Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, December 15, 2011

Ayat-ayat Quran dalam Injilnya Isa?

PERSOALAN :
“Berkata ‘Isa, ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi’.”
(Qs. Maryam [19]: 30).

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata, ‘Sesungguhnya Allah itu ialah Al-Masih putera Maryam’.” (Qs. al-Maa’idah [5]: 17).

“Orang Nashrani berkata, ‘Al-Masih putera Allah. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka’.” (Qs. at-Taubah [9]: 30).

itu semua (terutama yang nomer 1) di injilnya isa, ada atau tidak?
untuk ngecek omdoan atau tidak


PENJELASAN :

PERKARA PERTAMA

Pada zaman ini, kita tidak pernah menemukan Injilnya Nabi Isa. Yang ada hanyalah Gospel-Gospel yang mengandungi serba sedikit cerita tentang Nabi Isa. Maka, tentunya kita tidak dapat menyelidik apakah wujud ayat-ayat di atas dalam Injilnya Isa.

PERKARA KEDUA

Kitab-kitab Suci yang asli semuanya berisi Firman/Kalam/Kata-kata Tuhan. Ayat pertama itu yang bermula dengan “Berkata Isa...” tentunya tidak ada dalam Injil Isa. Ayat yang bermula dengan perkataan sebegitu hanya sesuai datang kemudian daripada zamannnya Isa. Tidak sesuai jika Tuhan menurunkan wahyu kepada Nabi Isa yang berbunyi : “Berkata Isa...”

PERKARA KETIGA

Ayat kedua dan ketiga tentunya tidak ada dalam Injilnya Isa, kerana Nabi Isa diperTuhankan hanya selepas pemergiannya.


Abu Zulfiqar

Disember 2011

No comments:

Related Posts with Thumbnails