang dari laut dengan menunggang kuda lalu mengajarnya. Auratnya tidak bertutup sempurna. Lengannya dihiasi banyak gelang emas. Melantik dirinya sebagai amil zakat kerana kononnya amil-amil lelaki sudah tidak jujur. Tidak bersolat kerana setiap kali mahu mengerjakan solat, dia akan mengalami fana’ zat.
3.       Ajaran yang gurunya mendakwa menerima  pendidikan kerohanian secara langsung daripada Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tok Pulau Manis. Kononnya mencapai maqam maqam zikir di atas ‘Arasy. Ketika bersuluk, penjuru suraunya akan dijaga oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani, Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Nabi Khidhir. Menerima surat pengesahan sebagai wali qutub daripada Rasulullah ketika di Madinah.
4.       Ajaran yang gurunya mendakwa sering dikunjungi Rasulullah. Begitu rapat dengan baginda sehingga dipanggil “Abang Mad” sahaja. Mendakwa pernah pada suatu malam dibawa oleh Rasulullah ke Baitul Maqdis, lalu Rasulullah memintanya menjadi imam solat kepada Rasulullah dan para wali.
5.       Ajaran seorang guru buta yang mengaku sebagai Al-Mahdi. Mendakwa Siti Fatimah ra bukanlah anak Rasulullah saw.

Dan pelbagai lagi pendedahan yang menarik. Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
15 Ogos 2013

1 comment:

la taqyin said...

Tasauf adalah teori,
Nak praktikkan tasauf praktikalnya adalah tarikat(jalan)
Fardhu ain tasauf adalah menyucikan hati dari sifat madzmumah dan mengembalikan kepada sifat mahmudah.bagaimana kita belajar teori penyakit hati tanpa belajar atas jalan penyucian hati secara khusus?
Kerna sifat madzmumah itu adalah penyakit hati atau najis batin(pekara yg membatalkan pahala).
Agaknya jika kita solat dgn membawa najis zahir(tahi kucing dikaki),rata2 org islam akan mengatakan tidak sah solat sbb bawa najis,tetapi jika bawa sifat madzmumah dlm diri ketika solat,buat2 diam,mcm tak bersalah,tak batal solat dan tak mengapa plak kita rasa
Adakah begitu kebenarannya?
Dimasjid,dikuliah2 rata ustad2 mengajar bab pahala,buat ini itu dapat pahala.
Tapi adakah kita pernah mendengar bab perkara yg membatalkan pahala??
Rumusannya,tidak akan sampai keTuhan jika tiada jalan penyucian diri
Dari amarah ke lawamah ke mulhimah ke mutmainah,seterusnnya ke mardiah,radiah,kamaliah tiadakah jalannya?
Sbb itu tasauf dan tarikat tiada terpisahnya jua..

Related Posts with Thumbnails