Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Wednesday, April 10, 2013

SJ - Bhagavad Gita, Veda, Zabur



PERSOALAN : Salam, saya ada menemui laman web http://www.bhagavad-gita.org
dan saya rasakan ia adalah kitab Veda/ agama Hindu/ nak kata kitab zabur tak mau lah..
Ia terpecah kepada 3, melalui Tindakan, Ketaatan dan Akal..
Dan pada pendapat saya, ia merupakan cara atau kaedah untuk mengenal diri.. dan lebih glamour dengan ucapan kenal diri kenal tuhan.

Apa pandangan saudara?


PENJELASAN : Wlksm. Bhagavad Gita ialah salah sebuah kitab suci penganut agama Hindu, namun ia bukanlah kitab Veda (yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Samar Veda dan Atharva Veda), dan ia juga bukanlah kitab Zabur.

Saya pernah membaca kitab Bhagavad Gita ini walaupun tidak habis semua. Isi utama kitab ini ialah dialog antara Krishna (yang mungkin sekali seorang rasul pada zaman itu) dengan anak muridnya yang bernama Arjuna/Arjun (seorang pahlawan besar) sejurus sebelum Perang Baratayuda atau dikenali juga sebagai Perang Kurukshetra .

Ketika tentera Arjuna dan tentera musuh sudah pun saling berhadapan, ketika itulah Krishna memberikan nasihat-nasihat agama kepada Arjuna. Nasihat-nasihat Krishna inilah yang kemudiannya didokumenkan lalu dinamakan kitab Bhagavad Gita.

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud di Timur Tengah, manakala isi kandungan kitab Bhagavad Gita ialah perkataan-perkataan Krishna di India. Oleh itu tidak ada perkaitan antara kedua-duanya.

Isi kandungannya memang berkaitan dengan agama dan keTuhanan melalui yoga-yoga dalam agama yang kita nisbahkan kepada agama Hindu hari ini.

Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
10 April 2013

1 comment:

Unknown said...

Kitab Zabur mmg tiada kena mengena dgn Bhagavad Gita.Perlu diketahui bahawa bnyk perselisihan pendapat & bnyk maklumat salah diterapkan dlm agama Hindu. Itulah sbbnya agama Hindu tidak mendapat perhatian yg baik drp umat lain kerana mereka tidak diberi maklumat yg benar atau teori yg selari.
Apa yg tidak diterapkn sehingga skg ialah KEBENARAN YG SAH,TELUS,BERSIH. Kitab Zabur sememangnya ialah kitab YAJURVEDA & MMG TIDAK DPT DISANGKAL bnyk CHAPTER,PERKARA,AYAT mempunyai persamaan & bnyknya diMODIFIKASI oleh dunia moden. Penganut Hindu perlu ketahui bahawa kitab yg perlu kita ikut ialah KITAB YAJURVEDA & BUKANNYA Bhagavad Gita sbb Bhagavad Gita BUKAN KITAB.
Kita sbg penganut Hindu patut berasa bangga kerana kitab kita la yg pertama mengajar dunia bahawa Tuhan adalah SATU & sesiapa yg menyembah selainNYA menuju kegelapan. Sedihnya,ajaran ini hnya diikuti oleh penganut Kristian & Islam tetapi kita sbg penganut Hindu TIDAK MENGIKUTI apa yg diajar kpd kita & apa yg kita ajar kpd dunia.
Ini disebabkan pemesongan,agenda politik oleh sesetengah pihak utk kepentingan sendiri. Pihak tersebut tidak mahu kita berdoa TERUS kpd TUHAN kerana mereka tidak akn dpt mengaut keuntungan drp kerja2 ritual.
Oleh itu,saya berharap semua saudara saudari penganut Hindu spt saya,sila balik ke pangkal jalan & ikut la ajaran benar yg pertama iaitu YAJURVEDA atau ZABUR. SEKIAN.

Related Posts with Thumbnails