Pada awalnya saya mengira tidak perlulah untuk kami
memanjangkan lagi tulisan tentang Ajaran Panji Hitam Langkasuka bawaan seorang
hamba Allah yang mengelarkan dirinya Raja Merongmahawangsa. Atas dasar itulah
maka pada artikel ke-3 tentang ajaran ini saya letakkan perkataan “tamat”.
Ketika itu kami mengharapkan agar para pembaca pandai-pandailah membuat
pertimbangan sendiri menggunakan kebijaksanaan masing-masing.
Namun begitu, selepas ketiga-tiga artikel itu dimuatnaik
ke ruang maya internet, maklumbalas demi maklumbalas kami terima. Kemasukan
maklumat begitu pesat sehingga membuatkan kami bersetuju untuk menyatukan
kesemua maklumat itu lalu dihidangkan dalam bentuk satu lagi artikel, dan
tentunya saya yang akan menjadi tukang karang, tukang taip dan tukang muatnaik.
Kesibukan saya dan rakan-rakan membuatkan usaha ini masih
terbantut sedangkan soalan demi soalan dilontarkan kepada kami sehingga mewujudkan
lambakan soalan. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menghidangkan info-info itu dalam bentuk soal
jawab. Maksudnya tulisan ini bukanlah sebuah artikel yang tersusun, tetapi
lebih berupa soal jawab yang berterabur susunannya tetapi tidak lari daripada
isu. Dengan kaedah ini kami dapatlah
menjawab pertanyaan beberapa pihak sekaligus, tanpa perlu untuk kami menjawab
kepada setiap individu.
Tulisan ke-4 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
kerana ada banyak maklumat yang bakal kami kongsikan, insya-Allah.
Semoga bermanfaat.
PERSOALAN : Dengar
cerita Raja Merong dapat tahu banyak perkara ghaib. Benarkah apa yang
didakwanya itu?
PENJELASAN :
Kami bawakan satu cerita, anda nilaikan sendiri.
Pada tahun 2011, Bangkok dilanda banjir mengejut dan
lambat surutnya. Seorang yang menggunakan nama “Jejak Yang Hilang” (selepas ini
kita akan lihat perkaitan antara nama ini dengan Merong) membuat dakwaan dalam
bentuk tulisan pada 9 November 2011 bahawa banjir di Bangkok tidak akan surut
sebelum, malahan akan bertambah buruk sehingga jadi seperti lautan, kecualilah
negara Thailand diserahkan kembali kepada raja yang berhak iaitu Raja Empayar
Islam Nusantara Langkasuka.
Dengan kuasa Allah SWT, banjir dah lama surut dan
Thailand tidak pula diserahkan oleh raja dan pemimpin-pemimpinnya kepada Raja
Langkasuka. Maksudnya, berita ghaib yang ada pada Jejak Yang Hilang itu adalah
karut belaka. Orang yang berhati-hati dalam mmebuat pertimbangan tentunya tidak
akan mudah-mudah mempercayai ramalan-ramalan ugutan seperti itu. Memang dari
semasa ke semasa ada sahaja ramalan yang berbau ugutan (sama ada secara
langsung ataupun tidak) tetapi secara halus disebarkan oleh kumpulan ini agar
mereka diperakui oleh masyarakat.
Berikut ialah tulisan Jejak Yang Hilang pada 9 November
2011 :
Banjir di Thailand
semakin buruk dan dengan Izin Allah akan
bertambah buruk. Sampai di (*suatu) ketika nanti apabila empat penjuru air
ini bertembung maka di saat itu kita akan lihat rebahnya bangunan-bangunan, tumbangnya rumah-rumah rakyat yang
(*malapetaka ini) akan menjadi satu kejutan kepada dunia. Bangkok umpama lautan.
Perkara ini hanya
boleh dielakkan (*jika) semua rakyat, pemimpin-pemimpin & raja Thailand
sedar sudah sampai masanya mereka kembalikan
Negara Thailand (Langkasuka) kepada pemerintah/rajanya yang sebenar.
Janji Allah sudah
hampir tiba. Empayar Islam Nusantara Langkasuka harus dikembalikan kepada yang
berhak. Empayar Islam Nusantara Langkasuka bukanlah suatu yang mitos. BANJIR
ini adalah satu petunjuk yang jelas bahawa masa untuk kebangkitan dan sejarah
1400 tahun dahulu akan kembali.
Ramai pihak
termasuk umat Islam Thailand masih belum menyedari perkara ini,mereka semua
beranggapan Empayar ini hanyalah mitos di zaman moden ini. Kepada umat Islam
Thailand dan juga Nusantara bersiap sedialah kita untuk kebangkitan Empayar ini
dan harus diperintah oleh yang berhak sahaja. Ramai yang ketawa membaca komen
ini.
Dengan IzinAllah, BANJIR ini akan surut setelah Raja Thailand
menyerahkan sepenuhnya kuasa pemerintahan Thailand/Langkasuka kepada yang
berhak.
Kekejaman mereka
terhadap Umat Islam sudah hampir berakhir,bangkitnya Raja yang berhak ini akan
terbentuklah sebuah Empayar Kerajaan Islam YANG BERTUANKAN ISLAM, ALQURAN &SUNNAH
sebagai tunjang pemerintahan, tiada lagi Demokrasi (*kenyataan ini bersesuaian
dengan kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan mereka sekarang bahawa sebelum dan selepas Pilhanraya Umum ke-13
akan berlaku huru-hara), tiada lagi pilihanraya sebaliknya MAJLIS SYURA
ULAMA & MAJLIS IJTIMAK ULAMA sebagai ganti juga ADIL untuk semua kaum.
Semua sistem ciptaan Yahudi Nasrani akan terus dibuang.
Marilah semua Islam
khususnya di Thailand dan juga Nusantara ini kita mencari Raja/Khalifah yang
memerintah dan mendaulatkan PEMERINTAHAN ISLAM yang sebenar.
KEPADA UMAT ISLAM
NUSANTARA BANJIR DI THAILAND/LANGKASUKA, (*banjir di Bangkok) ini bukanlah
banjir biasa. Carilah guru-guru yang mursyid dan bukanlah guru-guru yang
pentingkan dunia untuk merungkai rahsia banjir ini. Dengan IzinAllah jua banyak
perkara-perkara yang pelik akan berlaku selepas ini.
Hasilnya? Maklumat ghaib yang ada pada orang ini ternyata
palsu. Hal ini membuatkan orang ramai terfikir… takkanlah Pemegang Panji Hitam
Al-Mahdi yang tulen dapat info-info palsu dari alam ghaib atau dari Allah?
Tulisan Jejak Yang Hilang ini boleh tuan-tuan cari di
serata internet. Gaya dan isi tulisannya persis betul dengan gaya dan isi
tulisan Merong, dan sama benar dengan maklumat-maklumat yang disebarkan oleh
orang-orang yang mempercayainya dakwaan-dakwaannya. Sila cari dan teliti
sendiri.
Kita lihat satu lagi gaya dan isi tulisan Jejak Yang
Hilang pada 2 Disember 2011 pula :
Asslamualaikum
Tuan, InsyaAllah Kerajaan Islam Patani/Langkasuka akan kembali dan semua
negeri-negeri di bawah empayarnya dahulu mesti di kembalikan di bawah
pemerintahnnya berlandaskan ALQuran & Sunnah setelah Pewaris sebenarnya di temui. Bersama-samalah kita menjejak
Pewaris yang hilang ini. Masanya dah hampir tiba. Kemunculan beliau akan jadi
satu kejutan dunia. Sistem Demokrasi ciptaan Yahudi Nasrani akan di hapuskan.
Mulanya kebangkitan Pemerintahan Khalifah/Sultan/Raja Islam di akhir zaman. Tiada lagi pilihanraya.
Bandingkan pula dengan tulisan seorang lagi yang gaya dan
isinya lebih kurang sama iaitu individu yang menggunakan TuankuSultanRajaMerongmahawangsa. Tulisan orang ini juga banyak di
serata internet. Seolah-olah mereka orang yang sama.
Kita khuatir hal yang menimpa Ustaz Ashaari Muhammad
Al-Arqam akan berlaku kepada Merong. Apabila satu berita ghaib/ramalannya
salah, dia buat ramalan baru. Apabial salah lagi, buat ramalan lain pula.
Kadang-kadang dua tiga ramalan dalam masa yang hampir-hampir serentak. Tapi
para pengikut tegarnya tetap yakin akan si ketua.
Lagi tulisan Jejak Yang Hilang pada 10 Mac 2012 :
“Pattani Langkasuka
akan MERDEKA dan memerintah dengan undang-undang berlandaskan
AlQuran&Sunnah yang akan diketuai oleh Pewaris Raja Islamnya yang sebenar
dan dari jalur Ahlul Bait terus kepada
Saidina Hassan @ Bani Hasyim yang akan diberi Amanah untuk memerintah dan
menjadi Raja Islam akhir zaman bagi menyediakan tapak pemerintahan untuk
AlMahdi setelah ianya muncul kelak.”
Nampaknya orang ini mendakwa Raja Langkasuka ini ialah
Ahlul Bait (berketurunan Nabi Muhammad saw) dan salasilahnya sampai kepada
Saiyidina Hasan bin Sayidina Ali.
PERSOALAN :
Benarkah dia seorang ahli Jemaah Tabligh?
PENJELASAN : Buat
masa sekarang rasanya tidak, tapi suatu ketika dahulu mungkin. Kami dapat
maklumat bahawa dia pernah “keluar” (melakukan aktiviti dakwah mengikut acuan
jemaah Tabligh dengan bergerak dari masjid ke masjid dalam tempoh tertentu)
bersama-sama Jemaah Tabligh. Kebetulan dia keluar dengan jemaah dari tempat
saya. Patutlah pada awalnya dulu saya rasa macam pernah lihat Merong ini kerana
pada zaman itu saya selalu mengikut aktiviti Jemaah Tabligh. Tapi tak tahulah
pula kalau-kalau pelanduk dua serupa.
Dalam temubualnya bersama Brado Kapak, jelas Merong tidak
berpayung di bawah Jemaah Tabligh. Penjelasan Merong ditulis oleh Brado Kapak :
“Tuanku menjelaskan bahawa dia tidak bawa
Tabligh, dia tidak bawa Sunni,…”
Tulisnya lagi : “Tuanku menjelaskan lagi bahawa apa yang dibawa Tabligh ada yang benar dan
ada yang tidak. Yang tidak benarnya mereka tersangkut di situ sahaja.
Mereka (Tabligh) tidak mencari ilmu yang
benar.”
Apabila dia berpegang dengan dua kenyataan ini :
1. Apa
yang dibawa Tabligh ada yang benar dan ada yang tidak.
2. Tabligh
tidak mencari ilmu yang benar.
Maka bolehlah kita buat kesimpulan bahawa Merong bukanlah
seorang karkun (penggiat Jemaah Tabligh).
PERSOALAN :
Adakah nama sebenar Raja Merong ini ialah Syu’aib bin Soleh?
PENJELASAN :
Tidak. Namanya ialah HXXXXX XXXXX BIN XXXXXX.
PERSOALAN :
Benarkah pada zaman Rasulullah saw dulu wilayah Khurasan belum ditanda
sempadannya, maka wilayah Nusantara pun sebenarnya termasuk dalam Khurasan
juga?
PENJELASAN : Pada
zaman Rasulullah ( dan sebelum itu lagi), mereka sudah sedia maklum di mana
lokasi wilayah Khurasan iaitu meliputi beberapa wilayah yang hari ini kita
kenali sebagai Uzbekistan, Afghanistan, sebahagian Iran, sebahagian Pakistan.
Mana-mana wilayah yang sudah biasa disebut oleh masyarakat Arab pada zaman itu,
maksudnya wilayah-wilayah itu sudah ada lokasi dan sempadannya.
Pada zaman itu China sudah disebut Sinn, India sudah disebut
Sind dan Hind, Parsi sudah disebut Farisi, dan Khurasan sudah disebut Khurasan.
Wilayah Khurasan pada waktu itu disempadani/dibatasi oleh China, India dan
Parsi. Ketiga-tiga wilayah besar itu pula saling duduk bersebelahan (sila rujuk
mana-mana peta). Maksudnya wilayah Khurasan tidak boleh meloloskan diri untuk
menyelit keluar merentasi China dan India (yang duduk bersebelahan) untuk tiba-tiba
bersambung ke Burma, Thai, Indo-China, Tanah Melayu dan Nusantara seluruhnya.
Kesimpulannya, pada zaman Rasulullah, wilayah Khurasan
tidaklah meliputi Nusantara. Khurasan dan Nusantara berada di dua lokasi yang
berbeza dan terpisah oleh China dan India.
Pada zaman dahulu ada seorang ulama besar di Kelantan
yang datang dari …. Di Kelantan, ulama ini lebih dikenali sebagai Tok Khurasan.
Gelaran “Tok Khurasan” itu adalah kerana dia berasal dari wilayah Khurasan.
Kita tidak pernah dengar orang yang berasal dari Indo-China, Thai, Jawa,
Filipina atau sekitarnya yang digelar “Khurasan”. Hal ini kerana Nusantara bukanlah
Khurasan.
PERSOALAN :
Benarkah Raja Merong seorang yang kaya-raya?
PENJELASAN : Kita
tidak dapat hendak mengkategorikannya, namun dia memang ada terlibat dengan
perniagaan yang agak besar dan bertaraf antara negara. Tak tahulah pula
kalau-kalau ketika ini dia sudah meninggalkan kerjaya itu.
PERSOALAN :
Benarkah kumpulan Panji Hitam Langkasuka ada datang ke markas Tabligh Taiping
iaitu di Masjid Hanafi? Bagaimanakah ceritanya?
PENJELASAN : Kisahnya
begini….. (anda fikirkan, adakah kesemua turutan cerita ini satu kebetulan
ataupun memang diaturkan oleh Allah atas sebab-sebab tertentu).
1. Pada
suatu malam, saya mensyarahkan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di sebuah surau. Dengan
tidak disangka-sangka pada malam itu datang serombongan ahli Jemaah Tabligh
untuk mengikuti pengajian. Selalunya tak ada pun. Mungkin satu kebetulan.
2. Kebetulan
ketua rombongan para karkun itu ialah seorang sahabat saya. Mungkinlah
kebetulan juga.
3. Untuk
kuliah malam itu, memang saya rancang sedari awal untuk menyelitkan taklimat
tentang ajaran Panji Hitam Nusantara dalam kuliah kitab Ihya’. Katakanlah kebetulan
juga.
4. Pada
setiap kali kuliah, saya memang memberikan nota kuliah kepada hadirin. Biasanya
8 mukasurat. Itu sahaja. Tetapi untuk malam itu saya siapkan nota iringan
setebal 24 muka surat seputar Ajaran Panji Hitam Langkasuka untuk diedarkan
kepada para pendengar. Kebetulankah?
5. Beberapa
hari kemudian, jemaah ini berkumpul di Masjid Hanafi Taiping. Masjid itu memang
menjadi lokasi iktikaf mingguan para karkun daerah Larut Matang. Ramailah
karkun ketika itu. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang minta ruang untuk berucap.
Namun begitu jemaah menolak permintaannya. Salah seorang elders Tabligh
memanggil lelaki ini. Berlakukah perbualan, dan orang ini mendakwa dari
kumpulan Panji Hitam Langkasuka (tak tahulah sama ada orang ini Raja Merong
sendiri ataupun orangnya). Masih satu kebetulan?
6. Elders
Tabligh yang mula-mula memanggil lelaki itu dan bersoal-jawab dengannya ialah
sahabat saya sendiri, yang mengetuai rombongan ke majlis pengajian kitab Ihya’
saya tempoh hari. Masih satu kebetulan?
7. Setelah
mendapat tahu bahawa orang ini dari Panji Hitam Langkasuka, jemaah Tabligh
Taiping yang sudah sedia maklum tentangnya (melalui kuliah dan risalah tempoh
hari) langsung tidak memberi ruang. Apatah lagi tujuan orang itu ialah untuk
memohon derma sebagai dana untuk Raja Merong mendirikan daulah.
Cuba kita renungkan, kronologi peristiwa dari nombor 1
sampailah nombor 7. Adakah kesemuanya sekadar satu kebetulan? Bukankah
kesemuanya berkait rapat satu sama lain?
Satu hal yang musykil di sini, setahu kita Raja Merong
seorang yang berduit malah mendakwa punya banyak harta di seluruh dunia sama
ada yang sudah di dapat ataupun yang bakal di dapat. Tapi, mengapa minta derma
dengan jemaah Tabligh?
PERSOALAN :
Benarkah Raja Merong meyakini bahawa P. Ramlee ialah seorang wali Allah?
PENJELASAN : Saya
tidak tahu sejauh mana keyakinannya, tapi di sini saya letakkan petikan tulisan
sahabat saya Brado Kapak (yang berbual berdepan muka dengan Raja Merong) di
blognya http://www.bradokapak.com/2013/04/ekslusif-majlis-baiah-raja-raja-dan-13.html
:
“Kata RN (Raja Nusantara/Raja Merong) kepada saya (Brado
Kapak), Teuku (Teuku Zakaria@P. Ramlee) merupakan salah seorang waliyullah yang
diberikan kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan kasyaf, firasat dan
kelebihan bakatnya dalam bidang perfileman.
Insya-Allah akan disambung.
*5 Ogos 2013 - Petikan dari laman http://www.nescafeais.com/cubaan-rampas-istana-negara-gagal-kumpulan-panji-hitam-di-tahan/
Sekitar jam 4 pagi tadi sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan kononnya nak rampas Istana !!
Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta.
Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.
Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.
Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.
Suspek yang d tahan adalah seperti berikut :
1. HASBUL JALIL B HASSAN, KPT: 730719-02-5087,
Alamat: 204, KG KUALA SAMAK, 09300 KUALA KETIL, KEDAH
Alamat: 204, KG KUALA SAMAK, 09300 KUALA KETIL, KEDAH
2. MOHD ZULKIFLE B HJ HAMIDI, KPT: 600708-08-5177, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR RANTAU PANJANG 34110 SELAMA, PERAK
3. ZULHILMI B. SARIMAN, KPT: 890417-01-5847, Alamat: NO 79, JLN KEMPAS, TAMAN MEGAH RIA, 81750 MASAI, JOHOR
4. AZHAR B. HAMIDI, KPT: 720210-08-6355, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR 34110 SELAMA, PERAK
5. MOHD HAZIQ HILMI B SALLEH, KPT: 891227-01-6181, Alamat: NO. 54, JLN NENAS 2, TMN KOTA MASAI, 81750 MASAI, JOHOR
6. ABDUL HAFIZ B SULAIMAN, KPT: 880327-04-5453, Alamat: LOT 241, KG GHAFAR BABA, 76400 TANJONG KELING, MELAKA
7. RAJA NOORAINI BT RAJA AHMAD, KPT: 611222-08-5760, Alamat: NO. 31, LORONG 5, TMN SRI KURAU, KEMUNTING 34010 TAIPING, PERAK
8. MADKAYA B ABDUL GAPUL, KPT: 690714-12-5229
Read more: http://www.nescafeais.com/cubaan-rampas-istana-negara-gagal-kumpulan-panji-hitam-di-tahan/#ixzz2b5axEoBL
11 comments:
rahsia perlu kekal rahsia, walaupun sekali dibocorkan maka DIA boleh tukar bila-bila masa sahaja. siapakah ahli bait dari sulbi Baginda Nabi SAW?
Mesej tidak berjaya difahami.
maaf...pendapat saudara Farouk(brado kapak) tidak boleh dinilai langsung..mungkin beliau mudah terpengaruh kerana masih mentah...umurnya baru sahaja 19 tahun..
rahsia ape kita manusia nie.. Allah je yg berhak rahsia.. bila rahsia di buka gentarlah rasa yang bersalah dan amanlah yang berada di jalan yang lurus.. aminn
perlu kembali kpd quran jika kabur. sebilangan besar muslim menghadapi sindrom cognitive dissonance kerna tidak berpaut kpd quran... malahan Ulama pewaris nabi tersohor pun tidak terkecuali...Jika bangkit sebarang isu berkaitan dgn deenul Islam, mereka hanya mampu berkata "..biarlah pihak berkuasa tangani perkara itu..". Orang awam tak banyak menaruh harapan berguru dgn mereka ...mungkin setakat dengar ceramah mereka saje... Muslim At Risk
ko hisap pil kuda ker masa tulis artikel ni? Adushh.. Mcm org x betol jer aku tgk penulis blog ni.
1. Saya tak hisap apa2 pil :)
2. Nabi Muhammad saw sendiri dikata orang sebagai "orang tak betul" apabila baginda cuba sebarkan kebenaran. Fitrah dah tu :)
kita baca petikan,jgn cakap orang makan pil,nilai le sendiri ,rasa macam pandai duduk sorang-sorang,ko ilmu baca pun tak betul cakap orang makan pil, cuba pulak ko tulis artikel bernas sikit,boleh kita bagi komen.cuba jgn tak cuba.
Thailand dibanjirkan dengan pelacuran... korupsi...islam ditindas...selatan thai... mungkin itu maksud banjirnya... sekadar pendapat....
Assalamu'alaikum, penuh heran kenapa manusia skrg suka sgt utk membuat pengakuan ganji apakah yg mereka mahu sebenarnya.Makhluk Allah spt ini jika mempunyai ramai pengikut yg taksub kpdnya tiadalah lain hajatnya hanya utk mencari kesenangan dunia dan melepiaskan nafsu syahwatnya yg super berahi.Maaf cakap setiap yg menyimpang sudahnya nafsu jua yg dijunjung,Wallahu'alam
Carilah, tuntutlah dan pelajarilah Ilmu Rukun Islam Pertama yakni ilmu Syahadatain @ Ilmu Penyaksian sperti firman Allah dlm surah Muhammad 47, ayat 19. Sperti Rukun Islam Kedua shingga Kelima, rukun Islam Pertama ade Ilmu dan Amalnya. Tetapi ramai umat Islam bahkan ulama tidak mengetahuinya.
Ini adalah ilmu asas akidah, iman dan tauhid yg akan mengukuh dlm diri apabila dipelajari dan diamal.
Carilah guru yg sohih yg mgajar ilmu syahadatain (sapa gurunya.. buat solat Istikharah). Soal siapa imam mahdi, siapa nabi isa tu bukan perkara utama.
Prkara utama adakah akidah, iman dan tauhid kite kukuh? Teguh? Dikala kuncu2 dajal sedang brkeliaran dan menunggu masa dajal utk muncul.. 99% umat Islam akn berpaling dan mgikut telunjuk dajal apabila dia keluar kelak. Hanya 1% shj yg terselamat. Sapa golongan 1% ni? Nilah golongan akidah, iman dan tauhidnya mengakar kukuh didlm dirinya, qalbu, roh dan sirr nya.
Mulakan pencarian ilmu syahadatain ini. Msa semakin singkat. Jgn kite myesal di akhirat kelak.
Post a Comment