Pejabat berita
The Telegraph di London menyiarkan maklumat bahawa seorang ilmuwan Iran berusia
27 tahun iaitu Ali Razeghi dari Pusat Penemuan Strategis Kebangsaan mendakwa
“Time Machine Aryayek Traveling” yang boleg digunakan untuk mengetahui masa
depan sudah berjaya dihasilkan. ‘Mesin waktu” itu dipercayai dapat membuat
ramalan tentang sekitar lima ke lapan tahun masa depan seseorang, dengan ketepatan
dalam lingkungan 98 peratus.
Ali Raghezi yang
berjawatan Pengarah Pusat Iran untuk Penemuan Strategis itu sudah bekerja untuk
projek mesin waktu ini selama 10 tahun. Dia juga sudah berjaya mencipta 179
penemuan lain. Menurutnya, mesin waktu ini tidak akan membawa kita ke masa
depan tetapi ia mampu membawa masa depan kepada kita.
Dengan mesin waktu
ini (sekiranya benarlah ia berjaya dihasilkan), Iran akan berupaya untuk
mengetahui lebih awal tentang jatuh naik mata wang, harga minyak, aktiviti
ketenteraan yang bakal dilakuakn negara asing dan sebagainya. Maksudnya Iran
dapat membuat persediaan lima tahun lebih awal.
Ali Beghazi
boleh berbangga dengan ciptaaannya memandangkan Amerika Syarikat masih gagal
untuk manghasilkannya walupun sudah menghabiskan sangat banyak belanja. Namun begitu
maesin waktu ini mendapat kritikan rakan dan kaum keluarga Ali Baghezi kerana
mereka memandang ia sebagai alat untuk “bermain” dengan Tuhan.
Mesin waktu ini
bakal dipasarkan apabila Iran sudah mampu untuk berbuat demikian. Prototaipnya
tidak dilancarkan kerana dikhuatiri teknologi ini akan dicuri oleh pihak lain
terutamanya China.
Abu Zulfiqar
13 April 2013
3 comments:
Pulak dah.....
Ape la
Pulakk
Post a Comment