Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Friday, March 29, 2013

Perihal Panji Hitam Langkasuka (bahagian 3 - Tamat)



Sebenarnya bahagian ketiga ini sudah disiapkan dengan lebih kuran 1300 patah perkataan, dengan ulasan-ulasan. Sudah siap, cuma tunggu hendak “publish” sahaja. Tiba-tiba datang gerak untuk buat sedikit amalan. Jadi, saya tinggalkan dululah lebih kurang beberapa belas minit.

Dengan izin Tuhan, datang rasa tak sedap hati. Dapat alamat mengatakan lebih baik tidak di”publish”. Oleh itu saya pun padam tulisan tersebut dan hanya menulis perkara-perkara di bawah. Kefahamannya ikut masing-masinglah. Saya tak akan cakap lebih daripada itu. Sensitif lagi berbahaya (bagi yang faham, yang tak faham, buat tak tahu sahaja).

Mula-mula, baca artikel ini terlebih dahulu http://bradokapak.blogspot.com/2013/03/ekslusif-hikayat-duka-sultan-tidak.html . Tiada komen daripada saya tentang artikel itu.
                                                                                                                                 
Kemudian, perkara yang mahu saya jelaskan di sini ialah… dalam pertemuan antara Brado Kapak dengan Raja Langaksuka II di surau di Gombak itu (sebagaimana dalam artikel bahagian kedua sebelum ini), antara pengakuan Raja Langkasuka itu sendiri ialah :
a)      dialah “PERSONALITI” yang diminta untuk ditemui oleh pihak waris-waris Kesultanan Sulu.
b)     dialah yang pergi ke Filipina pada bulan Februari lalu (sejurus sebelum Isu Lahad Datu) atas urusan harta Kerajaan Sulu.
c)      dialah yang sudah bertemu dengan penjaga harta Kesultanan Sulu, malah dia ada diberikan surat tertentu oleh penjaga harta itu.

Keimpulannya ringkas sahaja. Pihak-pihak yang mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku di sana, bolehlah menghadap ke bawah duli Tuanku Merangmahawangsa II untuk memohon ceritera. Itu pun jika ada kaitan. Jika tak ada kaitan, tak adalah.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
29 MAC 2013

(234 perkataan… sahaja)

No comments:

Related Posts with Thumbnails